Khalid Bin Abdul Samad V Ketua Pendakwa Syarie Selangor (2018) 2 SHLR 47

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 23

Khalid bin Abdul Samad v Ketua Pendakwa Syarie Selangor

[2018] 2 ShLR (Salehan Yatim SHHCJ) 47

A Khalid bin Abdul Samad v Ketua Pendakwa Syarie Selangor

SHARIAH HIGH COURT (SHAH ALAM) — CASE MAL NO


10500–137–0007 OF 2017
B
SALEHAN YATIM SHHCJ
24 NOVEMBER 2017

Islamic Law — Shariah court — Charge for unauthorised teaching of religion of


C Islam — Teaching without ‘tauliah’ — Whether charge bad — Uncertainty of
meaning of ‘teaching’ — Whether proceeding complied with Syariah Criminal
Procedure — Whether sentence appropriate and reasonable

This was a criminal appeal to the decisions made by the judge of Klang Lower
D
Syariah Court on 19 January 2017 which convicted the appellant under s
119(1) Islamic Administration Enactment (State of Selangor) 2003 for the
offence of teaching without ‘tauliah’. The appellant had been fined with
RM2900 or otherwise subjected to an imprisonment of three months. The
E appellant, dissatisfied with those decisions made by the trial judge, had filed a
notice of appeal on 20 January 2017. Among the issues that had been raised by
the appellant were whether the charge against the appellant was bad, whether
the proceeding taken against the appellant was complied with Sayariah
Criminal Procedure and whether the sentence imposed to the appellant was
F appropriate and reasonable.

Held, affirming the conviction, reducing fine to RM1900 or two months


imprisonment for default of payment and ordering the balance of RM1000
given to the appellant:
G (1) The court disagreed on the syarie lawyer of the appellant on the fact that
there was a bad charge was framed against the respondent that caused
misleading to the appellant. The trial judge had correctly decided the
charge was not a bad charge and the appellant was not misled on the
charge framed against him (see paras 21 & 24).
H
(2) The court had applied well in justice against the appellant by following
the proper procedure of proceeding under s 96 of the Syariah Procedure
Criminal Enactment 2003 (see paras 29–34).
(3) The court contended that the fine of RM2000 was not too light as it
I could be considered as a moderate sentence as summarised by the trial
judge before. For the offence which was subjected to a fine of RM 3000,
the sentencing would be considered too light if the fine to be imposed less
than half of the total fine which was RM1500. Court decided that the
fine of more than RM2000 was harsh and too excessive for the offence
48 Shariah Law Reports [2018] 2 ShLR

committed by the appellant. It was necessary for this court to interfere A


and deal regarding this matter (see para 50).

[Bahasa Malaysia summary


Ini adalah suatu rayuan jenayah terhadap keseluruhan keputusan hakim
Mahkamah Rendah Syariah Klang pada 19 Januari 2017 yang telah B
memutuskan bahawa perayu telah disabitkan di bawah s 119(1) Enakmen
Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (‘EPAINS 2003’) kerana
melakukan kesalahan mengajar tanpa tauliah dan dihukum denda sebanyak
RM2900 dan jika tidak dibayar akan dipenjara selama tiga bulan. Perayu yang C
tidak berpuas hati dengan keputusan hakim bicara telah memfailkan notis
rayuan pada 20 Januari 2017. Isu-isu yang dibangkitkan adalah sama ada
pertuduhan yang dikenakan terhadap perayu adalah cacat, sama ada prosedur
perbicaraan jenayah mengikut Tatacara Jenayah Syariah dan sama ada
hukuman denda tersebut wajar atau patut atau yang keras berlebih-lebihan. D
Diputuskan, mengekalkan sabitan, mengurangkan hukuman kepada denda
RM1900 atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda dan baki denda
RM1000 dipulangkan kepada perayu:
(1) Mahkamah tidak bersetuju dengan dapatan peguam syarie perayu E
bahawa pertuduhan yang dibuat oleh responden ini terdapat kecacatan
yang serius yang menyebabkan perayu terkeliru dengan tuduhan
tersebut. Hakim bicara bertindak betul memutuskan bahawa
pertuduhan tersebut tidak cacat dan perayu tidak terkeliru dengan
pertuduhan tersebut (lihat perenggan 21 & 24). F
(2) Mahkamah telah memberi keadilan dengan sebaiknya terhadap perayu.
Mahkamah telah mengikuti prosedur perbicaraan yang ditetapkan di
bawah s 96 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2003 (lihat perenggan
29–34). G
(3) Mahkamah berpendapat denda kurang daripada RM2000 bukannya
hukuman yang terlalu ringan kerana ianya masih dikategorikan
hukuman pertengahan sebagaimana kesimpulan yang yang dibuat oleh
hakim bicara dalam penghakimannya. Bagi kesalahan yang kadar
hukuman dendanya RM3000, hukuman yang dianggap ringan adalah H
hukuman yang dibawah paras separuh hukuman tersebut iaitu RM1500.
Mahkamah berpendapat hukuman denda melebihi RM2000 adalah
hukuman yang keras dan berlebih-lebihan berbanding dengan kesalahan
yang dilakukan oleh perayu dan fakta kes. Ini mewajarkan campur
tangan mahkamah (lihat perenggan 50).] I

Notes
For cases on Shariah court in general, see 8(1) Mallal’s Digest (5th Ed, 2017)
paras 711–714.
Khalid bin Abdul Samad v Ketua Pendakwa Syarie Selangor
[2018] 2 ShLR (Salehan Yatim SHHCJ) 49

A Cases referred to
Ketua Pendakwa Syarie v Ahmad Rashid dan seorang lagi JH (1995) Jld X Bhg
1, 113 (refd)
Nasrun Effendi v Pendakwa Raya [2009] 8 MLJ 392 (refd)
Ravindran a/l Ramasamy v PP [2015] 6 MLJ 509 (refd)
B
PP v Mohamad bin Sabu [2017] MLJU 399 (refd)
Norlisam bt Ramli v Ketua Pendakwa Syarie JH XV (11) (refd)
Moktar bin Radin v Pendakwa Syarie Selangor JH (1422) H Jld 33 Bhg II (refd)
Muhammad Ridhwan bin Tokiri & Seorang lagi v Ketua Pendakwa Syarie JH
C (1433) Jld 34 Bhg 2 (refd)

Legislation referred to
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 ss 118, 119
Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 ss 82, 96, 129
D Perlembagaan Persekutuan perkara 54
Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) (Pindaan ) 2013 peraturan 2,10

Books referred to
Dr Abdul Qadir Audah. Al-Tasyri’ Al-Jinaie Al-Islamie. Juzu’ 1. Risalah
E Publisher:s Beirut-Lebanon.
Hjh Noresah bt Baharom, Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
YAA Tan Sri Syeikh Ghazali bin Hj Abdul Rahman, Proses Penghakiman dan
menjatuhkan keputusan di Mahkamah Syariah: Satu penilaian ( H Jld 7 Bhg 1
F ms 5).
Zulqarnain bin Lukman (Asri Muda & Co) for the plaintiff.
Aiman bt Ruslan for the defendant.

G Salehan Yatim SHHCJ:

[1] Ini adalah suatu rayuan jenayah terhadap keseluruhan keputusan Hakim
Mahkamah Rendah Syariah Klang pada 19 Januari 2017 yang telah
memutuskan bahawa perayu telah disabitkan di bawah s 119(1) Enakmen
H
Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (‘EPAINS 2003’) dan
dihukum denda sebanyak RM2900 dan jika tidak bayar penjara selama tiga
bulan.

I [2] Perayu (‘Khalid bin Abdul Samad’) telah memfailkan notis rayuan pada
20 Januari 2017 dan memfailkan petisyen rayuan yang bertarikh 12 April
2017.
50 Shariah Law Reports [2018] 2 ShLR

FAKTA KES A

[3] Perayu adalah seorang Ahli Parlimen Shah Alam semasa kes ini didakwa.
Perayu telah dituduh seperti berikut:
Bahawa kamu, pada 16 Ogos 2011, pada antara jam 10.00 hingga 11.30 malam, B
telah mengajar perkara-perkara tentang Agama Islam tanpa tauliah di dalam sebuah
surau Taman Seri Sementa, Jalan Taman Seri Sementa, 42100, Daerah Klang dalam
Negeri Selangor. Maka dengan itu, kamu dituduh melakukan kesalahan mengajar
tanpa tauliah di bawah seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri
Selangor) 2003 dan jika disabikan kesalahan boleh dihukum dendan tidak melebihi C
RM3000 atau dipenjarakan selama tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya di
bawah seksyen dan enakmen yang sama.

