Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

Migrasi Dalaman Penduduk Di Bandar Rinching Seksyen 5, Semenyih, Selangor.

Perhargaan

Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK Bandar Rinching iaitu Pn Siti Zaleha bt Abd Wahid kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya iaitu PN. Nor Hamidah Bt. Yaakub yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang membuat kerja kursus ini. Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.Banyak wang ringgit yang telah mereka habiskan demi memastikan kerja kursus ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya yang telah banyak membantu saya dari segi member buah fikiran kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Pendahuluan

Saya, Muhd Shazmeer Bin Barkat Ali, pelajar tingkatan 2 Gigih, SMK Bandar Rinching. Saya menjalankan kajian tentang migrasi dalaman penduduk di Bandar Rinching Seksyen 5, Semenyih, Selangor Darul Ehsan. Saya juga telah menjalankan temu bual tentang jenis pekerjaan penduduk di kawasan kajian. Kajian ini mengambil masa kira-kira selama dua minggu untuk saya mengisi boring.

Melalui kajian yang dijalankan, saya dapat mempelajari merekot data dan mempersembahkan data dalam bentuk graf dan Saya juga dapat mengenal pasti migrasi penduduk di kawasan kajian.

kaedah jadual.

Objektif Kajian

a) Menghuraikan konsep migrasi penduduk di Bandar Rinching Seksyen 5, Semenyih, Selangor. b) Menyatakan dan menghuraikan pola migrasi penduduk di Bandar Rinching Seksyen 5, Semenyih, Selangor. c) Menghuraikan faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di Bandar Rinching Seksyen 5, Semenyih, Selangor. d) Menghuraikan kesan migrasi penduduk di Bandar Rinching Seksyen 5, Semenyih, Selangor. e) Menghuraikan cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk di Bandar Rinching Seksyen 5, Semenyih, Selangor. f) Menerapkan nilai dan unsur patriotisme terhadap kawasan kajian.

Kawasan Kajian

Semenyih ialah Bandar di Selangor, Malaysia, kira-kira 8 kilometer kea rah tenggara Kajang di sepanjang jalan Kajang-Seremban. Bandar ini mempunyai nama yang sama dengan Sungai Semenyih iaitu sungai utama yang mengalir berdekatan dengan Pekan Semenyih. Tidak wujud istilah Semenyih ini di dalam mana-mana kamus. Oleh itu istilah Semenyih ini merupakan istilah yang dicipta oleh masyarakat tempatan sahaja dan berkaitan dengan sejarah masa lampau. Menurut cerita lisan, istilah ini merupakan dialek orang Negeri Sembilan yang bermaksud 'sembunyi'. Istilah ini berpunca daripada perintah Engku Husainkepada pengikutnya supaya bersembunyi dari buruan pemerintah Negeri Sembilan. Mengikut sejarah, Semenyih ini asalnya di bawah pemerintahan Negeri Sembilan dan Lukut di bawah pemerintahan negeri Selangor. Semasa zamanSultan Abdul Samad, Lukut diserahkan kepada Negeri Sembilan dan Semenyih diserahkan kepada Negeri Selangor. Istilah ini dikaitkan dengan kata 'Sibengis','Si monyet' ,'Monyet' dan lain-lain. Di dalam peta topografi, Semenyih terletak di latitud Utara 2 57' , longitud Timur 101 50' . Ketinggian pada 43 meter dari aras laut. Semenyih terletak dalam negeri Selangor Darul Ehsan. Tetapi penduduk luar masih keliru, mereka masih menganggap Semenyih terletak di dalam Negeri Sembilan. Pekan Semenyih salah sebuah dari 9 buah mukim di Daerah Hulu Langat. Mukim lain di daerah Hulu Langat ialah Hulu Semenyih, Beranang, Ampang,Cheras, Dusun Tua dan Kajang.

