Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

1.

Huraikan perkembangan sistem ekonomi feudalisme di Jerman pada abad


ke-16 hingga 18 Masihi.

Sistem ekonomi feudalisme bermaksud pekerja tiada pilihan


untuk menentukan jenis pekerjaan yang dikerjakan dan
kehidupan pekerjaan mereka tertutup dan diuruskan oleh
institusi. Feudalisme Jerman dapat dikesan selepas Perang 30
Tahun berakhir. Perang yang berjaya ditamatkan melalui
Perjanjian Westphalia (1648) menyaksikan Jerman muncul
sebagai sebuah negara Jerman yang kuat dan dikenali sebagai
Brandenburg-Prusia. Kemunculan Jerman sebagai negara
yang kuat disebabkan oleh sistem ekonomi feudalisme. Oleh
hal yang demikian, Terdapat beberapa perkembangan dalam
kegiatan sistem ekonomi feudalisme di Jerman.

Antara perkembangan dlm system ekonomi feudalisme di


jerman ialah perkembangan dlm kegiatan ekonomi pertanain.
Pertanian merupakan kegiatan utama di Jerman. Dalam
kegiatan pertanian, mereka akan mengamalkan sistem tiga
bidang pertanian yang bermaksud tanah yang diusahakan
ditanam dengan bijirin seperti gandum oat, barli dan kekacang.
Peralatan yang digunakan ialah tenggala yang diperbuat
daripada kayu, sabit untuk tebas rumput dan binatang ternakan
untuk menggembur tanah apabila musim menuai tamat.
Jelaslah, kegiatan ekonomi pertanian merupakan salah satu
kegiatan sistem ekon feudalisme di Jerman.

Selain itu, kegiatan ekonomi feudalisme di Jerman juga


adalah perdagangan. Perdagangan tertumpu di Luberk,
Hamburg dan Bremen. Pelabuhan Hanseatic di Venice telan
menjalankan perdagangan entrepot iaitu membawa masuk
barangan logam, bulu binatang barangan kulit dan kain bulu.
Barangan yang dieksport pula ialan seperti rempah ratus,
barangan timur, sutera barangan kaca, senjata dan kertas.
Menjelang abad ke-18, bandar bandar Jerman telah menjadi
pusat pemasaran lembu dan bijirin, pusat pentadbiran dan
penempatan pedagang serta tukang-tukang. Perkembangan
perdagangan menyebabkan kesatuan dagang ditubuhkan bagi
menyelaraskan aktiviti perdagangan. Ini membuktikan bahawa
perdagangan merupakan satu kegiatan sistem ekonomi
feudalisme di Jerman.
Di samping itu, kegiatan perindustrian juga menjadi kegiatan
sistem ekonomi feudalisme di Jerman. Misalnya, industri tekstil
berkembang pesat di Jerman pada abad ke-16 Masihi. Industri
tekstil ini terdiri daripada pengeluaran kain bulu, linen, kain
kapas dan sutera. Pengeluaran tekstil ini dikeluarkan secara
besaran-besaran untuk pasaran dalam negara dan dieksport.
Perkembangan industri ini bertambah maju apabila ia
mendapatkan sokongan daripada pemerintah. Kerajaan juga
telah melakukan kerjasama antara dengan pihak swasta atau
persendirian seperti kilang senjata di Berlin pada tahun 1722
dan kilang cermin Neuhaus pada tahun 1720.

Tambahan pula, industri pertukangan juga kegiatan kegiatan


ekonomi feudalisme di Jerman. iaitu. Bidang penenunan telah
dimonopoli oleh pekerja Wanita iaitu seramai 200 Wilayah ini
telah menjadi pembekal bahan eksport industri Jerman ken
Imerika dan Eropah. Industri ini turut berkembang ke Chemnitz
lantu pe berkembang ke Chemnitz iaitu penduduknya menjadi
pemintal benang di rumah.

Seterusnya, institusi kewangan juga merupakan kegiatan


ekonomi feudalisme di Jerman. Institusi kewangan seperti bank
telah banyak ditubuhkan yang banyak memberi bantuan
kewangan atau modal kepada pedagang Jerman. Peruntukan
modal ini membantu merancakkan urusan perdagangan
termasuklah dengan Sepanyol dan Portugal. Barangan buatan
kilang Jerman dipasarkan di Lisbon dan Sevile. Pada abad ke
18 Masihi, bandar Frankfurt menjadi tumpuan penduduk ekoran
kepesatan ekonomi perbank dan perdagangan. Kelahiran
industri tekstil, industri pertukangan dan industri kewangan
membuktikan bahawa kegiatan perindustrian merupakan salah
satu kegiatan sistem ekonomi feudalisme di Jerman.

Kesimpulannya, Jerman menjalani pelbagai perkembangan


dalam system ekonomi feudalisme. Menjelang abad ke 16
hingga18, system ekonomi feudalisme masih diamalkan oleh
pemerintahan di Jerman dan perancis utk menjamin kedudukan
politik mereka. Ekonomi Kapitalisme kemudiannya menjadi
dominan di Barat selepas berakhirnya era feudalisme.

You might also like