[4] Setelah pertuduhan dibacakan, perayu telah mengaku tidak bersalah dan
meminta untuk dibicarakan. Perayu telah diwakili oleh Tuan Hj Muhammad D
bin Burok (Allahyarham) daripada Tetuan Muhammad & Co. Walau
bagaimanapun peguam syarie tertuduh telah meninggal dunia setelah kes
pembelaan perayu selesai sebelum pemfailan hujah di akhir kes pembelaan.
Selanjutnya perayu telah melantik Tuan Dr Zulqarnain bin Lukman daripada
Tetuan Asri Muda & Co bagi memfailkan penghujahan tertuduh diperingkat E
pembelaan kes.

[5] Pendengaran kes di peringkat kes pendakwaan (kes prima facie) telah
dibuat di hadapan Tuan Hakim Norafizi Fitri bin Ab Manaf. Namun demikian
F
atas persetujuan pihak-pihak kes ini telah disambung pendengaran di
peringkat kes pembelaan tertuduh di hadapan hakim bicara Tuan Hakim
Mohd Hairuddin bin Ab Rahim berikutan hakim terdahulu berpindah.

[6] Pada peringkat kes akhir pembelaan, hakim bicara telah mensabitkan G
kesalahan perayu di bawah s 119(1) EPAINS 2003 dan dihukum denda
sebanyak RM2900 dan jika tidak bayar penjara selama tiga bulan. Perayu yang
tidak berpuas hati dengan keputusan hakim bicara telah memfailkan notis
rayuan pada 20 Januari 2017.
H
PETISYEN RAYUAN PERAYU

[7] Petisyen rayuan perayu mengandungi 24 alasan, antara lain menyatakan:


(1) Hakim bicara telah khilaf dan silap daripada segi undang-undang
I
apabila gagal untuk membuat rekod yang sempurna berkaitan
penandaan khas eksh P4, P5, P6, P9, P10, P11, P12 dan ini menjejaskan
keesahan prosiding perbicaraan.
Khalid bin Abdul Samad v Ketua Pendakwa Syarie Selangor
[2018] 2 ShLR (Salehan Yatim SHHCJ) 51

A (2) Hakim bicara telah silap dan khilaf dari segi fakta dan undang-undang
apabila telah menerima eksh P5 (rakaman video) tanpa mematuhi
peruntukan undang-undang di dalam Enakmen Keterangan Mahkamah
Syariah (Negeri Selangor) 2003.
B (3) Hakim bicara telah silap dan khilaf dari segi fakta dan undang-undang
apabila memutuskan bahawa atas persetujuan pihak-pihak kes ini telah
disambung pendengaran di peringkat pembelaan tertuduh di hadapan
hakim lain sedangkan hakim baharu telah bertindak tanpa merekodkan
apa-apa persetujuan pihak-pihak.
C (4) Hakim bicara telah silap dan khilaf dari segi fakta dan undang-undang
untuk mensabitkan perayu berasaskan keterangan pendakwaan tanpa
rekod yang jelas dan teratur di dalam nota bicara oleh hakim terdahulu
tentang bagaimana suatu kes terhadap perayu telah diwujudkan yang jika
tidak dipatahkan akan mewajarkan sabitannya dan ini akan
D memprejudiskan dan memudaratkan perayu.
(5) Hakim bicara telah silap dan khilaf dari segi fakta dan undang-undang
untuk mensabitkan perayu berasaskan nota bicara yang tidak direkodkan
dengan sempurna dan sepenuhnya sedangkan hakim bicara tidak
E mempunyai apa-apa peluang untuk melihat dan mendengar keterangan
saksi-saksi melainkan bergantung sepenuhnya nota bicara tersebut.
(6) Hakim bicara telah silap dan khilaf dari segi fakta dan undang-undang
dan Hukum Syarak apabila memutuskan bahawa tiada kecacatan dalam
pertuduhan yang telah menyebabkan perayu terkeliru sedangkan
F pertuduhan yang dikenakan itu tidak mematuhi kehendak
undang-undang berkaitan perincian pertuduhan di bawah bab 3
khususnya ss 78, 80 dan 82 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri
Selangor) 2003.

G (7) Hakim bicara telah silap dan khilaf dari segi fakta dan undang-undang
dalam memberikan definisi ‘mengajar’ di dalam s 119(1) EPAINS 2003.
(8) Hakim bicara telah silap dan khilaf dari segi fakta dan undang-undang
apabila memutuskan bahawa mengajar itu memberi maksud yang sama
dengan berceramah sedangkan pada masa yang material tiada definisi
H tersebut dijelaskan dalam mana-mana undang-undang.
(9) Hakim bicara telah silap dan khilaf dari segi fakta dan undang-undang
dan Hukum Syarak dalam merujuk kepada peraturan tauliah (Negeri
Selangor) (Pindaan) 2013 sedangkan peraturan itu hanya berkuatkuasa
I selepas pertuduhan dibuat ke atasa Perayu dan tidak dikuatkuasakan ke
belakang.
(10)Hakim bicara telah silap dan khilaf dari segi fakta dan undang-undang
dalam memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya
membuktikan bahawa perayu telah mengajar perkara-perkara tentang
52 Shariah Law Reports [2018] 2 ShLR

agama Islam dengan menggunakan takrifan terlalu umum‚ precepts of A


Islam atau perintah agama Islam merangkumi aqidah. Syariah dan akhlak
dan termasuk ajaran al-Quran dan al Sunnah menggunakan kes Sulaman
bin Takrib v Kerajaan Negeri Terengganu sedangkan perbuatan Perayu itu
dalam menceritahkan pengalamannya di Gaza yang berhubung kait
dengan kisah baju besi Saidina Ali serta surah al-Hujurat ayat 9. B

(11)Hakim bicara telah silap dan khilaf dari segi fakta dan undang-undang
dalam memutuskan bahawa tiada keperluan memanggil saksi awam yang
hadir dalam majlis tersebut sebagai saksi pendakwaan sedangkan wujud
keperluan untuk memanggil saksi awam yang benar-benar berada dalam C
majlis itu..
(12)Hakim bicara telah silap dan khilaf dari segi fakta dan undang-undang
dalam memutuskan bahawa tindakan perayu yang bersungguh-sungguh
memohon tauliah mengajar adalah qarinah yang kuat bahawa perayu D
faham keperluan tauliah.
(13) Hakim bicara telah silap dan khilaf dari segi fakta dan undang-undang
apabila menolak pembelaan perayu menggunakan kecualian am di dalam
s 41 EJSS 2003 iaitu perayu mempunyai justifikasi dalam membuat
penyampaian maklumat di Surau Taman Seri Sementa. E

(14)Hakim bicara telah silap dan khilaf dari segi fakta dan undang-undang
dalam memutuskan bahawa perayu bersalah sedangkan perayu
menggunakan haknya sebagai seorang warganegara untuk bersuara dan
bercakap sebagaimana yang diperuntukkan dalam perkara 10(1) F
Perlembagaan Persekutuan.
(15)Hakim bicara telah silap dan khilaf dari segi fakta dan undang–undang
dalam memutuskan bahawa pembelaan perayu ditolak dan gagal
menimbulkan keraguan yang munasabah kerana perayu gagal G
mengemukakan apa-apa dokumen yang menunjukkan perayu dijemput
oleh penganjur ke majlis tersebut sebagai Ahli Parlimen dan keterangan
perayu tidak mempunyai berat timbangan berbanding keterangan pihak
pendakwaan dengan menggunakan s 3 Enakmen Keterangan
Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 (EKMS 2003). H
(16) Hakim bicara telah silap dan khilaf dari segi fakta, undang–undang dan
Hukum Syarak apabila gagal mempertimbangkan hujahan mitigasi
Perayu dan menjatuhi hukuman denda yang hampir maksima sebanyak
RM2900.
I
(17)Hakim bicara telah silap dan khilaf dari segi fakta, undang-undang dan
Hukum Syarak apabila memutuskan bahawa pertimbangan diberikan
kepada pesalah kali pertama bagi kes peringanan hukuman tetapi gagal
mengaplikasikan prinsip itu di dalam kes ini.
Khalid bin Abdul Samad v Ketua Pendakwa Syarie Selangor
[2018] 2 ShLR (Salehan Yatim SHHCJ) 53

