GP Program SKOD

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 30

PROGRAM SAHABAT

KOMUNITI DESA (SKOD)


PASCA COVID-19

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KOMUNITI


ARAS 5-9, NO.47, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62100 PUTRAJAYA
DIKEMASKINI PADA 23 JUN 2020
Garis Panduan Pelaksanaan Program Sahabat Komuniti Desa (SKoD) Tahun 2020 0
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA M/S

1. PROGRAM SAHABAT KOMUNITI DESA (SKoD) 0

GARIS PANDUAN PROGRAM SAHABAT


2. 2 - 29
KOMUNITI DESA (SKoD) TAHUN 2020

Garis Panduan Pelaksanaan Program Sahabat Komuniti Desa (SKoD) Tahun 2020 1
GARIS PANDUAN
PROGRAM SAHABAT KOMUNITI DESA (SKoD) TAHUN
2020

1. LATAR BELAKANG

1.1 Sahabat Komuniti Desa (SKoD) merupakan hasil kerjasama Jabatan

Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan Kepimpinan Desa seperti

Penghulu, Ketua Kampung, Institusi Kepimpinan Komuniti, Jawatankuasa

Masjid/Surau, Jawatankuasa Aktiviti KEMAS dan NGO. Penubuhan SKoD

bertujuan bagi menggalakkan perkembangan semangat sukarelaan di

kalangan masyarakat desa dalam pembangunan luar bandar dengan

kerjasama strategik agensi/jabatan, swasta, komuniti desa dan NGO.

Selain itu, ia adalah satu jaringan komuniti yang bekerjasama di seluruh

Malaysia untuk melahirkan kepimpinan sukarelawan.

1.2 SKoD merupakan Kumpulan Tindakan Komuniti (Community Action

Group) yang ditubuhkan di kawasan luar Bandar. SKoD mempunyai

peranan sama seperti pertubuhan Komuniti 1 Malaysia (K1M-Jabatan

Penerangan) dan Komuniti Rukun Tetangga (KRT-Jabatan Perpaduan).

Apa yang membezakan SKoD dengan lain-lain adalah kerana ianya fokus

kepada komuniti desa. Penyertaan SKoD terbuka kepada warga Desa

(Penghulu, Ketua Kampung, Institusi Kepimpinan Komuniti, Jawatankuasa

Masjid/Surau dan NGO serta orang awam) dengan penubuhan suatu

Garis Panduan Pelaksanaan Program Sahabat Komuniti Desa (SKoD) Tahun 2020 2
jawatankuasa seramai 15 orang mewakili SKoD dan ahli biasa tidak

terhad bilangannya mengikut keperluan.

1.3 Kumpulan SKoD akan diberi pendedahan dan kesedaran mengenai

kepimpinan sukarelawan di kawasan masing-masing dan ditugaskan

menjalani aktiviti- aktiviti seperti berikut:

i. Pemantauan komuniti dan menangani isu berkaitan dengan

keselamatan dan kebajikan desa;

ii. Mengendalikan program kesedaran terhadap kesihatan dan

amalan gaya hidup aktif kepada orang ramai;

iii. Memastikan kelestarian pertubuhan menerusi aktiviti-aktiviti

kesukarelaan yang membina keupayaan masyarakat, dan

iv. Memupuk semangat patriotisme dikalangan penduduk serta

melaksanakan aktiviti kepimpinan dikalangan belia

1.4 Penubuhan SKoD adalah untuk memastikan bahawa anggota masyarakat

yang pernah dilatih oleh KEMAS sebelum ini dapat meneruskan khidmat

masyarakat mereka bersama-sama dengan Institusi Kepimpinan Komuniti

yang dilantik. Antara mereka yang pernah dilatih oeh KEMAS sebelum ini

seperti Jawatankuasa Gerakan Daya Wawasan, Jawatankuasa Aktiviti

KEMAS dan sukarelawan KOSPEN yang bergerak secara aktif di desa-

desa sebelum ini dapat menjalankan aktivti mereka dengan lebih tersusun.

