Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

Indeks Harga Pengguna Malaysia Januari 2015 (Kemas kini: 18/2/2015)

Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi bulan Januari 2015 meningkat pada kadar yang rendah iaitu 1.0 peratus kepada 110.6
berbanding dengan 109.5 pada bulan yang sama tahun lepas. Kadar peningkatan yang rendah ini berpunca daripada kejatuhan 6.0
peratus bagi indeks kumpulan Pengangkutan. Penurunan bagi indeks dalam kumpulan Pengangkutan ini disumbangkan pula oleh
penurunan yang ketara dalam kelas perbelanjaan bagi bahan api dan pelincir untuk pengangkutan persendirian iaitu 10.6 peratus (
rujukJadual 18 ). Penurunan lain ialah bagi kumpulan Komunikasi dan Pakaian & Kasut masing-masing sebanyak 1.0 dan 0.1
peratus. Begitu juga bagi kumpulan Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah dan Perkhidmatan Rekreasi &
Kebudayaan masing-masing sebanyak 0.5 peratus.

Selain itu, kumpulan utama yang menyumbang kepada peningkatan ialah Minuman Alkohol & Tembakau sebanyak 10.6 peratus;
Restoran & Hotel sebanyak 3.4 peratus; dan Kesihatan ( + 3.2 peratus ).

Pada keseluruhannya, indeks kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol merekodkan peningkatan sebanyak 2.8 peratus dan
indeks Bukan Makanan ( + 0.2 peratus ) pada Januari 2015 berbanding bulan yang sama tahun 2014 ( Jadual 1 ). Indeks kumpulan
Makanan & Minuman Bukan Alkohol menyumbang sebanyak 88.9 peratus daripada jumlah keseluruhan IHP.

Image not found


https://www.dosm.gov.my/v1/images/stories/files/LatestReleases/cpi/2015/grafCPI_Jan2015_BM.JPG

Perubahan IHP bagi Januari 2015 / 2014

Peratus kenaikan yang rendah ( + 1.0 peratus ) dalam IHP adalah disebabkan oleh penurunan indeks Pengangkutan ( - 6.0 peratus
); Komunikasi ( - 1.0 peratus ); dan Pakaian & Kasut ( - 0.1 peratus ). Walau bagaimanapun, penurunan ini telah diimbangi oleh
kenaikan beberapa kumpulan yang berwajaran tinggi seperti indeks Makanan & Minuman Bukan Alkohol ( + 2.8 peratus ) dan
Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain ( + 2.1 peratus ).

Jadual 1 : INDEKS HARGA PENGGUNA BAGI KUMPULAN UTAMA, MALAYSIA (2010=100)

Indeks % Perubahan
Kumpulan Waj. Jan Dis Jan Jan 2015/ Jan 2015/
2014 2014 2015 Dis 2014 Jan 2014

JUMLAH 100.0 109.5 111.8 110.6 -1.1 1.0

Makanan & Minuman Bukan Alkohol 30.3 114.5 116.3 117.7 1.2 2.8

Minuman Alkohol & Tembakau 2.2 121.7 134.5 134.6 0.1 10.6
3.4
Pakaian dan Kasut 98.7 98.0 98.6 0.6 -0.1

Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan


22.6 107.3 110.1 109.6 -0.5 2.1
Api Lain

Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan


4.1 106.3 106.4 106.8 0.4 0.5
Isi Rumah

Kesihatan 1.3 108.2 111.4 111.7 0.3 3.2

Pengangkutan 14.9 110.9 115.0 104.2 -9.4 -6.0

Komunikasi 5.7 98.2 97.3 97.2 -0.1 -1.0

Perkhidmatan Rekreasi & Kebudayaan 4.6 104.8 104.9 105.3 0.4 0.5

Pendidikan 1.4 108.8 110.3 111.1 0.7 2.1

Restoran dan Hotel 3.2 114.7 118.2 118.6 0.3 3.4

Pelbagai Barangan & Perkhidmatan 6.3 104.4 105.8 106.2 0.4 1.7

Bukan Makanan 69.7 107.3 109.8 107.5 -2.1 0.2

Barang Tahan Lama 6.5 97.3 95.8 96.0 0.2 -1.3

Barang Semi Tahan Lama 4.4 99.5 98.8 99.3 0.5 -0.2

Barang Tidak Tahan Lama 41.6 113.0 115.6 112.3 -2.7 -0.4

Perkhidmatan 47.5 108.9 111.8 111.9 0.1 2.8

Berdasarkan kepada kenaikan di atas dan juga wajaran yang ditetapkan kepada pelbagai kumpulan utama, sumbangan relatif
kepada kenaikan 1.0 peratus dalam IHP keseluruhannya boleh dilihat seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2. Tiga kumpulan
utama iaitu Makanan & Minuman Bukan Alkohol; Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain; dan Pengangkutan
menyumbangkan 46.9 peratus kepada kenaikan keseluruhan yang dicatatkan dalam tempoh semasa.

Jadual 2 : SUMBANGAN KEPADA PERUBAHAN INDEKS HARGA PENGGUNA KESELURUHAN


BAGI KUMPULAN UTAMA, MALAYSIA (2010=100)

Kumpulan Waj. Januari


2013 / 2012 2014 / 2013
2015 / 2014
Perubahan
%
Sumbangan
Perubahan Sumbangan Perubahan Sumbangan
% % % % %

JUMLAH 100.0 2.1 100.0 3.2 100.0 1.0 100.0

Makanan & Minuman Bukan


30.3 3.6 50.2 3.3 34.0 2.8 88.9
Alkohol

Minuman Alkohol & Tembakau 2.2 6.0 5.6 11.6 8.3 10.6 25.4

Pakaian dan Kasut 3.4 -0.6 3.9 -0.2 -0.3 -0.1 -0.6

Perumahan, Air, Elektrik, Gas &


22.6 1.7 17.5 3.4 24.1 2.1 48.8
Bahan Api Lain

Hiasan, Perkakasan &


4.1 1.5 4.3 1.0 1.3 0.5 1.9
Penyelenggaraan Isi Rumah

Kesihatan 1.3 1.9 1.1 2.9 1.2 3.2 4.3

Pengangkutan 14.9 2.0 12.9 4.9 23.1 -6.0 -90.8

Komunikasi 5.7 -0.7 -1.7 -0.7 -1.3 -1.0 -5.2

Perkhidmatan Rekreasi &


4.6 0.1 0.1 1.5 2.2 0.5 2.0
Kebudayaan

Pendidikan 1.4 2.4 1.5 2.4 1.1 2.1 3.0

Restoran dan Hotel 3.2 2.5 3.5 4.7 5.0 3.4 11.7

Pelbagai Barangan & Perkhidmatan 6.3 0.3 1.1 0.7 1.3 1.7 10.6

Kenaikan indeks Makanan & Minuman Bukan Alkohol sebanyak 2.8 peratus adalah disebabkan kenaikan indeks Makanan Di
Rumah ( + 2.5 peratus ); Makanan Di Luar Rumah ( + 3.5 peratus ) dan Kopi, Teh, Koko & Minuman Bukan Alkohol ( + 0.6
peratus ). Antara subkumpulan Makanan Di Rumah yang mengalami kenaikan signifikan bagi tempoh ini seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 3 ialahSayur-Sayuran ( + 7.8 peratus ); Susu & Telur ( + 6.5 peratus ); Ikan & Makanan Laut ( +
2.5 peratus ); Buah-Buahan ( + 2.5 peratus ) dan Beras, Roti & Bijirin Lain ( + 1.0 peratus ).

Jadual 3 : INDEKS HARGA PENGGUNA BAGI SUBKUMPULAN MAKANAN DAN


MINUMAN BUKAN ALKOHOL, MALAYSIA (2010=100)

