Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

PENGENALAN

HUBUNGAN ETNIK DI
MALAYSIA
BY: NIK RAIHANNA NIK ZULKIFELI
PENGENALAN:
 Sejarah bermulanya penghijrahan masuk imigran dari pelbagai negara ke Tanah Melayu menyebabkan Tanah
Melayu mempunyai penduduk pelbagai etnik dari pelbagai negara. Eg: Zaman Kesultanan Melayu Melaka;
menerima kehadiran para pedagang dari serata dunia dan mereka bermastautin serta berkahwin dengan
masyarakat tempatan.
 Malaysia ialah negara yang mempunyai masyarakat majmuk- pelbagai kaum.
 Kepelbagaian etnik membawa masuk bersama kepelbagaian budaya, adat resam, Bahasa, kepercayaan dan
sebagainya.
 Kesan kepelbagaian tersebut, Malaysia menjadi sebuah negara multietnik dan multibudaya yang rakyatnya
hidup dengan aman dan harmoni.

FAKTOR-FAKTOR PENTING DALAM MEMAHAMI
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
1. SEJARAH
 Sejarah hubungan etnik di Malaysia merupakan perjalanan yang panjang yang
memberikan gambaran kewujudan etnik yang wujud pada masa kini.
 Proses interaksi para pedagang asing dengan penduduk peribumi yang telah lama
menetap di Alam Melayu mencorakkan hubungan etnik ini.
 Interaksi kaum peribumi dengan kaum asing terus berkembang dengan wujudnya
hubungan diplomasi Melaka- China. Melaka merupakan pusat pengumpulan dan menarik
orang luar bermastautin bersama-sama rakyat tempatan.
 Interaksi juga berlaku dengan perkahwinan campur antara penduduk tempatan dengan
kaum pendatang. Eg; Sultan Mansur Shah mengahwini seorang puteri China, iaitu Puteri
Hang Li Po.
 Sejarah hubungan Alam Melayu dengan Timur Tengah pula berlaku melalui aktiviti
perdagangan dan dakwah Islam oleh orang Arab dan Parsi.
 Sejarah juga merakam bentuk hubungan antara kaum di Malaysia didasari dengan kontrak
sosial, iaitu permuafakatan kaum. Permuafakatan ini termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan yang memberikan kewarganegaraan terbuka kepada bukan melayu serta
pengiktirafan Bahasa melayu sebagai Bahasa kebangsaan, agama Islam sebagai agama
rasmi, hak keistimewaan Melayu dan sistem pemerintahan beraja.
 Pelaksanaan kontrak sosial ini bertujuan mewujudkan sebuah negara berbilang kaum yang stabil dan
harmoni. Kontrak sosial ini adalah satu istilah permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum
merdeka melalui satu persetujuan dalam kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum
Melayu, India dan Cina.
 Kontrak ini ialah orang Melayu dan bukan Melayu bersetuju dan bermuafakat dalam beberapa perkara
yang sangat penting demi kestabilan dan perpaduan negara.
 Kontrak sosial ini disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang diwakili oleh UMNO, MCA dan MIC.
 Sejarah menyaksikan bahawa persetujuan ini melalui proses tolak ansur dari masa ke semasa dan
seharusnya dihormati oleh semua etnik di Malaysia.
2.AGAMA, SOSIAL, BUDAYA
 Kepelbagaian etnik mewujudkan kepelbagaian agama, sosial dan budaya yang mencorakkan masyarakat
pluralistik di Malaysia. Garis panduan dalam menjalani kehidupan masyarakat pelbagai etnik perlu dipatuhi
oleh semua etnik untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu.
 Kaum Melayu, Cina dan India, bumiputera Sabah dan Sarawak masing-masing menganut agama dan
mengamalkan budaya masing-masing.
 Perbezaan yang unik ini perlu diambil kira untuk memahami bentuk hubungan etnik di Malaysia.
 Agama Islam sebagai agama Persekutuan, dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan bebas.
3.EKONOMI
 Dasar ‘pecah dan perintah’ penjajah melahirkan kaum yang menetap mengikut aktiviti ekonomi mereka;
- Kaum Melayu: tinggal di desa dan terlibat dengan aktiviti pertanian, perikanan etc.
- Kaum Cina : tinggal di bandar dan terlibat dengan sektor perniagaan.
- Kaum India : tinggal dan bekerja di ladang dan estet.
 Hal ini menimbulkan jurang hubungan antara kaum.
 Kerajaan melahirkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bertujuan membasmi kemiskinan dan menyusun semula
masyarakat, dan merapatkan integrasi antara kaum.
 Jurang pendapatan yang menimbulkan perasaan tidak puas hati golongan tertindas dan lemah.
 Ekonomi Malaysia perlu diberi tumpuan untuk menegakkan perpaduan antara kaum dan memahami hasrat
semua golongan rakyat tanpa mengira kaum.
4. POLITIK
 Terdapat pelbagai parti politik di Malaysia yang merupakan parti berdasarkan kaum; UMNO, MCA
dan MIC.
 Umumnya, politik perkauman masih merupakan satu ciri penting politik negara.
 Kuasa politik membolehkan sesuatu kelompok melaksanakan pemikiran atau ideology
perjuangan mereka.
 Parti-parti yang ditubuhkan untuk kepentingan kaum akan sentiasa bersuara dan
memperjuangkan kepentingan mereka dalam masyarakat.
 Permuafakan parti politik melalui perkongsian kuasa boleh mendapat sokongan yang lebih besar
dan mengekalkan kuasa.
 Hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera dalam Perlembagaan juga hasil permuafakatan
politik antara kaum.
 Usaha menyatukan parti-parti yang berbilang kaum bukanlah sesuatu yang mudah kerana setiap
parti mempunyai tuntutan tertentu demi menjamin kepentingan partinya.
5. BAHASA
 Setiap kaum di Malaysia memiliki Bahasa tersendiri yang diwarisi turun-
temurun.
 Bahasa menjadi penghalang sesuatu kaum daripada berinteraksi secara
langsung dengan kaum lain.
 Oleh sebab itu, bahasa Melayu dicatatkan dalam Perlembagaan Persekutuan
sebagai bahasa rasmi tetapi bahasa-bahasa lain masih boleh digunakan.
 Bahasa Melayu menjadi faktor penyatuan kaum dan interaksi sosial.
6. SENTIMEN DAN PSIKOLOGI
 Sentimen dan psikologi ialah sifat dalaman yang sukar dikesan dan sukar
dikikis.
 Seseorang akan bersikap negatif, tidak adil, diskriminasi, stereotaip
terhadap sesuatu kaum.
 Masyarakat Malaysia perlu mengikis pandangan negatif terhadap
seseorang yang bukan sekaum dengannya.
 Setiap kaum perlu menghormati antara satu sama lain dan memainkan
peranan masing-masing berdasarkan kedaulatan undang-undang sedia ada
demi menjaga keharmonian hubungan etnik di negara kita, Malaysia.
KESIMPULAN:
 1. Penghijrahan imigran dari pelbagai negara ke Tanah Melayu menyebabkan
terbentuknya masyarakat majmuk di Malaysia pada masa ini yang terdiri
daripada pelbagai etnik dan mengamalkan pelbagai agama, bahasa dan
budaya.
 2. Faktor sejarah, sosial dan budaya, ekonomi, politik, bahasa, sentimen dan
psikologi penting untuk memahami bentuk masyarakat majmuk di Malaysia.
 3. Semua etnik harus memainkan peranan masing-masing untuk mengekalkan
perpaduan dan menjalani kehidupan yang harmoni dalam masyarakat pelbagai
etnik.

You might also like