Laporan Saksi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

LAPORAN SAKSI

Pada tarikh 6 April 2022 lebih kurang jam 10.50 pagi saya dalam perjalanan untuk ke kelas

Tingkatan 2 Realistik yang terletak di tingkat 3. Semasa menaiki tangga tingkat 3 blok

tersebut saya melihat beberapa orang murid sedang berkumpul di hadapan tandas murid

lelaki. Saya bertanya kepada salah seorang murid apa yang berlaku dan kenapa berkumpul

ramai-ramai di hadapan tandas. Murid tersebut menjawab ada seorang murid hidungnya

berdarah. Saya menghampiri murid tersebut dan melihat memang berlaku pendarahan pada

hidung murid tersebut. Saya bertanya kepada murid tersebut apa yang terjadi dan beberapa

orang murid yang berada di sekitar menjawab murid itu ditumbuk kerana bergaduh. Saya

bertanya siapa yang bergaduh dengan murid tersebut dan mereka menyatakan nama seorang

murid iaitu Thanakorn daripada kelas 2S. Saya menyuruh murid memanggil Thanakorn turun

ke hadapan tandas dan bertanya kepada beliau apa yang sebenarnya yang berlaku. Beliau

menyatakan Wan Nazmi (murid yang berdarah hidung) menyepak kerusi beliau. Saya

menghubungi guru disiplin Cikgu Nasir dan menyerahkan kedua-dua murid yang terlibat

untuk tindakan selanjutnya. Sekian sahaja laporan daripada saya.

Laporan disediakan oleh: Laporan disahkan oleh:

……………………………….. …………………………..

You might also like