Penulisan Reflektif

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

AMBILAN JUN 2019


SEMESTER 2 TAHUN 4

TUGASAN 4: PENULISAN REFLEKTIF

Nama Pelajar : AHMAD ZARFAN NAJMI BIN MOHD NASRI


Angka Giliran : 2019312340155
No. Kad Pengenalan : 000726-03-0891
Kumpulan /Unit : PISMP PJ2619
Kod Kursus : LASS 3013
Nama Kursus : PENDIDIKAN LESTARI ALAM SEKITAR
Nama Pensyarah : CIK ROSIDAH BINTI ABDOLLAH
Tarikh Hantar : 27 OKTOBER 2022

Pengakuan Pelajar
Saya sudah membaca dan
dimaklumkan tentang kerja kursus
oleh pensyarah.
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
1
SENARAI KANDUNGAN

SENARAI KANDUNGAN........................................................................................................................2
1.0 PENGENALAN...................................................................................................................................3
2.0 ISU SAMPAH SARAP.........................................................................................................................3
2.1 ISU SAMPAH SARAP DENGAN AIR.................................................................................................3
2.2 ISU SAMPAH SARAP DENGAN UDARA..........................................................................................4
3.0 CADANGAN LANGKAH MENGATASI..................................................................................................5
4.0 KESIMPULAN....................................................................................................................................7
RUJUKAN................................................................................................................................................8

2
1.0 PENGENALAN

Isu alam sekitar pada zaman kini sering kita dengar di media sosial mahupun keratan
akhbar harian. Bersesuaian dengan negara dunia ketiga, Malaysia kini dalam langkah menjadi
negara yang membangun selaras dengan negara maju yang lain. Namun begitu, dalam
pembangunan sesebuah negara, kita sering terlupa mengambil berat isu alam sekitar yang
berlaku berpunca daripada pembangunan negara kita sendiri. Menurut Ibrahim Ngah (2010),
pembangunan yang berdasarkan gaya hidup mewah akan cenderung terhadap tingkah laku
membazir dan mencemarkan alam sekitar. Tidak dapat kita nafikan bahawa isu alam sekitar
yang berpunca daripada pembangunan sesebuah negara memberikan kesan yang tidak baik
terhadap sekeliling kita. Perkara ini disokong oleh Hanifah et. al. (2013), peningkatan dalam
pembangunan akan menyebabkan manusia bersikap kurang prihatin dan rasa tanggungjawab
dalam menjaga alam sekitar dan secara tidak langsung dapat dikaitkan dengan kualiti
kehidupan manusia. Daripada petikan ini, dapat digambarkan bahawa pembangunan sesebuah
negara boleh menyebabkan pencemaran terhadap alam sekitar. Menurut Nur Syuhada et al.
(2019), Secara umumnya, pencemaran alam sekitar meliputi pelbagai aspek seperti
pencemaran udara, pencemaran bunyi, pencemaran laut, pencemaran tanah, pencemaran bau,
pencemaran sungai, dan lain-lain lagi. Terdapat banyak kesan ke atas alam sekitar yang mana
berpunca daripada pembangunan seperti terhadap air dan udara. Antara isu utama yang
mempengaruhi kedua-dua aspek penting bagi alam sekitar tersebut adalah isu pembuangan
sampah merata tempat. Persoalannya ialah, bagaimanakah isu sampah sarap mempengaruhi
ketiga-tiga aspek penting alam sekitar iaitu air dan udara?

2.0 ISU SAMPAH SARAP

2.1 ISU SAMPAH SARAP DI SUNGAI

Menurut Mohamed Farid Noh (2022), “isu sampah yang dibuang ke sungai-sungai di
bandar raya Johor Bahru membimbangkan kerana ia kekal konsisten banyak dan tiada
pengurangan pun di sebalik aktiviti kesedaran awam yang dilakukan”. Dari petikan ini dapat kita
perhatikan bahawa isu sungai tercemar hasil daripada pembuangan sampah oleh masyarakat

