Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

I PERUTUSAN PENGERUSI

1. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua


guru kerana menghadirkan diri di mesyuarat kali ini serta mengalu-alukan
1

semua ke alam pengajaran dan pemudahcaraan di tahun 2021 dalam norma baru
dan mengikut SOP yang telah ditetapkan.
2. Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua Ketua Panitia dan AJK
Kurikulum yang dilantik bagi sesi 2021.
3. Pengerusi berharap jentera Kurikulum sesi 2021 memainkan peranan yang
lebih aktif dan bergerak dengan proaktif bagi memastikan kecemerlangan
sekolah dapat dicapai seperti yang dirancang.
4. Tahniah diucapkan kepada semua guru kerana telah menjalankan tugas hakiki iaitu
sebagai guru mata pelajaran dengan baik dan komited.

Makluman

II PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT

5. Pn. Wan Naeliah binti Wan Sulaiman membentangkan Minit Mesyuarat Kurikulum
Bil/3 2020. En. Osmawi bin Yusuf mengesahkan minit mesyuarat dan Pn. Nurhafizzah
binti Omar memberi sokongan.

III PERKARA BERBANGKIT

6. Perkara 9: Berkaitan dengan Panduan Pentaksiran Bilik Darjah. Guru-guru diminta


untuk memahami aspeks penting dalam penilaian professional guru. Guru-guru perlu
menguasai aspeks yang terkandung dalam borang penilaian atau pencerapan guru.

7. Perkara 11: SKPMg2 perlu sentiasa menjadi rujukan. Bagi peringkat Panitia, elemen
dalam SKPMg2 perlu dijadikan sebagai garis panduan untuk menguruskan panitia
dengan lebih baik.
Tindakan: Semua Ketua Panitia

8. Perkara 14: Ketua Panitia perlu menfokuskan analisis item, isu yang berbangkit tentang
subjek dalam Panitia masing-masing dan mencari program intervensi yang sesuai untuk
menyelesaikan isu yang timbul.
Tindakan: Semua Ketua Panitia

9. Perkara 18: Pengerusi mengarahkan Ketua Panitia untuk mengadakan Dialog prestasi
Peperiksaan Pertengahan Tahun.
Tindakan: Semua Ketua Panitia

10. Perkara 21: Semua panitia perlu menyemak semula TOV dan ETR pelajar kerana
setelah Peperiksaan Pertengahan Tahun berlalu mesti terdapat perubahan yang
melepasi ETR yang telah ditetapkan kepada pelajar tertentu. ETR perlu diubah sebelum
graf pencapaian individu pelajar dilukis
2

11. Perkara 23: Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua Panitia dan guru yang
telah mengambil kesempatan untuk menjalankan program akademik bersama pelajar
walaupun secara dalam talian. Pelajar yang berada dalam target sekolah diminta
membuat maklum balas bagi setiap subjek untuk mengatasi masalah dan kelemahan
mereka.

IV DASAR KURIKULUM SEKOLAH

12. Dasar Kurikulum akan diguna pakai oleh semua Ketua Panitia dalam menguruskan
panitia masing-masing.
13. Kementerian telah menggariskan beberapa langkah untuk guru-guru lebih cemerlang
dan dapat menjalankan tugasan dengan lebih cemerlang. Ketua Panitia perlu mencari
maklumat berkaitan dengan garis panduan tersebut dan disebarkan kepada semua ahli
Panitia.

14. Jika dahulu pendekatan ‘Chalk and talk’ dilaksanakan namun semua guru perlu
berubah mengikut perkembangan terkini dengan menekankan Pembelajaran Abad Ke
21 dan paling terkini ialah mengajar secara atas talian dengan pelbagai sumber daripada
internet.
Tindakan: Ketua Panitia

15. Pengerusi memaklumkan bahawa Kurikulum akan lengkap jika semua guru
mengamalkan Pedagogi yang sesuai dan menjalankan pentaksiran yang telus dan
berkualiti.