1.5 SKoD merupakan Kumpulan Tindakan Komuniti yang ditubuhkan di

kawasan luar Bandar selaras dengan dasar

Garis Panduan Pelaksanaan Program Sahabat Komuniti Desa (SKoD) Tahun 2020 3
1.5.1 Teras 5 Dasar Pembangunan Luar Bandar– Keunggulan

Generasi Belia Luar Bandar (Strategi 3.1, 3.2 &3.3)

1.5.2 Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, Teras Strategik 7: Modal

Insan.

2. OBJEKTIF

Objektif pelaksanaan Sahabat Komuniti Desa (SKoD) ini adalah seperti

berikut:-

2.1 Memperkasa kepimpinan sukarelawan yang berwibawa dan mampu

berdikari;

2.2 Mewujudkan komuniti desa yang peka terhadap kesihatan dan

persekitaran yang sihat;

2.3 Melahirkan komuniti desa yang memiliki semangat patriotisme, nilai-

nilai murni dan beridentiti; dan

2.4 Meningkatkan semangat kesukarelaan di kalangan komuniti desa.

3. KRITERIA PEMILIHAN KAMPUNG

3.1 Bermula tahun 2019, penubuhan kumpulan SKoD melibatkan

sebanyak 28 buah daerah termiskin di lima (5) buah negeri iaitu

Kedah, Kelantan, Pahang, Sabah dan Sarawak. Jawatankuasa

SKoD terdiri daripada 15 orang bagi satu siri. Seramai 420 orang

sukarelawan terlibat dengan penubuhan ini.

3.2 Bagi tahun 2020, Program ini dikembangkan kepada 85 siri di

seluruh Malaysia. Keutamaan pelaksanaan program ini adalah

Garis Panduan Pelaksanaan Program Sahabat Komuniti Desa (SKoD) Tahun 2020 4
kepada 46 daerah pedalaman dan 28 daerah termiskin serta

kampung-kampung yang mempunyai lokaliti KOSPEN atau Pusat

Komuniti Desa (PKD) atau Pusat Sumber KEMAS atau lain-lain

pusat aktiviti komuniti.

4. KUMPULAN SASAR

Penubuhan SKoD ini adalah mensasarkan kepada belia dan beliawanis

desa Peserta dan Jawatankuasa Aktiviti KEMAS selain Pemimpin setempat

iaitu Penghulu, Institusi Kepimpinan Komuniti, Jawatankuasa Masjid / Surau,

Jawatankuasa Aktiviti KEMAS dan NGO. Kriteria pemilihan ahli adalah

seperti berikut:-

i. Terbuka kepada semua komuniti desa setempat.

ii. Terdiri daripada golongan belia dan dewasa dari pelbagai

bangsa, jantina dan peringkat umur.

iii. Berdaftar sebagai ahli SKoD.

iv. Ditadbir oleh Jawatankuasa Sahabat Komuniti Desa

(SKoD) dengan minimum 15 orang ahli jawatankuasa yang

dilantik.

v. Sukarelawan KOSPEN

5. AKTIVITI SKoD

5.1 Sahabat Komuniti Desa (SKoD) berperanan menjaga kelestarian

dan kesejahteraan penduduk desa di kawasan tempat tinggal

mereka, di samping bertujuan untuk mengurangkan konflik

penduduk desa serta mewujudkan kesepakatan bersama komuniti.

Garis Panduan Pelaksanaan Program Sahabat Komuniti Desa (SKoD) Tahun 2020 5
5.2 Aktiviti Sahabat Komuniti Desa (SKoD) dilaksanakan dengan

berpandukan perkara berikut :-

5.2.1 Aktiviti SKoD perlu berpandukan garis panduan atau SOP

(Standanrd Operating Procedure) oleh KPLB dan lain-lain SOP

yang dikeluarkan oleh kementerian atau agensi yang berkaitan

berhubung dengan Covid19.

5.2.2 Tindakan Penganjur

i. Menyediakan alat saringan suhu badan dan melengkapkan

borang C. Mengukur dan merekod suhu badan perlu

dilaksanakan kepada semua yang terlibat dalam aktiviti ini.

