Background SKLKB

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

LENCANA SEKOLAH

Analisa ringkas lambang lencana SK Ladang Kota Bahagia

1.Lencana sekolah ini mengandungi 3 warna asas :-

a) Putih b) Hitam c) Kuning


 Putih melambangkan Suci dan Bersih
 Hitam melambangkan tegas dan berani berusaha kea rah kejayaan
 Kuning melambangkan kedamaian dan kemakmuran

2. Obor dan Rangkaian Gelong Bulatan menunjukkan hasrat ingin Berjaya di bidang sukan/
Kokurikulum

3. Simbol Buku dan Rantaian Berantai menunjukkan Ilmu Pengetahuan mesti dituntut tanpa
batasan dan hasrat ingin maju di bidang Sains dan Teknologi.

4. Pokok kelapa sawit dan warna hijau menunjukkan sekolah ini terletak di kawasan lading yang
subur dan berdaya maju.

5. Simbol gading dan warna hitam putih menunjukkan sekolah ini terletak di bawah naungan
Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur.

6. Kesimpulan citarasa lambing Lencana Sekolah ini disampaikan melalui cogan kata “Ilmu
Membawa Bahagia”
90cm

130cm

Bendera Sekolah ini berwarna hitam dan


kuning, telah ditetapkan dalam mesyuarat
sukan pada tahun 1989 berdasarkan warna asas lencana sekolah.

Warna hitam dan kuning ini membawa pengertian ‘Kejayaan boleh dikecapi melalui sifat berani
dan semangat juang yang kental’

PENGASAS SEKOLAH
Mereka yang bertanggungjawab menubuhkan Sekolah ini pada peringkat permulaan terdiri
daripada 4 orang jawatankuasa bertindak iaitu :-

1. En. Mohd Yunus Bin Mohd Aris - Pengurus Ladang Kota Bahagia
2. En. Abdul Rahman Bin Sentul - Wakil Penduduk Kota Bahagia
3. Tn. Haji Yusof Bin Said PJK - Ketua Kampung Lubuk Batu
4. En. Salleh Bin Musa - Wakil Penduduk Kg. Lubuk Batu

Di antara mereka, En. Abdul Rahman Bin Sentul adalah penggerak utama penubuhan sekolah ini
dan telah mencurahkan bakti terhadap kemajuan sekolah ini.

BIODATA

Nama Penuh : En. Abdul Rahman Bin Sentul


No. K/P : 0037009
Tarikh Lahir : 13.06.1932
Tempat Lahir : Batu Pahat, Johor
Pendidikan Awal : Sek. Rendah Senggarang
Tahap Pendidikan : Tamat Darjah 4 Sek. Rendah dan Sek. Agama Senggarang pada
tahun 1948, seterusnya mendalami Pelajaran Agama melalui
beberapa orang Tuan Guru di Negeri Johor Darul Takzim.

Setelah tamat alam persekolahan beliau membuat beraneka pekerjaan kampong bagi menyara
kehidupan.Beliau seorang yang aktif di dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di kampong.

Pada bulan Mei 1974 beliau sekeluarga telah berhijrah ke Ladang Kota Bahagia dan memulakan
kehidupan baru berkhidmat sebagai pemandu kepada majikan Perbadanan Ladang-Ladang
Tabung Haji.

Pada Tahun 1987, tempoh perkhidmatan beliau telah tamat.Namun begitu beliau terus
berkhidmat di bawah Perbadanan Ladang-Ladang Tabung Haji sebagai Pemborong
Pengangkutan.

Beliau menjadi Pengerusi Jemaah Pengurus Sekolah mulai tahun 1975 dan telah menubuhkan
PIBG pada tahun 1980.

Sepanjang penglibatannya di sekolah ini, beliau banyak menyumbangkan buah fikiran, tenaga,
wang ringgit serta mengatasi masalah-masalah yang timbul dari masa ke semasa dalam usaha
memajukan sekolah ini.
Beliau adalah seorang yang berpengaruh dan menjadi Imam kepada penduduk Ladang Kota
Bahagia mulai tahun 1975 sehinggalah akhir hayat beliau.

Beliau telah meninggal dunia pada beberapa tahun lepas.Semoga roh beliau dicucuri rahmat..

Al-Fatihah…

MAKLUMAT DAN LATARBELAKANG SEKOLAH


1.1 SEJARAH SEKOLAH

Pada peringkat awalnya, Kota Bahagia yang dikenali sebagai Bandar 14, adalah kawasan hutan
yang tidak didiami orang dan hanya terdapat beberapa buah kampong tradisional seperti
Kampung Alai, Kampung Meripoh, Kampung Samak dan Kampung Lubuk Batu yang didiami
oleh beberapa keluarga sahaja.

