Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 19

SEMESTER KEDUA SESI 2021/2022

CAREER COUNSELING SKILL


SGDQ 3113

TUGASAN INDIVIDU:
LAPORAN KAUNSELING KERJAYA BERDASARKAN MODUL
PEMBANGUNAN KERJATA TEORI HOLLAND

NAM PELAJAR:
NAMA NO. MATRIK
NUR SYAZANA BINTI MOHAMED ZURI 269876

DISERAHKAN KEPADA:
DR. AZIZAH BINTI ABDULLAH

TARIKH:
17 JULAI 2022
Table of Contents
1.0 PENGENALAN............................................................................................................................... 2
2.0 MAKLUMAT KLIEN .................................................................................................................... 2
3.0 ISU YANG DIKEMUKAN ............................................................................................................ 2
4.0 APLIKASI TEORI ......................................................................................................................... 3
5.0 LAPORAN SESI KAUNSELING KERJAYA ............................................................................. 4
5.1 Sesi Pertama .................................................................................................................................. 4
5.1.1 Permulaan .............................................................................................................................. 4
5.1.2 Pelaksanaan Aktiviti Kerjaya ................................................................................................. 4
5.1.3 Perkembangan Klien .............................................................................................................. 5
5.1.4 Refleksi Kaunselor ................................................................................................................. 5
5.2 Sesi Kedua .................................................................................................................................... 6
5.2.1 Permulaan .............................................................................................................................. 6
5.2.2 Pelaksanaan Aktiviti Kerjaya ................................................................................................. 7
5.2.3 Perkembangan Klien .............................................................................................................. 7
5.2.4 Refleksi Kaunselor ................................................................................................................. 8
5.3 Sesi Ketiga .................................................................................................................................... 8
5.3.1 Permulaan .............................................................................................................................. 8
5.3.2 Pelaksanaan Aktiviti Kerjaya ................................................................................................. 9
5.3.3 Perkembangan Klien .............................................................................................................. 9
5.3.4 Refleksi Kaunselor ................................................................................................................. 9
5.4 Sesi Keempat .............................................................................................................................. 10
5.4.1 Permulaan ............................................................................................................................ 10
5.4.2 Pelaksanaan Aktiviti Kerjaya ............................................................................................... 11
5.4.3 Perkembangan Klien ............................................................................................................ 11
5.4.4 Refleksi Kaunselor ............................................................................................................... 12
5.5 Sesi Kelima ................................................................................................................................. 12
5.5.1 Permulaan ............................................................................................................................ 12
5.5.2 Pelaksanaan Aktiviti Kerjaya ............................................................................................... 13
5.5.3 Perkembangan Klien ............................................................................................................ 13
5.5.4 Refleksi Kaunselor ............................................................................................................... 13
6.0 RUMUSAN SEPANJANG SESI.................................................................................................. 14
7.0 SWOT KAUNSELOR .................................................................................................................. 15
LAMPIRAN......................................................................................................................................... 16

1
1.0 PENGENALAN
Laporan sesi kaunseling yang dijalankan adalah merupakan sesi kaunseling kerjaya yang
dilakukan bersama kepada seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pengurusan
Perniagaan semester enam (6). Klien berada dalam lingkungan umur 23 tahun dan merupakan
mahasiswa di Universiti Utara Malaysia. Sesi kaunseling kerjaya yang telah dijalankan ini
berasaskan kepada Teori Pemilihan Kerjaya Holland dan Modul Pemilihan Kerjaya Holland
yang dibina oleh ahli kumpulan kaunselor bersama dengan kaunselor. Dengan itu, laporan
kaunseling ini akan merangkumi kepada refleks kaunselor dalam penilaian modul yang dibina.
Dengan menggunakan kemahiran-kemahiran asas kaunseling dan penggunaan Teori Kerjaya
Holland, ia membantu kaunselor dalam meneroka isu kerjaya yang dikongsi oleh klien. Akhir
sekali, laporan sesi kaunseling kerjaya ini akan meliputi sebanyak lima (5) sesi yang dijalankan
bersama klien.