(Sekiranya bacaan suhu melebihi 37.5° celcius atau

bergejala tidak dibenarkan mengikuti aktiviti ini).

ii. Menyediakan cecair pencuci tangan (hand sanitizer) dan

pelitup muka (face mask) kepada setiap peserta dalam

kuantiti yang mencukupi.

iii. Sentiasa mengikuti perkembangan terkini wabak COVID-19.

iv. Menyediakan makanan untuk peserta secara bungkus untuk

dibawa pulang.

5.2.3 Tindakan Peserta program

i. Jika bergejala elakkan menghadiri program

ii. Mengamalkan etika batuk (menutup mulut dan hidung dengan

tisu apabila batuk dan bersin, seterusnya membasuh tangan

dengan serta merta.

Garis Panduan Pelaksanaan Program Sahabat Komuniti Desa (SKoD) Tahun 2020 6
iii. Sentiasa menjaga kebersihan khususnya cuci tangan dengan

bersih dan kerap.

iv. Sentiasa membawa pelitup mulut dan hidung serta cecair

pencucui tangan.

5.2.4 Tindakan semasa program untuk semua yang terlibat.

i. Laksanakan amalan 3W (wash, Wear dan Warn) sepanjang

program berjalan.

1. Wash (cuci) – kerap mencuci tangan

2. Wear (pakai) – pakai pelitup mulut dan hidung

3. Warn (amaran) – elak bersalaman, amalkan etika batuk

dan bersin, lakukan disinfeksi, keluar rumah jika perlu,

dapatkan rawatan jika bergejala.

ii. Elakkan 3S (sesak, sempit dan sembang dekat) sepanjang

program berjalan.

1. Sesak – elakkan tempat sesak.

2. Sempit – elak tempat sempit dan tertutup.

3. Sembang dekat – bersembang dekat-dekat.

5.2.5 Mengamalkan SOP (Standanrd Operating Procedure)

COVID19 sepanjang program berlangsung.

i. Sentiasa mencuci tangan dengan bersih dan kerap.

ii. Mengamalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter

dari orang lain sepanjang aktiviti ini dijalankan.

iii. Sentiasa memakai pelitup mulut dan hidung.

Garis Panduan Pelaksanaan Program Sahabat Komuniti Desa (SKoD) Tahun 2020 7
5.3 Ahli komuniti SKoD ditugaskan menjalankan beberapa aktiviti setiap

tahun di persekitaran kawasan masing-masing mengikut pilihan

mana-mana aktiviti yang difikirkan sesuai seperti dibawah:

5.3.1 Pasukan Kesukarelaan

5.3.2 Gotong Royong Keceriaan

5.3.3 Cakna Dan Prihatin

5.3.4 Kem Patriotisme / Bina Jatidiri

5.3.5 Aktiviti Kepimpinan Belia

5.3.1 Pasukan Kesukarelaan

i. Merangkumi pemantauan secara berkala bagi aspek-aspek

keselamatan dan membantu mencegah aktiviti tidak sihat di

sekitar kawasan masing-masing yang ditentukan oleh Ahli

Jawatan Kuasa SKoD serta melaporkan kepada pihak-pihak yang

berkenaan seperti Pihak Polis, AADK dan lain-lain agensi

keselamatan. Bersedia memberi khidmat kesukarelawan didalam

aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh Komuniti setempat

atau agensi serta NGO.

ii. Selain itu, pasukan ini juga bertanggungjawab untuk menyokong

usaha Kerajaan dan agensi lain yang berkaitan di kawasan desa

dalam aktiviti kesedaran awam bersama masyarakat tempatan di

samping dapat mengenal pasti penduduk yang memerlukan

bantuan dan seterusnya menjadi kumpulan pertama yang

menghulurkan bantuan dari segi tenaga dan idea bagi

Garis Panduan Pelaksanaan Program Sahabat Komuniti Desa (SKoD) Tahun 2020 8
meringankan bebanan yang ditanggung oleh penduduk sesebuah

komuniti contohnya aktiviti:

a. Penubuhan Pasukan Pengurusan Jenazah

b. Sukarelawan KOSPEN

c. Pasukan Kecemasan seperti pertolongan cemas dan bantuan

cakna masyarakat.

