Tugasan Pga

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PGA : PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DAN KEWUJUDAN PELBAGAI ALIRAN

Mengikut pemahaman saya berdasarkan video Perkembangan Zaman Pendidikan di


Tanah Melayu ialah terdapat 5 fasa zaman perubahan pendidikan iaitu Zaman Pramerdeka,
Zaman Pasca Merdeka, Zaman Dasar Ekonomi Baru, Zaman Pembangunan Negara dan
Zaman Dasar Wawasan Negara.
Perkembangan pendidikan di Tanah Melayu telah bermula semasa Zaman Pramerdeka
iaitu sebelum tahun 1957. Pada masa ini, terdapat dua pendidikan iaitu pendidikan zaman
British dan zaman Jepun. Semasa pendidikan zaman British, pendidikan vernakular telah
ditubuhkan oleh sebab kepelbagaian kaum yang terdapat di Tanah Melayu seperti kaum
Melayu, Cina dan India. Pendidikan vernakular yang pertama ialah Pendidikan Vernakular
Cina. Pendidikan Vernakular Cina banyak ditubuhkan di kawasan bandar dan tapak
perlombongan bijih timah. Keadaan ini sama seperti di Sabah dan Sarawak. Kurikulum
sekolah aliran cina berdasarkan negara China. Tenaga pengajar dan buku-buku juga diambil
dari negara China. Selain itu, terdapat Pendidikan Vernakular Tamil. Kebanyakan sekolah
Tamil didirikan di kawasan ladang getah kerana sebahagian besar masyarakat India menetap
di sana. Sekolah-sekolah Tamil diuruskan sendiri oleh masyarakat India tanpa sebarang
bantuan. Oleh itu, terdapat banyak kelemahan dalam Sistem Pendidikan Vernakular Tamil.
Seterusnya, Pendidikan Kaum Melayu. Penubuhan pendidikan ini merupakan
kesinambungan daripada prinsip ‘Beban Orang Putih’ . Struktur pendidikan ‘Two – Tier’
digunakan iaitu terdapat pendidikan bagi golongan bangsawan dan rakyat biasa. Akhir
sekali, Pendidikan Inggeris. Pendidikan Inggeris mencontohi kurikulum Grammar School di
Great Britain dan bertujuan melahirkan pegawai-pegawai tadbir rendah. Sekolah Pendidikan
Inggeris ini bersifat majmuk namun hanya memilih orang-orang tertentu sahaja terutama
daripada golongan bangsawan. Latihan dan kandungan matapelajaran juga menggunakan
Bahasa Inggeris sepenuhnya. Seterusnya, semasa Perang Dunia Ke-2, Tanah Melayu telah
diduduki oleh tentera Jepun. Maka, bermulalah Pendidikan Zaman Jepun yang telah
menyebabkan penutupan sekolah-sekolah Cina dan Inggeris seterusnya diganti dengan
Sekolah Nippon-Go. Masyarakat Tanah Melayu juga terpaksa menggunakan lagu
kebangsaan negara Jepun iaitu Kimigayo. Pendidikan ini turut menekankan pembentukan
akhlak dan disiplin taat setia masyarakat kepada Maharaja Jepun dan Kerajaan Jepun.
Peperangan diantara negara China dan Jepun pada masa itu juga telah menyebabkan rakyat
Cina di Tanah Melayu lebih ditindas berbanding kaum-kaum yang lain.
Pada Zaman Pascamerdeka iaitu antara tahun 1957 hingga tahun 1970, telah berlaku
perubahan dalam sistem pendidikan negara. Antaranya ialah Ordinan Pelajaran 1957 telah
digubal berdasarkan Laporan Razak, Akta Pelajaran 1961 telah menetapkan Bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar utama, pendidikan percuma dan universal melalui Dasar
Pendemokrasian Pendidikan 1962, pemeriksaan pemilihan sekolah menengah dihapuskan
dan perubahan dasar bagi pendidikan universal.
Pada Zaman Dasar Ekonomi Baru iaitu antara tahun 1971 hingga tahun 1990, terdapat
usaha-usaha dalam mengukuhkan Dasar Ekonomi Baru iaitu semakan semula pelaksanaan
dasar pendidikan negara melalui penubuhan sistem pendidikan kebangsaan dan
mengadakan cadangan pendekatan dan strategi baru bagi memantapkan sistem pendidikan
negara.
Pada Zaman Pembangunan Negara iaitu antara tahun 1991 hingga tahun 2000, Dasar
Ekonomi Baru telah diperkukuhkan melalui pembasmian kemiskinan dan penyatuan
masyarakat dan penekanan kepada pembangunan yang seimbang. Selain itu, beberapa akta
juga telah digubal dan kelayakan guru-guru juga telah dinaiktaraf.
Pada Zaman Dasar Wawasan Negara iaitu dari tahun 2001 hingga tahun 2020, bayaran
insentif subjek pendidikan, pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik telah
diperkenalkan. Selain itu, penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan turut
dijalankan. Pada tahun 2005, Program j-QAF telah dilaksanakan dan diperluas. Akhir sekali,
berlaku penubuhan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia [KPTM].

You might also like