2.0 MAKLUMAT KLIEN


Nama Penuh: Muhammad Afiq bin Zulkapli

Umur: 23 tahun

Nama Gelaran: Afiq

Institusi Pengajian: Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Utara Malaysia

Bidang Pengajian: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Perniagaan)

3.0 ISU YANG DIKEMUKAN


Isu yang dikongsi oleh klien kepada kaunselor adalah tentang isu tidak yakin kepada diri dan
juga kerisauan tentang masa depan selepas bergelar graduan universiti. Hal ini demikian kerana
klien adalah merupakan pelajar pendidikan dan akan menjadi guru selepas menamatkan
pengajian. Oleh itu, klien berasa gusar jika lambat mendapat pekerjaan setelah tamat pengajian
dan rasa tidak yakin untuk menjadi seorang guru.

2
4.0 APLIKASI TEORI
Menurut Holland setiap jenis personaliti ini adalah terbentuk hasil daripada interaksi antara
pelbagai desakan kebudayaan dan personal termasuklah rakan sebaya, pewarisan biologi,
keluarga, kelas social, budaya dan persekitaran fizikal. Hasil daripada interaksi ini iaitu antara
individu dengan faktor-faktor tersebut akan menyebabkan individu akan menggemari sesuatu
aktiviti. Justeru individu akan terdorong untuk membina sifat tertentu yang seterusnya akan
mendorongnya untuk berfikir, membuat tanggapan dan seterusnya bertingkah laku dengan cara
yang tertentu. Oleh itu, pemilihan teori ini bertujuan untuk membantu klien untuk
mengenalpasti diri, minat serta personaliti yang sesuai dengan bidang kerjaya yang telah
dipilih.

3
5.0 LAPORAN SESI KAUNSELING KERJAYA
Sesi kaunseling telah dijalankan sebanyak 5 sesi. Oleh itu berikut merupakan laporan dan
refleksi yang diperoleh oleh kaunselor sepanjang sesi dijalankan

5.1 Sesi Pertama

TARIKH : 16/6/2022
MASA : 8.00 – 8.45 MALAM
TEMPAT : GOOGLE MEET

5.1.1 Permulaan

Pada sesi pertama, kaunselor telah memulakan sesi dengan pembukaan untuk membina
hubungan bersama-sama dengan klien. Sebagai contoh, kaunselor telah memberi salam kepada
klien dan bertanyakan soalan yang santai seperti “macam mana keadaan awak hari ini?”,
“adakah jaringan internet awak dalam keadaan baik?”. Perkara ini dilakukan adalah kerana
untuk memastikan klien dalam keadaan bersedia dan selesa untuk berkomunikasi dengan
kaunselor dalam keadaan yang tidak dipaksa. Selain itu, kaunselor telah bertanyakan tentang
pengalaman menjalankan sesi kaunseling kerjaya kepada klien dan klien juga mengatakan
bahawa ini adalah pengalaman pertama dalam melakukan sesi kaunseling kerjaya kerana pada
sebelumnya, klien hanya pernah melakukan sesi kaunseling individu dan kelompok sahaja.
Kaunselor memperkenalkan diri kepada klien secara ringkas supaya klien dapat mengenali
kaunselor dan seterusnya giliran klien pula memperkenalkan diri dan berkongsi tentang isu
kepada kaunselor di mana klien mempunyai masalah tidak yakin diri dan gusar memikirkan
masa depan beliau.

5.1.2 Pelaksanaan Aktiviti Kerjaya


Setelah klien berkongsi isu kepada kaunselor pada peringkat permulaan, kaunselor
menjalankan aktiviti ‘Kenali Diri dan Matlamat Diri. Aktiviti ini bertujuan untuk klien lebih
peka tentang kelebihan yang ada pada dirinya, mengetahui kelemahan, kenal pasti matlamat
yang ingin dicapai dan merancang haluan kerjaya klien. Dengan aktiviti ini, ia dapat membantu
klien untuk mengenal diri sendiri dengan lebih dalam.

4
Aktiviti ini dimulakan dengan kaunselor mengedarkan sehelai kertas dan sebatang pen kepada
klien. Kaunselor meminta klien supaya mengenalpasti matlamat yang ingin pelajar capai
berdasarkan kotak yang disediakan di dalam kertas, (Kekuatan diri, Kelemahan diri, Matlamat
akademik saya, Matlamat kerjaya saya, Matlamat Kehidupan saya). Klien diberikan masa
selama 15 minit untuk melaksanakan aktiviti ini.