5.3.2 Gotong Royong Keceriaan

Merangkumi aktiviti untuk memastikan kesinambungan usaha komuniti

bagi mewujudkan suasana ceria, indah, menarik dan memiliki

infrastruktur desa yang terjaga.

i. Melaksanakan aktiviti Gotong Royong (kebersihan, keceriaan

dan kenduri)

ii. Membantu memastikan infrastruktur seperti jalan kampung,

bangunan (surau, balairaya dan lain-lain) sentiasa dalam

keadaan baik dan sempurna.

iii. Membantu penganjuran program berkaitan kebudayaan dan

kesenian.

5.3.3 Cakna dan Perihatin

Penjagaan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat dan aktif merupakan

satu element yang sering diabaikan oleh masyarakat desa, oleh itu

kerjasama KEMAS dan Kementerian Kesihatan akan diterjemahkan

dalam aktiviti SKoD ini menerusi program KOSPEN. Membantu

mengenalpasti golongan yang memerlukan bantuan seperti warga

Garis Panduan Pelaksanaan Program Sahabat Komuniti Desa (SKoD) Tahun 2020 9
emas,orang kelainan upaya (OKU), masalah kesihatan dan sebagainya

serta memanjangkan kepada pihak yang berkaitan.

5.3.4 Aktiviti Kepimpinan Belia

Mewujudkan hubungan dan jaringan kerjasama dengan pelbagai agensi,

pertubuhan, swasta dan NGO dalam memberikan kerjasama untuk

pembangunan desa dan memastikan kesejahteraan masyarakat melalui

aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara bersama.

i. Program Kepimpinan dengan kerjasama agensi, swasta dan

NGO

i. Ekspedisi dengan kerjasama korporat, swasta, NGO dan agensi

ii. Kelas Seni Mempertahankan diri

iv. Penubuhan Kelab Kebudayaan/ Kesenian

6. TUGAS DAN PERANAN

Jawatankuasa ini adalah bertujuan untuk menggembelingkan tenaga

masyarakat dan kerajaan agar dasar-dasar dan program kerajaan dapat

disambut baik dan disertai oleh masyarakat secara aktif. Masyarakat juga

melalui jawatankuasa boleh menyumbang dalam mencetuskan idea serta

bersama membuat keputusan dalam melaksanakan sesuatu aktiviti.

6.1 Pegawai KEMAS Daerah (PKD) (Penasihat)

6.1.1 Pegawai KEMAS Daerah memainkan peranan yang penting

dalam memastikan SKoD yang ditubuhkan ini dapat

menjalankan peranan mereka dengan berkesan. Oleh itu, PKD

Garis Panduan Pelaksanaan Program Sahabat Komuniti Desa (SKoD) Tahun 2020 10
perlu membuat pemakluman penubuhan SKoD bagi tujuan

mendapatkan kerjasama daripada agensi-agensi yang

berkaitan seperti berikut:

i. Polis Diraja Malaysia (PDRM)


ii. Jabatan Kesihatan Daerah
iii. Angkatan Pertahanan Awam
iv. Pihak Berkuasa Tempatan
v. Pejabat Tanah Dan Daerah
vi. Pejabat Kebajikan Daerah
vii. Pejabat Belia dan Sukan Daerah
viii. Rela
ix. Bulan Sabit Merah atau St John Ambulance
x. Pengakap, Pandu Putri dan lain-lain badan beruniform
sukarela
xi. Lain-lain agensi yang difikirkan sesuai

6.1.2 PKD perlu memainkan peranan bagi menjalin kerjasama yang

erat antara pelbagai agensi tersebut dengan SKoD bagi

memastikan segala bentuk bantuan dan program dapat

diteruskan dengan jayanya.

6.2 Penyelia Pembangunan Desa (PPD)

6.2.1 Memberi khidmat nasihat, motivasi dan menerapkan semangat

kerja berpasukan kepada semua Ahli Jawatankuasa mengikut

bidang tanggungjawab yang ditetapkan.

