Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

PROGRAM PERAKAUNAN SESI 21/22

PENGENALAN MAKROEKONOMI
KURSUS : EKONOMI 2 (AE025)
TUGASAN INDIVIDU
TAJUK TUGASAN : PENULISAN ESEI

NAMA ANEESSA SABREENA BINTI RIZALDI


NO. MATRIK MA2113109323
PRAKTIKUM A2T02A
NAMA PENSYARAH CHEW LEE HONG
TARIKH SERAHAN 25/3/2022
SOALAN ESEI
a) Dengan menggunakan contoh berangka yang bersesuaian, huraikan
bagaimanakah perhitungan pendapatan negara menggunakan kaedah
pendapatan faktor diperolehi, pendapatan persendirian dan pendapatan
bolehguna.

Penghitungan Pendapatan Negara mengikut Kaedah Pendapatan

Jenis Pendapatan RM juta


1. Gaji dan upah 3500
2. Sewa 1800
3. Bunga bersih 900
4. Keuntungan syarikat 3000
(a) Keuntungan tak dibahagi 800
(b) Dividen 400
(c) Cukai pendapatan syarikat 500
5. Pendapatan perusahaan persendirian 2500
Pendapatan Negara (KNBkf) 13400

Jadual 1.0

1. KNBkf juga dikenali sebagai Pendapatan Negara.


2. Bunga bersih = Bunga kasar – Bunga atas pinjaman pengguna – Bunga atas pinjaman kerajaan.
3. Keuntungan syarikat = Keuntungan tak diagihkan + Dividen + Cukai keuntungan syarikat.
4. Kaedah pendapatn tidak dipraktikkan di Malaysia.

Maksud setiap item dalam jadual 1.0 :


1. Gaji dan upah
Bayaran faktor kepada buruh sebelum ditolak cukai pendapatan dan caruman KWSP.

2. Sewa
Bayaran kepada pemilik tanah dan bangunan pejabat, bangunan kilang dan rumah kediaman.

3. Bunga bersih
Bayaran bunga kepada pemilik modal yang menyumbangkan modal untuk kegiatan yang produktif.
Bunga bersih ialah bunga kasar tolak dengan bunga yang dibayar atas pinjaman pengguna dan
kerajaan.

4. Keuntungan syarikat
Ganjaran kepada operasi syarikat yang terdiri daripada :
i.Keuntungan yang diagihkan atau dividen
ii.Keuntungan yang tak diagihkan atau rizab
iii.Cukai keuntungan syarikat

5. Pendapatan perusahaan persendirian


Pendapatan yang diterima oleh mereka yang menjalankan perniagaan sendiri seperti kedai runcit,
restoran dan penjaja.
Pendapatan Persendirian
Pendapatan persendirian ialah jumlah pendapatan yang diterima oleh semua individu dalam ekonomi sama
ada daripada pendapatan faktor yang diterima atau bayaran pindahan.

1. Pendapatan Faktor
Pendapatan yang diterima oleh individu sebagai ganjaran menawarkan faktor pengeluaran dalam
proses pengeluaran seperti upah dan gaji, sewa, bunga bersih dan untung.

2. Bayaran Pindahan
Bayaran yang diterima walaupun individu itu tidak menawarkan sebarang faktor pengeluaran
kepada pengeluaran barang dan perkhidmatan. Contohnya, pencen, biasiswa dan bantuan
kewangan kerajaan kepada golongan miskin.

Butir RM juta
Pendapatan negara 13400
Cukai pendapatan persendirian 2250
Caruman KWSP 1190
Untung yang tidak dibahagikan 2500
Cukai keuntungan syarikat 9500
Bunga atas pinjaman kerajaan 900
Bunga atas pinjaman pengguna 850
Bayaran pindahan 1560
Jadual 2.0

Penyelesaian :
Pendapatan persendirian
= Pendapatan negara – (Caruman KWSP + Cukai keuntungan syarikat + Untung yang tidak dibahagikan)
+ (Bayaran pindahan + Bunga atas pinjaman kerajaan + Bunga atas pinjaman pengguna)
= RM13400 juta – RM (1190 + 9500 + 2500) juta + RM (1560 + 900 + 850) juta
= RM3520 juta

Pendapatan Boleh Guna


Pendapatan boleh guna ialah bahagian pendapatan persendirian yang dapat dibelanja atau
ditabungkan selepas pembayaran cukai pendapatan persendirian.

Rumus pendapatan boleh guna


= Pendapatan persendirian – Cukai pendapatan persendirian

Berdasarkan jadual 2.0, pendapatan boleh guna ialah


= Pendapatan persendirian – Cukai pendapatan persendirian
= RM3520 juta – RM2250 juta
= RM1270 juta
b) Dengan menggunakan pendekatan perbelanjaan agregat – penawaran agregat
(AE – AS) terangkan proses keseimbangan pendapatan negara tercapai
dengan menggunakan jadual, rumus dan rajah yang sesuai.

Definisi Keseimbangan Pendapatan Negara

Keseimbangan pendapatan negara ialah keadaan di mana nilai jumlah barang


dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam ekonomi sama dengan jumlah
perbelanjaan yang dilakukan oleh pelaku-palaku ekonomi tersebut, iaitu
penawaran agregat (AS) sama dengan perbelanjaan agregat (AE).

i) Kaedah Jadual
Pendapatan Negara Perbelanjaan Tabungan Pelaburan Perbelanjaan
Y = AS Penggunaan S=Y–C I Agregat
C AE = C + I
(RM juta) (RM juta) (RM juta) (RM juta) (RM juta)

0 600 -600 600 1200


1000 1200 -200 600 1800
2000 1800 200 600 2400
3000 2400 600 600 3000
4000 3000 1000 600 3600

Jadual 3.0
Merujuk kepada Jadual 3.0, keseimbangan pendapatan negara tercapai apabila Ye = RM3000 juta di mana
AS = AE.

