Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KERTAS CADANGAN

TAJUK:
PERUNTUKAN BAGI MEMBELI “LCD PROJECTOR” UNTUK
KEGUNAAN DI DEWAN PERDANA, SMK MATANG JAYA.

Tujuan
 Tujuan kertas cadangan ini adalah untuk memohon pihak pengurusan sekolah
menimbang dan meluluskan peruntukan untuk membeli “LCD Projector” untuk
kegunaan di Dewan Perdana bagi pelbagai tujuan aktiviti yang diadakan di dewan
tersebut kerana “LCD Projector” yang lama telah rosak dan tidak boleh digunakan
lagi.
Latar Belakang
 Sejajar dengan perkembangan ICT dan penggunaan teknologi yang meluas dalam
pelaksanaan aktiviti seperti program motivasi, persembahan video serta pengajaran
dan pembelajaran pada masa kini, Unit ICT SMK Matang Jaya turut bersama-sama
ingin merealisasikan hasrat tersebut. Oleh itu, penggunaan “LCD Projector” dapat
membantu memudahkan dalam penyampaian maklumat dengan lebuih berkesan,
persembahan visual yang menarik serta pengajaran dan pembelajaran dapat menjadi
lebih menarik dan bercorak ICT. Hal ini dapat menarik minat pelajar atau penonton
untuk melihat apa yang disampaikan menggunakan “LCD Projector” tersebut.
Asas Pertimbangan
 Projektor asal yang digunakan di Dewan Perdana sejak tahun 2016 telah rosak dan
tidak boleh digunakan lagi.
 Dewan Perdana SMK Matang Jaya sering digunakan sebagai tempat atau lokasi untuk
mengadakan program seperti program motivasi, program kecemerlangan SPM dan
lain-lain lagi program dan pelaksanaan program seperti ini memerlukan penggunaan
projektor.
Objektif Pembelian “LCD Projector”
Pembelian “LCD Projector” ini dapat :
 Digunakan untuk menyampaikan maklumat dan persembahan visual dengan lebih berkesan
dan menarik
 Menggantikan “LCD Projector” lama yang telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi.
 Digunakan untuk pelaksanaan program-program atau aktiviti yang memerlukan penggunaan
“LCD Projector”
Implikasi
Pembelian “LCD Projector” ini melibatkan impilasi kewangan seperti berikut :

Piliha
Perkara Pilihan pembekal Harga
n

1 Sri Sarjana
*Tidak termasuk kos pemasangan, hanya
pembelian unit projektor sahaja.

2 Khidmat Komputer

Pihak pengurusan boleh memilih “LCD Projector” yang sesuai mengikut kemampuan kewangan
sekolah.

Kesimpulan
 Diharapkan hasrat unit ICT SMK Matang Jaya ini tercapai bagi meningkatkan mutu
perkhitmatan ICT SMK Matang jaya dan untuk kepentingan bersama warga sekolah dalam
pelaksanaan program atau aktiviti yang diadakan di Dewan Perdana SMK Matang Jaya yang
memerlukan penggunaan “LCD Projector”.

_______________________________________
Disediakan Oleh :
Noor al-fathdzelly bin jaya
Guru Penyelaras Bestari / ICT SMK Matang Jaya

You might also like