Setelah klien selesai melaksanakan aktiviti, klien diminta untuk menjelaskan semula apa yang
telah ditulis dan didapati klien ini mempunyai kelebihannya tersendiri sebagai seorang pelajar
dalam bidang pendidikan. Selain itu, berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh Afiq, beliau
mempunyai personaliti yang lebih kepada sikap sosial di mana dalam penjelasannya banyak
kali beliau mengatakan perkataan suka membantu. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa
personaliti sosialnya sangat tinggi dalam diri yang suka bergaul dengan orang. Namun begitu,
klien juga menyatakan bahawa kemahiran bersosial dalam dirinya tidak lah terlalu tinggi dan
masih lagi takut untuk bergaul dalam kelompok yang besar. Berdasarkan penjelasan yang
diberikan, kaunselor dapat memahami bahawa klien pada masa ini masih berada di tahap ragu-
ragu dan takut jika haluan kerjaya yang dipilihnya tidak sesuai dengan dirinya dan ekspetasi
yang dijangkakan olehnya.

Walau bagaimanapun, dalam aktiviti ini klien masih mempunyai matlamat yang jelas sebagai
seorang pelajar dan juga seorang anak di mana beliau ingin mendapatkan 4 flat bagi setiap
semester dan ingin berbakti kepada ibunya.

5.1.3 Perkembangan Klien


Pada sesi yang pertama ini, klien kelihatan janggal dan mengambil masa yang agak lama untuk
menyelesaikan aktiviti yang diberikan. Namun begitu, klien tetap dapat menjelaskan apa yang
ditulisnya dengan baik. Klien kelihatan masih berada di tahap tidak yakin dan risau akan masa
hadapannya tetapi beliau masih tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar
dan anak. Klien juga berasa gembira kerana dapat berkongsi dan meneroka dirinya bersama
dengan kaunselor.

5.1.4 Refleksi Kaunselor


Sepanjang sesi dijalankan, saya berasa gementar kerana ini merupakan sesi kaunseling pertama
yang dilakukan setelah sekian lama tidak membuat sesi kaunseling. Selain itu saya juga berasa

5
takut jika penjelasan atau arahan yang saya berikan kepada klien tentang aktiviti yang
dijalankan tidak difahami oleh klien.

Kelebihan yang ada pada sesi pertama ini adalah kepetahan berkata-kata oleh klien yang
membuatkan saya tidak takut atau gementar untuk melakukan sesi bersamanya kerana daripada
percakapan klien dapat saya simpulkan bahawa klien memahami apa yang ini saya sampaikan.
Seterusnya, kelemahan yang dapat dilihat daripada sesi pertama ini adalah, saya tidak terlalu
fokus atau peka atas penjelasan klien kerana ketika penjelasan klien, saya mengalami gangguan
internet dan menyebabkan saya kehilangan beberapa isi penting daripada klien dan tidak dapat
untuk membuat parafrasa dengan baik.

5.2 Sesi Kedua


TARIKH : 19/6/2022

MASA : 2.00 – 2.50 PETANG

TEMPAT : Pusat Budaya dan Seni UUM

5.2.1 Permulaan
Pada sesi yang kedua, permulaan sesi masih sama dilakukan oleh kaunselor iaitu dengan
memberikan salam, bertanya khabar dan juga melakukan penstrukturan dengan menjelaskan
perkara yang berkaitan dengan etika kerahsiaan dan perkara yang berkaitan. Pada sesi kedua
ini telah dilakukan secara bersemuka bersama dengan klien supaya ia lebih mudah untuk
melakukan aktiviti. Klien kelihatan lebih selesa untuk berkomunikasi dengan kaunselor dan

6
juga menunjukkan ekspresi muka yang ceria ketika bertemu dengan klien memandangkan
masing-masing telah berkenalan pada sesi yang pertama. Seterusnya, kaunselor juga ada
melakukan sedikit imbas kembali tentang aktiviti yang telah dilakukan pada sesi pertama dan
klien juga memberikan feedback yang positif tentang aktiviti yang telah dilakukan tersebut.