A (18)Hakim bicara telah silap dan khilaf dari segi fakta, undang-undang dan
Hukum Syarak apabila memutuskan faktor lain yang diambil kira dalam
menjatuhkan hukuman adalah jenis dan akibat kesalahan serta
kepentingan awam tetapi hakim bicara gagal untuk menjelaskan apakah
yang dimaksudkan dengan kepentingan awam dalam konteks kes ini.
B
(19)Hakim bicara telah silap dan khilaf dari segi fakta, undang-undang dan
Hukum Syarak apabila memutuskan untuk menggunakan prinsip
hukuman pertengahan seperti yang dinyatakan oleh Dr Abdul Qadir
Audah dalam kitab al- Tasyri’ al- Jinaaiy al- Islamiy tetapi gagal
C mengaplikasikan prinsip itu dengan menggunakan hukuman denda
sebanyak RM2900 sedangkan hukuman denda maksima sebanyak
RM3000 didalam s 119 EPAINS 2003.
(20)Hakim bicara telah silap dan khilaf dari segi fakta, undang-undang dan
Hukum Syarak apabila memutuskan untuk menggunakan prinsip
D pemberatan hukuman yang ditulis oleh YAA Tan Sri Syeikh Ghazali bin
Abdul Rahman dalam penulisannya‚ proses penghakiman dan
menjatuhkan keputusan di Mahkamah Syariah: Satu penilaian iaitu
rekod buruk pesalah, taraf perkahwinan, taraf pesalah di dalam
masyarakat dan kedudukannya yang tinggi, kekerapan kesalahan
E dilakukan dan penggunaan kekerasan dan keganasan semasa melakukan
kesalahan sedangkan dalam kes ini tiada dikemukakan apa-apa
keterangan mengenai rekod buruk pesalah, kekerapan kesalahan
dilakukan dan penggunaan kekerasan dan keganasan semasa melakukan
kesalahan.
F
(21)Hakim bicara telah silap dan khilaf dari segi fakta, undang-undang dan
Hukum Syarak apabila memutuskan maksud‚ maslahah ammah yang
ingin dijaga oleh peruntukan undang-undang yang digubal adalah
pengawalan pengajaran agama Islam kepada masyarakat negeri Selangor
G agar tidak berlaku penyebaran agama yang menyeleweng dan
menimbulkan perpecahan dan mengganggu keharmonian masyarakat
berasaskan kes Fathul Bari Mat Jahya vs Anor vs Majlis Agama Islam Negeri
Sembilan Ors [2012] CLJ JT (2) sedangkan perayu berhujah bahawa
maslahah ammah itu adalah termasuk maslahah masyarakat kawasan
H Parlimen Shah Alam yang akan kehilangan ahli parlimennya dan
maslahah masyarakat yang akan hilang keupayaan perayu untuk berbakti
kepada masyarakat.
(22) Hakim bicara telah silap dan khilaf dari segi fakta, undang-undang dan
Hukum Syarak apabila memutuskan maksud maslahah ammah yang
I ingin dijaga oleh peruntukan undang-undang yang digubal adalah
pengawalan pengajaran agama Islam kepada masyarakat negeri Selangor
agar tidak berlaku penyebaran agama yang menyeleweng dan
menimbulkan perpecahan dan mengganggu keharmonian masyarakat
berasaskan kes Fathul Bari Mat Jahya v Anor v Majlis Agama Islam Negeri
54 Shariah Law Reports [2018] 2 ShLR

Sembilan Ors [2012] CLJ JT (2) sedangkan perayu disabitkan dengan A


kesalahan ini kerana hanya perbuatan perayu itu dalam menceritakan
pengalamannya di Gaza yang dihubung kait dengan kisah baju besi
Saidina Ali dan surah al-Hujurat ayat 9.
(23) Hakim bicara telah silap dan khilaf dari segi fakta, undang-undang dan B
Hukum Syarak apabila apabila gagal memberikan pertimbangan yang
sewajarnya terhadap mesej yang ingin disampaikan oleh perayu berkaitan
kezaliman dan kekejaman regim Israel terhadap penduduk Gaza
sehinggakan hukuman yang dijatuhi ini telah memudaratkan
kedudukan perayu sebagai Ahli Parlimen yang berkemungkinan hilang C
jawatannya dan berkemungkinan akan terhalang daripada bertanding
dalam pilihan raya umum akan datang.
(24)Hakim bicara telah silap dan khilaf dari segi fakta dan undang-undang
apabila gagal untuk menerima hukuman mitigasi hujahan mitigasi D
perayu untuk menggunakan budi bicara di bawah s 129(1) ETJS 2003
untuk melepaskan perayu dalam cubaan akhlak untuk berkelakuan baik,
atas ikatan bon dan penjamin.

HUJAH PERAYU E

[8] Antara isu hujah perayu seperti berikut:


(a) pertuduhan ke atas tertuduh cacat dan memprejudiskan tertuduh atas
alasan seperti berikut:
F
(i) pertuduhan ke atas tertuduh adalah cacat kerana terdapat butiran
yang tidak jelas mengenai perkataan ‘mengajar’ dan ‘tauliah’ yang
mana telah gagal memenuhi kehendak s 78(5) Enakmen Tatacara
Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 (‘ETJS 2003’);
G
(ii) pertuduhan tidak memasukkan rujukan kepada s 118 EPAINS
2003 yang mengelirukan perkataan ‘tauliah’;
(iii) pertuduhan memprejudiskan tertuduh kerana terpaksa bergantung
kepada maksud mengajar tanpa tauliah secara umum yang skopnya
lebih luas daripada skop yang disebutkan dalam s 118 EPAINS H
2003;
(iv) kesalahan mengajar tanpa tauliah hanya berlaku jika mengajar
tanpa tauliah yang diberikan di bawah s118 EPAINS 2003; dan
I
(v) tertuduh memohon mahkamah membebaskan tertuduh dari
pertuduhan dengan merujuk kepada kes Ketua Pendakwa Syarie v
Ahmad bin Rashid dan seorang lagi JH November 1995 Jld X Bhg
1 ms 113–120.
Khalid bin Abdul Samad v Ketua Pendakwa Syarie Selangor
[2018] 2 ShLR (Salehan Yatim SHHCJ) 55

A (b) perayu tidak dikehendaki untuk memohon apa-apa tauliah kerana


ucapan tertuduh tidak termasuk dalam makna mengajar sebagaimana
peruntukan subseksyen 118(1) EPAINS 2003. Hujahan perayu seperti
berikut:
B (c) EPAINS 2003 dan Akta Tafsiran 1948 dan 1967 (Akta 388) tidak
memberikan sebarang definisi ke atas perkataan ‘mengajar’;
(d) definisi ‘mengajar’ hanya diberikan dalam Peraturan-peraturan
Tauliah (Negeri Selangor) (Pindaan) 2013 Sel PU 61/2013
(‘Peraturan Tauliah 2013’) yang didefinisikan sebagai
C ’menyampaikan sebarang maklumat yang berkaitan agama Islam
melalui ceramah, forum, pengkisahan, motivasi, taklimat.
Tazkirah, pembentangan kertas kerja, kuliah, audio visual atau cara
lain sebagaimana yang ditentukan oleh Jawatankuasa’. Peraturan
Tauliah 2013 hanya dikuatkuasakan pada 1 Oktober 2011,
D sedangkan tertuduh dituduh melakukan perbuatan mengajar tanpa
tauliah pada 18 Ogos 2011. Oleh yang demikian tertuduh tidak
boleh dianggap menyalahi undang-undang kerana Peraturan
Tauliah tersebut tidak memberikan definisi perkataan ‘mengajar’;
dan
E
(e) pendakwa gagal memperincikan kesalahan mengajar dalam
pertuduhan sebagaimana kehendak s 80 ETJS 2003 yang
menyebabkan tertuduh terkeliru apakah yang sebenarnya
dimaksudkan dengan mengajar.
F (a) Perayu percaya bahawa beliau mempunyai justifikasi dari segi Hukum
Syarak mengenai kewajipannya untuk menyampaikan pengalamannya
di Gaza serta sebagai Ahli Parlimen, tertuduh mempunyai obligasi untuk
menyatakan pendiriannya terhadap sesuatu isu yang dibangkitkan.
Tertuduh menghujahkan perlakuannya tersebut termasuk dalam prinsip
G kekecualian am di bawah s 41 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995
perbuatan yang dilakukan oleh seseorang yang mempunyai justifikasi di
sisi undang-undang.

