Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

5.

0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN


5.1 STRATEGI KEMASUKAN SYARIKAT UNILEVER KE NEGARA THAILAND

Menurut Nik Rahimah (1992) dalam bukunya yang berjudul Asas Pemasaran yang telah
diterbitkan oleh penerbit Fajar Bakti SDN BHD apabila sesebuah firma telah membuat keputusan
untuk terlibat dengan pemasaran antarabangsa ,ia mesti menentukan cara yang terbaik untuk
memasuki pasaran asing . Setiap startegi kemasukkan organisasi ke perniagaan antarabangsa.

Syarikat Unilever menggunakan strategi kemasukkan organisasi ke perniagaan antarabangsa


Subsidiari untuk melakukan perniagaan antarabangsa di negara Thailand. Strategi Subsidiari ialah
anak syarikat yang dikawal sepenuhnya atau sebahagiannya dimiliki oleh syarikat lain yang
memiliki lebih daripada 50% saham syarikat subsidiari tersebut. Syarikat Unilever Thai Holdings
Co Ltd ialah anak syarikat milik penuh Unilever ,multinasional Inggeris – Belanda. Unilever ialah
salah satu pengeluar barangan pengguna yang bergerak pantas dan terbesar di Thailand. Syarikat
itu mula ditubuhkan di Thailand pada tahun 1993 sebagai Siam Industries Ltd yang mengeluarkan
sabun , lilin dan minyak dan lemak yang boleh dimakan . Syarikat itu, dimulakan semula sebagai
Levers Brothers (Thailand) Ltd . Ibu pejabatnya telah berada di Unilever house di Thanan Phra
Ram 9 , Kilang rumah dan penjagaan ,aiskrim terletak di Ladkrabang dimana pelbagai jenis produk
pengguna dihasilkan. Kilang makanan terletak di tenggara Bangkok.

Operasi Unilever di Thailand dibahagikan kepada Unilever Thai Holdings dan Unilever Thai
Trading Ltd. Pada tahun 2000 syarikat itu mengistiharkan “pelan kehidupan lestari” yang
merupakan salah satu tujuan yang paling mencabar untuk kelestarian dunia dan meningkatkan
kualiti hidup, kesihatan dan kehidupan lebih daripada 1 billion pengguna dalam tahun 2020.
Syarikat berhasrat untuk mendapat semua bahan dari ladang yang tidak memberi kesan kepada
alam sekitar daripada operasi dan produknya , selain mengurangkan separuh daripada penggunaan
produk unilever.
Kumpulan lever memutuskan untuk terus melabur di Thailand untuk mencapai sasaran 20000
juta pada tahun 2000. Mereka telah merancang untuk membelanjakan lebih 500 juta untuk melabur
bagi meningkatkan barisan pengeluaran. Syarikat Unilever Thai Holdings Co Ltd telah ditubuhkan
65 tahun yang lalu dan menjadi sebuah syarikat besar pengilang dan pengedar produk . Levers
Brothers ( Thailand) telah menukar namanya kepada Unilever Thai Holdings Co Ltd bagi
selaraskan dasar syarikat induk dan mempunyai nama yang sama dalam pernigaan global . En Niel
Fithgerald , Pengarah urusan dan Ketua pegawai Esekutif Unilever berkata Syarikat Unilever
merancang untuk terus melabur di Negara Thailand kerana mereka yakin dengan potensi Syarikat
Unilever Thai Holdings Co Ltd pada masa hadapan.

You might also like