16. Pedagogi merangkumi pengaplikasian Pembelajaran Abad Ke-21 dengan


mempelbagaikan sumber dan teknik PdP. Dalam SKPMg2 (Standard 4) merupakan
instrumen yang boleh dijadikan rujukan kepada guru-guru dalam menjalankan PdP
harian.
Makluman.

17. Pengerusi menyatakan bahawa integriti sebagai seorang guru adalah penting untuk
diamalkan semasa menjalankan tugas.
Tindakan: Semua Ketua Panitia

18. SKPMg2 sekolah telah digantikan dengan konsep bimbingan untuk sekolah mencapai
band yang lebih baik. Instrumen dalam SKPMg2 boleh diguna pakai untuk
meningkatkan kecemerlangan sekolah.

III PENGURUSAN PANITIA

19. Semua Ketua Panitia perlu memastikan semua fail Panitia dilengkapkan dengan baik
sebelum tahun 2021 berakhir. Fail Panitia merupakan evidens yang cukup penting
dalam menunjukkan pengurusan Panitia masing-masing.

20. Dalam mesyuarat panitia yang terakhir nanti Ketua Panitia perlu membuat percaturan
untuk meletakkan guru pada tempat dan tingkatan yang betul berdasarkan kemampuan
serta kekuatan guru dalam panitia masing-masing.

21. Selain itu, perbingcangan juga perlu berkisar tentang ABM dan Anggaran Belanja
Mengurus bagi tahun 2021

22. Ketua Panitia diarahkan untuk mengadakan Mesyuarat Panitia Bil 01/2021 secepat
mungkin. Segala agenda yang dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat perlu
dilaksanakan dengan penuh amanah dan bertanggungjawab. Ketua Panitia perlu
mengambil perhatian untuk menyampaikan maklumat yang diperolehi dalam
Mesyuarat Kurikulum disampaikan kepada semua ahli Panitia dalam Mesyuarat
Panitia.

23. Dalam Mesyuarat Panitia perlu membincangkan Perancangan Stratergik bagi Panitia
masing-masing dan format yang seragam akan diberikan. Perancangan Taktikal dan
Operasi Panitia perlu dibuat pada waktu cuti ini. Gugurkan aktiviti yang tidak memberi
impak yang positif kepada pelajar. Rancang dengan teliti aktiviti dan program pantia
bagi tahun 2021.
Tindakan: Semua Ketua Panitia

IV ISU-ISU KURIKULUM

i. HEADCOUNT
24. Headcount perlu diketahui oleh semua guru mata pelajaran bagi mengenal pasti Critical
Area pelajar masing-masing. Proses PdP perlu berlangsung berdasarkan TOV dan ETR
pelajar.
25. Pengerusi menekankan tentang penguasaan TOV dan ETR ketika Pendemik Covid-19
ini supaya guru-guru tidak tersasar dalam memberi focus kepada pelajar terutamanya
calon SPM.
26. Pengerusi menegaskan bahawa semua guru terutamanya Ketua Panitia perlu menguasai
data dan Headcount. Bekerja dengan data akan lebih tepat dan fokus kepada target yang
akan dicapai dalam setiap peperiksaan. Dialog Prestasi yang akan diadakan adalah
berdasarkan analisis Headcount yang telah dianalisis.
4

27. Untuk makluman semua guru, GP sekolah bagi Peperiksaan SPM 2019 ialah 5.02,

tetapi pencapaian pada Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Percubaan


SPM telah berada pada landasan yang betul, tetapi GP belum dicapai. Harapan yang

tinggi guru-guru perlu bekerja keras dalam waktu yang kritikal dan norma baru ini

untuk meningkatkan pencapaian pelajar.

Tindakan: Semua Ketua Panitia

ii. PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK SEKOLAH

28. Jadual Anjal secara dalam talian yang dilaksanakan nampaknya memberi kesan yang

lebih positif. Jadual dalam PdP dalam talian ini nampaknya membantu guru untuk terus

memberikan maklumat dan menjalankan latih tubi kepada pelajar


29. Terima kasih diucapkan kepada semua guru kerana telah melaksankan pelbagai kaedah

untuk meningkatkan prestasi pelajar dengan terancang dan berlangsung dengan baik

walaupun secara dalam talian.

