Professional Documents
Culture Documents
Kertas Cadangan IIC
Kertas Cadangan IIC
Kertas Cadangan IIC
1) Kertas cadangan ini adalah cadangan kepada International Islamic College (IIC) untuk mendapat
pertimbangan awal dan kelulusan untuk menubuhkan sebuah cawangan Pusat Bertauliah / Kolej
IIC di Hotel Centrepoint, Kuala Lipis, Pahang.
2) Cadangan ini adalah berasas daripada permintaan tinggi untuk sebuah institusi pendidikan yang
berkualiti, bermutu dan ternama untuk menampung keperluan latihan kemahiran dan
pendidikan tinggi (seperti Diploma dan Ijazah Sarjana Muda) belia-belia terutamanya di rantau
ini.
3) Menurut kepada rekod, terdapat 30 sekolah, sebuah Institusi Perguruan Tengku Ampuan Afzan
sebuah Institusi Pertanian dan Kolej Komuniti Lipis (kursus Pelancongan) sahaja yang terletak di
Daerah Kuala Lipis; pilihan pendidikan pengajian tinggi atau pengajian alternatif amatlah terhad
maka kebanyakkan pelajar yang telahpun tamat atau gagal menamatkan pengajian menengah
terpaksa antaranya meninggalkan Bandar Lipis ke Bandar Besar seperti Kuala Lumpur/Kuantan
untuk menyambung pengajian tinggi mereka; atau untuk pelajar yang gagal menamatkan
pengajian menengah, mereka terpaksa mencari pekerjaan memandangkan tiada pengajian
alternatif (seperti latihan kemahiran).
4) Maka dengan penubuhan IIC di Kuala Lipis, belia-belia di rantau ini akan mempunyai pilihan
untuk melanjutkan pembelajaran mereka di kawasan Kuala Lipis dan secara tidak langsung, ini
akan mendatangkan kebaikan dari segi sosial dan ekonomi kepada golongan belia serta keluarga
mereka dan seterusnya kepada penduduk-penduduk di rantau ini termasuk Bandar berdekatan
seperti Jerantut, Temerloh, Jengka, Maran, Raub, Benta, Gua Musang serta Cameron Highland.
5) Pusat bertauliah ini dicadangkan untuk ditubuhkan di Hotel Centrepoint yang terletak di Aras 4,
5 dan 7, Bangunan Centrepoint, Kuala Lipis, Pahang (Dilampirkan maklumat Hotel Centrepoint
untuk rujukan pihak IIC).
6) Kertas cadangan ini merangkumi analisi terperinci seperti skop-skop dibawah untuk dijadikan
sebagai pertimbangan dan rujukan pihak IIC:-
Terletak secara strategik di Pahang Barat dan mempunyai kesinambungan dengan Bandar-
Bandar berdekatan melalui Jalan Raya baru seperti Jalan Central Spine Road (CSR) yang bakal
menyambungkan Bandar-Bandar Pahang Barat (Raub / Bentong sehingga ke Kuala Lumpur) dan
Kelantan Selatan (Gua Musang / Kuala Krai) serta tidak berjauhan dengan Bandar Cameron
Highlands (jarak dalam 60-70KM) dan berdekatan dengan Bandar Jerantut, Jengka dan Temerloh
dimana semua daerah-daerah ini merupakan pasaran sasaran Pusat Bertauliah ini.
2) PASARAN SASARAN:-
Berdasarkan kepada Jabatan Statistik, populasi Daerah Lipis dan daerah berdekatan adalah
dalam lingkungan seramai 833,000 jumlah penduduk dan dijangka tiga puluh hingga empat
puluh peratus (30-40%) adalah golongan belia (seramai 250,000-333,000) yang berumur antara
12 – 25 tahun.
DAERAH POPULASI
Kuala Lipis 106,000
Raub 98,000
Jerantut 95,000
Temerloh 175,000
Maran (Termasuk Jengka) 110,000
Cameron Highlands 40,000
Gua Musang 99,000
Kuala Krai 110,000
3) KUMPULAN SASARAN:-
Berdasarkan kepada rekod, hanya terdapat Kolej Komuniti dan Pusat Latihan Giatmara yang
terdapat di setiap daerah (kecuali daerah Cameron Highlands) dan kursus-kursus pembelajaran
amatlah terhad dan tertumpu kepada kimpalan dan fabrikasi logam maka belia-belia tidak
mempunyai banyak pilihan dari segi Kolej atau kursus untuk melanjutkan pelajaran mereka.
5) PREMIS PUSAT BERTAULIAH / KOLEJ IIC – HOTEL CENTREPOINT
a) KEDUDUKAN
Terletak secara strategik di tengah bandar Kuala Lipis yang berdekatan dengan Pusat
Bandar Lipis.
COMPLEX
CENTREPOINT
Dengan kedudukan yang strategik serta berhadapan dengan jalan utama, pendedahan
jenama (brand exposure) Pusat Bertauliah IIC dapatlah diserlahkan dan dipamerkan
dimana mudah untuk orang awam lihat.
Segala papan tanda Kolej atau kursus yang ditawarkan boleh dipamerkan dengan
senang dan mudahb untuk dilihat orang awam; dengan ini, pastinya kadar pengambilan
pelajar dalam setiap kursus / semester pasti meningkat.
Terletak di Aras 4, 5 dan 7 bangunan Centrepoint dengan kemudahan dan fasiliti yang
tersedia seperti reception, lobi, café, dapur, 4 bilik mesyuarat, 67 bilik, 8 buah
apartment (3 bilik 2 tandas) dengan jumlah keluasan keseluruhan 44,417 kaki persegi
(4,126 meter persegi) boleh secara mudah ditukarkan (convert) kepada sebuah institusi
pelajaran yang praktikal dan berfungsi siap dengan fasiliti kantin (café), asrama (bilik /
apartments), dewan kuliah dan kelas tutor (dewan dan bilik mesyuarat).