3
bandar Johor Bahru mendatangkan kesan ke atas alam ekosistem sungai. Hal ini secara tidak
langsung menyebabkan sumber air dari sungai menjadi tercemar dan berbau. Perkara ini
perlulah diberi perhatian oleh penduduk setempat kerana ianya akan memberikan kesan dari
segi bau busuk yang boleh dibawa oleh arus air sungai. Contohnya, bagi sesebuah rumah yang
ada berdekatan atau bersebelah dengan sungai, mereka akan mudah berbau busuk akibat
daripada air sungai yang membawa sampah sarap yang dibuang oleh masyarakat setempat.
Tidak dapat dinafikan bahawa majlis perbandaran akan melakukan pembersihan untuk
membersihkan sampah dari sungai tersebut, namun begitu sekiranya tiada tanggungjawab dari
diri masyarakat itu sendiri, perkara seperti ini akan sentiasa berlarutan sampai bila-bila. Isu ini
perlulah diberi penekanan oleh setiap lapisan masyarakat kerana menurut Gasim (2013),
menyatakan bahawa secara keseluruhannya, bumi mengandungi isipadu air yang terdiri
daripada 93 peratus air laut, 2.5 peratus air bawah tanah, dua peratus sebagai litupan ais dan
kurang daripada satu peratus merupakan air kepada sumber alam semula jadi yang wujud
sebagai sungai, tasik, kolam dan air lembapan. Ini bermaksud bahawa sekiranya kebersihan
sungai tidak dijaga dengan baik, risau sekiranya pencemaran ini akan membawa kepada
kawasan lain terutama laut.

2.2 ISU SAMPAH SARAP DI SEKITAR PERUMAHAN

Menurut Omar Ahmad (2018), “Isu pembuangan sampah dan longgokan sampah secara
haram di sekitar kawasan perumahan di Johor Bahru menyebabkan udara di kawasan
persekitaran rumah tersebut amat teruk berikutan bau sampah yang dibuang dan dibakar”.
Tidak dapat dinafikan bahawa pembuangan sampah secara haram atau merata-rata dengan
cara menjadikan satu-satu kawasan itu sebagai tempat longgokan sampah tanpa persetujuan
dari pihak berkuasa menyebabkan bau dari sampah tersebut merebak kepada kawasan
perumahan sekitar. Hal ini demikian kerana, apabila semakin banyak sampah yang
dilonggokkan di satu kawasan, maka semakin kuat bau yang akan terhasil daripada semua
sampah sarap tersebut. Dari isu tersebut juga secara tidak langsung mendatangkan kesan ke
atas ekosistem alam sekitar setempat dari segi udara di mana berbau busuk. Masyarakat akan
menjadi suka runtuk bernafas kerana udara busuk yang terhasil daripada pembuangan sampah
secara longgokkan di kawasan yang bukan sepatutnya, lebih-lebih lagi kawasan yang
berdekatan dengan perumahan masyarakat setempat.

4
3.0 CADANGAN LANGKAH MENGATASI

Antara langkah untuk mengatasi masalah pembuangan sampah sarap secara merata ini
adalah dengan cara penguatkuasaan undang-undang yang ketat. Hal ini demikian kerana, isu
ini akan sentiasa berlarutan sampai bila-bila sekiranya tiada langkah penguatkuasaan yang
ketat yang dikenakan terhadap pelaku yang membuang sampah sarap merata. Tidak dapat
dinafikan bahawa isu ini sukar dikawal dan susah untuk dikenal pasti siapa yang membuang
sampah merata, namun begitu dengan adanya penguatkuasaan undang-undang, masyarakat
akan sedar denda yang akan dikenakan kepada mereka akibat daripada pembuangan sampah
merata. Contohnya, Undang-undang Kecil Mencegah kekotoran MPKB 2983 yang ditetapkan
oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu, mereka telah mengeluarkan sebanyak 555 kompaun
berkaitan kegagalan menjaga kebersihan dan membuang sampah di merata tempat di daerah
Kota Bharu dalam tempoh Januari sehinga 20 Julai 2022 (Adila Sharinni, 2022). Dapat kita
perhatikan bahawa, dengan penguatkuasaan undang-undang yang ketat, sedikit sebanyak
dapat mengurangkan masalah pembuangan sampah merata. Dengan adanya juga kompaun
yang dikeluarkan, dapat menerangkan kepada masyarakat bahawa pihak berkuasa serius
dalam menangani masalah pembuangan sampah merata- demi kepentingan masyarakat
setempat itu sendiri untuk mendapatkan ekosistem yang bersih dengan udara yang segar tidak
berbau busuk, dan sungai yang bersih tidak kotor. Pihak berkuasa juga boleh mencadangkan
satu denda di mana setiap penerima hukuman yang membuang sampah merata-rata
menjalankan aktiviti amal membersihkan alam sekitar seperti buat aktiviti amal kutip sampah di
setiap kawasan longgokkan sampah di sekitar kawasan perumahan mereka. Oleh itu, dengan
adanya penguatkuasaan undang-undang, secara tidak langsung menangani sedikit sebanyak
permasalahan pembuangan sampah sarap merata di kawasan setempat.