Tindakan: Semua Ketua Panitia

iii. STATUS PERBELANJAAN PCG


30. Permohonan duit untuk sebarang aktiviti perlu dibuat lebih awal untuk tujuan pengisian

borang permohonan. Nota Minta perlu diisi dan tidak membenarkan membuat sebarang

pembelian terlebih dahulu sebelum mengisi nota minta. Sepanjang pemantauan, semua
panitia bagi tahun 2020 telah melaksanakan prosedur perbelanjaan Wang Panitia

dengan baik.

31. Pengetua juga membekalkan Status Perbelanjaan Wang Panitia dan memohon ketua

Panitia sentiasa merancang sebelum membuat sebarang perbelanjaan.


32. Pengetua juga mengingatkan semua ketua panitia untuk menggunakan wang untuk

manfaat Panitia atau pelajar.

33. Anggaran Belanja Mengurus bagi Panitia bagi tahun 2021 perlu disediakan oleh panitia

masing-masing

Tindakan: Semua Ketua Panitia

iv. LDP/PLC/CPD
34. Pengerusi memaklumkan bahawa semua surat panggilan mesyuarat atau kursus akan

diberikan kepada Guru Kanan untuk diminitkan kepada guru yang terlibat.

35. Program PLC perlu diteruskan untuk penambahbaikkan PdP.

36. Pengerusi memaklumkan sistem SPLKPM perlu dikemaskini oleh semua guru bagi

memastikan mata kredit bagi setiap guru mencukupi. Pengerusi menegaskan bagi guru
yang belum mencukupi mata kredit untuk membuat kursus secara dalam talian.

37. LDP sekolah juga perlu ditambah baik kerana, pengerusi mendapati bahawa bagi tahun
2020 LDP tidak dapat berlangsung dengan baik akibat kekangan Pendemik Covid-19
ini.
Makluman

v. STATUS PERLAKSANAAN PROGRAM PPD/JPN/KPM


38. Pengerusi mengucapkan tahniah kepada guru kerana telah membudayakan
penghantaran minit curai selepas setiap kursus dan program yang disertai. Pengerusi
memohon budaya ini perlu dikekalkan untuk memastikan maklumat disebarkan dan
diambil tindakan segera oleh Pihak Pentadbiran.
39. Pengerusi memaklumkan setiap program yang dilaksanakan oleh PPD/JPN/KPM perlu
diikuti oleh semua guru yang berkaitan dan maklumat yang diperolehi perlu
disampaikan kepada seluruh warga sekolah.
Makluman

vi. SEMAKAN BUKU NOTA DAN LATIHAN MURID


40. Pengerusi mengingatkan kepada semua ketua Panitia untuk disampaikan kepada semua
ahli panitia supaya menyemak buku nota dan buku latihan pelajar.
41. Oleh kerana kaedah pengajaran dilakukan secara dalam talian, guru-guru juga
dinasihatkan supaya menyemak tugasan yang telah dihantar oleh pelajar dan memberi
maklum balas tentang prestasi mereka supaya PdP dalam talian ini lebih berkesan dan
memberi impak positif.

Tindakan: Semua Ketua Panitia

vii. PECERAPAN PdP GURU


42. Pengerusi memaklumkan bahawa terdapat guru-guru yang tercicir daripada pencerapan
akibat program-program tertentu atau disebabkan Pendemik Covid-19 ini, diminta
untuk menghubungi pencerap masing-masing untuk berbincang tentang tarikh
pencerapan dengan segera.
43. Pengerusi meminta semua guru sentiasa bersedia sebelum pencerapan untuk
mendapatkan markah yang baik.
44. Pengerusi mengingatkan apabila pemantau mencerap PdP guru, instrument dalam
borong pencerapan SKPMg2 akan digunakan
Tindakan: Semua Ketua Panitia