5.2.2 Pelaksanaan Aktiviti Kerjaya


Dalam sesi ini, kaunselor telah mengedarkan edaran inventori Self-Direct-Search (SDS) yang
bertujuan untuk mengukur minat kerjaya atau jenis personaliti klien memandang pada sesi
pertama klien ada mengatakan bahawa beliau tidak yakin akan haluan kerjaya yang dipilihnya.
Dalam pelaksanaan aktiviti ini, kaunselor telah menerangkan bagaimana cara untuk menjawab
inventori ini dan juga apa hasil yang akan klien ketahui setelah habis menjawab di mana klien
akan mengetahui jenis-jenis personaliti dan minat kerjaya yang sesuai yang ada dalam diri
berdasarkan 3 kod RIASEC yang tertinggi yang diperoleh daripada inventori SDS.

20 minit telah diberikan kepada klien untuk menjawab inventori ini dan hasil yang didapati
adalah 3 kod RIASEC yang tertinggi dalam diri klien ialah S-social, I-investigative, E-
enterprising. Kaunselor dan klien bersama-sama menganalisis ujian SDS untuk mengetahui
adakah 3 kod RIASEC yang diperolehi itu sesuai atau tidak dengan personaliti dan juga minat
kerjaya klien yang kini.

5.2.3 Perkembangan Klien


Klien ada menyatakan dalam sesi bahawa beliau tidak pernah menjawab inventori SDS ini di
sekolah menengah mahupun di universiti. Selain itu, klien juga berkata bahawa pilihannya
untuk memilih bidang pengajian pendidikan di UUM adalah bersandarkan pada rezeki. Jadi,
ini adalah kali pertama bagi klien menjawab ujian SDS. Setelah selesai menjawab ujian ini dan
mengetahui hasilnya, klien berasa takjub kerana dapat mengetahui apa personaliti yang ada
dalam dirinya dan klien mengatakan bahawa dia sangat yakin akan haluan pendidikan yang
telah dipilihnya untuk menjadi seorang guru memandang aspek sosial dalam dirinya sangat
tinggi. Klien juga bersetuju apabila kaunselor ada mengatakan bahawa klien sangat pandai
dalam berkata-kata dan mahir berkomunikasi dengan orang lain kerana bagi klien itu adalah
kelebihan pada dirinya yang menyebabkan rami yang suka berkawan dengan klien.

7
5.2.4 Refleksi Kaunselor
Kelebihan yang saya dapati sepanjang melakukan sesi yang kedua ini adalah saya dapat
berjumpa dengan klien secara bersemuka untuk melakukan sesi dan aktiviti. Bagi saya untuk
melakukan ujian SDS ini akan lebih mudah jika dapat melihat bagaimana klien menjawab ujian
ini. Selain itu, dengan melakukan aktiviti ia memberikan saya satu kelebihan di mana saya
dapat mengetahui bagaimana cara untuk mengira jumlah ujian untuk mengetahui hasilnya dan
dapat saya jelaskan kepada klien saya yang pertama kali membuat ujian ini. Ia disokong lagi
dengan persetujuan daripada klien tentang perkara yang saya jelaskan.

Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan ketika melaksanakan aktiviti ini di mana saya tidak
dapat menyediakan tempat yang kondusif kepada klien yang menyebabkan klien berasa sedikit
ketidakselesaan ketika menjawab ujian dengan suasana yang bising di Pusat Budaya dan Seni,
UUM.

Oleh itu, untuk penambahbaikan bagi aktiviti yang dilakukan dalam sesi ini adalah saya perlu
menyediakan tempat yang selesa dan senyap untuk klien fokus menjawab ujian SDS. Selain
itu, saya sebagai kaunselor perlu lebih memahami setiap kod RIASEC yang ada supaya dapat
saya jelaskan kepada klien dengan lebih baik.

