Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN............................................................................................................................3
2.0 KEMUNCULAN IDEOLOGI PENGASINGAN KUASA DI EROPAH...................................4
3.0 IMPLIKASI PENGASINGAN KUASA TERHADAP PENSEJARAHAN EROPAH............6
3.1 SEKULARISME MULA BERKEMBANG DI EROPAH......................................................6
3.2 KEMUNCULAN PELBAGAI IDEOLOGI SEKULAR DI BARAT......................................7
3.3 LIBERALISME DAN DEMOKRASI MULA DIAMALKAN DI NEGARA EROPAH........8
3.4 SISTEM PEMERINTAHAN FEUDAL TIDAK LAGI BERKUASA.....................................9
4.0 KESIMPULAN............................................................................................................................10
RUJUKAN.........................................................................................................................................11
LAMPIRAN........................................................................................................................................12
1.0 PENGENALAN

Pengasingan kuasa atau “seperations of power” merujuk kepada suatu doktrin politik
terhadap dasar pentadbiran sesebuah negara. Ideologi pengasingan kuasa ini boleh
dikatakan mula berkembang pada Zaman Renaissance dan Zaman Enlightment. Zaman ini
merupakan zaman kebangkitan semula dari Zaman Pertengahan atau Zaman Gelap di
Eropah. Zaman ini juga merupakan zaman keunggulan ilmu di Eropah pada ketika itu.
Perkembangan keilmuan di Eropah pada masa itu merangkumi dari segi agama,
kebudayaan, penulisan dan pencapaian dalam sains dan sastera (Davies, 1996). Zaman
keunggulan ilmu Eropah ini telah memberikan kebebasan kepada personaliti yang berbakat
di Eropah pada ketika itu dan secara tidak langsung lahir intelektual sekular yang
berorientasikan pemisahan fungsi agama dalam institusi birokrasi. Antara intelektual sekular
terkenal Niccolo Machiavelli yang menghasilkan karya “The Prince” dan Erasmus
Roterodamus pula dengan karya “Sileni Alcibiadis” telah membawa sudut pandang baharu
dalam segenap bidang kehidupan. Oleh yang demikian, penulisan ini akan membahaskan
bagaimana ideologi pengasingan kuasa ini muncul di Eropah dan kesan daripada situasi ini
kepada pensejarahan Eropah.

2
2.0 KEMUNCULAN IDEOLOGI PENGASINGAN KUASA DI EROPAH

“Separation of powers” atau pengasingan kuasa secara umumnya adalah satu


konsep yang bertujuan untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh seseorang atau
parti dalam sesebuah pentadbiran. Bermula pada tahun 1600-an, ahli falsafah Eropah mula
membahaskan persoalan siapa yang patut mentadbir sesebuah negara. Pada era Zaman
Gelap di Eropah gereja memainkan peranan yang besar dalam pentadbiran. Perkembangan
gereja dalam pentadbiran kerajaan di Eropah boleh dikatakan bermula daripada serangan
orang Gasar pada permulaan Zaman Pertengahan. Impak daripada peristiwa ini, institusi
agama dianggap menjadi penyelamat tamadun Eropah sehingga Maharaja Constantine
menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi bagi seluruh Empayar Rom (Hyrrie, 2016).
Pengiktirafan agama Kristian sebagai agama rasmi ini telah secara tidak langsung telah
membawa kepada beberapa siri ideologi pengasingan kuasa oleh intelektual sekularisme
yang ingin mengehadkan kuasa pihak gereja dalam pentadbiran. Situasi ini terjadi kerana
masyarakat di Eropah ketika itu dipaksa mematuhi perintah paderi-paderi dan mempercayai
perkara khurafat dan karut. Mereka menyaksikan para ilmuan diseksa dan dihukum dengan
kejamnya kerana mengemukakan hasil penyelidikkan yang tidak sealiran dengan gereja
(Ismail Said, 2015). Galileo Galilei seorang ahli sains yang masyhur telah mendapat
hukuman dari pihak gereja kerana idea beliau mengenai bumi bukan pusat alam semesta
bertentangan dengan gereja dan beliau dianggap sebagai pengamal ajaran sesat. Gereja
juga telah tidak cekap dalam mengurus kewangan dan gemar menyeleweng kewangan.
Paus Leo X telah membelanjakan wang dalam jumlah besar hanya untuk membina semula
gereja St. Peter di Rom (Davies, 1996). Semasa menjadi Paus juga Leo X telah
mengarahkan gereja untuk menjual sijil surat pengampunan dosa atau turut dikenali sebagai
“Indulgence”.