HUJAH RESPONDEN
H
[9] Hujah responden pula seperti berikut :
(a) peguam syarie perayu tidak pernah membantah pertuduhan yang
dikenakan ke atas tertuduh sepanjang prosiding kes pendakwaan
I ataupun pembelaannya menunjukkan tertuduh telah faham pertuduhan
yang dipertuduhkan ke atas dirinya dan telah memenuhi kehendak ss 78
dan 79 ETJS 2003;
(b) keperluan tauliah telah dengan jelas diperuntukkan oleh subseksyen
119(1) EPAINS 2003 dan tertuduh tidak termasuk dalam orang yang
56 Shariah Law Reports [2018] 2 ShLR

dikecualikan dari tauliah sebagaimana perutukan s 121 EPAINS 2003; A


(c) ketiadaan tafsiran terhadap perkataan ‘tauliah’ tidak menjejaskan
pertuduhan berikutan perkataan ‘tauliah’ telah jelas diperuntukkan
dalam subseksyen 118(3) EPAINS 2003 iaitu tauliah mengajar agama
Islam atau mengajar perkara-perkara tentang agama Islam yang B
dikeluarkan oleh Jawatankuasa Tauliah;
(d) ketiadaan definisi perkataan ‘mengajar’ tidak menjejaskan kuasa
mahkamah untuk membuat tafsiran perkataan ‘mengajar’ tersebut.
Walaupun Peraturan Tauliah 2013 berkuat kuasa selepas kejadian
tertuduh mengajar perkara tentang agama Islam, tidak menjejaskan C
pendakwa merujuk Peraturan Tauliah 2013 berhubung definisi mengajar
tersebut;
(e) pendakwa juga merujuk definisi mengajar dan berceramah dalam
Kamus Dewan Edisi Keempat Dewan Bahasa dan Pustaka yang D
mentafsirkan perkataan ‘mengajar’ dan perkataan ‘ceramah’ membawa
maksud yang sama iaitu menyampaikan sesuatu sama ada tentang agama
atau perkara lain;
(f) tiada keperluan untuk memperincikan kategori tauliah dalam E
pertuduhan kerana tertuduh tidak memiliki apa-apa kategori tauliah
mengikut Peraturan Tauliah tersebut dan fakta tersebut adalah fakta yang
tidak pernah disangkal oleh tertuduh;
(g) inti pati ceramah tertuduh berhubung pergolakan di Gaza, kisah Saidina
F
Ali yang dikaitkan dengan keadilan perundangan Islam dan ulasan ayat 9
surah al-Hujurat adalah dalam lingkungan perkara-perkara berkaitan
dengan ajaran Islam;
(h) peruntukan s 41 ETJS 2003 adalah peruntukan umum yang hendaklah
dibaca bersama peruntukan khusus. Seksyen 121 EPAINS 2003 dan G
peraturan 22 Peraturan Tauliah tersebut tidak mengecualikan seorang
Ahli Parlimen untuk mengajar perkara- perkara tentang agama Islam
tanpa tauliah;
(i) Keterangan pembelaan tertuduh hanya bersifat penafian semata-mata H
yang bertentangan dengan keterangan saksi pendakwa dan bahan bukti
pendakwa yang dikemukakan di mahkamah. Oleh yang demikian,
tertuduh telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah.
Pendakwa merujuk kes Pendakwa Raya v Zulkifle bin Mohamad [2016]
MLJU 399 dan Mr Losali v Public Prosecutor (2011) 4 MLJ 694. I
(j) Ekshibit P8, P9, P10, P11 dan P12 menunjukkan hasrat perayu untuk
mendapatkan tauliah bagi membolehkan Perayu menjadi penceramah
untuk mengajar agama Islam.
Khalid bin Abdul Samad v Ketua Pendakwa Syarie Selangor
[2018] 2 ShLR (Salehan Yatim SHHCJ) 57

A DAPATAN HUKUM SYARAK DAN UNDANG-UNDANG

[10] Mahkamah merujuk kepada s 119 EPAINS 2003 iaitu:


(1) Mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara
B tentang Agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah seksyen 118
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda
tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(2) Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi —
C
(a) mana-mana orang atau golongan orang yang dikecualikan oleh
Majlis di bawah seksyen 121 Enakmen ini; atau
(b) (b) mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau
perkara-perkara tentang agama Islam di dalam kediamannya sendiri
D kepada anggota keluarganya sahaja.

[11] Seksyen 118 EPAINS 2003 memperuntukkan:


(1) Majlis hendaklah melantik suatu jawatankuasa bernama Jawatankuasa
E Tauliah, yang hendaklah terdiri daripada —
(a) Setiausaha Majlis, sebagai Pengerusi; dan
(b) tidak kurang daripada tiga orang dan tidak lebih daripada tujuh
orang yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran
F yang sesuai.
(2) Majlis hendaklah bertanggungjawab bagi melaksanakan
keputusan-keputusan Jawatankuasa itu.
(3) Jawatankuasa Tauliah hendaklah mempunyai kuasa untuk memberikan
G tauliah bagi maksud pengajaran agama Islam atau apa-apa perkara
tentang agama Islam dan untuk menarik balik tauliah itu.
(4) Majlis boleh membuat peraturan-peraturan yang mengadakan
peruntukan bagi —
H (a) tatacara, kehendak-kehendak dan perkara-perkara lain
berhubungan dengan pemberian tauliah di bawah seksyen ini,
termasuk fi-fi yang boleh dikenakan;
(b) tatacara Jawatankuasa Tauliah; dan
I (c) elaun yang patut dibayar kepada anggota-anggota Jawatankuasa
itu.

[12] Selain itu, mahkamah merujuk peraturan 10 Peraturan Tauliah tersebut


seperti berikut:
58 Shariah Law Reports [2018] 2 ShLR

Tertakluk kepada peraturan 11, Jawatankuasa boleh meluluskan dan mengeluarkan A


Tauliah kepada seseorang warganegara, mengikut mana berkenaan, satu atau lebih
kategori Tauliah yang berikut:
(a) Tauliah Ceramah Umum yang membenarkan pemegangnya memberi
ceramah umum berhubung dengan apa-apa aspek agama Islam di
mana-mana tempat dan dengan apa-apa jua cara selain dari mengajar B
agama Islam secara berkala;
(b) Tauliah Mengajar Agama Islam berkitab yang membenarkan
pemegangnya mengajar agama Islam secara berkala di mana-mana
tempat; C
(c) Tauliah Khas yang membenarkan seseorang yang bukan warganegara
yang dijemput khas oleh kerajaan Negeri, jabatan atau agensinya memberi
ceramah umum berhubung dengan apa-apa aspek Agama Islam dalam
program tertentu;
(d) Tauliah mengajar Al-Quran yang membenarkan pemegangnya mengajar D
al-Quran di mana-mana premis; atau
(e) Tauliah khas bagi individu yang tidak memiliki kelayakan seperti yang
ditetapkan dalam perenggan 11(1)(f ) untuk mengajar bidang tertentu.
E
[13] Berdasarkan kepada peruntukan peraturan 10 Peraturan Tauliah
tersebut, mahkamah bersetuju dengan ulasan hakim bicara bahawa keperluan
mengajar agama atau perkara-perkara tentang agama Islam tidak terhad hanya
kepada mengajar agama Islam secara berkitab sahaja. Bahkan peraturan 10
dengan jelas mengesahkan apa-apa ceramah umum yang berhubung dengan F
apa-apa aspek agama Islam, mengajar agama berkitab dan mengajar al-quran
juga termasuk salah satu pengajaran agama islam atau perkara-perkara tentang
agama Islam yang memerlukan tauliah mengikut Peraturan Tauliah tersebut.