5.3 Sesi Ketiga


TARIKH : 25/6/2022

MASA : 3.00– 3.30 PETANG

TEMPAT : Pusat Budaya dan Seni UUM

5.3.1 Permulaan
Sama seperti sesi pertama dan kedua, kaunselor memberikan salam kepada klien dan
bertanyakan tentang kegiatan yang dilakukan oleh klien dalam sehariannya. Seperti biasa,
kaunselor akan menjelaskan tentang penstrukturan dalam sesi kepada klien. Namun begitu,
pada sesi ketiga ini, klien kelihatan sedikit lemah dan tidak bermaya. Apabila kaunselor
menyatakan bahawa sesi ini boleh dibatalkan kerana klien kelihatan pucat tetapi ia ditolak oleh

8
klien atas alasan klien dalam keadaan yang baik sahaja. Seterusnya sesi dijalankan seperti biasa
tetapi sesi kain ini ditamatkan dengan cepat kerana risau akan klien.

5.3.2 Pelaksanaan Aktiviti Kerjaya


Pada sesi ketiga kaunselor melakukan aktiviti ‘Fantasi Kerjaya’ berdasarkan modul yang telah
dibina oleh kaunselor dan ahli kumpulannya. Tujuan kaunselor melaksanakan aktiviti adalah
supaya klien dapat meningkatkan keyakinan dirinya, sentiasa mempunyai matlamat dan
mengetahui hala tujuan yang ingin dicapai serta dapat mengenalpasti kelemahan dan kelebihan
dalam diri.

Kaunselor telah memberikan sehelai kertas dan sebatang pen kepada klien untuk klien
melaksanakan aktiviti ini. Klien dikehendaki untuk menulis 3 kerjaya yang diminati dan 3
kerjaya yang tidak diminati berdasarkan personaliti dan minat kerjaya klien. 15 minit diberikan
pada klien dan diakhir sesi klien akan menjelaskan mengapa kerjaya tersebut diminati dan tidak
diminati.

Setelah selesai melakukan aktiviti, klien memilih kerjaya yang diminati seperti guru, jurutera
dan ahli farmasi dan kerjaya yang tidak diminati adalah seperti polis,akauntan dan ahli muzik.
Jadi, kaunselor bersama-sama klien menganalisis adakah kerjaya yang diminati dan tidak
diminati bersesuaian dengan personaliti kod RIASEC yang dibuat pada sesi kedua.

5.3.3 Perkembangan Klien


Perkembangan klien yang dilihat pada sesi ketiga ini adalah beliau meletakkan profession guru
sebagai pilihan pertama dalam kerjaya yang diminati. Ini menunjukkan klien telah yakin
dengan haluan kerjaya yang dipilih dan bersesuaian dengan bidang pengajian yang sedang
klien ambil di UUM. Selain itu, klien juga memilih kerjaya yang diminati berdasarkan kerjaya
yang sesuai dengan kod RIASEC klien. Perkara ini juga menunjukkan bahawa klien telah
faham dan mengetahui apakah personaliti dan minat kerjaya yang sesuai dengan dirinya.

5.3.4 Refleksi Kaunselor


Kelebihan dalam melaksanakan aktiviti ini adalah, saya dapat melihat bagaimana klien kaitkan
3 kod RIASEC tertinggi beliau dengan kerjaya yang diminatinya dan kerjaya yang tidak
diminati. Dapat saya simpulkan bahawa sepanjang sesi ketiga ini klien lebih mengetahui
tentang diri mereka dengan lebih mendalam.

9
Untuk penambahbaikan pada aktiviti ini, mungkin aktiviti ini boleh dilakukan dengan cara
membuat lakaran kerana bagi saya jika klien melakar kerjaya yang dipilih akan lebih seronok
dan dapat melihat pelbagai warna di atas lakaran. Di samping itu, ia juga akan membantu
mengurangkan stress kepada klien.

5.4 Sesi Keempat


TARIKH : 1/7/2022

MASA : 4.00– 4.50 PETANG

TEMPAT : Student Lounge Inasis Proton

5.4.1 Permulaan
Pada sesi yang keempat, permulaan sesi masih sama dilakukan oleh kaunselor iaitu dengan
memberikan salam, bertanya khabar dan juga melakukan penstrukturan dengan menjelaskan
perkara yang berkaitan dengan etika kerahsiaan dan perkara yang berkaitan. Pada sesi ini telah
dilakukan secara bersemuka bersama dengan klien supaya ia lebih mudah untuk melakukan
aktiviti. Klien kelihatan lebih sihat dan bersemangat untuk melakukan sesi dengan kaunselor.
Seterusnya, kaunselor juga ada melakukan sedikit imbas kembali tentang aktiviti yang telah

10
dilakukan pada sesi ketiga dan klien juga memberikan feedback yang positif tentang aktiviti
yang telah dilakukan tersebut.

