Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

TEKS PENGACARAAN MAJLIS

JAMUAN HARI GURU, HARI RAYA &


PERPISAHAN CIKGU BATHMA
PERINGKAT SK TAMAN PELANGI INDAH 2022
19 MEI 2022 / KHAMIS

ACARA QUE CATATAN


Ucapan alu- Bismillahirrahmanirrahim
aluan
Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiringi restu Ilahi.

Yang berusaha
Cikgu Miskiah binti Jalaludin
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi Indah

Yang Dihormati
Cikgu Katijah Binti Abu BAkar
Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Dihormati
Cikgu Mohd Farihin Bin Hassan
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Dihormati
Cikgu Roslan Bin Surie
Penolong Kanan KoKurikulum

Yang Dikasihi,
Guru yang diraikan iaitu Cikgu Bathma
serta guru-guru SK Taman Pelangi Indah yang
dirahmati Allah.

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh


Kami mengalu-alukan kehadiran semua ke
Majlis Hari Guru, Jamuan Hari Raya & sekaligus Majlis
Perpisahan Guru yang telah berpindah.
Selamat datang kami ucapkan.

Bacaan doa Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini di jemput
Ustaz Imran bin Abdullah @ Hussein untuk
membacakan doa sebagai pembuka majlis kita pada
hari ini.

Dipersilakan

***Doa***

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Imran atas


bacaan doa sebentar tadi.

Nyanyian lagu Hadirin yang dihormati,


‘Kami Guru
Malaysia’ oleh Majlis kita pada hari ini diteruskan lagi dengan Nyanyian
Lagu “Kami guru Malaysia” sempena sambutan hari
para guru
guru kita pada hari ini.

Untuk makluman hadirin sekalian, nyanyian lagu ini


akan diketuai oleh Cikgu Mohd Fairie Bin Mohamad.
Dengan ini dijemput cikgu Fairie untuk mengetuai
nyanyian dan guru-guru diminta untuk sama-sama
berdiri.

Dipersilakan.

***Nyanyian lagu Kami guru malaysia***

Terima kasih diucapakan kepada cikgu Fairie dan


rakan-rakan guru atas nyanyian lagu Kami guru
Malaysia yang penuh semangat sebentar tadi.

Ucapan
pengerusi Sudilah tuan tampil ke depan,
BKGS Tampil ke depan menyambut salam,
Sudilah tuan beri ucapan
Kata aluan pemanis kalam.

Dengan ini, majlis menjemput dan mempersilakan


pengerusi BKGS (Cikgu Nor Azman Bin Mohd Noor)
untuk menyampaikan ucapan sepatah dua kata.

*** ucapan***

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Azman atas


ucapan sebentar tadi.
Ucapan guru Seterusnya dijemput pula, guru yang diraikan pada hari
yang diraikan ini, sempena majlis perpisahannya yang baru sempat
diadakan pada hari ini iaitu Cikgu Bathma untuk
menyampaikan ucapan sepatah dua kata.

Dipersilakan.

*** ucapan***

Terima kasih diucapkan kepada cikgu Bathma atas


ucapan sebentar tadi. Mudah mudahan cikgu Bathma
akan lebih cemerlang dan gemilang di tempat bertugas
yang baru dan tidak melupakan kami warga SKTPI.

Ucapan Guru Dara rupawan tersenyum manis,


Besar Petik kenanga kuntum delapan,
Hadirnya tuan penyeri majlis,
Molek kiranya susuli ucapan.

Majlis dengan ini diteruskan lagi dengan menjemput


Cikgu Miskiah Bt Jalaludin, Guru besar SK Taman
Pelangi Indah untuk menyampaikan ucapan.

*** ucapan***

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Miskiah atas


ucapan sebentar tadi.

Bacaan Doa Tampak sepadan segak bergaya,


Makan & Bagai pasangan teruna dara,
Jamuan Bermacam hidangan sudah tersedia,
Dijemput tuan jamu selera.

Dengan ini , saya bagi pihak majlis menjemput dan


mempersilakan semua pentadbir dan para guru untuk
menjamu selera.

Penyampaian Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah


hadiah guru kepada guru yang diraikan pada hari ini (Cikgu Bathma)
yang telah sempena majlis perpisahan pada hari ini.
berpindah
(Cikgu Majlis dengan ini mempersilakan Cikgu Bathma untuk
Bathma) tampil ke hadapan untuk menerima hadiah.

Penyampaian hadiah dari mana-mana panitian atau


guru, kepada cikgu Bathma:

Dijemput:
1. BKGS – Ckg Azman
2. Panitia matematik – wakilnya ckg Aisah
3. Hadiah persendirian – Cikgu Hema, Cikgu Maha
& Cikgu Theva

Hadiah Dari Majlis diteruskan lagi dengan sesi bertukar hadiah


hati ke hati sesama guru sempena hari guru.
(sesi tukar
hadiah) Untuk sesi ini, dijemput Puan guru besar, cikgu Miskiah
Binti Jalaludin untuk tampil ke hadapan dan memulakan
sesi ini dan menyerahkan hadiah kepada guru yang
bertuah menerima hadiah dari beliau. Dipersilakan.

Diminta cikgu-cikgu menyebutkan nama guru yang akan


menerima hadiah dari anda dan begitu juga seterusnya.

***sesi tukar hadiah guru-guru***

Majlis tamat Dengan berakhirnya sesi…………………………..itu tadi,


maka dengan ini saya menjemput mana-mana guru
yang ingin membuat persembahan atau menyampaikan
lagu. Dipersilakan.

Akhir kata Dengan berakhirnya sesi .............................................


maka tibalah kita di penghujung majlis.

kami bagi pihak ajk pengelola memohon ampun dan


maaf atas segala keterlanjuran bicara, tutur dan
tingkah..

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Sekian..wabillahi taufik walhidayah...


Assalamualaikum w.b. t maassalamah wailalliqa’...

You might also like