ULASAN MAHKAMAH G

[14] Setelah mahkamah meneliti 24 petisyen rayuan yang difailkan oleh


perayu, mahkamah berpendapat hanya tiga isu yang utama dalam disimpulkan
iaitu: H
(a) sama ada pertuduhan yang dikenakan terhadap perayu adalah cacat;
(b) sama ada prosedur perbicaraan jenayah mengikut Tatacara Jenayah
Syariah; dan
(c) sama ada hukuman denda tersebut wajar atau patut atau yang keras I
berlebih- lebihan

Isu pertama sama ada pertuduhan yang dikenakan terhadap perayu adalah cacat
Khalid bin Abdul Samad v Ketua Pendakwa Syarie Selangor
[2018] 2 ShLR (Salehan Yatim SHHCJ) 59

A [15] Perayu mendakwa bahawa pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau


adalah cacat dan mengelirukan kerana definisi ‘mengajar’ yang tidak jelas.
Pertuduhan yang dibuat di bawah s 119(1) EPAINS didakwa tidak jelas
mengenai butiran ‘mengajar’ dan ‘tauliah’ dalam pertuduhan tersebut.
B
[15] Pertuduhan ke atas perayu adalah seperti berikut:
Bahawa kamu, pada 16 Ogos 2011, pada antara jam 10.00 hingga 11.30 malam,
telah mengajar perkara-perkara tentang Agama Islam tanpa tauliah di dalam sebuah
surau Taman Seri Sementa, Jalan Taman Seri Sementa, 42100, Daerah Klang dalam
C Negeri Selangor. Maka dengan itu, kamu dituduh melakukan kesalahan mengajar
tanpa tauliah di bawah seksyen 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri
Selangor) 2003 dan jika disabikan kesalahan boleh dihukum dendan tidak melebihi
RM3000 atau dipenjarakan selama tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya di
bawah seksyen dan enakmen yang sama.
D
[16] Mahkamah berpendapat pertuduhan akan dianggap cacat secara
material sekiranya tertuduh terkeliru disebabkan kesilapan atau peninggalan
dalam suatu pertuduhan terhadap perkara-perkara berikut, antaranya:
E (i) sesuatu kesalahan; atau
(ii) butir-butir tentang waktu, tempat dan orang (lihat s 82 ETJS 2003)

[17] Ini merujuk kepada s 82 ETJS 2003 yang memperuntukkan:


F Tiada kesilapan dalam menyatakan sama ada kesalahan atau butir-butir yang
dikehendaki dinyatakan dalam pertuduhan itu, dan tiada peninggalan untuk
menyatakan kesalahan atau butir-butir itu, boleh dikira, pada mana-mana
peringkat kes itu, sebagai material melainkan jika tertuduh sebenarnya telah
terkeliru oleh sebab kesilapan atau peninggalan itu.
G
[18] Kesalahan yang dituduh dibawah s 119 EPAINS iaitu kesalahan
mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang Agama Islam tanpa tauliah
yang diberikan di bawah s 118 Manakala butir-butir kesalahan dinyatakan
dalam pertuduhan iaitu:
H
(a) waktu kejadian: antara jam 10 hingga 11.30 malam pada 16 Ogos 2011
(b) tempat kesalahan: di sebuah surau Taman Seri Sementa, Jalan Taman Seri
Sementa, 42100, Daerah Klang dalam Negeri Selangor;
(c) Orang yang dituduh: Khalid bin Abdul Samad
I

[19] Mahkamah merujuk maksud mengajar dalam Kamus Dewan Edisi


Keempat Dewan Bahasa dan Pustaka ialah:
(1) menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dsb) kepada orang lain;
60 Shariah Law Reports [2018] 2 ShLR

(2) membaiki kelakuan dengan memberi nasihat dsb. A


(3) Membuat seseorang melakukan atau tidak melakukan sesuatu
berdasarkan pengalaman dsb yang telah diperoleh
(4) Memarahi (memukul seseorang) supaya dera (tidak melakukan lagi
sesuatu). B

Manakala perkataan ‘ceramah’ bermaksud —


(1) Suka bercakap-cakap, ramah, banyak bercakap.
(2) ucapan membicarakan sesuatu (spt bahasa, politik, dll), syarahan. C

Manakala perkataan ‘berceramah’ bermaksud memberi (menyampaikan)


ceramah. (lihat ms 20–270, Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka) D

[20] Selain itu, mahkamah turut merujuk kepada Peraturan Tauliah 2013
yang mendefinisikan perkataan ‘mengajar’ sebagai ‘menyampaikan sebarang
maklumat yang berkaitan agama Islam melalui ceramah, forum, pengkisahan,
motivasi, taklimat, tazkirah, pembentangan kertas kerja, kuliah, audio visual E
atau cara lain sebagaimana yang ditentukan oleh Jawatankuasa’.

[21] Mahkamah bersetuju dengan hujah peguam syarie perayu tafsiran


dalam kamus dewan tidak boleh mendahului penafsiran dalam Peraturan
Tauliah itu. Namun sekiranya ketiadaan tafsiran mengajar dalam mana-mana F
enakmen yang berkuatkuasa pada masa perayu dituduh maka boleh mengguna
pakai tafsiran umum dalam kamus dewan tersebut sebagai panduan dan
membantu hakim menafsirkan undang-undang tersebut. Perayu gagal
menunjukkan sebarang peruntukan atau otoriti yang menghalang hakim
bicara merujuk mana-mana tafsiran demi mencari keadilan. Mahkamah G
bersetuju bahawa tafsiran mengajar didalam Peraturan Tauliah 2013 tidak
boleh digunapakai bagi memahami kehendak peruntukan subseksyen 119(1)
EPAINS 2003 tersebut disebabkan definisi ini hanya dimasukkan melalui
Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) (Pindaan) 2013 Sel PU
61/2013 yang hanya dikuatkuasakan pada 1 Oktober 2011 (selepas perayu H
didakwa).

[22] Mahkamah telah memeriksa catatan perbicaraan di dalam rekod


rayuan. Mahkamah bersetuju dengan dapatan hakim bicara bahawa perayu
tidak terkeliru dengan pertuduhan tersebut sebagaimana ulasan dalam alasan I
penghakiman hakim bicara (rekod rayuan ms 551) ... sejak pertuduhan kali
pertama dibacakan kepada tertuduh, tertuduh telah memilih untuk dibicarakan
dan kemudian sepanjang kes pendakwaan dan sepanjang kes pembelaan, tertuduh
tidak pernah membantah pertuduhan tersebut. Tertuduh juga sepanjang prosiding
Khalid bin Abdul Samad v Ketua Pendakwa Syarie Selangor
[2018] 2 ShLR (Salehan Yatim SHHCJ) 61

A kes ini berjalan tidak menunjukkan bahawa tertuduh telah terkeliru dengan
pertuduhan tersebut ... .

[23] Dalihan Perayu telah terkeliru dengan pertuduhan di peringkat


penghujahan pembelaan tidak dapat diterima. Perayu sepatutnya
B membangkitkan isu pertuduhan cacat di peringkat awal semasa pertuduhan
dibacakan.

[24] Mahkamah merujuk otoriti kes yang dirujuk peguam syarie perayu
C iaitu kes Ketua Pendakwa Syarie v Ahmad Rashid dan seorang lagi [JH
November 1995 Jld X Bhg 1, ms 113–120, Nasrun Effendi lwn Pendakwa Raya
[2009] 8 MLJ 392 , Ravindran a/l Ramasamy v Public Prosecutor [2015] 6 MLJ
509 , Public Prosecutor vs Mohamad bin Sabu [2017] MLJU 399. Mahkamah
dengan penuh hormatnya tidak bersetuju dengan dapatan peguam syarie
D perayu bahawa pertuduhan yang dibuat oleh responden ini terdapat kecacatan
yang serius yang menyebabkan perayu terkeliru dengan tuduhan tersebut.
Hakim bicara bertindak betul memutuskan bahawa pertuduhan tersebut tidak
cacat dan perayu tidak terkeliru dengan pertuduhan tersebut.

E [25] Sehubungan itu, berdasarkan kepada dapatan mahkamah tersebut,


mahkamah berpuas hati bahawa pertuduhan yang dikenakan ke atas Perayu
adalah tidak cacat sehingga menyebabkan tertuduh telah terkeliru.

