Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

PENGAJIAN AM

Pengenalan
Pengajian Am ialah satu mata pelajaran peringkat STPM yang menyepadukan pelbagai ilmu
pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam pembelajaran sepanjang hayat. Kandungan mata pelajaran
ini meliputi aspek sains, sains sosial, kenegaraan, isu, dan cabaran semasa. Kemahiran yang
ditekankan dalam mata pelajaran ini ialah keupayaan berfikir secara kritis, kreatif, dan inovatif,
melaksanakan kajian saintifik, serta menggunakan pelbagai bentuk komunikasi dalam pembelajaran
dan kehidupan seharian. Mata pelajaran ini juga menerapkan kesedaran tentang pengalaman manusia
dan persekitaran termasuk warisan sendiri. Selain itu, memupuk rasa cinta akan negara,
tanggungjawab terhadap diri sendiri, orang lain, komuniti, dan masyarakat serta hormat terhadap
budaya dan masyarakat lain.

Matlamat
Sukatan pelajaran Pengajian Am berhasrat melahirkan pelajar prauniversiti yang menguasai ilmu
dan mengamalkannya secara bersepadu, berfikiran matang, berkemahiran, berakhlak, dan mampu
menyumbang kepada kesejahteraan diri, bangsa, negara, dan alam sejagat.

Objektif
1. Ilmu
(a) Membolehkan pelajar memahami dan menghayati isu daripada pelbagai perspektif ilmu;
(b) Mampu memahami hubung kait ilmu daripada pelbagai disiplin dan berupaya
menyepadukannya;
(c) Memahami dan peka kepada perkembangan dan cabaran perubahan semasa persekitaran, 1
negara, dan sejagat;
(d) Memahami dan menghayati sistem pemerintahan negara dan tadbir urus baik.
2. Kemahiran
(a) Berfikiran matang dengan mengaplikasi pelbagai ilmu untuk menyelesaikan pelbagai
masalah berbentuk kuantitatif dan kualitatif;
(b) Berkeupayaan memahami, menganalisis, dan berkomunikasi secara berkesan;
(c) Berkemampuan menganalisis dan mentafsir pelbagai bentuk media secara logik dan kritis;
(d) Berkebolehan mencari dan mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber;
(e) Berkebolehan belajar secara kendiri dan berterusan serta membina pengetahuan baharu
dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi;
(f) Berkeupayaan menyampaikan ilmu dan pemikiran yang kritis, kreatif, dan inovatif melalui
pelbagai bentuk komunikasi;
(g) Berkeupayaan berinteraksi dan bekerjasama dalam kumpulan.
3. Nilai
(a) Percaya dan patuh kepada ajaran agama;
(b) Bersikap patriotik dan peka tentang perkembangan serta cabaran negara;
(c) Bersatu demi kesejahteraan bersama;
(d) Mengutamakan kebajikan dan kepentingan umum;
(e) Bersikap berani dalam mengutarakan idea;
(f) Bersikap terbuka terhadap pelbagai buah fikiran, pandangan, dan cadangan;
(g) Berintegriti dan berkeyakinan;
(h) Bersikap proaktif dan berdaya saing secara sihat;
(i) Menghayati budaya kerja yang positif, kreatif, dan inovatif.
Penggal 1

2
3
4

Nota: Perbincangan tajuk-tajuk tertentu yang relevan hendaklah menyentuh Semenanjung, Sabah, dan Sarawak.
Malaysia Kekal Berdaulat
Konsep Negara (bersempadan, sistem pemerintahan, dan mempunyai rakyat)
Dalam undang-undang antarabangsa, sesuatu masyarakat politik layak dianggap sebagai
negara sekiranya ia mempunyai ciri-ciri berikut:-
(a) Sempadan yang jelas
(b) Penduduk yang tetap
(c) Kerajaan yang teratur
(d) Kedaulatan

Ciri-ciri Negara Berdaulat


(a) Merdeka iaitu tidak dijajah oleh kuasa luar.
(b) Berkuasa sendiri iaitu mempunyai keupayaan untuk mengawal hal ehwal dalam negara.
(c) Berwibawa iaitu mempunyai keupayaan menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain.
(d) Beridentiti tersendiri iaitu mempunyai ideologi, perlembagaan, bendera negara, jata negara,
dan sebagainya.

Bahagian A

1. Yang manakah ciri asas sesebuah negara?


A Diterajui oleh parti politik tertentu
B Ditadbir secara demokrasi berparlimen 5
C Diperintah oleh kerajaan yang berdaulat
D Diperkukuh oleh sistem ekonomi yang baik

2. Yang manakah ciri konsep asas sebuah negara?


I Raja yang berdaulat
II Penduduk yang tetap
III Sistem ekonomi yang kukuh
IV Sistem kerajaan yang teratur
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

3. Yang manakah yang menjadi Malaysia negara berdaulat?


I Penduduk yang berbilang kaum
II Parti politik yang memimpin negara
III Keupayaan mengawal hal ehwal dalam negara
IV Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kestabilan negara
A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

4. Yang manakah menunjukkan Malaysia ialah sebuah negara berdaulat?


I Sistem pentadbiran yang telus
II Bebas daripada pengaruh dan tekanan asing
III Identiti Kebangsaan yang berteraskan Rukun Negara
IV Kepimpinan negara yang berwawasan dan berkarisma
A I dan III B I dan IV C II dan III D II dan IV
5. Yang manakah pernyataan yang menunjukkan Malaysia sebuah negara yang berdaulat?
A Penduduk mempunyai jati diri yang tinggi
B Negara diiktiraf oleh komuniti antarabangsa
C Kuasa politik berdasarkan tolak ansur pelbagai kaum
D Ekonomi negara dikongsi bersama oleh pelbagai kaum

6. Yang manakah ciri-ciri bagi sebuah negara berdaulat?


I Tidak dijajah oleh kuasa luar
II Diterajui oleh parti politik tertentu
III Berupaya menjalin hubungan diplomatik
IV Diperkukuh oleh sistem ekonomi yang baik
A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV

Bahagian B

1. Nyatakan empat ciri konsep asas sebuah negara. [4]

(a) ______________________________________________________________________

(b) ______________________________________________________________________
6
(c) ______________________________________________________________________

(d) ______________________________________________________________________

2. Terangkan dua ciri Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat. [4]

(a)
_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

(b)
_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

You might also like