viii. eRPH GURU


45. Pengerusi mengingatkan semua Ketua Panitia untuk menyampaikan kepada ahli panitia
bahawa laporan penghantaran eRPH akan dibuat untuk mengenalpasti guru yang tidak
mematuhi arahan untuk menghantar RPH secara dalam talian. Masih ada guru yang
menghantar eRPH secara tidak konsisten.
46. Rekod Pengajaran Harian adalah dokumen penting dan akan termasuk dalam penilaian
prestasi guru.
47. Ketua Panitia perlu sentiasa mengingatkan semua ahli Panitia supaya menyiapkan
eRPH pada setiap minggu dan menghantar mengikut Kumpulan yang telah ditetapkan.
Tindakan: Semua Ketua Panitia
ix. JADUAL WAKTU
48. Pengerusi memaklumkan bahawa pada tahun 2020, terdapat 4 kali pindaan bagi Jadual
Waktu akibat beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.
49. Jadual PdP secara dalam talian juga dikeluarkan berikutan Penutupan Sekolah akibat
Covid-19 ini. Semua guru didapati mematuhi jadual yang telah dikeluarkan.
50. Bagi tahun 2021, Jadual Waktu akan dijana berdasarkan borang Manual Jadual yang
telah diedarkan kepada ketua panitia, tetapi keputusan adalah tertakluk kepada
keputusan Pihak Pengurusan Sekolah
Makluman

x. PENGGUNAAN ABM
51. Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana berjaya menjalankan
secara PAK-21 dan pengerusi mengharapakan teknik ini dapat diteruskan. Selain itu
penggunaan sumber internet yang lain juga digalakkn bagi meningkatkan prestasi
pelajar.
52. Pengerusi menegaskan supaya guru-guru memilih dan menggunakan ABM dalam
talian yang sepadan mengikut kemampuan pelajar kelas masing-masing.

Tindakan: Semua Ketua Panitia

xi. PENGGUNAAN BILIK-BILIK KHAS


53. Pengerusi mengingatkan supaya sentiasa memastikan penggunaan Bilik-bilik Khas di
rekod sebagai bukti penggunaan.
54. Pengerusi mengingatkan supaya, guru mesti ada bersama sekiranya pelajar diarahkan
untuk masuk ke dalam Bilik-bilik Khas ini untuk mengelakkan perkara yang tidak
diingin terjadi.

55. Jutaan terima kasih kepada pihak PIBG kerana menyumbang kerusi makmal dan akan
terus diikhtiarkan bagi melengkapkan makmal dengan kerusi yang mengikut
spesifikasi.
Tindakan: Semua Ketua Panitia

xii. PENGGUNAAN MAKMAL/ BENGKEL

56. Sentiasa memastikan penggunaan Bilik-bilik Khas di rekod sebagai bukti penggunaan
57. Pengerusi menasihatkan semua guru yang terlibat dengan bengkel dan makmal untuk

menjaga keselamatan pelajar untuk mengelakkan kecederaan. Latih pelajar untuk


sentiasa membudayakan langkah keselamatan di bengkel dan makmal.
58. Kerusi makmal telah ditukar

Tindakan: Semua Ketua Panitia

xiii. UJIAN, PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN (PS/PBD)

59. Jadual Peperiksaan SPM mengikut tarikh baru telah dikeluarkan oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia.

60. Pengerusi mengingatkan semua Ketua Panitia untuk memantau soalan yang dibuat oleh
guru-guru bagi memastikan soalan yang dihasilkan mengikut standard peperiksaan
sebenar. Soalan yang dihasilkan perlu berkualiti untuk mentaksir pelajar dengan
berkualiti. Keputusan yang akan diperoleh juga akan berkualiti.
Tindakan: Semua Ketua Panitia

61. Pengerusi memaklumkan bahawa Post Mortem bagi Peperiksaan Pra Percubaan dan
Peperiksaan Percubaan SPM perlu dibuat dan dihantar kepada pihak pengurusan.

