Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

AMBILAN JUN 2019


SEMESTER 3 TAHUN 3

TUGASAN: 3
PENULISAN AKADEMIK

Nama Pelajar : AENNDY ALEXY BIN JASLI


Angka Giliran : 2019312340135
No. Kad Pengenalan : 001015-12-0609
Kumpulan /Unit : PISMPJ 1619
Kod Kursus : PJMS 3162
Nama Kursus : PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI SUKAN
Nama Pensyarah : ENCIK ALISTAIR ANAK EDMUND GELAU
Tarikh Hantar : 12 MAY 2022

Pengakuan Pelajar
Saya sudah membaca dan
dimaklumkan tentang kerja kursus
oleh pensyarah.
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
SENARAI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT

SENARAI KANDUNGAN ii

1.0 PENDAHULUAN 1

2.0 HUBUNGAN TINGKAH LAKU DEVIASI DALAM SUKAN 2-3

3.0 LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN TINGKAH LAKU DEVIASI 3-4

4.0 PENUTUP 4

5.0 RUJUKAN 5-6

PENULISAN AKADEMIK

0
1.0 Pendahuluan

Aktiviti Sukan merupakan satu perkara yang boleh dihubungkan dengan alam semula
jadi, mempunyai unsur pertandingan, satu aktiviti fizikal, bermain serta mempunyai undang-
undang dan peraturan yang tetap menurut Loy (1969). Selain itu, sukan juga adalah satu
aktiviti fizikal manusia yang mana akan mewujudkan satu persaingan dan pertandingan
diantara sesama manusia menurut Spreittzer (1989). Sebagai contohnya Sukan Olimpik, yang
mana sukan ini dipertandingkan untuk semua masyarakat di dunia mengikuti negara masing-
masing mengikut acara-acara yang telah dipertandingan. Sehubungan dengan itu, apabila
berlakunya persaingan, pergaulan dari pada pelbagai jenis manusia dan juga demi mencapai
kemenangan pertandingan tersebut, wujudnya pelbagai jenis tingkah laku dalam sukan yang
boleh mengakibatkan berlakunya deviasi dalam sukan. Tingkah laku adalah satu perbuataan
yang tulen dan ditunjukkan oleh seseorang apabila menerima ransangan dalaman ataupun
luaran menurut Zakaria et, al. (2012).

Deviasi dalam sukan pula merupakan, satu tingkah laku ataupun aktiviti yang
dilakukan oleh seseorang atlet yang tidak boleh diterima oleh norma masyarakat diseluruh
dunia menurut Coakley, J. J. (1978). Deviasi juga merupakan satu perbuatan yang dianggap
salah dalam sistem sosial terutamanya dalam bidang sukan kerana, ia boleh mendatangkan
perkara-perkara negatif untuk diri sendiri dan juga masyarakt-masyarakat pengemar sukan
yang lain. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, tingkah laku diviasi ini boleh berbentuk
keganasan, rasuah, pengambilan bahan terlarang, keagresifan, dan sebagainya yang mana
boleh merosakakan budaya serta etika dalam sukan menurut Mohd Salleh Aman (2004). Oleh
hal yang demikian, secara ringkasnya deviasi tingkah laku dalam sukan ini bole membuatkan
sukan di seluruh dunia sama ada sukan di peringkat rendah mahupun sukan berprestasi
tinggi ini menjadi tidak menyeronokkan dan telah berlaku penyelewangan menurut Yahaya et,
al. (2011).

1
2.0 Hubungan Tingkah Laku Deviasi Dalam Sukan

Antara tingkah laku deviasi dalam sukan yang berlaku adalah sikap keagresifan
ataupun keganasaan yang ditunjukkan oleh seseorang atlet sama ada semasa pertandingan
ataupun sebagainya. Tingkah laku yang berbentuk agresif dan juga keganasaan ini dianggap
sebagai suatu deviasi di dalam sukan kerana, keganasan tersebut melampaui batas dan
bersifat disengajakan sehingga boleh menyebabkan kecederaan yang teruk terhadap pihak
lawan demi mencapai sesuatu niat ataupun tujuan yang tertentu menurut Stanger et, al.
(2017). Tambahan pula, sikap keganasaan dan keagresifan yang melampu ini tidak diterima
oleh sistem sosial sukan di seluruh dunia kerana ia boleh mendatangkan kemarahan,
provokasi dan juga prilaku antisosial terhadap seseorang atlet ataupun sesebuah pasukan
menurut Allen & Anderson (2011). Sebagai contohnya, keagresifan yang berlaku pada Sukan
SEA 2015 diantara seorang pemain bola sepak profesional pasukan Malaysia dan sorang
pemain Timor Leste. Keagresifan yang berlaku adalah pemain Malaysia tersebut telah
meludah pemain Timor Leste itu dalam aksi pembukaan peringkat kumpulan B di Stadium
Bishan, Singapura. Tindakan yang telah dikenakan kepada pemain Malaysia tersebut adalah
digantung serta merta sebanyak 6 perlawan dan dihantar balik ke Malaysia kerana tidak lagi
dibenarkan untuk mengikuti baki perlawanan yang seterusnya.