5
Seterusnya, cadangan lain adalah dengan cara pihak sekolah mengadakan program
“Jaga Kebersihan Sekitar” dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang mana program
ini adalah bertujuan untuk menggalakkan ibu bapa dan semua masyarakat setempat bersama-
sama dalam menjaga kebersihan di sekitar kawasan kejiranan. Hal ini demikian kerana, dengan
adanya program seperti ini, setiap ibu bapa pelajar akan berasa bertanggungjawab dalam
menjaga kebersihan dan tidak akan membuang sampah merata-rata tempat. Selaku ketua
keluarga dan “role model” kepada anak-anak mereka, secara tidak langsung sikap
tanggungjawab dalam diri mereka akan terbentuk untuk menjaga kebersihan di sekitar kawasan
kejiranan mereka dan anak-anak mereka sebagai murid akan mendapatkan pendedahan awal
tentang kepentingan menjaga kebersihan bermula dari sekolah. Dalam program ini juga, ibu
bapa digalakkan dalam memberi pendedahan awal kepada anak-anak mereka mengenai
kepentingan menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah merata-rata. Menurut Zakaria
Stapa, Ahmad Munawar Ismail dan Noranizah Yusuf (2012) menyatakan bahawa ibu bapa
memainkan peranan penting dalam mencorakkan pendidikan anak-anak dan membentuk asas-
asas perkembangan diri seseorang anak. Maka dengan itu, dapat dipastikan bahawa dengan
adanya program dengan pihak PIBG di sekolah dalam memfokuskan kepada ibu bapa pelajar
dapat membantu sedikit-sebanyak dalam membentuk tanggungjawab terhadap alam sekitar
dari segi penjagaan kebersihan dan tidak membuang sampah merata-rata dalam diri ibu bapa
agar dapat diserapkan kepada anak-anaknya. Dari pelaksanaan program ini juga, ibu bapa
akan diajar berkenaan dengan gaya hidup lestari di mana mengamalkan amalan 3R iaitu
Reuse, Reduce dan Recycle. Dengan adanya penerapan amalan 3R dalam diri ibu bapa ini,
secara tidak langsung dapat mengurangkan pembuangan sampah sisa pepejal seperti botol
plastik, kotak, kertas, botol kaca dan banyak lagi. Setiap sesia pepejal yang dinyatakan itu
mempunyai fungsi lain yang boleh dilakukan setiap ahli keluarga agar dapat membantu
ekosistem kawasan setempat daripada masalah sampah sisa pepejal. Secara tidak langsung,
dalam jangka masa panjang, isu berkenaan sampah sarap akan semakin berkurang sesuai
dengan berjalannya waktu.

