Minit Mesyuarat Warden Bil 1.2020

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT WARDEN BIL 1.

2020

Tarikh : 10 FEBRUARI 2020


Tempat : BILIK MUTIARA
Masa : 8.30 – 10.00 Malam
Kehadiran:

1. Tn Hj. Mahammad Shukri Bin Said Pengetua


2. En. Nik Afandi Nik Mahmud PK HEM
3. Cik Norliza Binti Bamsuani Warden
4. Cik Herwana Herman Warden
5. Cik Nur Aliffah Bt Mohd Abeden Warden
6. En. Mohd Arrauwi Ginsing Warden
7. En. Mohd Khairul Isa Mohd Samsudin Warden
8. En. Mohd Azizan Bin Bakri Warden
9. Cik Sumarni Sainul Warden

Tidak Hadir:
- Semua Hadir

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Terima kasih atas kehadiran semua warden. Sebagai makluman mesyuarat warden akan
diadakan sebulan sekali manakala mesyuarat pengurusan asrama empat (4) kali setahun
dengan kehadiran Pengetua.

1.2 Setiap warden perlu mengambil tahu tentang kehidupan pelajar di sekolah dan di rumah
dari segi aktiviti mereka.

1.3 Sentiasa memberikan peringatan kepada pelajar setiap masa dengan ungkapan “BETTER
THAN BEFORE” supaya pelajar dan seluruh warga sekolah dapat membuat suatu
perubahan.

1.4 Cadangan untuk menjemput guru-guru atau pentadbir untuk merasa makanan yang
disediakan di dewan makan sebagai langkah untuk memberi info tentang makan yang di
makan oleh pelajar di dewan makan.

1.5 Setiap warden perlu memastikan keselamatan pelajar dengan mengetahui keberadaan
pelajar sama ada waktu balik bermalam dan waktu persekolahan.

1
2.0 LAPORAN AKTIVITI DAN PERANCANGAN 2020

2.1 Perhimpunan Malam


2.1.1 Pihak warden telah melaksanakan perhimpunan malam bagi memastikan
keberadaan pelajar sebelum prep malam bermula.
2.1.2 Pelajar juga diminta untuk mengisi kehadiran pada papan kehadiran pelajar bagi
memastikan bilangan pelajar cukup dan mendapatkan info pelajar yang tiada di
sekolah.

2.2 Aktiviti Gotong-Royong


2.2.1 Pihak warden telah membahagikan tugasan gotong-royong secara berkumpulan
mengikut tingkatan pada hari ahad dengan system pengiliran kawasan.

2.3 Jawatankuasa Surau


2.3.1 Pihak AJK akan melaksanakan aktiviti kerohanian iaitu tazkirah sepanjang
minggu selepas waktu solat.
2.3.2 Penceramah luar akan dijemput bagi memberikan motivasi/ceramah kerohanian
sebulan sekali di surau.

2.4 Kes Kecurian


2.4.1 Bagi mengelakkan kes kecurian berlaku di dorm terutama dorm, pelajar di minta
untuk mengeluarkan jumlah wang saku yang sedikit semasa waktu persekolahan
atau meminta tolong kepada mana-mana guru untuk menyimpan wang saku
mereka.

2.5 Kes Buli


2.5.1 Kes buli yang berlaku di dewan makan sudah diambil tindakan dan meminta
kepada pelajar yang membuli ini untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama.

2.6 Kes Dewan Makan


2.6.1 Kes pelajar yang menggunakan kata-kata kesat pada buku laporan harian
makanan di dewan makan sudah di ambil tindakan dan memberikan denda
kepada pelajar tersebut.

2.7 Waktu Riadah


2.7.1 Penetapan waktu mula dan tamat waktu riadah telah di maklumkan kepada
pelajar dan perlu diingatkan semula agar pelajar dapat menepati masa

2
2.7.2 Pelajar diwajibkan untuk menggunakan kasut semasa waktu riadah bagi
mengelak berlaku kejadian yang tidak diinginkan.

2.8 Sukan Dan Rekreasi


2.8.1 Aktiviti hiking bersama pelajar-pelajar pada minggu balik bermalam bersama
yang tidak dapat balik ke kampung.

2.9 Pengangkutan
2.9.1 Penyediaan kenderaan bas kepada pelajar yang balik ke terminal feri semasa
balik bermalam

2.10 Dewan Makan


2.10.1 Penyediaan makanan bagi pihak dewan makan perlu ditegur kerana penyediaan
sarapan kepada pelajar tidak begitu baik kerana setiap makanan pada sarapan
yang disediakan terlalu awal dan sejuk untuk dimakan.

2.11 Kebajikan
2.11.1 Pengetua meminta untuk mencarikan keluarga angkat bagi pelajar yang sukar
untuk balik bermalam dan berstatus keluarga susah
2.11.2 Misi Menghantar pelajar balik sewaktu cuti pertengahan tahun bulan Mac

3.0 HAL-HAL LAIN

3.1 Mesin Dobi


3.1.1 Memohon kepada ibubapa pelajar setiap tingkatan untuk memberikan
sumbangan untuk mendapatkan sebuah lagi mesin basuh untuk kegunaan aspura
dan aspuri.

3.2 Spotcheck
3.2.1 Melakukan “Spotcheck” pada bulan 3 sebelum cuti pertengahan bulan 3.

3.3 Syiling Emas


3.3.1 Meminta pihak dobi untuk menyediakan lebih banyak duit syiling pada mesin
pertukaran duit syiling bagi kegunaan dobi.

3.4 Telefon Awam


3.4.1 Pelajar kurang menjaga telefon awam yang terdapat di sekolah dan selalu
menyalah gunakannya.

3
4.0 Penutup
4.1 Mesyuarat diakhiri dengan bacaan tasbih kafarah dan Suratul Asr.
4.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.00

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………………………. ……………………………………………….
(AZIZAN BIN BAKRI) (UST. NIK AFANDI BIN NIK MAHMUD)
Setiausaha Mesyuarat Warden 2020, Penolong Kanan HEM,
SM Sains Labuan. SM Sains Labuan.

You might also like