Seterusnya, tingkah laku deviasi dalam sukan juga boleh berbentuk melaksanakan
perjudian dalam sesuatu sukan yang dipertandingankan. Menurut Browne et, al. (2016),
pejudian dalam sukan merupakan satu penglibatan penyalahgunaan wang ringgit dalam
sesuatu permainan. Hal ini dikatakan demikian kerana, penyalahgunaan mata wang ringgit
akan menjadikan sukan sebagai satu hiburan yang tidak sihat seperti menggunakan Bookie
untuk menentukan awal pasukan ataupun atlet yang akan memenangi pertandingan tersebut
sebelum bertanding Menurut Fulton (2017). Perkara ini terjadi apabila terdapat segelintir
masyarakat ataupun atlet yang mempunyai sikap pentingkan diri sendiri sehingga sanggup
memberikan rasuah kepada pihak pengurusan, pihak kepengadilan dan juga atlet-atlet yang
terlibat. Aktiviti seperti itu dianggap sebagai satu deviasi perjudian dalam sukan kerana, telah
melanggar etika sukan iaitu menjalankan satu kejohanan ataupun pertandingan dengan cara
yang tidak adil dan tidak mengikut peraturan. Sebagai contohnya pada tahun 2018, 2 orang
pemain Profesional BAM telah digantung daripada menyertai mana-mana kejohanan yang
berlangsung kerana didapati telah menjadi joki ataupun bookie pada setiap perlawanan
badminton yang telah dianjurkan pada tahun tersebut. Selain itu, pasukan bola sepak Timor
Leste juga pernah diberikan rasuah oleh seorang warga Singapura untuk kalah dalam
perlawanan menentang Malaysia Sukan SEA 2017 sumber Berita Harian.

2
Akhir sekali, isu penyalahgunaan bahan terlarang juga diangggap sebagai satu deviasi
dalam arena sukan didunia terutamanya pada kejohanan sukan peringat tertinggi seperti
Olimpik, Piala Dunia, Sukan Asia dan sebagainya. Isu penyalahgunaan bahan terlarang yang
terkenal dalam dunia sukan adalah penggunan dadah jenis doping dan juga steroid menurut
Tayade et, al (2013). Hal ini dianggap sebagai satu deviasi dalam sukan kerana, apabila
seseorang atlet mengambil bahan doping ataupun steriod, maka prestasi atlet tersebut akan
meningkat dengan mendadak serta tidak bersesuaian dengan tahap kecergasan semasa atlet
tersebut menurut Alexander et al. (2017). Apabila berlakunya hal sedemikian, atlet-atlet
daripada kontinjen serta pihak pengurusan yang lain tidak berpuas hati dengan keadaan
seperti itu dan menggangap isu doping dan steriod sebagai satu penipuan bagi atlet tersebut
dalam sesuatu kejohanan sukan yang diikuti menurut Pappa (2013). Kesan kepada altet yang
mengambil bahan terlarang ini akan menerima penggantungan daripada mengikuti sebarang
kejohanan sukan dalam jangka masa yang sama seterusnya boleh menyebabkan prestasi
dan juga nama baik atlet tersebut akan menurun bagi golonggan atlet-atlet profesional
peringkat tertinggi. Sebagai contohnya, bintang atlet bina badan Malaysia Sazali Samad yang
telah mengharumkan nama Malaysia di peringkat dunia sebanyak 10 kali dalam acara Bina
Badan profesional hancur sekelip mata apabila digantung selama 4 tahun kerana didapati
positif dengan isu penggunaan doping semasa mengikuti Kejohanan Asia ke-49 yang lepas
sumber Astro Awani.