Kesan daripada penyelewangan dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak gereja ini
lahir ideologi pengasingan kuasa daripada beberapa orang ahli falsafah sekular di Eropah.
Ahli falsafah sekular amat sinis terhadap kepercayaan dalam agama Kristian. Gerakan ini
juga dilihat sebagai permulaan kepada aliran rasionalisme. Aliran ini berkonsepkan kepada
meletakkan kebolehan akal manusia lebih tinggi daripada segala perkara (Graeme, 2007).
Para intelktual ini juga telah menyatakan pelbagai ideologi baharu bagi pentadbiran
sesebuah negara. Ideologi sekularisme berkaitan pengasingan kuasa ini bertujuan
mengehadkan kekuasan pihak gereja yang dilihat sewenang-wenangnya menyalahguna
kuasa sehingga mengundang kemarahan dalam kalangan masyarakat di Eropah ketika itu.
Antara ahli falsafah yang paling awal mengemukakan ideologi ini ialah Montesquieu.
Charles Montesquieu ialah seorang ahli falsasah Perancis yang aktif sekitar tahun 1700 di

3
Perancis. Antara karya beliau yang paling diangkat ialah “The Spirit of Law”. Montesquieu
menghuraikan teori pengasingan kuasa adalah untuk menetapkan organisasi kerajaan demi
menjaga kebebasan berpolitk (Sharon, 2000). Beliau percaya bahawa pengasingan kuasa
antara organisasi kerajaan yang berbeza adalah perlindungan terbaik daripada
penyalahgunaan kuasa seperti yang dilakukan oleh pihak gereja. Ideologi beliau adalah
setiap pentadbiran kerajaan perlu dilaksanakan oleh secara pentadbiran berasingan serta
sistem semak dan imbang harus diaplikasikan bagi menjamin perpaduan dan keharmonian
negara. Namun yang demikian ideologi Montesquieu ini berbeza daripada John Locke.
Locke merupakan seorang ahli falsafah Inggeris. Beliau merupakan seorang ahli falsafah
yang terkenal dengan karya “Two Treatises of Government”. Menurut Locke, sesuatu
pemerintahan di negara itu perlulah diketuai oleh golongan bangsawan. Namun berbeza
dengan Locke, Montesquieu pula lebih menekankan kepada “semangat undang-undang” di
mana semua rakyat perlu untuk terlibat dalam pemerintahan negara. Walaupun berbeza
namun ideologi beliau masih lagi dipengaruhi oleh John Locke. Idea Montesquieu
berkenaan pengasingan kuasa ini turut terhasil daripada kejayaan Perlembagaan British.
Perlembagaan British membahagikan kerajaan kepada badan Legislatif, badan Eksekutif
dan badan Kehakiman telah berjaya dilaksanakan dengan baik. Hal ini kerana Montesquieu
melihat raja Inggeris sebagai satu kuasa eksekutif yang diimbangi oleh Parlimen. Parlimen
pula akan menggubal undang-undang dan dibahagikan kepada Dewan Pertuanan dan
Dewan Rakyat (Krause, 2021). Kedua-dua badan ini akan mengimbangi antara satu sama
lain. Cabang eksekutif dan perundangan pula akan diimbangi dengan sistem mahkamah
bebas. Oleh itu, Montesquieu merumuskan bahawa bentuk kerajaan yang terbaik ialah
kerajaan yang mempunyai badan perundangan, kuasa eksekutif dan kehakiman secara
berasingan dan mengawal satu sama lain untuk mengelakkan sebarang badan kerajaan
daripada menjadi terlalu berkuasa.