62. Pn Hafizah memaklumkan bahawa masih terdapat guru yang belum mengisi markah
Petaksiran Bilik Darjah (PBD). Pengerusi mengingatkan supaya semua guru mengisi
markah PBD dengan segera. Pengerusi juga meminta Pn. Hafizah supaya selalu
mengingatkan guru-guru tentang kemasukan markah PBD ini.
Tindakan: Semua Ketua Panitia

xiv. PENGGUNAAN SPBT

63. Pengerusi mengingatkan Setiausaha SPBT untuk sentiasa memeriksa enrolmen pelajar
dari masa ke masa. Penerimaan Buku Teks baru KSSM bagi tingkatan 5 tahun 2021
akan berlangsung tidak lama lagi. Pengerusi mengingatkan supaya guru SPBT untuk
memproses buku baru tersebut.

64. Pengerusi mengingatkan proses Pemulangan dan Penerimaan Buku Teks dibuat secara
tersusun dan mengikut prosedur.
Tindakan: Setiausaha SPBT

xv. PUSAT SUMBER SEKOLAH

65. Pengerusi mengingatkan supaya Pusat Sumber Sekolah perlu siap dan sedia digunakan
oleh pelajar pada tahun 2021 akan datang.

66. Pengerusi meminta guru-guru Pusat Sumber menyediakan Pusat Sumber yang kondusif
dan selesa untuk kegunaan pelajar dan guru
Tindakan: Guru Pusat Sumber Sekolah

xvi. KELAS TAMBAHAN/ PEMULIHAN/ INTERVANSI

67. Pengerusi menegaskan bahawa, segala kelas tambahan adalah tidak dibenarkan
sepanjang musim Pendamik ini. Sekiranya guru ingin mengadakan kelas tambahan,
teknik menjawab dan sebagainya haruslah dilakukan menggunakan kaedah dalam
talian.
Tindakan: Penyelaras Tingkatan

xvii. MEMELIHARA MASA INSTRUKSIONAL (MMI)

68. Harapan yang tinggi oleh Pengerusi supaya guru sentiasa mematuhi waktu
persekolahan, walaupun bekerja dari rumah.
Tindakan: Semua Ketua Panitia

xviii. SUKATAN MATA PELAJARAN/ DSKP

69. Sukatan pelajaran merupakan dokumen penting dan rasmi yang perlu sentiasa menjadi
rujukan guru-guru sepanjang proses PdP berlangsung. Jadi semua guru perlu akur,
faham dan hadam sukatan dan DSKP berdasarkan sukatan KSSM terkini.
Makluman

70. Panitia perlu memastikan sukatan dan rancangan pengajaran disediakan dan sentiasa
terkini. Ketua Panitia perlu memastikan guru-guru sentiasa bersedia untuk mengajar
dan melengkapkan fail rekod mengajar dengan Sukatan Pelajaran yang terkini.
Tindakan: Semua Ketua Panitia

xix. RANCANGAN TAHUNAN (RPT)DAN KONTRAK LATIHAN

71. Sentiasa memastikan RPT dan Kontrak latihan diikuti dan diselesaikan pada masa yang
telah dirancang oleh guru sendiri.

72. Pengerusi menegaskan bahawa kouta latihan adalah sangat penting untuk memastikan
PdP guru tercapai atau tidak. Semua guru perlu mengadakan Kouta Latihan mengikut
mata pelajaran sendiri.
Makluman

9
V HAL-HAL LAIN

73. Pengerusi juga memaklumkan bahawa pakej bagi Tingkatan 4 tahun 2021 akan berlaku
sedikit perubahan

74. Pengerusi memaklumkan bahawa sesi persekolahan akan bermula pada 20 Januari
tahun 2021. Sesi persekolahan ialah kepada pelajar Tingkatan 5 2020, Tingkatan 5
2021, pelajar Tingkatan 1dan 4 secara bersemuka.

75. Bagi tingkatan 2 dan 3 akan memulakan sesi persekolahan pada tarikh yang sama tetapi
secara home-based learning dan sesi persekolahan secara bersemuka akan bermula
pada bulan 8 Mac 2021.
Makluman

VI PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari

Disediakan oleh, Disemak oleh,

You might also like