Isu kedua sama ada prosedur perbicaraan jenayah mengikut Tatacara Jenayah
F Syariah

[26] Berdasarkan nota keterangan di dalam rekod rayuan, mahkamah


mendapati kes ini bermula dengan pertuduhan yang dibacakan pada 26 April
2012. Perayu tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan. Perayu
G
dilepaskan dengan bon jaminan RM1500 dengan seorang penjamin. Hakim
bicara pada peringkat ini dikendalikan oleh Tuan Norafizi Fitri bin Ab Manaf.
Kes ini mula dibicarakan pada 8 Oktober 2012 sehingga 24 April 2014 dengan
keterangan saksi-saksi pendakwaan melalui soal utama, soal balas dan soal
H semula iaitu Mohd Hafidz bin Ahman (selepas ini disebut SP1), Mohd Radzi
bin Saliman (selepas ini disebut SP2) dan Jamilah bt Muhammad Jamil (selepas
ini disebut SP3) dan Ahmad Tarmizi bin Mohd Nokin (selepas ini disebut SP4)
. Hakim bicara telah memberi kebenaran pihak pendakwa syarie dan peguam
syarie perayu berhujah pada 29 Mei 2014. Sayangnya peguam syarie perayu
I hanya memfailkan hujah akhir kes pendakwaan pada 14 Ogos 2014. Tuan
Hakim Abdul Malik bin Soleh, hakim yang membacakan keputusan dan
mengarahkan perayu membela diri pada 15 Januari 2015.
62 Shariah Law Reports [2018] 2 ShLR

[27] Perayu memulakan pembelaan pada 8 Mac 2016 sehingga 21 April A


2016 dihadapan hakim bicara Tuan Hakim Mohd Hairuddin bin Ab Rahim.
Kedua-pihak direkodkan bersetuju untuk kes ini diteruskan dihadapan hakim
bicara yang baru pada 8 Mac 2016 sebagaimana catatan hakim bicara:
pihak-pihak telah bersetuju untuk kes pertuduhan tertuduh diteruskan dihadapan
mahkamah.Mahkamah beranggapan ini adalah rekod persetujuan pihak-pihak B
untuk diteruskan kes ini dihadapan hakim bicara. Peguam terpelajar gagal
menunjukkan sebarang bantahan atau permohonan ketika mana pembelaan
mula dijalankan. Maka isu pertukaran hakim bicara berlaku ketidakadilan
wajar ditolak (Rujuk kes Marimuthu a/l Seringan v Pendakwa Raya [2016]
C
MLJU 1561).

[28] Perayu memilih memberi keterangan secara bersumpah dengan


dimulakan keterangan utama perayu pada 8 Mac 2016. Pihak pendakwa syarie
telah menyoal balas perayu pada 24 Mac 2016 dan soal semula keterangan D
perayu pada 21 April 2016. Perayu tidak mengemukakan saksi pembelaan.
Selepas itu pihak-pihak diberi peluang untuk berhujah secara bertulis. Pada 19
Disember 2016, hakim bicara telah mensabitkan kesalahan perayu di bawah s
119(1) EPAINS 2003. Hakim bicara telah menetapkan mitigasi perayu
hendaklah difailkan pada 5 Januari 2017 dan mitigasi balas pihak pendakwa E
syarie hendaklah difailkan pada 12 Januari 2017. Mahkamah telah
menjatuhkan hukuman ke atas perayu pada 19 Januari 2017.

[29] Mahkamah berpuas hati mahkamah telah memberi keadilan dengan


sebaiknya terhadap pihak perayu. Mahkamah telah mengikuti prosedur F
perbicaraan yang ditetapkan di bawah s 96 ETJS 2003:

sekayen 96 Tatacara yang berikut hendaklah diikuti oleh hakim dalam


perbicaraan: G
(a) apabila tertuduh hadir atau dibawa ke hadapan mahkamah, maka
pertuduhan yang mengandungi butir-butir kesalahan yang dia dituduh
melakukannya itu hendaklah dibentuk, dibaca dan dijelaskan
kepadanya, dan dia hendaklah ditanya sama ada dia bersalah atas
H
kesalahan yang dipertuduh itu atau meminta dibicarakan;
(b) jika tertuduh mengaku bersalah atas sesuatu pertuduhan, sama ada atas
pertuduhan asal atau yang dipinda, akuan itu hendaklah direkodkan dan
dia boleh disabitkan atas kesalahan itu: Dengan syarat bahawa sebelum
suatu akuan bersalah direkodkan, mahkamah hendaklah menentukan I
bahawa tertuduh memahami sifat dan akibat daripada akuannya itu dan
dia berniat untuk mengakui, tanpa bersyarat, kesalahan yang dikatakan
terhadapnya itu;
Khalid bin Abdul Samad v Ketua Pendakwa Syarie Selangor
[2018] 2 ShLR (Salehan Yatim SHHCJ) 63

A (c) jika tertuduh enggan membuat akuan atau tidak membuat akuan atau
meminta dibicarakan, mahkamah hendaklah mendengar pengadu, jika
ada, dan mengambil segala keterangan yang dikemukakan bagi
menyokong pendakwaan itu;
B (d) apabila difikirkannya perlu, mahkamah hendaklah memperoleh
daripada pengadu atau selainnya nama manamana orang yang
berkemungkinan mengetahui fakta kes itu dan dapat memberikan
keterangan bagi pihak pendakwaan, dan hendaklah memanggil
mana-mana daripada mereka, sebagaimana yang difikirkan perlu oleh
C Mahkamah, untuk memberikan keterangan di hadapannya;
(e) tertuduh atau peguam syarie nya hendaklah dibenarkan memeriksa balas
semua saksi bagi pihak pendakwaan melalui Hakim;
(f) jika, selepas mengambil segala keterangan yang disebut dalam perenggan
D (c), (d) dan (e), mahkamah mendapati bahawa tiada kes terhadap
tertuduh telah diwujudkan yang jika tak dipatahkan akan mewajarkan
sabitannya, maka mahkamah hendaklah merekodkan perintah
pembebasan;
E (g) tiada ada-apa jua dalam perenggan (f ) boleh disifatkan sebagai
menghalang mahkamah daripada melepaskan tertuduh pada
mana-mana peringkat terdahulu dalam kes itu jika bagi sebab-sebab yang
hendaklah direkodkan oleh mahkamah ia berpendapat pertuduhan itu
tidak berasas;
F
(h) jika, apabila keterangan itu telah diambil, mahkamah berpendapat
bahawa ada alasan untuk menganggap bahawa tertuduh telah melakukan
kesalahan yang dipertuduh itu atau kesalahan lain yang mahkamah itu
kompeten untuk membicarakannya dan yang pada pendapatnya patut
G dibicarakannya, ia hendaklah menimbangkan pertuduhan yang
direkodkan terhadap tertuduh dan memutuskan sama ada pertuduhan
itu mencukupi dan, jika perlu, hendaklah meminda pertuduhan itu;
(i) pertuduhan itu jika dipinda hendaklah dibacakan kepada tertuduh
sebagaimana yang dipinda dan dia hendaklah ditanya semula sama ada
H dia bersalah atau ada apa-apa pembelaan yang hendak dibuat;
(j) jika tertuduh tidak mengaku salah kepada pertuduhan itu sebagaimana
yang dipinda atau jika tiada pindaan dibuat, tertuduh hendaklah
dipanggil untuk membuat pembelaannya dan mengemukakan
I keterangannya, dan hendaklah pada bila-bila masa apabila dia membuat
pembelaannya dibenarkan untuk memanggil semula dan memeriksa
balas mana-mana saksi melalui hakim;
(k) jika tertuduh mengemukakan apa-apa pernyataan bertulis, mahkamah
hendaklah memfailkannya bersama-sama dengan rekod;
64 Shariah Law Reports [2018] 2 ShLR

(l) jika tertuduh memohon kepada mahkamah supaya dikeluarkan saman A


bagi memaksa kehadiran mana-mana saksi, sama ada dia telah atau
belum diperiksa dalam kes itu, bagi maksud pemeriksaan atau
pemeriksaan balas atau pengemukaan apa-apa dokumen atau benda lain,
mahkamah hendaklah mengeluarkan saman melainkan jika ia
berpendapat bahawa permohonan itu patut ditolak atas alasan bahawa ia B
dibuat bagi maksud menyusahkan atau melengahkan atau bagi
menggagalkan matlamat keadilan; dan alasan sedemikain hendaklah
direkodkannya secara bertulis;
(m) C
(i) jika mahkamah mendapati tertuduh tidak bersalah, mahkamah
hendaklah merekodkan perintah pembebasan;
(ii) jika mahkamah mendapati tertuduh bersalah atau jika akuan
bersalah telah direkodkan dan diterima, mahkamah hendaklah D
menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang;...