5.4.2 Pelaksanaan Aktiviti Kerjaya


Bagi aktiviti yang keempat, kaunselor melakukan aktiviti ‘Kerjaya Saya Impian Saya’. Aktiviti
ini dibuat agar klien dapat memperihalkan prestasi dirinya dengan kerjaya yang telah dipilih
dan juga membuat perancangan awal untuk mencapai kerjaya impiannya.

Kaunselor meminta klien untuk melakar satu lukisan tentang siapa dirinya untuk 5 tahun yang
akan datang berdasarkan bidang pengajian yang diambil di UUM. Klien telah melakarkan
dirinya dengan menjadi seorang guru untuk 5 tahun akan datang dan menggelarkan dirinya
sebagai Cikgu Afiq yang berkhidmat di SMK Bandar Baru Changlun.

Kerjaya sebagai guru menunjukkan bahawa klien sangat meminati pekerjaan ini. Klien juga
ada mengatakan yang beliau pada awalnya tidak yakin memilih bidang pengajian ini tetapi
setelah enam semester mempelajari bidang pendidikan UUM ia telah menimbulkan rasa suka
akan kerjaya sebagai seorang sekolah. Beliau juga menyatakan bahawa gaji sebagai seorang
guru juga menarik perhatiannya.

5.4.3 Perkembangan Klien


Klien lebih jelas dengan matlamat dirinya dalam sesi yang keempat ini di mana beliau mula
merancang bagaimana untuk menjadikan impiannya ini sebagai kenyataan. Klien ada
berkongsi bahawa sebelum ini beliau hanya mengamalkan konsep follow the flow kerana tidak
pasti jika dirinya boleh menjadi seorang guru atau tidak selepas menamatkan pengajian.

Namun begitu, setelah menjalankan beberapa sesi bersama klien, dapat dilihat bahawa beliau
mula meletakkan matlamat bagaimana untuk menjadi seorang guru. Ia dapat dilihat dari
matlamat akademik klien yang menetapkan bahawa belia harus mendapatkan keputusan
cemerlang dalam setiap semester untuk bergelar sebagai graduan lepasan kelas pertama.
Perkara ini disokong dengan keputusan akademik klien yang mendapat dekan untuk 3 semester
terakhir ini.

11
5.4.4 Refleksi Kaunselor
Saya dapat melihat bahawa klien semakin jelas dengan matlamat dirinya dan mengetahui
bagaimana cara untuk mengenal pasti apa yang diingini oleh dirinya sendiri. Pendapat saya,
aktiviti lakaran kerjaya ini membantu klien untuk meneguhkan lagi apa yang klien ingin jadi
pada waktu akan datang. Aktiviti ini juga dapat membantu klien untuk membuat perancangan
awal untuk impiannya .

Klien juga memberikan feedback yang positif mengenai aktiviti ini kerana baginya ini dapat
membantu beliau dalam membuat peneguhan tentang dirinya di masa akan datang.

5.5 Sesi Kelima


TARIKH : 8/7/2022

MASA : 5.00 - 5.30 Petang

TEMPAT : GOOGLE MEET

5.5.1 Permulaan
Kaunselor telah memulakan sesi dengan bertanya khabar klien dan kesediaan serta keselesaan
klien untuk memulakan sesi kaunseling. Kaunselor telah menerangkan tentang etika kerahsiaan
dan perjalanan sesi yang bakal dijalankan. Seterusnya, kaunselor juga ada melakukan sedikit
imbas kembali tentang aktiviti yang telah dilakukan pada sesi keempat dan klien juga
memberikan feedback yang positif tentang aktiviti yang telah dilakukan tersebut.

12
5.5.2 Pelaksanaan Aktiviti Kerjaya
Bagi aktiviti kerjaya untuk sesi kelima ini, kaunselor menjalankan aktiviti ‘Don’t Slip’ untuk
klien mengenal pasti faktor pencetus yang boleh menghalang impian klien untuk terwujud.
Selain itu aktiviti ini juga untuk bantu klien bagi mengetahui cara bagaimana untuk
mengelakkan faktor pencetus itu daripada terjadi.