4
3.0 IMPLIKASI PENGASINGAN KUASA TERHADAP PENSEJARAHAN EROPAH

3.1 SEKULARISME MULA BERKEMBANG DI EROPAH

Sekularisme telah dikembangkan di Eropah melalui dua tahap. Tahap yang pertama
ialah Sekularisme Moden dan tahap yang kedua pula ialah Sekularisme Ekstrim. Pada
period Sekularisme Moden, ideologi sekularisme pada waktu itu lebih bersifat personal dan
tidak melibatkan negara dan agama (Haslinda Hasan, 2000). Intelektual sekularisme pada
period ini masih menghormati agama walaupun pandangan mereka tidak terikat dengan
agama. Salah seorang daripada tokoh terkenal yang lahir pada period ini ialah John Locke.
Beliau dilahirkan sejurus sebelum Perang Saudara Inggeris. Locke merupakan graduan
sains dan perubatan di Universiti Oxford dan menjadi profesor di sana. Locke berpihak
kepada Parlimen Protestan yang menentang Rom Katolik King James II dalam Revolusi
Gemilang 1685 (Martz, 2004). Peristiwa ini telah mengurangkan kuasa raja dan menjadikan
Parlimen sebagai pihak kuasa utama dalam kerajaan Inggeris. Beliau merupakan seorang
ahli falsafah Inggeris yang berpendapat agama merupakan satu pilihan individu. Locke juga
turut dikenali sebagai bapa kepada Liberalisme.

Pada period Sekularisme Ekstrim pula, ideologi sekularisme semakin ekstrim


sehingga menganggap agama harus dihancurkan sepenuhnya demi mencapai nilai material
untuk pembangunan negara. Antara tokoh terkenal pada period ini ialah Karl Marx pelopor
kepada ideologi Marxism atau Komunisme. Ideologi Komunisme ini telah menjadi asas
kepada pembentukan parti-parti komunis. Agama menurut beliau adalah alat golongan
feudal untuk memalingkan rakyat agar tidak menyedari tentang kesengsaraan hidup lalu
beliau ingin menghapus agama secara sepenuhnya dalam pentadbiran negara. Ideologi-
ideoogi baharu ini bertentangan dengan kepercayaan menjadi pegangan majoriti falsafah
pada Zaman Pertengahan seperti konsep-konsep seperti Tuhan, alam dan manusia serta
sebab musabab. Secara tidak langsung melahirkan pemikiran yang moden dan bebas
termasuklah dalam institusi birokrasi. Mereka juga mahu membebaskan pemikiran
masyarakat dari hal-hal seperti mitos, fantasi, lagenda, bersifat kolot dan tradisi. Akhirnya
tercetuslah gerakan pembahagian antara moden dan tradisi sehinggakan tertanam
semangat nasionalisme yang membawa kepada peperangan dan ekspidisi mencari tanah
jajahan.

5
3.2 KEMUNCULAN PELBAGAI IDEOLOGI SEKULAR DI BARAT

Pensekularisme masyarakat di Eropah telah membawa kepada kemuculan beberapa


ideologi sekular yang masih diguna pakai hingga ke hari ini. Namun majoriti daripada aliran
ideologi ini dianggap sesat oleh sarjana Islam seperti Yusuf Qardhawi dalam bukunya yang
berjudul AlIslam Wal-'Ilmaniyah (Syukri Ismail, 2014). Antara fahaman yang lahir kesan
daripada sekularisme terhadap pensejarahan Eropah termasuklah Empirisme, Liberalisme,
Humanisme dan Modenisme. Empirisme ialah satu fahaman sains yang ekstrim dan berkait
rapat dengan kajian berasaskan ekperimen bukan sekadar teori. Jika sesuatu perkara itu
tidak dapat dibuktikan secara emferik maka ia dianggap tidak boleh dipercayai. Liberalisme
pula ialah satu ideologi yang memberikan kebebasan yang sepenuhnya kepada manusia
dalam apa jua isu (Nader Hashemi, 2020). Liberalisme muncul pada akhir abad ke-18 dan
merupakan suatu falsafah yang menegaskan nilai politik tertinggi terletak pada kebebasan
individu. Ideologi liberalisme menekankan kesamarataan peluang dan kebebasan serta
setiap individu mempunyai hak-hak peribadi di mana manusia tidak boleh dikongkong oleh
manusia lain. Antara tokoh-tokoh pemikiran liberal ialah John Locke, Anders Chydenius,
Adam Smith, Immanuel Kant dan Thomas Paine. Humanisme pula ialah ideologi yang
menyatakan Tuhan tidak berperanan di alam ini (Charles, 2006). Fahaman ini berkembang
di Barat sehingga dikenali order baru dunia. Modenisme pula ialah satu ideologi
menganggap segala yang moden dianggap baik manakala perkara yang lampau dianggap
kuno. Oleh itu segala bentuk yang tradisi dan agama dianggap kolot. Malah fahaman ini juga
beranggapan bahawa budaya barat merupakan budaya baik walaupun mendatangkan
pelbagai implikasi negatif.