6.2.2 Memantau dan membuat penguatkuasaan kepada prosedur-

prosedur yang ditetapkan untuk menjamin kualiti perkhidmatan

dan mewujudkan ketelusan.

Garis Panduan Pelaksanaan Program Sahabat Komuniti Desa (SKoD) Tahun 2020 11
6.2.3 Memberi khidmat nasihat didalam mesyuarat bersama

mengenai isu-isu semasa dan permasalahan lain yang

berkaitan dengan perjalanan SKoD.

6.2.4 Menyampaikan maklumat kepada Jawatankuasa mengenai

pekeliling dan arahan terkini Jabatan yang berkaitan dengan

SKoD.

6.2.5 Mendapatkan dan menyemak mengenai prestasi

Jawatankuasa sekurang-kurangnya dua kali setahun.

6.2.6 Meneliti dan mempertimbangkan setiap perancangan /

perlaksanaan yang telah dirancang oleh jawatankuasa.

6.2.7 Memberi peringatan bertulis kepada Jawatankuasa sekiranya

gagal mengadakan Mesyuarat Tahunan yang bermula dalam

tempoh Januari hingga Mac pada tahun semasa.

6.2.8 Menasihati Jawatankuasa untuk melantik Pengerusi

Sementara sekiranya Pengerusi tidak hadir semasa Mesyuarat

Tahunan dan melaksanakan mesyuarat mengikut Tatacara

Pelaksanaan Mesyuarat yang berkaitan.

6.3 Peranan Ahli Jawatankuasa SKoD

6.3.1 Pengerusi

i. Merancang dan mengadakan Mesyuarat Tahunan dalam

jangkamasa yang ditetapkan di antara bulan Januari hingga

bulan Mac.

ii. Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa dan

Mesyuarat Tahunan.

Garis Panduan Pelaksanaan Program Sahabat Komuniti Desa (SKoD) Tahun 2020 12
iii. Merancang dan mengaturkan jadual mesyuarat dengan

setiausaha mengikut ketetapan yang berskala iaitu

sekurang-kurangnya 4 kali setahun.

iv. Menyemak dan mengesahkan Minit Mesyuarat, Laporan

Aktiviti dan Penyata Kewangan SKoD.

v. Menyemak dan menandatangani dokumen pengeluaran

wang yang disediakan oleh Bendahari seperti yang

terkandung dalam akta pertubuhan atau mana-mana

peraturan yang berkaitan.

vi. Mendapatkan maklumbalas dari PKD dan PPD berkaitan

pengurusan SKoD.

vii. Memastikan Ahli Jawatankuasa mematuhi peraturan dan

prosedur yang telah ditetapkan oleh Jabatan.

viii. Bekerjasama untuk mendapatkan kemudahan serta

bantuan dari agensi kerajaan, badan-badan sukarela dan

pemimpin tempatan untuk bersama menyumbang di dalam

aktiviti yang dirancang.

ix. Bertanggungjawab dalam membincang dan menyelesaikan

permasalahan yang dihadapi dalam pelaksanaan aktiviti

SKoD di bawah kelolaan.

x. Mewujudkan Jawatankuasa Biro-biro yang berkaitan di

kalangan ahli jawatankuasa bagi tujuan melancarkan dan

memudahkan perlaksanaan aktiviti SKoD.

Garis Panduan Pelaksanaan Program Sahabat Komuniti Desa (SKoD) Tahun 2020 13
6.3.2 Setiausaha
i. Menyediakan semua urusan surat menyurat yang berkaitan

dengan urusan rasmi SKoD dengan terlebih dahulu

mendapat persetujuan dari Pengerusi.

ii. Melaksanakan kerja – kerja pengurusan mesyuarat seperti:

a. Menyediakan Minit Mesyuarat Bulanan dan Minit

Mesyuarat Agong dan dalam tempoh 7 hari dan

mengemukakan kepada pengerusi untuk semakan

dan pengesahan.