[30] Isu berbangkit seterusnya penerimaan bahan bukti yang ditanda


sebagai eksh ‘P5’ iaitu rakaman video semasa pihak perayu didakwa mengajar
E
tanpa tauliah. Mahkamah bersetuju dengan dapatan hakim bicara bahawa
dokumen yang ditanda sebagai ‘P5’ telah diterima atas alasan rakaman tersebut
telah disahkan oleh pembuat dokumen iaitu SP2 sendiri. SP2 mengesahkan
bahawa kamera dan rakaman percakapan yang digunakan berfungsi dengan
baik dan di bawah seliaannya serta rakaman tersebut telah dibuat oleh SP2 F
pada tarikh dan masa kejadian di surau tersebut (lihat rekod rayuan — alasan
penghakiman ms 536–541). Pihak perayu gagal menunjukkan keperluan
undang-undang bahawa rakaman video yang ditanda sebagai eksh P5 mesti
dihantar ke Digital Forensics Department Cyber Security Malaysia sebelum
diterima oleh mahkamah. Mahkamah berpendapat rakaman ini hanya sekadar G
rekod sokongan. Sungguhpun terdapat kecacatan terhadap penerimaan bahan
bukti tersebut yang telah ditandakan sebagai ‘P5’ namun kecacatan tersebut
sama sekali tidak menjejaskan kes pendakwaan kerana ia hanya bersifat
sokongan yang mana sudah terdapat dua saksi yang kuat yang telah
dikemukakan oleh pihak pendakwaan dalam kes ini. H

[31] Selain itu, fakta pihak perayu berada ditempat kejadian dan mengajar
tanpa tauliah ini disokong dengan keterangan SP1 dan SP2 yang turut hadir di
tempat kejadian. Mahkamah berpuashati keterangan SP1 dan SP2 diterima
sebagai saksi yang kompeten. I

[32] Oleh itu, mahkamah berpuas hati dengan dapatan hakim bicara
bahawa inti pati ceramah/pengajaran perayu di dalam surau Taman Seri
Khalid bin Abdul Samad v Ketua Pendakwa Syarie Selangor
[2018] 2 ShLR (Salehan Yatim SHHCJ) 65

A Sementa Jalan Taman Seri Sementa 42100 Klang Selangor antara jam 10
hingga 11.30 malam adalah termasuk dalam maksud ‘mengajar
perkara-perkara tentang agama Islam.

[33] Mahkamah berpuas hati sabitan kesalahan mengajar tanpa tauliah di


B bawah s 119(1) EPAINS 2003 terhadap perayu oleh hakim bicara wajar
dikekalkan.

Isu ketiga sama ada kadar hukuman yang dikenakan ke atas perayu satu kadar
hukuman yang wajar dan berpatutan atau yang keras berlebih lebihan
C
[34] Dalam kes ini perayu telah disabitkan dan telah dijatuhkan hukuman
denda RM2900. Hukuman yang diperuntukan di bawah s 119(1) ini ialah
didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Oleh itu hukuman yang
D
dikenakan ke atas Perayu adalah denda sebanyak RM2900 sahaja.

[35] Perayu telah membayar denda tersebut. Namun perayu tidak berpuas
hati dengan keputusan tersebut disebabkan hukuman tersebut boleh
E mengakibatkan perayu hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.

[36] Semasa mitigasi di hadapan hakim bicara, perayu telah memohon agar
mahkamah menggunakan budi bicara di bawah s 129(1) ETJS 2003 dan tidak
dihukum dengan hukuman penjara dan memohon agar hanya dikenakan
F denda kurang daripada RM2000 sahaja jika tidak dibenarkan bon berkelakuan
baik. Perayu adalah ahli politik sepenuh masa dan kini sebagai Ahli Parlimen
Shah Alam semenjak tahun 1998. Perayu sudah beristeri, memelihara seorang
ibu berumur 88 tahun dan seorang anak kurang upaya. Ini merupakan
kesalahan perayu kali pertama yang disabitkan sama ada di Mahkamah Sivil
G atau Mahkamah Syariah.

[37] Antara faktor pertimbangan peringanan hukuman adalah kesalahan


kali pertama. Mahkamah bersetuju dengan prinsip-prinsip dalam kes Norlisam
bt Ramli v Ketua Pendakwa Syarie JH XV (11), Moktar bin Radin v Pendakwa
H Syarie Selangor JH (1422) H Jld 33 Bhg II, Muhammad Ridhwan bin Tokiri
Seorang lagi v Ketua Pendakwa Syarie JH (1433) Jld 34 Bhg 2 yang mengambil
kira isu kesalahan kali pertama sebagai alasan peringanan hukuman.
Mahkamah mendapati ini merupakan kesalahan kali pertama Perayu kerana
tiada bukti dikemukakan responden bahawa perayu telah mengulangi
I kesalahan lampau.

[38] Selain itu, faktor keseriusan kesalahan yang dilakukan oleh perayu
bukannya terlalu serius berbanding kesalahan melanggar hukum syarak seperti
persetubuhan luar nikah, ajaran sesat dan lain-lain kesalahan. Mahkamah
66 Shariah Law Reports [2018] 2 ShLR

mendapati bahawa ucapan perayu semasa kejadian tersebut tidak bercanggah A


dengan Hukum Syarak dan tidak membawa perpecahan atau mengganggu
keharmonian masyarakat. Ianya ditegaskan oleh hakim bicara di dalam alasan
penghakiman yang menyatakan bahawa:
Adalah ditegaskan juga bahawa, sepanjang prosiding ini, Mahkamah ini tidak B
membuat apa- apa dapatan berhubung sama ada ucapan atau apa yang disampaikan
oleh tertuduh adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar atau tidak.
Mahkamah jugatidak membuat apa-apa dapatan berhubung sama ada apa yang
disampaikan oleh tertuduh pada 18 Ogos 2011 di Surau Seri Sementa, Klang tersebut
boleh membawa kepada perpecahan dan/atau menggangu keharmonian masyarakat.
Ini kerana perkara-perkara tersebut tidak menjadi elemen kepada kewujudan kepada C
kesalahan yang disabitkan oleh Mahkamah ini. Pertuduhan yang dikenakan terhadap
tertuduh adalah melakukan kesalahan mengajar tanpa tauliah dan bukannya
kesalahan mengajar ajaran salah.(lihat rekod rayuan ms 266–267)

D
[39] Responden dalam hujah lisan turut mengakui bahawa kandungan
(ucapan perayu) yang baik tetapi memerlukan kepada tauliah (daripada Majlis
Agama Islam Selangor) sahaja.

[40] Faktor kerjasama perayu semasa siasatan berlangsung juga sebahagian E


faktor peringanan hukuman yang boleh diambil kira. Tiada fakta yang
menunjukkan bahawa responden membangkitkan isu kerjasama pihak perayu
semasa siasatan dibuat. Hanya ulasan hakim bicara mengulas bahawa proses
perbicaraan yang panjang sejak tahun 2013 yang telah mengambil banyak
masa dan kos pihak yang menyebabkan dendaan kurang daripada RM2000 F
adalah tidak memadai (lihat Rekod Rayuan ms 569). Mahkamah melihat
faktor kerjasama semasa siasatan wajar dipertimbangkan sebelum keputusan
dibuat oleh Hakim Bicara selain faktor masa perbicaraan yang diambil kira.