Subkumpulan Waj. Indeks % Perubahan


Jan Dis Jan Jan 2015/ Jan 2015/
2014 2014 2015 Dis 2014 Jan 2014

Makanan & Minuman Bukan


30.3 114.5 116.3 117.7 1.2 2.8
Alkohol

Makanan 28.9 114.8 116.7 118.2 1.3 3.0

Makanan Di Rumah 18.9 115.2 116.1 118.1 1.7 2.5

Beras, Roti & Bijirin Lain 4.4 105.1 105.7 106.1 0.4 1.0

Daging 2.9 115.6 114.5 115.1 0.5 -0.4

Ikan & Makanan Laut 4.5 125.3 125.9 128.4 2.0 2.5

Susu & Telur 1.8 115.7 122.1 123.2 0.9 6.5

Minyak and Lemak 0.6 101.1 101.1 101.2 0.1 0.1

Buah-Buahan 1.2 115.4 116.7 118.3 1.4 2.5

Sayur-Sayuran 2.1 114.1 114.2 123.0 7.7 7.8

Gula, Jem, Madu, Coklat & Manisan 0.6 128.5 129.6 129.7 0.1 0.9

Keluaran Makanan yang tidak


0.8 112.7 115.2 115.6 0.3 2.6
dikelaskan di mana-mana

Makanan Di Luar Rumah 10.0 114.2 117.9 118.2 0.3 3.5

Kopi, Teh, Koko & Minuman


1.4 107.6 108.0 108.2 0.2 0.6
Bukan Alkohol

Perubahan IHP Bulanan

Berbanding dengan bulan sebelumnya, IHP bagi Januari 2015 turun sebanyak 1.1 peratus. Penurunan ini dapat diperhatikan dalam
tiga kumpulan utama iaitu Pengangkutan ( - 9.4 peratus ); Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain ( - 0.5 peratus ); dan
Komunikasi ( - 0.1 peratus ). Sebaliknya, kenaikan indeks dapat dilihat dalam kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol (
+ 1.2 peratus ); Pendidikan ( + 0.7 peratus ); Pakaian & Kasut ( + 0.6 peratus ); Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi
Rumah ( + 0.4 peratus ); Perkhidmatan Rekreasi & Kebudayaan ( + 0.4 peratus ); dan Pelbagai Barangan & Perkhidmatan ( + 0.4
peratus ); Kesihatan ( + 0.3 peratus ) dan Restoran & Hotel sebanyak 0.3 peratus; dan Minuman Alkohol & Tembakau ( + 0.1
peratus ).
Kenaikan sebanyak 1.2 peratus pada indeks Makanan & Minuman Bukan Alkohol dalam bulan Januari 2015 berbanding dengan
bulan sebelumnya adalah disebabkan kenaikan pada indeks Makanan Di Rumah ( + 1.7 peratus ); Makanan Di Luar Rumah ( +
0.3 peratus ); dan Kopi, Teh, Koko & Minuman Bukan Alkohol ( + 0.2 peratus ).

Antara barangan makanan yang mencatatkan kenaikan yang ketara dalam bulan Januari 2015 berbanding dengan bulan
sebelumnya ialahBendi ( + 22.5 peratus );Kacang Panjang ( + 21.8 peratus ); Bayam ( + 19.3 peratus ); Kacang Buncis ( +
18.5 peratus ); Timun ( + 16.9 peratus ); Tomato ( + 16.8 peratus ); Tembikai ( + 12.2 peratus ); Sawi ( + 12.1 peratus );
Sotong ( + 6.2 peratus ); Kubis Bulat ( + 4.5 peratus ); Ikan Kerisi ( + 4.0 peratus ); Cili Merah ( + 3.9 peratus ); Ikan
Bawal Hitam ( + 3.1 peratus ); Ikan Tenggiri ( + 3.0 peratus ); Ikan Cencaru ( + 2.7 peratus ); Ikan Kembong( + 2.5
peratus ) dan Udang ( + 2.3 peratus ).

Pada masa yang sama, indeks bagi beberapa barangan makanan didapati turun dalam bulan Januari 2015 berbanding bulan
sebelumnya. Antara barangan tersebut ialah Halia ( - 7.5 peratus ); Ikan Selayang ( - 1.8 peratus ); Minuman Bermalt ( - 0.2
peratus ) dan Tepung Gandum ( - 0.2 peratus ).

Pengkelasan semula barangan mengikut ketahanan dan perkhidmatan menunjukkan kenaikan bagi indeks Barang Semi Tahan
Lama ( + 0.5 peratus ); Barang Tahan Lama ( + 0.2 peratus ) dan Perkhidmatan ( + 0.1 peratus ). Manakala indeks Barang Tidak
Tahan Lama turun sebanyak 2.7 peratus.

DIKELUARKAN OLEH:

PEJABAT KETUA PERANGKAWAN MALAYSIA


JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA
18 FEBRUARI 2015

You might also like