3.0 Langkah-Langkah Penyelesaian Tingkah Laku Deviasi

Berdasarkan kepada tingkah laku deviasi dalam sukan yang telah dibincangkan,
kesemua tingkah laku itu mempunyai langkah-langkah penyelesaian yang sesuai. Antara
langkah penyelesaian yang boleh dilaksanakan adalah, mengenakan tindakan yang berat
kepada mana-mana atlet ataupun pihak pengurusan sukan yang mempunyai tabiat tingkah
laku deviasi sukan seperti sedemikian menurut Wan (2010). Apabila undang-undang
diperketatkan dan tindakan yang diberikan juga semangat berat, maka setiap atlet akan takut
untuk menjadikan tingkah laku deviasi ini sebagai satu rutin kehidupan mereka kerana,
mereka boleh kehilangan pekerjaan sebagai seorang atlet profesional dan karier mereka
sebagai atlet dunia juga akan hilang secara serta merta. Sebagai contohnya, dendaan berupa
wang tunai ataupun pergantungan daripada mengikuti sebarang kejohanan sukan yang
seterusnya. Oleh hal yang demikian, langkah mengetatkan lagi undang-undang sukan dalam
sesebuah negara itu boleh mengurangkan tingkah laku deviasi dalam kalangan atlet di
sesebuah negara.

Langkah yang kedua adalah, penggunaan teori penentuan agenda menggunakan


media massa kini contohnya, penyampaian berita kesemua saluran sosial media menurut

3
Norhuda & Dzuriza (2015). Teori Penentuan agenda ini adalah satu bentuk penonjolan mesej
yang disampaikan untuk pembaca memahami serta mendapatkan mesej yang penting. Oleh
hal yang demikian dengan menggunakan penyebaran mesej melalui media mass, atlet
ataupun pengemar sukan di seluruh dunia akan mudah mendapatkan berita tersebut serta
mengetahui akan kesan yang negatif kepada tingkah laku deviasi dalam sukan. Sebagai
contohnya kesan buruk apabila menerima rasuah dan pengambilan doping semasa bersukan
dan juga sebagainya. Bersesuaian menurut Orsini (2015), yang menyatakan bahawa media
akan memberikan tumpuan kepada tema yang membahaya, seperti kematian, ketagihan,
kebimbangan, maruah tercemar dan juga akan menghadapi masalah kesihatan agar atlet
tidak akan terlibat dengan tingkah laku deviasi di sepanjang karier mereka sebagai ahli sukan
profesional.

Akhir sekali, sesebuah negara juga boleh melaksanakan program-program sihat


sekurang-kurangnya 2 kali setahun kepada semua bidang atlet di negara tersebut. Sebagai
contohnya ceramah mengenai isu rasuah ataupun isu perjudian yang semakin berleluasah
dalam arena sukan masa kini ataupun ceramah mengenai tingkah laku yang agresif serta
pengambilan bahan terlarang yang tidak terkawal kepada semua atlet. Hal ini kerana, dengan
adanya program-program seperti sedemikian, atlet dapat diberikan pendedahan dan
pengetahuan mengenai kesan, punca dan cara untuk mengatasi diri daripada terlibat dalam
tingkah laku deviasi dalam sukan pada masa kini walaupun mereka sentiasa sibuk dengan
sesi latihan dan kejohahan yang harus diikuti. Apabila menjadikan langkah penyelesaian
tersebut sebagai satu pegangan dan etika sukan yang perlu diikuti, maka atlet akan sentiasa
mengamalkan gaya hidup yang sihat walaupun tertekan dengan tugas dan tanggungjawab
yang telah diberikan menurut Eisher (2010).

4.0 Penutup

Secara kesimpulannya, tingkah laku deviasi dalam sukan boleh berbentuk dalam
pelabagai jenis dan ia berlaku serta dipengaruhi daripada faktor dalaman dan juga faktor
luaran seseorang atlet mahupun pihak pengurusan sukan. Sekiranya tingkah laku deviasi
dalam sukan ini tidak dipandang penting oleh masyarakat sukan pada masa kini, maka ia
boleh menghancurkan reputasi hubungan sosialisasi sukan di sesebuah negara menurut
Kementerian Belia dan Sukan (2012). Apabila perkara ini berpanjangan maka sukan dinegara
ini akan dipandang rendah dan tidak lagi disukai oleh masyarakat-masyakat yang lain. Oleh
hal yang demikian, untuk menaikan martabat sukan di sesebuah negara, struktur sukan
tersebut haruslah bersih dan bebas daripada sebarang deviasi sukan bermula daripada
peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi.