Kemudahan asas seperti api, air, jalanraya, sekolah dan sebagainya tidak ada. Kanak-kanak yang
hendak bersekolah terpaksa pergi ke Sekolah Kebangsaan Kampung Aur, Bukit Ibam yang
terletak kira-kira 40 km dari Kota Bahagia.

Perbadanan Ladang Tabung Haji membuka ladang kelapa sawit di sini dan membawa masuk
ramai pekerja-pekerja dari luar. Oleh kerana anak-anak pekerja ladang memerlukan pendidikan
sementara sekolah yang ada jaraknya terlalu jauh, Perbadanan Ladang Tabung Haji telah
memohon kebenaran dari Jabatan Pelajaran Negeri Pahang untuk mendirikan sebuah sekolah di
Kota Bahagia, di mana pihak Perbadanan bersetuju menyediakan bilik darjah dan kelengkapan
yang lain.

Sekolah ini telah dibuka pada 01 Januari 1975. Pada peringkat awal 2 buah bangunan yang
berdinding papan dan beratap zink telah dibina oleh Perbadanan Ladang Tabung Haji. Sekolah
ini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Bandar 14. Jumlah pelajar pada waktu itu seramai 40
orang dengan 4 orang tenaga pengajar. Dari setahun ke setahun bilangan pelajarnya telah
meningkat dan pada tahun 1978 bilangan pelajarnya telah meningkat kepada 213 orang dengan
10 orang tenaga pengajar.

Pada tahun 1980 Jabatan Pelajaran Negeri Pahang telah membina bangunan baru bagi
menampung bilangan pelajar yang semakin ramai. Pelajarnya datang dari Ladang Kota Bahagia
serta kampong tradisional di sekitar ladang ini iaitu Kampung Merepoh, Kampung Lubok Batu
dan Kampung Tenggalong. Pada tahun 1983 bilangan pelajarnya seramai 356 orang, 16 orang
guru dan 2 orang pekerja.
Mereka yang bertanggungjawab menubuhkan sekolah ini pada peringkat permulaan, terdiri
daripada 4 orang jawatankuasa bertindak iaitu:
-. En Mohd Yunus bin Mohd Aris - Pengurus Ladang Kota Bahagia
.- En Abdul Rahman bin Sentul - Wakil penduduk Kota Bahagia
.- Tn Haji Yusof bin Said, PJK. - Ketua kampong Lubuk Batu
.- En Salleh bin Musa - Wakil Penduduk Kg Lubuk Batu.

Pada 01 Mac 1985 sekolah ini diistiharkan dengan nama baru iaitu Sekolah Kebangsaan
Ladang Kota Bahagia, Pahang Tenggara.

Senarai nama Guru Besar yang pernah berkhidmat di SK Ladang Kota Bahagia:
i. Ahmad Razali bin Jambul 1975
ii. Abd Latif bin Andak 1979
iii. Mohd Sood bin Abd Ghani 1981
iv. Abd Hamid bin Ismail 1984
v. Abd Rahman bin Kemat 1987
vi. Leman bin Hassan 1995
vii. Mohd Karim bin Basiran 1998
viii. Hjh Fauziah bt Hj Samsudin 01.10.2002
ix. Mohd Nor bin Abu Bakar 01.11.2004
x. Shahrin bin Abd Manan 01.03.2005
xi. Abdul Jalil Bin Abd Aziz 2008
xii. Mohd Rahimi Bin Ibrahim 2009
xiii. Ahmad Fuad Bin Abdul Malek 2012
xiv. Zolkipli Bin Hasan 2015
Lokasi Sekolah

Sekolah ini terletak kira-kira 30 km dari Bandar Muadzam Shah.Terdapat tiga buah Sekolah
Kebangsaan di sekitar Ladang Kota Bahagia iaitu:
i. SK Melati ( jarak 23 km )
ii. SK Bandar Tun Razak ( jarak 24 km )
iii. SK Perantau Damai ( jarak 12 km )

U
Bandar
Muadzam Shah

Ke Ibam Ke Rompin

Kilang
Ke Temerloh Sawit

Balai
Polis Pejabat
 Ladang

SK Melati
Perantau
SK Ladang Damai
Kota Bahagia

Ke Bahau Bandar Tun


Razak Segamat

You might also like