[41] Mahkamah tidak menafikan kesalahan yang dilakukan oleh perayu G


adalah mengajar tanpa tauliah di Surau Sri Sementa. Kesalahan ini telah
dikanunkan melalui s 119(1) EPAINS 2003. Dr Abdul Qadir Audah dalam
kitabnya Al-Tasyri’ al-Jinaaiy al-Islamiy, Juz 1, ms 615 menyatakan bahawa:

H
‘Adapun bagi kesalahan-kesalahan takzir, syariat memberi kebebasan kepada hakim
di dalam memilih hukuman yang sesuai di antara sekumpulan hukuman.
Sebagaimana juga diberikan kebebasan kepada hakim di dalam menetapkan kadar
hukuman dan kebebasan menentukan pemilihan hal keadaan jenayah dan hal
keadaan penjenayah (dalam persoalan meringan atau memberatkan hukuman).
I
Sekiranya hakim berpendapat bahawa hal keadaan jenayah dan hal keadaan
penjenayah tidak menghendaki peringanan, maka hakim hendaklah menghukum
penjenayah mengikut hukuman yang selayaknya dengan jenayah yang
dilakukannya. Sekiranya hakim berpendapat hal keadan penjenayah menghendaki
peringanan hukuman, maka hakim hendaklah menghukum dengan hukuman yang
Khalid bin Abdul Samad v Ketua Pendakwa Syarie Selangor
[2018] 2 ShLR (Salehan Yatim SHHCJ) 67

A sesuai dengan keperibadiannya, hal keadaannya dan hal keadaan kehidupannya serta
akhlaknya. Sekiranya pula bahawa hal keadaan jenayah menghendaki pemberatan
hukuman, sedangkan hal keadaan penjenayah menghendaki ia diringankan, maka
hakim hendaklah menghukum dengan hukuman pertengahan, dia tidak boleh
memberatkan hukuman dan tidak juga boleh meringankannya.
B
[42] Faktor peringanan dan pemberatan sesuatu hukuman juga dijelaskan
oleh YAA Tan Sri Syeikh Ghazali bin Hj Abdul Rahman dalam penulisannya
bertajuk ‘Proses Penghakiman dan menjatuhkan keputusan di Mahkamah
Syariah: Satu penilaian’ (JH Jld 7 Bhg 1 ms 5). Beliau menyatakan antaranya:
C
biasanya sebelum hukuman dijatuhkan terutama dalam kes jenayah syariah, Hakim
Syarie akan memerhatikan faktor yang memberatkan hukuman dan faktor yang
meringankan hukuman. Setelah kedua-dua faktor itu diambil kira dan
ditimbangkan, barulah hukuman dijatuhkan. Secara tersuratnya, inilah asas
D pertimbangan Hakim-hakim Syarie sebelum hukuman dijatuhkan. Selalunya
antara faktor yang boleh meringankan hukuman ialah pengakuan bersalah dan
pernyataan taubat, pesalah bawah umur, rekod peribadi yang baik, kesan hukuman
terhadap kesihatan pesalah dan kesalahan pertama kali dilakukannya. Manakala
faktor-faktor yang boleh memberatkan hukuman pula ialah rekod buruk pesalah,
taraf perkahwinan, taraf pesalah di dalam masyarakat dan kedudukannya yang
E tinggi, kekerapan kesalahan dilakukan dan penggunaan kekerasan dan keganasan
semasa melakukan kesalahan.

[43] Persoalannya dalam kes ini, adakah hakim bicara telah melaksanakan
F prinsip tersebut ketika menjatuhkan hukuman ke atas perayu? Setelah meneliti
alasan penghakiman hakim bicara, mahkamah mendapati bahawa, hakim
bicara menegaskan bahawa dalam menjatuhkan hukuman, perkara utama
yang beliau mengambil kira ialah hukuman yang dijatuhkan boleh menjadi
sebagai pengajaran bukan sahaja kepada perayu tetapi kepada semua
G masyarakat.

[44] Hakim bicara menyatakan hukuman denda RM2900 atau tiga bulan
penjara jika gagal membayar denda untuk memberi pengajaran kepada perayu
dan masyarakat agar tidak mengulangi kesalahan yang sama di masa-masa akan
H datang.

[45] Dalam membuat penghakimannya, hakim bicara menyatakan bahawa


dalam kes ini sewajarnya hukuman tidaklah berat dan tidaklah ringan. Dengan
I
kata lain hukuman pertengahan. Hukuman penjara dilihat hukuman berat
maka tidak sesuai dengan kesalahan dan fakta kes perayu. Hukuman dendaan
kurang daripada RM2000 adalah terlalu ringan.
68 Shariah Law Reports [2018] 2 ShLR

[46] Hukuman yang dikenakan ke atas perayu ialah denda RM2900 atau A
penjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda. Persoalannya apakah
hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah bicara tersebut adalah keras
berlebih-lebihan ataupun tidak?

[47] Dalam kes ini, hukuman yang dikenakan ke atas perayu adalah B
berbentuk sekatan ekonomi iaitu hukuman denda yang memerlukan Perayu
membayar denda sebanyak RM2,900 kepada pihak kerajaan. Hukuman denda
RM2900 tidak memberi kesan sangat berbanding dengan pendapatan perayu
sebagai Ahli Parlimen namun ianya memberi kesan yang sangat besar kepada C
perayu iaitu perayu boleh hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Shah Alam
dan kerusi yang diwakilinya hendaklah dikosongkan (lihat perkara 8
Perlembagaan Persekutuan).

[48] Mahkamah bersetuju bahawa bon berkelakuan baik terhadap Perayu D


adalah tidak bersesuaian. Ini memandangkan latar belakang, watak, umur,
kesihatan dan mental perayu tidak memungkinkan hukuman gantian tersebut
dikenakan. Perayu sebagai ahli parlimen mempunyai latarbelakang
pengetahuan undang-undang, kesihatan yang masih baik dan mempunyai akal
yang waras . E

[49] Mahkamah setuju dengan kesan hukuman denda melebihi RM2000


akan menyebabkan perayu hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen dan kerusi
yang diwakilinya akan menjadi kosong sehingga ke tarikh pilihan raya akan
F
datang dan tiada pilihanraya kecil akan diadakan kerana tempoh berbaki bagi
pilihanraya umum yang akan datang adalah kurang daripada dua tahun
daripada sekarang (lihat perkara 54 Perlembagaan Persekutuan) (rujuk rekod
rayuan ms 84–86). Dengan kata lain, rakyat Shah Alam akan kehilangan wakil
rakyat yang mewakili mereka di Dewan Rakyat dalam tempoh tersebut. Ini G
merupakan kesan yang besar akan dihadapi perayu dan masyarakat Shah Alam.

[50] Mahkamah berpendapat denda kurang daripada RM2000 bukannya


hukuman yang terlalu ringan kerana ianya masih dikategorikan hukuman
pertengahan sebagaimana kesimpulan yang yang dibuat oleh hakim bicara H
dalam penghakimannya. Bagi kesalahan yang kadar hukuman dendanya
RM3000, hukuman yang dianggap ringan adalah hukuman yang dibawah
paras separuh hukuman tersebut iaitu RM1500. Mahkamah berpendapat
hukuman denda melebihi RM2000 adalah hukuman tersebut yang keras dan
berlebih-lebihan berbanding dengan kesalahan yang dilakukan oleh perayu I
dan fakta kes. Ini mewajarkan mahkamah ini campurtangan.
Khalid bin Abdul Samad v Ketua Pendakwa Syarie Selangor
[2018] 2 ShLR (Salehan Yatim SHHCJ) 69

A KESIMPULAN

[51] Sabitan terhadap perayu dikekalkan manakala hukuman denda wajar


dikurangkan.
B KEPUTUSAN

[52] Setelah mahkamah meneliti permohonan dan afidavit pemohon serta


hujah bertulis pemohon, maka dengan ini mahkamah memutuskan dan
memerintahkan seperti berikut:
C
(a) mahkamah mengekalkan sabitan kesalahan terhadap perayu;
(b) hukuman denda sebanyak RM2900 atau penjara selama tiga bulan
kepada perayu hendaklah diubah kepada denda sebanyak RM1900 atau
penjara selama dua bulan jika gagal membayar denda; dan
D
(c) mahkamah memerintahkan baki wang denda sebanyak RM1000
hendaklah dipulangkan kepada perayu.

Affirmed the conviction, reducing fine to RM1900 or two months imprisonment for
E default of payment and ordering the balance of RM1000 given to the appellant.

Reported by Kamarul Anwar

You might also like