Is 3 Ecs 3032

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

DPP B2(b)

Institut Kemahiran MARA Sungai Petani, Kedah


INFORMATION SHEET
PROGRAMME : SESSION : CODE/COURSE : LECTURER : TOPIC : SIJIL KEJURUTERAAN AWAM LUKISAN STRUKTUR JAN JUN 2011 ECS 3032 EN. AZNAN OSMAN @ OTHMAN 2.0 2.2 SUB-TOPIC : TENDER Tender Document 2.2.1 2.2.2 Types of tender document Function and content of each document SEMESTER : SHEET NO : WEEK : 3A & 3B IS 3 3

After completing the unit, students should be able to : LEARNING OUTCOME : 2.1 2.2 2.3
2.2

define tender document list each type of tender document describe the function and content of each document

DOKUMEN TENDER (TENDER DOCUMENT) Dokumen tender ialah dokumen yang mengandungi semua maklumat yang diperlukan oleh kontraktor bagi mentaksirkan harga projek yang ditawarkan. Dokumen tender juga dikenali sebagai dokumen tawaran. Tujuan dokumen tender dikeluarkan adalah untuk : a.
b.

menghuraikan segala kehendak-kehendak klien/majikan, membolehkan pihak kontraktor mengemukakan tawaran dengan kos yang berpatutan, mengikat perjanjian antara klien dengan kontraktor untuk dijadikan sebagai dokumen kontrak, dijadikan sebagai rujukan dan rekod semasa pelaksanaan projek.

c. d. 2.2.1

JENIS-JENIS DOKUMEN TENDER (TYPES OF TENDER DOCUMENT)

Page 1 of 8

DPP B2(b)

Jenis dokumen tender yang biasa dipratikkan kepada dua, iaitu : a. Dokumen Tender Berdasarkan Lukisan dan Spesifikasi Perkara-perkara yang terkandung dalam dokumen tender ini ialah :

Surat pelawaan tawaran (notis tender) Borang tender Arahan kepada penender Syarat-syarat menender Kehendak/kerja awalan Spesifikasi kerja Ringkasan tender Senarai kadar harga Lukisan kerja Lampiran

b. Dokumen Tender Berdasarkan Senarai Kuantiti/Bahan Perkara-perkara yang terkandung dalam dokumen tender ini ialah :
Surat pelawaan tawaran (notis tender) Borang tender Arahan kepada penender Syarat-syarat menender

Kehendak/kerja awalan Spesifikasi kerja Senarai kuantiti/bahan


Lukisan kerja

Lampiran
2.2.2

FUNGSI DAN KANDUNGAN SETIAP DOKUMEN (FUNCTION OF

CONTENT OF EACH DOCUMENT)


a. Borang Tender (Tender Form)

Keterangan : Borang perlu diisi oleh kontraktor dengan menyatakan harga tawaran dan tempoh siap kerja. Fungsi : Sebagai tanda menyertai tawaran untuk penilaian dan pemilihan kontraktor.

Page 2 of 8

DPP B2(b)

b. Borang Penerimaan Tender (Tender Acceptance Form)

Keterangan : Borang perlu diisi oleh klien/majikan untuk dikembalikan kepada kontraktor sebagai rekod simpanan. Fungsi : Memberitahu kontraktor bahawa tender yang diserahkan kepada klien telah diterima.
c. Spesifikasi Piawaian Kerja (Job Standard Specification)

Keterangan : Keterangan tentang kerja yang akan dijalankan, kualiti bahan yang dikehendaki oleh klien, kaedah menjalankan kerja dan tahap kualiti kerja yang diharapkan dapat dipenuhi oleh kontraktor. Fungsi : Maklumat yang menjelaskan kepada kontraktor tentang butirbutir yang berkaitan dengan kontrak yang ditawarkan.
d. Senarai Kuantiti (Bills of Quantity)

Keterangan : Mengandungi senarai kuantiti bahan dan kerja yang diperlukan untuk menyiapkan projek. Fungsi : Membantu dan memudahkan kontraktor membuat pengiraan anggaran kos upah kerja dan jumlah kos bahan serta merancang kaedah kerja yang akan dilakukan.
e.