Klien akan diberikan edaran borang pencetus dan klien perlu mengisikan apa pencetus atau
halangan yang mengganggunya untuk mencapai impian dalam kotak yang disediakan dalam
borang tersebut. Selepas klien selesai melaksanakan aktiviti, kaunselor akan berbincang
bersama-sama klien bagaimana halangan ini boleh tercetus dalam diri klien dan apa yang perlu
klien lakukan untuk mengatasinya.

5.5.3 Perkembangan Klien


Klien dapat mengenalpasti halangan yang boleh membuatkan impiannya terkubur seperti,
kurang ilmu pengetahun, kurang berani untuk bercakap di khalayak ramai, kurang bergaul
dengan orang berpengalaman dan tidak yakin pada dirinya. Pencetus halangan yang dinyatakan
oleh klien ini menyebabkan klien tidak tahu bagaimana untuk menjadi seorang guru yang baik.

Klien juga boleh mengenal pasti tindakan yang perlu dilakukan untuk mengatasi halangan yang
ada. Sebagai contoh, klien mengatakan bahawa beliau perlu memperbanyakkan membaca dan
mendalami ilmu pengetahuan, mempraktikkan diri untuk bercakap di khalayak ramai, percaya
dengan diri sendiri dalam melakukan sesuatu dan menambah kenalan atau jangan bersikap
angkuh dalam bergaul dengan orang yang banyak pengalamannya.

5.5.4 Refleksi Kaunselor


Kelebihan pada aktiviti yang dijalankan ini dapat bantu klien dalam mengenalpasti apa
halangan yang berlaku. Bagi saya, aktiviti ini juga dapat bantu klien untuk memberikan idea
tentang apa yang perlu klien lakukan untuk mengatasi halangan atau faktor pencetus yang boleh
menyebabkan impiannya tidak tercapai.

Kelemahan daripada aktiviti ini adalah saya sebagai pembimbing tidak dapat memberikan idea
yang cukup baik untuk bantu klien dalam mengatasi halangan yang berlaku kepada dirinya.

13
6.0 RUMUSAN SEPANJANG SESI
Berdasarkan modul aktiviti kerjaya yang dibina oleh saya dan ahli kumpulan, kumpulan kami
telah membina sebanyak 8 aktiviti kerjaya yang berlainan. Mengikut perancangan ahli
kumpulan, 8 aktiviti untuk 8 sesi kaunseling kerjaya tetapi dalam laporan saya sebagai
kaunselor, saya hanya melakukan 5 aktiviti untuk 5 sesi kaunseling. Hal ini demikian kerana,
pada sesi yang kelima klien memaklumkan pada saya bahawa klien ingin tarik diri dalam sesi
ini kerana kepadatan jadualnya untuk hari-hari akan datang dan tidak dapat untuk memberikan
kerjasama lagi untuk menyempurnakan 8 aktiviti yang telah dibina. Walau bagaimanapun,
sepanjang melakukan sesi bersama klien saya dapat mengenalpasti kelebihan dan kelemahan
saya ketika menjadi kaunselor.

Oleh itu, laporan ini telah merangkumi bahagian mengenai maklumat klien, isu yang
dipertengahkan, aplikasi teori yang digunakan dalam menjalankan sesi ini. Kaunselor juga
telah melaksanakan pelbagai aktivtiti yang terdapat dapat Modul Perkembangan Kerjaya
Holland pada setiap sesi kaunseling bersama klien.

14
Dengan ini, saya mengharapkan bahawa hasil daripada penyediaan laporan ini dapat memberi
manfaat kepada diri sendiri untuk menjadi seorang kaunselor yang lebih baik pada masa akan
datang.

7.0 SWOT KAUNSELOR

15
LAMPIRAN

16
RAJAH 1: SESI KAUNSELING SECARA GOOGLE MEET

RAJAH 2 SESI KAUNSELING SECARA BERSEMUKA

RAJAH 3: AKTIVITI SESI PERTAMA

17
RAJAH 4: AKTIVITI SESI KETIGA

RAJAH 5: AKTIVITI SESI KEEMAPAT

RAJAH 6: AKTIVITI SESI KELIMA

18

You might also like