Webinar Guru CoS Siri 3 (Pedagogi)

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

WEBINAR ( GURU CONTRACT OF SERVICES )

SIRI 3 : PEDAGOGI BERMAKNA


Disediakan oleh :
Mohamad Syahrun bin Mohd Rasip
( Guru Pendidikan Islam SMK (P) St George )

14 OKTOBER 2022 ( JUMAAT )

1430 - 1600 UCAPAN ALUAN KEPADA MODERATOR, PUAN FARIDAH ANUM BINTI ABD WAHID
(PENSYARAH CEMERLANG, IPG KAMPUS ILMU KHAS)

PENGENALAN PEDAGOGI OLEH EN. ISMI KAMARUL SHAN BN ISMAIL (GURU CEMERLANG
SAINS, SMK PARIT PANJANG, KEDAH)

1) Apa itu pedagogi?

Ialah satu teknik mengajar. Ada orang ilmu sikit, tapi dia mempunyai kepakaran mengajar dan
murid menyukainya. Ada yang ilmu banyak, tapi apabila dia mengajar, murid ingin keluar
kelas.

Pedagogi memerlukan keikhlasan.

3 kategori guru:

1) Trained to be a teacher
2) Forced to be a teacher
3) Born to be a teacher

Jadilah guru dalam kategori ketiga.

2) Apakah jenis pegagogi abad ini ?

1) Heutagogi : Berpusatkan pelajar . Bagi pelajar yang cemerlang (contoh sekolah


berasasrama penuh, elit dsb)
2) Peeragogi: Membiasakan pelajar dengan latihan (Untuk pelajar biasa)
3) Cybergogi : Pedagogi atas talian

Dalam kelas, ada tiga golongan di atas, maka KPM meminta untuk membuat pembelajaran
terbeza
PEDAGOGI TERBEZA OLEH ENCIK MUHAMMAD CHE MAJID (PENSYARAH CEMERLANG, IPG
KAMPUS SULTAN MIZAN)

1) 4 elemen Pedagogi Terbeza :

1) Kandungan
2) Proses
3) Produk
4) Persekitaran

2) Fasa Rekabentuk Pedagogi Terbeza :

1) Fasa 1 : Kenali murid, persediaan mengajar


2) Fasa 2 : Kenalpasti aspek-aspek untuk pembentukan kumpulan. Sediakan
instrumentasi dan pendekatan pembelajaran dan pentaksiran
3) Fasa 3 : Menetapkan kandungan berdasarkan pola Pedagogi Terbeza
4) Fasa 4 : Patuhi langkah pengajaran ikut kesesuaian, urus disiplin murid
5) Fasa 5 : Memantau secara berterusan - Assessment for Learning, Assessment as
Learning, Assessment of Learning
6) Analisis data

PENGALAMAN PENGAMALAN PEDAGOGI BERMAKNA OLEH EN. ISMI KAMARUL SHAN BN


ISMAIL (GURU CEMERLANG SAINS, SMK PARIT PANJANG, KEDAH)

1) Kluster Pedagogi ada 3 :

1) Kluster Antik

Guru terlalu mengikut peraturan. Pengajaran berbentuk sehala dan rigid. Boleh
gunakan jika perlu, tapi sebaiknya tidak.

2) Kluster Klasik

Guru mahir memberi arahan. Guru memberi ruang untuk pelajar berinteraksi.
Pembelajaran terbeza sudah dapat dilihat dalam kluster ini

3) Kluster Kontemporari

Guru hanya memberi idea, seterusnya murid diberi kebebasan untuk menggunakan
apa-apa alat untuk mengajar. Berpusatkan murid. Guru menjadi pemudahcara.

2) Kesan pengamalan pedagogi :

1) Setiap kluster memberi kesan kepada guru untuk kekal semangat


2) Murid dapat mengembangkan kemahiran
3) Murid dapat memahami pelajaran
3) Kaedah yang boleh digunakan (5E)

1) Engage :
2) Ekplorasi : Minta pelajar cari
3) Explain : Biar pelajar terangkan sendiri. Jangan bebankan pelajar dengan tugasan
individu. Sekurang-kurangnya perlu berpasangan
4) Expand : Murid akan kembangkan kemahiran
5) Evaluate : Murid akan membuat pentaksiran hasil kerja rakan mereka

TANGGUNGJAWAB GURU COS DALAM MELAHIRKAN GENERASI AKAN DATANG OLEH EN.
ISMI KAMARUL SHAN BN ISMAIL (GURU CEMERLANG SAINS, SMK PARIT PANJANG, KEDAH)

Kemahiran yang telah Guru CoS perolehi sebelum ini dapat diaplikasikan ketika berkhidmat
sebagai guru Cos.

Amalkan 3M: Manusia yang memanusiakan manusia lain.

RUMUSAN DAN HARAPAN OLEH ENCIK MUHAMMAD CHE MAJID (PENSYARAH CEMERLANG,
IPG KAMPUS SULTAN MIZAN)

Teruskan menjadi guru kerana ada terlalu banyak perkara yang perlu kita cari dan dalami.

Tanggungjawab guru CoS:

1) Jadilah guru yang kreatif


2) Berdaya saing dan tidak mudah mengaku kalah
3) Berusaha mendapatkan ilmu luar daripada formal learning
4) Mentaliti senriasa berfikir ke hadapan
5) Bekerjasama

You might also like