b. Membuat edaran kepada Ahli Jawatankuasa dan

jabatan (Daerah dan Negeri) dalam jangka masa 7 hari

sebelum mesyuarat diadakan.

iii. Menyedia dan memastikan persiapan dan keperluan

mesyuarat agar mesyuarat berjalan dengan lancar.

iv. Menyediakan laporan aktiviti jawatankuasa setiap bulan

untuk dilaporkan dalam mesyuarat yang dijadualkan

termasuk Mesyuarat Agong Tahunan.

v. Membuat susulan kepada ahli jawatankuasa berhubung

dengan perkara yang berbangkit didalam mesyuarat

vi. Mengemaskini rekod-rekod pentadbiran Jawatankuasa dan

rekod-rekod yang berkaitan untuk simpanan dan rujukan.

vii. Menyemak dan menandatangani dokumen kewangan

berdasarkan Tatacara Pengurusan Akaun pertubuhan /

persatuan yang betul.

Garis Panduan Pelaksanaan Program Sahabat Komuniti Desa (SKoD) Tahun 2020 14
6.3.3 Bendahari

i. Merancang dan melaksanakan urusan penerimaan,

pengeluaran dan perbelanjaan akaun SKoD.

ii. Menyediakan unjuran perbelanjaan setiap 3 bulan untuk

dibentang serta mendapatkan kelulusan dalam mesyuarat

jawatankuasa.

iii. Mengemaskini rekod serta dokumen yang berkaitan dengan

kewangan SKoD.

iv. Memegang amanah supaya semua perbelanjaan yang

dilakukan hendaklah dibuat secara berhemah dan memberi

pulangan yang terbaik kepada kumpulan sasar komuniti desa

v. Sentiasa membuat rujukan berkaitan dengan pengurusan

kewangan dengan pengerusi, penasihat dan PKD.

6.3.4 Ahli Jawatankuasa

i. Mengambil bahagian dan memberi cadangan serta idea

bagi mempertingkatkan prestasi SKoD.

ii. Wajib hadir dalam Mesyuarat jawatankuasa dan mesyuarat-

mesyuarat lain yang berkaitan SKoD.

iii. Sedia memberi khidmat dan bantuan kepada komuniti desa

apabila diperlukan.

iv. Sentiasa memberi komitmen dan penglibatan terhadap

aktiviti,dan program SKoD dan KEMAS

v. Memberi kerjasama dan penglibatan aktif dalam setiap


program dan aktiviti yang diadakan di peringkat komuniti
desa
Garis Panduan Pelaksanaan Program Sahabat Komuniti Desa (SKoD) Tahun 2020 15
vi. Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Biro-biro yang berkaitan

seperti:

a. Biro Keselamatan

b. Biro Kebajikan

c. Biro Keceriaan

d. Biro Perpaduan

e. Biro Kewangan

f. Biro Perhubungan Awam

g. Biro Kesihatan (KOSPEN)

vii. Memberi, mendapatkan atau mengumpul sumbangan

berbentuk kewangan, idea, tenaga atau kemahiran yang

ada bagi menjalankan aktiviti SKoD di desa.

7 PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA

7.1 Senarai nama ahli jawatakuasa SKoD yang telah dilantik hendaklah

dikemukakan ke Pejabat KEMAS Daerah sebelum April setiap tahun

untuk dipanjangkan ke KEMAS Negeri bagi tujuan pengesahan.

7.2 PKN akan mengeluarkan surat perakuan pelantikan kepada setiap

Ahli Jawatankuasa.

7.3 PKN akan mengeluarkan sijil penghargaan kepada semua Ahli

Jawatankuasa yang dilantik di akhir tempoh tugas pada tahun

tersebut.