Kaedah Kajian

Soal Selidik
Soal selidik akan dijalankan terhadap 20 responden dan ini bertujuan mengukuhkan lagi kajian saya terutama dalam hal yang berkaitan dengan potensi bentuk muka ,halangan serta langkah mengatasi terhadap alam sekitar di kawasan kajian.

Pemerhatian
Kaedah yang dijalankan dengan cara mengenalpasti kawasan serta memerhati keadaan di sekitar kawasan kajian dan kemudiannya mencatat maklumat yang diperolehi ke dalam bentuk dan lakaran dan juga catatan ringkas.

Rujukan
Membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Dapatan Kajian
Konsep Migrasi Penduduk
Migrasi ialah proses penghijrahan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan tujuan menetap secara kekal ataupun secara sementara.

Pola Migrasi Penduduk Di Kawasan Kajian


Berikut merupakan pola migrasi yang terdapat di kawasan kajian:

a) Bandar ke luar bandar


Migrasi ini melibatkan 13 orang Migrasi ini merujuk kepada penduduk yang berhijrah untuk menyambung pelajaran di Institusi pengajian tinggi samada awam ataupun swasta ataupun yang telah bersara Pulang ke tempat asal. Misalnya, ada segelintir yang menyambung pelajaran mereka di Universiti Teknologi MARA (UITM), Kuala Lumpur pulang ke Bandar Rinching setelah Tamat belajar b) Luar bandar ke luar Bandar Migrasi ini melibatkan seramai 12 orang Migrasi penduduk dari luar Bandar ke luar Bandar merupakan pergerakan yang berlaku Antara negeri atau dalam negeri. Pergerakan ini biasanya dikaitkan dengan pembukaan Tanah rancangan oleh pihak kerajaan. Misalnya terdapat sebahagian penduduk yang Berpindah dari FELDA Tenggaroh,Mersing,Pahang ke Bandar Rinching kerana Pelbagai kemudahan yang telah disediakan di sini.

Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian:


Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman di kawasan kajian antaranya ialah:

a) Melanjutkan pelajaran
Segelintir anak-anak muda yang memperolehi keputusan peperiksaan SPM dan STPM Yang cemerlang akan menyambung pelajaran ke insitusi pengajian tinggi seperti Universiti Malaya Kuala Lumpur, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim Dan sebagainya. Seramai 2 orang yang melanjutkan pelajaran

b)Peluang pekerjaan
Terdapat 4 anak muda di Bandar rinching yang berhijrah ke Bandar-bandar seperti Shah Alam, Selangor, Bayan Lepas , Pulau Pinang, Ipoh dan sebagainya Untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih selesa dan gaji yang lebih tinggi di dalam sector perindustrian, pembinaan dan perkhidmatan . Ini kerana di kawasan Bandar Rinching

peluang pekerjaan yang ada amat terhad.

C)Bersara
Selain daripada factor di atas terdapat juga factor seperti bersara yang mempengaruhi migrasi dalaman di kawasan Bandar Rinching. Misalnya ada seorang penduduk yang pernah berkhidmat sebagai tentera di negeri Sarawak selama 20 tahun dan akhirya pulang semula ke Bandar rinching dan berehat ataupun meneruskan perniagaan secara kecil kecilan bagi mengisi masa lapang dan menampung hidup.

d) Perkhawinan
Terdapat 9 orang penduduk yang datang ke Bandar rinching kerana perkahwinan dengan salah seorang penduduk di sini.

Penerapan Nilai atau Unsur Patriotisme


Saya sangat bersyukur kerana di kawasan saya tinggal mempunyai penduduk penduduk yang hidup dalam keadaan aman, damai dan sentosa walaupun bilangan penduduk yang sering berubah disebabkan oleh factor Migrasi dalaman ini.