6
Selepas itu, cadangan yang boleh dilakukan untuk menangani isu melibatkan sampah
sarap adalah dengan cara mengadakan aktiviti gotong royong dalam kalangan masyarakat
setempat. Hal ini demikian kerana, dengan adanya aktiviti gotong-royong antar ahli masyarakat
dapat membantu dalam mengurangkan masalah sampah sarap di kawasan sekitar rumah.
Aktiviti gotong-royong yang dijalankan itu boleh dilakukan setiap 6 bulan sekali pada hujung
minggu dengan setiap masyarakat yang tinggal di kawasan kejiranan berdekatan. Tidak dapat
dinafikan bahawa kemungkinan akan ada kembali orang membuang sampah di kawasan
tersebut, namun begitu sekiranya gotong-royong kerap dilakukan, dapat memberi kesedaran
kepada individu berkenaan yang membuang sampah merata-rata agar tidak mengulanginya lagi
kerana mereka sendiri yang tinggal di kawasan kejiranan itu yang membersihkannya. Sekiranya
aktiviti gotong-royong ini dapat dijalankan, setiap individu akan mendapat kesedaran masing-
masing berkenaan kepentingan menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah merata-rata.
Dari segi perspektif gaya hidup sihat, amalan gotong-royong ini juga mampu untuk membantu
ahli masyarakat berpeluh untuk menyihatkan badan. Terutama untuk orang yang sudah
berumur, apabila mereka melakukan pergerakan seperti gotong royong setiap hari sehingga
berpeluh, secara tidak langsung aktiviti ini membantu dalam aktiviti fizikal mereka dan
memberikan kecergasan kepada tubuh badan mereka. Di samping itu, dengan adanya aktiviti
gotong-royong, masyarakat akan mudah bersyukur dengan alam sekitar yang mereka dapat
kerana telah penat lelah membersihkan sampah sarap yang ada, membuatkan mereka merasa
pentingnya menjaga alam sekitar daripada masalah sampah sarap.

4.0 KESIMPULAN

Tuntasnya, dapat disimpulkan bahawa isu pembuangan sampah sarap merata tidak
boleh dipandang remeh oleh setiap lapisan masyarakat kerana perkara ini akan mendatangkan
kesan jangka masa lama. penjagaan alam sekitar daripada masalah sampah sarap ini perlu
diberikan pendedahan kepada setiap ahli masyarakat kerana risau akan mendatangkan kesan
yang boleh mengganggu kehidupan seharian mereka seperti pencemaran air sungai
membuatkan air kotor akan bercampur dengan tanah menyebabkan tumbuhan yang hidup akan
cepat mati akibat kotoran dari sisa sampah yang dibuang. Maka dari itu, sebagai ahli
masyarakat yang bertanggungjawab dan yang menyayangi alam sekitar, kita semua perlulah
bekerjasama dalam menjaga alam sekitar dengan cara tidak membuang sampah sarap merata-
rata tempat.

7
RUJUKAN
Adila Sharinni (20220). 555 Kompaun Buang Sampah Merata Di Kota Bharu. Sinar Harian
Online. 21 Julai 2022: https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=267174

Gasim, M.B. (2013). Pengurusan lembangan sungai berteraskan IWRM. Bangi, Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hanifah et al. (2013). Satu Kajian Pentingnya Pengetahuan Guru dalam Pelaksanaan Program
Sekolah Lestari di Malaysia. Perspektif Jurnal Sains Sosial Dan Kemanusiaan, 5(2), 75
- 92. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PERS/article/view/1638

Ibrahim Ngah. (2010). Ke Arah Pembentukan Komuniti Lestari. In: Yahaya Ibrahim (eds)
Komuniti, Pembangunan &Transformasi, pp. 267-274. Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi.

Mohamed Farid Noh (2022). Isu Sampah Dalam Sungai membimbangkah. Metro Online. 18
Julai 2022: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/07/865876/isu-sampah-dalam-
sungai-membimbangkan-metrotv

Nur Syuhada et al. (2019). Kesedaran Komuniti Terhadap Isu Pencemaran Sungai di Sungai
Pinang, Pulau Pinang. Malaysian Journal Of Sociaty And Space. 15 Issue 3 (28-39).
https://ejournals.ukm.my/gmjss/article/view/32099

Omar Ahmad (2018). Udara Tercemar Akibat Sampat Haram. Berita Harian Online. 27 Julai
2018: https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/07/454630/udara-tercemar-
akibat-sampah-haram

Zakaria Stapa, Ahmad Munawar Ismail & Noranizah Yusuf. (2012). Faktor persekitaran sosial
dan hubungannya dengan pembentukan jati diri. Jurnal Hadhari Edisi Khas, 155-172.

You might also like