Garis Panduan Pelaksanaan Program Sahabat Komuniti Desa (SKoD) Tahun 2020 16
8 PERUNTUKAN

8.1 Kos perbelanjaan perlu berdasarkan peruntukan yang telah

ditetapkan seperti berikut :

Kos (RM)
Anggaran
Bil. Peringkat
Kehadiran Peserta
Semenanjung Sabah/Sarawak

1. Daerah / RM 2,300.00
Parlimen
15 orang dan ke atas

2. Ibu pejabat / RM6,800.00


Negeri

(Segala perbelanjaan yang berkaitan dengan program ini boleh menggunakan


peruntukan ini)

8.2 Peruntukan tersebut adalah bagi menampung perbelanjaan

penubuhan dan pelaksanaan program SKoD seperti yang dinyatakan

dalam para 5 secara pilihan. Peruntukan ini boleh digunakan untuk

apa-apa perbelanjaan berkaitan program SKOD.

8.3 Semua bayaran hendaklah dilaksanakan melalui pesanan rasmi

kerajaan dengan mematuhi tatacara kewangan kerajaan.

8.4 Selain daripada peruntukan ini, SKoD boleh memohon bantuan,

dana ataupun peruntukan dari mana-mana jabatan / agensi

berdasarkan peruntukan sedia ada masing-masing atau pun

sumbangan dana daripada syarikat korporat dan individu.

Garis Panduan Pelaksanaan Program Sahabat Komuniti Desa (SKoD) Tahun 2020 17
9 Kod Etika Ahli SKoD

9.1 Ahli Sahabat Komuniti Desa (SKoD) diharap dapat memenuhi kod

etika dan peradaban baik sewaktu menjalankan aktiviti SKoD. Ahli

SKoD dan sukarelawan berperanan sebagai Duta Kecil bagi

Program-program KEMAS di samping menjadi pengantara dengan

orang awam.

9.2 Ahli SKoD juga diminta untuk tidak melibatkan fahaman politik dalam

melaksanakan aktiviti dan programnya supaya pertubuhan ini tidak

menjadi batu loncatan kepada mereka yang mempunyai cita-cita

politik.

10 LAPORAN

10.1 Pemantauan dan pelaporan

i. Pemantauan

 Pemantauan pelaksanaan program hendaklah dibuat oleh

Pegawai Operasi Parlimen bagi mengenalpasti kelemahan dan

penambahbaikan. Rujuk BORANG A untuk contoh borang online.

 Borang pemantauan program perlu diisi melalui borang online.


Sila layari:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScUKUyc44eftebz
E3JtqZC7sFOeKXB6SjSLs2T3CTS-
DsheNA/viewform?usp=sf_link

Garis Panduan Pelaksanaan Program Sahabat Komuniti Desa (SKoD) Tahun 2020 18
ii. Pelaporan

 Pelaporan pelaksanaan program hendaklah dibuat oleh

Penyelia Pembangunan Desa bagi mengenalpasti kelemahan

dan penambahbaikan. Rujuk BORANG B untuk contoh borang

online.

 Borang pelaksanaan program perlu diisi melalui borang online.

Sila layari:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScik-
F1sXRSIPlYulc5INowpacNX4Eza84LzdWaaC9jrXOMSg/viewfo
rm?usp=sf_link

10.2 Rekod Kehadiran Peserta

1) Merekodkan kehadiran peserta bagi setiap pelaksanaan program

dengan menggunakan Borang Kehadiran Peserta BPKOM/

Kehadiran/SKoD - rujuk Borang C.

10.3 Prestasi Pelaksanaan dan prestasi perbelanjaan program

1) KEMAS Negeri perlu mengemukakan rumusan Laporan

Program Pembangunan 2020 ke Bahagian Pembangunan

Komuniti Ibu Pejabat menggunakan format yang telah ditetapkan

sebelum atau pada 4 hari bulan setiap bulan.

11. IMPAK

11.1 Output

 Berjaya meningkatkan kesedaran dan pemerkasaan komuniti luar

bandar terhadap aspek kesukarelaan kehidupan sihat, selamat dan

sejahtera .
Garis Panduan Pelaksanaan Program Sahabat Komuniti Desa (SKoD) Tahun 2020 19
 Meningkatkan jaringan kerjasama antara komuniti dengan agensi

dan NGO.

11.2 Outcome

 Sebanyak 10% komuniti dapat bergiat aktif dalam aktiviti

kesukarelaan.

