Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah Bil 1/ 2021

Tarikh : 04/07/2021
Masa : 10.45 Pagi
Link google meet : meet.google.com/nua-mdyi-cyt
Kehadiran :
1) Zamri Bin Mohd Nor (Guru Besar)
2) Wan Salina Binti Abd Rahman (Guru Penolong Kanan Pentadbiran)
3) Zaidi Bin Haron (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
4) Rosemiza Binti Mohamad Guru (Penolong Kanan Kokurikulum)
5) Noraini Binti Yaacob (Guru Prasekolah)
6) Norhayati Binti Mahmud (Guru Perdana)
7) Suzilawati Binti Che Pa (Guru Perdana)
8) Mohd Firdaus Bin Bakar (Guru Perdana)
9) Wan Mahadirah Binti Wan Tahir (PPM)
Agenda:

1. Ucapan Guru Besar

 Mengalu-alukan kedatangan AJK Pemilihan Murid Prasekolah bagi Sesi 2022

2 Penerangan Borang Pendaftaran Kemasukan Prasekolah Bagi Sesi 2022 Oleh Guru Prasekolah

 Pn. Noraini memberitahu borang pendaftaran secara atas talian adalah sebanyak 10
borang yang lengkap diisi dan dihantar kepada pihak pengurusan prasekolah.
 9 borang yang diisi secara manual juga turut dibantu oleh ppm untuk mengisi secara atas
talian sebelum tarikh tutup permohonan.
 Sebanyak 19 borang permohonan termasuk murid baru dan murid lama untuk murid
berumur 5 tahun dan 6 tahun.
 Disebabkan kekangan musim pandemik masa kini, permohonan kurang daripada 25
orang murid. Namun, Pn. Noraini percaya jumlah murid akan cukup selepas pembukaan
sekolah nanti.
3. Pemilihan Murid-Murid Yang Berjaya Pada Sesi 2022
 Di dalam sistem SMPK markah wajaran diantara 100 peratus hingga 53 peratus bagi 19
permohonan yang sedia ada.
 Pn. Noraini memberi cadangan agar semua permohanan yang terdapat di dalam sistem
SMPK diluluskan permohonan memandangkan jumlah permohanan yang sedia ada tidak
mencapai 25 orang murid untuk jumlah maksimum satu kelas prasekolah.
 Ahli jawatankuasa bersetuju dengan cadangan Pn. Noraini.

4 Hal-Hal Lain.
 Permohonan penambahbaikan infrastruktur luar prasekolah iaitu permohonan pagar di
kawasan prasekolah dan peralatan permainan telah dihantar kepada PPD.
 Aktiviti gotong royong yang dirancangkan untuk kecerian kawasan prasekolah terpaksa
ditangguhkan kekangan oleh pandemik.
 Murid pada sesi 2021 sehingga kini masih menjalankan PDPr. Penglibatan murid adalah
antara tidak kurang 80%.
 Tiada murid pada sesi 2021 tercicir sepanjang tempoh PDPr dijalankan sehingga kini.

5 Ucapan Penangguhan
 Pengerusi iaitu Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada guru dan ppm atas
kerjasama yang diberikan dalam menlicinkan perjalanan mesyuarat. Beliau juga turut
berharap agar pendaftaran murid pada sesi 2022 akan datang dapat mencukupi satu kelas
seramai 25 orang murid.

Mesyurat ditangguhkan pada pukul 12.55 tengahari sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan
kemudian.

Disediakan oleh Disahkan oleh,

………………………………… ………………………………..

(PN. NORAINI BINTI YAACOB)


Guru Prasekolah,
Sk Alor Keladi.
22000 Jerteh, Terengganu.

You might also like