Kesan Migrasi Dalaman Penduduk di Kawasan Kajian


Kegiatan migrasi yang berlaku di kawasan taman saya sebenarnya telah member yang positif dan negative di Bandar rinching. Antara kesan yang dapat dilihat ialah:

Kesan positif
a) Penduduk bertambah Migrasi dalaman yang berlaku ini telah menyebabkan bilangan penduduk di kawasan perumahan saya telah meningkat walaupun terdapat penduduk yang telah berhijrah ke luar. Walaubagaimanapun penduduk di kawasan perumahan saya stabil dan masih lagi ada Kawasan yang belum dihuni oleh penduduk. b)Taraf hidup meningkat Penduduk yang berhijrah ke Bandar seperti Shah Alam untuk melajutkan pelajaran akhirnya Pulang semula ke tempat asal iaitu Bandar rinching dan memperolehi pekerjaan yang lebih selesa sebagai guru, jururawat dan sebagainya yang mana mempunyai pendapatan yang lebih tinggi dan selesa serta mampu memiliki rumah yang lebih selesa.

Kesan Negatif
a)Penganguran Migrasi dalaman member kesan negative kepada yang dituju. Misalnya penghijrahan tenaga buruh tempatan dan warga asing seperti Nepal dan Bangladesh ke Bandar Rinching telah menyebabkan lambakan tenaga buruh secara tidak langsung menyebabkan wujud persaingan pekerjaan dengan penduduk tempatan yang sengit dalam mendapatkan peluang pekerjaan. b)Masalah Sosial Masalah social yang berlaku di Bandar rinching ialah pecah masuk rumah dan penagihan dadah di kalangan penduduk. Hal ini keran desakan hidup dan kos sara hidup yang meningkat tinggi di samping tiada pekerjaan.

c)Persaingan mendapatkan peluang pekerjaan Kemasukan terlalu ramai penduduk di kalangan penduduk kawasan sekitar dan warga asing telah menyebabkan persaingan mendapatkan pekerjaan di kalangan penduduk Bandar Rinching . Apabila berlakunya persaingan ini akan menyebabkan berlakunya Pengangguran.

Penerapan Nilai atau Unsur Patriotisme


Kita patut bersyukur keran dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia yang aman dan damai di samping kestabilan ekonomi yang banyak member maanfaat kepada kita semua.

Cadangan Mengatasi Kesan Penduduk Bandar Rinching.


a) Mewujudkan peluang pekerjaan

Migrasi

Dalaman

Bagi megatasi masalah pengangguran di Kawasan Bandar Rinching, Pihak bewajib boleh mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Hal ini bertujuan mengelakkan golongan belia menganggur dan membazir masa. b)Kuatkuasakan Undang- undang Penduduk Bandar Rinching boleh bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan seperti polis dalam kuatkuasakan undang-undang dalam membanteras jenayah yang berlaku. c) Mewujudkan Rukun Tetangga Penduduk di Bandar Rinching telah megadakan rukun tetangga. Ia di wujudkan bagi mengatasi masalah pecah rumah dan penagihan dadah di kalangan belia Penduduk.

Penerapan Nilai atau Unsur Patriotisme


Saya sebagai penduduk berasa amat bangga kerana langkah-langkah yang dilakukan, masalah, dan kesan negative lain dapat dikurangkan.

Rumusan
Migrasi ini sememangnya merupakan satu pekara yang tidak dapat dielakkan. Apa yang penting migrasi ini perlu di kwal supaya ia tidak menimbulkan masalah kepada penduduk Bandar Rinching. Sebagai contoh, Kemasukan Warga asing yang keterlaluan boleh menyebabkan berlakunya masalah social kepada penduduk. Setelah menjalankan kajian ini dengan rasional saya berbangga kerana dapat tinggal di Malaysia yang stabil dari segi politik, pembagunan yang pesat dan kepelbagaian ekonomi yang subur sekaligus menjadikan Malaysia sebuah Negara yang terkenal di mata dunia.

Rujukan
1.Laman web: Scribd 2.Buku teks georafi.

3.Orang sumber : Haziqah Binti yahya 2 kaa SMK Bandar Rinching

Senarai Kandungan
BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Perkara Tajuk kajian Senarai Kandungan Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah kajian Dapatan Kajian Rumusan Lampiran Rujukan Halaman

You might also like