 30% komuniti peka terhadap kesejahteraan masyarakat desa.

12. PENUTUP

12.1 Pelaksanaan program ini dapat menjadi agen pengerak kerajaan

untuk mencorakkan komuniti desa mengamalkan gaya hidup sihat.

12.2 Program ini juga, menjadikan asas dalam memperkukuhkan institusi

kekeluargaan dan masyarakat di samping meningkat pengetahuan

dan kesedaran serta membangkit semangat baru masyarakat

setempat.

12.3 Selain itu juga Sahabat Komuniti Desa ini dapat mewujudkan

hubungan baik antara pemimpin setempat, masyarakat kampung dan

kerjasama yang erat dalam komuniti. Dengan demikian ianya akan

meningkatkan lagi perpaduan dan keharmonian selaras dengan

Dasar Pembangunan Luar Bandar.

Garis Panduan Pelaksanaan Program Sahabat Komuniti Desa (SKoD) Tahun 2020 20
LAMPIRAN 1

CARTA ALIR PROGRAM SKoD

- Terima arahan perlaksanaan

- Pemilihan lokasi

TIDAK - Taklimat perlaksanaan


SETUJU
- SETUJU

- Tubuh Jawatankuasa Penaja

- Mesyuarat Jawatankuasa
TIDAK - Hantar kertas kerja
LULUS
- LULUS

- Terima Peruntukan

- Perlaksanaan Program

- Pelaporan

- SELESAI

Garis Panduan Pelaksanaan Program Sahabat Komuniti Desa (SKoD) Tahun 2020 21
LAMPIRAN 2

CARTA ALIR SKoD – KEMAS


Daerah
- Terima arahan perlaksanaan

- Permilihan lokasi

- Taklimat perlaksanaan

- Buat kertas kerja

TIDAK - Semak dan hantar permohonan ke KEMAS Negeri


LULUS
- LULUS

- Terima peruntukan

- Perlaksanaan dan pemantuan program

- Pelaporan

- Hantar laporan ke KEMAS Negeri

- Rekod fail

- SELESAI

Garis Panduan Pelaksanaan Program Sahabat Komuniti Desa (SKoD) Tahun 2020 22
LAMPIRAN 3

Garis Panduan Pelaksanaan Program Sahabat Komuniti Desa (SKoD) Tahun 2020 23
BORANG A

1 2

3
4

5 6

Sila Layari:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScUKUyc44eftebzE3JtqZC7sFOeKXB6SjSLs2T3CTS-
DsheNA/viewform?usp=sf_link
Garis Panduan Pelaksanaan Program Sahabat Komuniti Desa (SKoD) Tahun 2020 24
BORANG B

2
1

Sila Layari:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScik-
F1sXRSIPlYulc5INowpacNX4Eza84LzdWaaC9jrXOMSg/viewform?usp=sf_link

Garis Panduan Pelaksanaan Program Sahabat Komuniti Desa (SKoD) Tahun 2020 25
BORANG C
BPKOM/ Kehadiran/SKoD (P)

BORANG KEHADIRAN PESERTA TAHUN 2020

PROGRAM : _________________________________________________________________

PARLIMEN : ______________________________ DUN:________________________________

TARIKH :__________________________________ MASA : ______________________________

TEMPAT : ______________________________________________________________________

NO. KAD
NAMA PENUH BACAAN
JANTINA PENGENALAN UMUR NO.
BIL (Wajib di isi) TELEFON SUHU BADAN
(Wajib di isi) (Wajib di isi)
(Wajib di isi)
L P

10

11

12

13

14

15

Garis Panduan Pelaksanaan Program Sahabat Komuniti Desa (SKoD) Tahun 2020 26
Garis Panduan Pelaksanaan Program Sahabat Komuniti Desa (SKoD) Tahun 2020 27
Garis Panduan Pelaksanaan Program Sahabat Komuniti Desa (SKoD) Tahun 2020 28
Garis Panduan Pelaksanaan Program Sahabat Komuniti Desa (SKoD) Tahun 2020 29

You might also like