Jika Y kurang daripada RM3000 juta, misalnya pada Y = RM2000 juta: Perbelanjaan agregat (RM2400
juta) melebihi penawaran agregat (RM2000 juta). Lebihan perbelanjaan agregat menyebabkan stok firma
berkurangan. Firma terdorong untuk menambahkan keluaran. Pendapatan negara cenderung meningkat
sehingga AE = AS pada Ye = RM3000 juta.

Jika Y lebih daripada RM3000 juta, misalnya pada Y = RM4000 juta: Penawaran agregat (RM4000 juta)
melebihi perbelanjaan agregat (RM3600 juta). Lebihan penawaran agregat menyebabkan stok firma
bertambah. Firma terdorong untuk mengurangkan keluaran. Pendapatan negara cenderung menurun
sehingga AE = AS pada Ye = RM3000 juta.

ii) Kaedah Rumus

Syarat keseimbangan ekonomi 2 sektor adalah Y = C + I , C ialah fungsi penggunaan manakala I ialah
pelaburan. Bagi mencari keseimbangan pendapatan negara menggunakan kaedah rumus, fungsi C
diperlukan iaitu C = a + bY , a mewakili penggunaan autonomi iaitu perbelanjaan penggunaan ketika
pendapatan besamaan sifar.

Merujuk jadual 3.0, pada tingkat pendapatan sifar, perbelanjaan penggunaan adalah sebanyak RM600 juta.
C = a + bY

a = RM600 juta

b = perubahan jumlah perbelanjaan penggunaan


perubahan jumlah pendapatan negara

b = RM1200 juta – RM600 juta


RM1000 juta – RM0 juta

b = 0.6

Fungsi penggunaan, C = 600 + 0.6 Y

Y=C+I

Y = 600 + 0.6 Y + 600

Y-0.6Y = 1200

0.4 Y = 1200

Ye = RM3000 juta (keseimbangan pendapatan negara)

iii) Kaedah Rajah

Pendekatan AE-AS, Y = C + I dimana Y = 600 + 0.6 Y + 600


Y = 1200 + 0.6 Y ( fungsi AE )

Rajah 4.0
Merujuk kepada Rajah 4.0, keseimbangan pendapatan negara tercapai pada Ye (RM3000 juta) di mana
AS = AE.

Jika Y kurang daripada Ye iaitu RM2000 juta kurang daripada RM3000 juta, perbelanjaan agregat
melebihi penawaran agregat seperti yang ditunjukkan jarak ab. Lebihan perbelanjaan agregat
menyebabkan stok firma berkurangan. Firma terdorong untuk menambahkan keluaran. Pendapatan negara
cenderung meningkat sehingga AE = AS pada RM3000 juta.

Jika Y lebih daripada Ye iaitu RM4000 juta lebih daripada RM3000 juta, penawaran agregat melebihi
perbelanjaan agregat seperti yang ditunjukkan jarak cd. Lebihan penawaran agregat menyebabkan stok
firma bertambah. Firma terdorong untuk mengurangkan keluaran. Pendapatan negara cenderung menurun
sehingga AE = AS pada RM3000 juta.
c) Dengan menggunakan contoh berangka yang sesuai, hitung dan terangkan kesan
pengganda cukai sekaligus terhadap keseimbangan pendapatan negara yang
menghadapi masalah lompang deflasi.

Andaikan :

Fungsi Penggunaan C = 500 + 0.75Yd

Cukai T = RM200 juta

Pelaburan I = RM400 juta

Perbelanjaan Kerajaan G = RM600 juta

Pendapatan potensi Yf = RM7500 juta

Keseimbangan Pendapatan Negara

Y =C+I+G

Y = 500 + 0.75 (Y-200) + 400 + 600

Y = 1500 + 0.75Y – 150

Y - 0.75Y = 1350

0.25 Y = 1350

Ye = RM5400 juta

Pengganda

m =1

1 – MPC

m= 1

1 – 0.75

m= 4

Lompang Deflasi

LD = Jurang KNK ( Yf – Ye )

Pengganda

LD = RM7500 juta – RM5400 juta

LD = RM525 juta
Lompang deflasi yang dialami adalah sebanyak RM525 juta dimana berlaku
kekurangan perbelanjaan agregat sebenar untuk mencapai guna tenaga penuh. Maka,
cukai perlu dikurangkan bagi mengatasi masalah ini.

Jumlah Cukai Yang Perlu Dikurangkan

∆ T = Jurang KNK

-MPC / MPS

∆ T = RM7500 juta – RM5400 juta

-0.75/0.25

∆ T = - RM700 juta cukai perlu dikurangkan

Pengganda Cukai
mT = – MPC
MPS

mT = – 0.75
0.25

mT = – 3

Keseimbangan Pendapatan Negara Baharu

Apabila kerajaan mengurangkan cukai RM700 juta :


Y1= mT ∆ T
= -3 (-700)
= RM2100 juta

Ybaru = Ye + ∆ Y1
Ybaru = RM5400 juta + RM2100 juta
Ybaru = RM7500 juta

Kesimpulannya, pengganda cukai memainkan peranan dalam meningkatkan pendapatan negara yang
mengalami lompang deflasi.

You might also like