Lukisan Kerja (Working Drawing)

Keterangan : Mengandungi gambaran kerja yang ditawarkan kepada kontraktor. Fungsi : Membantu dan memudahkan kontraktor membuat pengiraan anggaran kos upah kerja dan jumlah kos bahan serta merancang kaedah kerja yang akan dilakukan.
f.

Jadual Kadar Kerja (Schedule of Working Rate)

Keterangan : Mengandungi senarai harga bagi setiap kerja yang akan dilakukan oleh kontraktor. Fungsi : Membantu dan memudahkan kontraktor membuat pengiraan anggaran kos.

Page 3 of 8

DPP B2(b)

g.

Notis Tender (Notice of Tender) Keterangan : Iklan mempelawa kontraktor untuk memasuki tender yang disiarkan dalam akhbar harian utama oleh pihak klien. Fungsi : Memaklumkan kepada kontraktor yang berkelayakan dan berpengalaman untuk memasuki tender yang ditawarkan.

h.

Arahan Kepada Penender (Instructions For Tenderer) Keterangan : Arahan yang dikeluarkan oleh klien kepada kontraktor supaya mengisi segala maklumat yang benar mengenai latar belakang kewangan dan prestasi petender. Fungsi : Memberitahu kontraktor bahawa tendernya akan ditolak dan tindakan tatatertib akan dikenakan terhadapnya jika didapati maklumat palsu atau tidak tepat diberikan.

i.

Syarat-Syarat Menender (Conditions of Tendering) Keterangan : Syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh petender/kontraktor yang melibatkan tugas, hasil kerja, insuran dsbnya Fungsi : Memberitahu kontraktor bahawa kontraknya akan ditamatkan dan tindakan tatatertib akan dikenakan terhadapnya jika didapati melanggar syarat-syarat yang diberikan.

j.

Surat Setujuterima Tender (Letter of Tender Acceptance) Keterangan : Surat yang perlu diisi dan ditandatangani oleh kontraktor untuk diserahkan kepada klien/majikan. Fungsi : Sebagai tanda kontrak telah diterima dan dipersetujui oleh kontraktor.

k.

Kehendak Awalan (Preliminaries) Keterangan : Kehendak yang menyatakan perkara-perkara yang tidak diukur dan dinyatakan di dalam ringkasan tender. Fungsi : Membantu dan memudahkan kontraktor dalam melaksanakan projek terutama yang melibatkan kos.

Page 4 of 8

DPP B2(b)

Page 5 of 8

DPP B2(b)

Page 6 of 8

DPP B2(b)

Page 7 of 8

DPP B2(b)

EXERCISE 3.0 1. 2. 3. Apakah yang dimaksudkan dengan dokumen tender? Nyatakan tujuan dokumen tender dikeluarkan? Senaraikan perkara-perkara yang terkandung dalam dokumen tender

berdasarkan lukisan dan spesifikasi? 4. Senaraikan perkara-perkara yang terkandung dalam dokumen tender

berdasarkan senarai kuantiti? 5. Nyatakan fungsi dokumen berikut : a. b. c. d. e. 6. Borang tender Borang penerimaan tender Spesifikasi piawaian kerja Senarai kuantiti Lukisan kerja

Nyatakan kandungan dokumen berikut : a. b. c. d. e. Jadual kadar kerja Notis tender Arahan kepada menender Syarat-syarat menender Surat setujuterima tender

REFERENCE : 1. Teachers handout 2. Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 5 Ab. Aziz Abd. Latiff, Ismail Yusof, Abdul Aziz Abu Bakar (DBP) 3. Pengenalan Ukur Kuantiti Binaan 1 Rosli Abd. Rashid (DBP & UTM) 4. Aturcara Kontrak & Taksiran Uzairi Hj. Saidin (IBS) 5. Nota JKR (IKRAM)

Page 8 of 8

You might also like