6
3.3 LIBERALISME DAN DEMOKRASI MULA DIAMALKAN DI NEGARA EROPAH

Bagi Liberalisme merujuk kepada pembebasan kuasa memerintah dari unsur-unsur


politik warisan atau monarki. Setiap lapisan masyarakat tanpa mengira perbezaan taraf
sosial sepatutnya diberi peluang sama rata untuk merebut peranan untuk menjadi
pemimpin-pemimpin dalam negara. Dari sudut ekonomi, segala aktiviti dan kegiatan
ekonomi mestilah bebas dari campur tangan pihak kerajaan walaupun terdapat peraturan
dan undang-undang yang masih diguna pakai (Qasim Ahmad, 1985). Perkembangan
fahaman liberal yang lebih radikal seterusnya telah mencetuskan pemberontakan terhadap
pemerintahan monarki mutlak yang menyebabkan kebanyakan takhta Raja-raja di Eropah
dijatuhkan.

Bagi prinsip demokrasi pula, istilah tersebut merujuk kepada suatu bentuk sistem
pentadbiran sesebuah kerajaan yang mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang
dan struktur kerajaan yang ditentukan sendiri oleh rakyat. Dalam sebuah kerajaan
demokrasi, rakyat mempunyai hak kebebasan untuk bersuara dan mengundi pemimpin-
pemimpin kerajaan sendiri berlandaskan perkara-perkara yang ditetapkan dalam
Perlembagaan. Amalan demokrasi mula diguna pakai di kebanyakan negara di Eropah bagi
menggantikan sistem monarki. Antara negara yang terkesan adalah Britain dan Perancis.
Namun begitu, terdapat sesetengah negara yang menerima pelaksanaan amalan demokrasi
dalam kerajaan mereka tetapi dalam masa yang sama masih menerima kewujudan institusi
beraja namun dihadkan kuasa dalam pemerintahan seperti Britain. Kesan daripada
demokrasi ini turut dapat dilihat di Amerika Syarikat di mana sistem perhambaan telah
dilupuskan sepenuhnya. Sistem perhambaan di Amerika Syarikat dilupuskan melalui
Pengisytiharan Pembebasan atau Emancipation Proclamation. Pada 1 Januari 1863
Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincoln telah mengeluarkan pengisytiharan presiden
dan perintah eksekutif ini. Secara tidak langsung pengisytiharan ini merubah status sah
pemerintah persekutuan terhadap lebih daripada 3.5 juta orang Afrika-Amerika yang
diperhambakan pada waktu itu. Situasi yang berlaku di Amerika Syarikat ini merupakan
tempias terhadap perkembangan prinsip demokrasi di Eropah yang menyokong hak
kebebasan dan kesamarataan manusia.

7
3.4 SISTEM PEMERINTAHAN FEUDAL TIDAK LAGI BERKUASA

Sistem pemertintahan feudal dilihat menerima implikasi yang besar terhadap


pengasingan kuasa. Antara negara Eropah yang terkesan ialah Perancis. Revolusi Perancis
1789 merupakan pemisahan Eropah Moden dari Eropah Lama. Revolusi ini juga menjadi
satu pemangkin kepada kesedaran nasionalisme, gerakan antipemerintahan beraja dan
pencapaian gagasan kedaulatan rakyat. Para penggerak revolusi membawa mesej
persamaan serta kebebasan (Azmi Ariffin, 2010). Hal ini merupakan salah satu sebagai
tuntutan cita-cita liberalisme dan demokrasi. Idea liberalisme dan demokrasi ini merupakan
satu aliran pemikiran yang sedang berkembang di Eropah pada masa itu. Pada era itu,
Eropah berada dalam Zaman Kesedaran (Enlightenment). Revolusi Perancis telah
mengakibatkan pemerintahan tertinggi oleh Raja Perancis ditamatkan. Ini menunjukkan
bahawa kuasa dan darjah kebesaran yang dimiliki oleh golongan kerabat diraja, pembesar
dan bangsawan mula terbatas. Pemerintahan beraja berkuasa mutlak dan bercorak
feudalisme kemudian dimansuhkan dan digantikan dengan pemerintahan demokrasi yang
membawa kemunculan kepada Republik Perancis Konsep demokrasi yang dipilih
mementingkan kebebasan dan kedaulatan rakyat di mana tampuk pemerintahan kerajaan
sudah tidak lagi berpusatkan kepada Raja dan bangsawan.