4
5.0 Rujukan

Browne, M., Langham, E., Rawat, V., Greer,


N., Li, E., Rose, J., Rocklo ff, M., Donaldson,
P., Thorne,
H., Goodwin, B., Bryden, G., & Best, T.
(2016). Assessing gambling-related harm in
Victoria: A
Browne, M., Langham, E., Rawat, V., Greer,
N., Li, E., Rose, J., Rocklo ff, M., Donaldson,
P., Thorne,
H., Goodwin, B., Bryden, G., & Best, T.
(2016). Assessing gambling-related harm in
Victoria: A
Alexander, D., Hallward, L., Duncan, L. R., & Caron, J. G. (2019). Is there still hope for clean
sport? Exploring how the Russian doping scandal has impacted North American sport
culture and identity using an ethnographic content analysis. Qualitative Research in
Sport, Exercise and Health, 11(5), 618-635.

Browne, M., Langham, E., V., Greer, N., Li, E., Rose, J., Rockloff, M., Donaldson, P., Thorne,
H., Goodwin, B., Bryden, G., & Best, T. (2016). Assessing gambling-realted harm in
Victoria: A public health perspective. Victorian Responsible Gambling Foundation.

Coakley, J. J. (1978). Sport in society : Issues and controversies. St. Louis : C.V. Mosby.

Eisher, M. (2010). Working together, why great partnership succeed. Barbara: An Imprint of
HarperCollins Publisher.

Fulton, C. (2017). Developments in the gambling area: Emerging trends and issues supporting
the devel-opment of policy and legislation in Ireland. Department of justice and equality
report.

Kementerian Belia & Sukan (2012). Sukan Sebagai Penjana Ekonomi, Cetak Pertama
Disember 2012. Putrajaya .Bahagian Industri Sukan, Kementerian Belia & Sukan.

5
Fulton, C. (2017). Developments in the gambling area: Emerging trends and issues
supporting the devel-opment of policy and legislation in Ireland. Department of
Justice and Equality Report. Accessed 10 August 2021

Loy, J. W. & Kenyon, G. S. (1969). Sport, culture, and society: A reader on the sociology of
sport. The Macmillan Company. New York.

Mohd Salleh Aman. (2004). Sukan dalam masyarakat Malaysia. Universiti Malaya, Kuala
Lumpur: Universiti Malaya Press.

Norhuda, S., & Dzuriza, I. (2015). Teori Penentuan Agenda dan pemilihan berita buruh kanak-
kanak: Satu kajian rintis dalam akhbar terpilih di Malaysia. Jurnal Komunikasi Borneo
Edisi Khas (Konvokesyen ke-17 UMS), 13-28.

Orsini, M. M. (2015a). Media narratives and drug prohibition: A content analysis of themes
and strategies promoted in network news coverage, 2000-2013. Theses, Dissertations
and Capstones, 1-134.

Pappa, E. (2013). Sports spectacle, media and doping: The representations of Olympic drug
cases in Athens 2004 and Beijing 2008. Doctoral Dissertation, Brunel University
School of Sport and Education Phd Theses, 1-322.

Spreittzer. F. & Snyder. E. E. (1989). Correlates oflife satisfaction among the aged. Journal of
Gerontology, 29(4), 454-458.

Stanger, N., Kavussanu, M., & Ring, C. (2017). Gender moderates the relationship between
empathy and aggressiveness in sport: The mediating role of anger. Journal of Applied
Sport Psychology, 29(1), 44-58

Tayade, M. C., Bhamare, S. M., Kamble, P., & Jadhav, K. (2013). Doping in sports: Current
review. Int J Cur Res Rev, 5(7), 83-86.

Wan Mohamad Sheikh, A. A. (2010). Strategi, kaedah dan pelaksanaan dakwah dalam
membina jati diri kebangsaan. Jati Diri Kebangsaan Manhaj Islam Hadhari, hlm. 85-96.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wee Akina, S. S. L & Shabeshan, R. (2014). Gaya kepimpinan jurulatih yang diminati atlet-
atlet sekolah menengah di Malaysia berasaskan jantina. Jurnal Kepimpinan
Pendidikan, 1(1), 65-74.

Yahaya, M., Vincent, P. & Ampofo-Boateng, K. (2011). Memahami Psikologi Sukan (Dalam
proses penerbitan).

6
7

You might also like