Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

RINGKASAN EKSEKUTIF

HAIKAL AND HOMIES merupakan salah satu perniagaan yang mengeluarkan roti segera yang
berkhasiat dengan berstatuskan perniagaan perkongsian.Perniagaan ini menjalankan
perniagaan roti yang mempunyai campuran dari buah tempatan iaitu pisang.Makanan
berkhasiat juga turut diletakkan ke dalam roti seperti kurma dan kismis sebagai sokongan
tambahan perisa yang digemari oleh rakyat Malaysia.

Berikut merupakan penetapan VMO bagi perniagaan HAIKAL AND HOMIES :

Visi Menjadi pembekal roti segera yang mempunyai pelbagai


khasiat dengan harga mampu milik dan boleh disajikan ke
seluruh rakyat Malaysia.

Misi Memenuhi citarasa pelanggan dan mencapai keuntungan


bersih berterusan.Justru,dapat memberikan daya saing
yang hebat kepada perniagaan lain.

Objektif 1. Sentiasa memberikan latihan kepada pekerja bagi


meningkatkan prestasi pekerja supaya menjadi
lebih berdisiplin dan cekap dalam melakukan
tugasan.
2. Sasaran perniagaan yang boleh diukur bagi
membantu perniagaan mencapai misi perniagaan
yang telah ditetapkan
3. Meluaskan pasaran produk HAIKAL AND HOMIES
di seluruh semenanjung Malaysia dan
berkeinginan meluaskan lagi pasaran produk di
Sabah dan Sarawak
4. Memperkenalkan perniagaan produk HAIKAL
AND HOMIES dengan membuka lebih banyak
cawangan perniagaan dalam talian seperti aplikasi
Tiktok,Instagram dan Facebook.
Pada masa ini,organisasi pentadbiran perniagaan HAIKAL AND HOMIES dipimpin oleh seorang
pengurus besar dan dibantu oleh seorang penolong pengurus dan disokong dengan dua orang
penyelia bagi memastikan perniagaan berjalan dengan lancar dan teratur.

Aktiviti pemasaran turut dilaksanakan mengikut aliran perniagaan.Di mana harga yang
diletakkan terhadap produk yang dikeluarkan adalah berpatutan dan berbaloi.Serta dapat
memberikan saingan yang kuat kepada perniagaan lain.Produk yang dihasilkan haruslah
berkualiti dari segi faedah manfaat terhadap produk yang dikeluarkan bagi memenuhi citarasa
pelanggan.Kawasan perniagaan yang dipilih haruslah strategik dan mempunyai kelengkapan
persekitaran awam.Promosi juga turut diberikan kepada pelanggan supaya dapat menarik lebih
ramai lagi pembeli.

Perniagaan HAIKAL AND HOMIES juga selalu memastikan perjalanan operasi perigaan lancar
dan stabil.Waktu operasi perniagaan juga dilaksanakan dengan mengambil kira faktor
waktu-waktu kehadiran pelanggan.Pembelian bahan mentah sangatlah dititik beratkan agar
tiada kemasukan bahan mentah yang tidak berkualiti kerana ia boleh menjejaskan reputasi
perniagaan.Pengambilan bahan mentah perlu dipercayai terhadap penghantaran dan
perkhidmatan yang diberikan terhadap pembekal.

Berdasarkan tahap kewangan perniagaan HAIKAL AND HOMIES.Kami memerlukan


rancangan perniagaan untuk mendapatkan pinjaman daripada Skim Pembiayaan Peningkatan
Perniagaan iaitu daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA).Jumlah pinjaman yang ingin dipinjam
sebanyak RM 70000.Pinjaman ini bertujuan untuk menampung kos awal pembukaan
perniagaan seperti premis perniagaan,mesin-mesin pemprosesan dan lain-lain bagi perniagaan
berjalan dengan lancar.

Modal permulaan perniagaan ini adalah sebanyak RM 130000.Pinjaman yang diperoleh


daripada Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan adalah sebanyak RM 70000 yang
bertujuan untuk menampung segala kos pembukaan awal perniagaan.

Pihak perniagaan HAIKAL AND HOMIES memilih pihak Majlis Amanah Rakyat(MARA) kerana
proses peminjaman dapat dilakukan dengan mudah dan cepat.Pinjaman yang diberikan
mempunyai faedah yang sesuai dan mampu dibayar balik oleh usahawan dalam tempoh yang
ditetapkan.

You might also like