8
4.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, aliran-aliran ideologi yang muncul di Eropah ini adalah hasil
daripada pengasingan kuasa intelektual sekular yang ingin mengasingkan agama dan
birokrasi. Pengenalan konsep pengasingan kuasa di Eropah banyak mengubah pola
kehidupan masyarakat Eropah dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Pengamalan
sistem demokrasi moden yang diperkenalkan sejak Zaman Renaissance telah memberi
sumbangan yang cukup besar kepada sistem pentadbiran di kebanyakan negara di seluruh
dunia kini. Keterbukaan masyarakat Eropah ketika itu yang berani untuk melakukan
perubahan wajar dijadikan sebagai teladan dan pedoman kepada generasi kini bagi
menambah baik sistem kehidupan bernegara. Oleh itu, elemen keadilan dan keseimbangan
yang dipupuk pasti dapat membentuk persekitaran masyarakat yang aman dan harmoni.

9
RUJUKAN

Azmi Ariffin. (2010). Les Philosophés Kurun Ke-18 di Perancis: Sifat-sifat Reaksioner. Pulau Pinang:
Universiti Sains Malaysia (USM).

Azmi Aziz. (2016). Isu-isu agama dan sekularisme dalam ruang sosio-politik di . Malaysia Journal of
Society and Space 12 issue 14.

Charles, N. (2006). Humanism and the culture of Renaissance Europe. North London: Cambridge
University Press.

Davies, N. (1996). Europe: A History. London : Oxford University Press.

Graeme, S. (2007). A short history of secularism. London: Bloomsbury Publishing.

Haslinda Hasan. (2000). Sekularisme : sejarah kelahiran dan kesannya terhadap peradaban Islam
dengan penumpuan terhadap serangan pemikiran. Kuala Lumpur: Perpustakaan Universiti
Malaya.

Hyrrie, J. (2016). Perubahan–perubahan yang berlaku semasa Zaman Kemuncak Pertengahan di


Eropah. Kuala Lumpur: Perpustakaan Universiti Malaya.

Ismail Said. (2015). Sejarah Eropah. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Kamal Kamaruddin. (2009). Sejarah Eropah. Selangor: Prentice Hall.

Krause, S. (2021). The Rule of Law in Montesquieu. London: Cambridge Companion.

Martz, :. (2004). Hobbes, Locke, Montesquieu, and Rousseau on Government . Constitutional Rights
Foundation,.

Nader Hashemi. (2020). Islam, Sekularisme dan Demokrasi Liberal. Kuala Lumpur: Islamic
Renaissance Front.

Pope Leo X, Exsurge Domine. (1999). Provided Courtesy of Eternal Word Television Network.

Qasim Ahmad. (1985). Eropah Moden Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Schirrmacher, T. (2011). Indulgences: A History of Theology and Reality of Indulgences and


Purgatory. Verlag für Kultur und Wissenschaft (Culture and Science Publ.).

Sharon, K. (2000). The spirit of separate powers in Montesquieu. The Review of Politics, 231-265.

Syukri Ismail. (2014). Kritik Terhadap Sekularisme (Pandangan Yusuf Qardhawi). Kontekstualita.

10
LAMPIRAN

Rajah 1: Charles Montesqieu seorang ahli falsafah Perancis yang mengemukakan idea
pengasingan kuasa.

Rajah 2: John Locke seorang ahli falsafah Inggeris yang telah menjadi ilham kepada
Montesqieu berkenaan pengasingan kuasa.

11
Rajah 3: Karl Marx seorang ahli falsafah pada period Sekularism Ekstrim yang juga pelopor
kepada ideogi Marxism.

Rajah 4: Ilustrasi bagi “Indugence” atau dikenali sebagai penjualan sijil pengampunan oleh
pihak gereja semasa Zaman Pertengahan.

12
Rajah 5: Lukisan potret Paus Leo X.

Rajah 6: Sebuah salinan kepada sijil pengampunan dosa yang dikeluarkan oleh pihak
gereja.

13
Rajah 7: Sebuah lukisan yang menggambarkan Galileo Galilei mengemukakan idea beliau
berkenaan teori bumi bukan pusat alam semesta kepada pihak gereja.

14

You might also like