Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 33

000203110438

1.0 Pengenalan

Negara malaysia merupakan sebuah negara yang majmuk iaitu negara yang
mempunyai pelbagai bilang kaum dan agama. Kaum yang utama dinegara malaysia ini
adalah kaum melayu, kaum cina dan kaum india. Manakala agama yang utama iaitu
agama islam. Demikian , maka wujudlah pelbagai masalah yang melibatkan perkauman
diantara kaum-kaum tersebut. Hal ini akan menyebabkan timbulnya permasalahan dan
ketegangan antara kaum didalam Negara Malaysia ini.

Berdasarkan peristiwa 13 Mei, pihak kerajaan perlu memandang isu ini sebagai
isu yang serius kerana melibatkan pergaduhan, perkauman dan ketegangan antara kaum-
kaum dimalaysia ini. Pihak kerajaan perlu memandang serius kerana untuk mencapai dan
membina Negara bangsa yang harmoni dan bersatu padu hendaklah masyarakat
dimalaysia bersatu padu dan sehati sejiwa. Sekiranya terlerai atau hubungan silaturahim
antara kaum tidak baik, maka akan datang pelbagai impak atau kesan yang negatif kepada
masyarakat dan Negara. Oleh kerana itu, pelbagai usaha dan peranan yang perlu diambil
bagi memupuk dan menyemai serta menyerap benih perpaduan agar perpaduan terus
subur dalam kehidupan masyarakat Malaysia sekali gus dapat mengelakkan peristiwa 13
Mei berulang kembali. Peristiwa ini merupakan satu peristiwa rusuhan kaum yang
berlaku pada tahun 1969 adalah kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Dalam
peristiwa ini telah mengakibatkn kehilangan nyawa dan kerosakkan harta benda awam,
peristiwa ini turut berkait rapat dengan Pilihan Raya 1969. Tragedi ini merupakan satu
titik hitam dam sejarah Malaysia dan sehingga kini masih menghantui rakyat di Negara
Malaysia.

Di samping itu juga, definisi perpaduan menurut Kamus Dewan edisi ketiga 1994
mentakrifkan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan dan perihal
berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Perpaduan ini juga dapat
didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara
supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta
perasaan cinta dan banggakan tanah air. Hj. Samat Buang (2003) mentakrifkan perpaduan
sebagai satu penyatuan tenaga, fikiran, cita-cita dan pengorbanan dalam satu ikatan yang

1
000203110438

sepadu, kuat dan maju.  Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), integrasi
bermaksud penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian
dan lain-lain) menjadi satu kesatuan. Manakala nasional pula berkaitan dengan bangsa
dan kebangsaan. Program integrasi nasional ialah aktiviti penggabungan dua atau
beberapa kaum yang berkaitan dengan bangsa dan kebangsaan. Kerajaan amat
menitikberat perpaduan kaum di negara ini. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi
memupuk semangat perpaduan dan kekitaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Disamping itu, menurut kamus dewan edisi keempat rukun bermaksud tenang dan
tenteram, aman (perhubungan, persahabatan dan lain-lain) bersatu hati, bersepakat,
berseia dan bersekata. Manakala tetangga pula ialah orang-orang yang tinggal berekatan,
jiran, tetangga. Skim Rukun Tetangga telah diperkenalkan pada tahun 1975 berikutan
dengan kuat kuasanya Peraturan-Peraturan Perlu (Rukun Tetangga 1975). Pada peringkat
awal, Rukun Tetanggga membolehkan rakyatmengawal keselamatan di kawasan
kediaman masing-masing. Dengan tumpuan diberi kepada tugasrondaan yang diwajibkan
kepada masyarakat setempat yang berumur antara 18 hingga 55 tahun. Mulai 1 Januari
1983 kerajaan telah memperkenalkan satu pembaharuan dengan memberi penekanan
padakonsep kejiranan yang bertujuan untuk memupuk serta mengukuhkan lagi semangat
kejiranan dalamkalangan masyarakat setempat. Berikutan dengan ini, Peraturan Perlu
(Rukun Tetangga) 1975 telah dipinda bagi tujuan tersebut. Dalam tahun 2000,
pendekatan Rukun Tetangga telah dipinda sekali lagidengan memberi mandat yang lebih
luas iaitu pembangunan masyarakat secara menyeluruh ke arah mewujudkan perpaduan
nasional.Visi Rukun Tetangga ialah membantu dalam pembentukan satu bangsa Malaysia
yang bersatu padudalam konteks pencapaian Wawasan 2020. Manakala misinya ialah
memupuk kesefahaman danbertolak ansur ke arah pembangunan bangsa Malaysia yang
bersatu padu serta beridentiti sendiri danmotonya pula ialah Bersatu Terus Maju. Objektif
Rukun Tetangga, iaitu memelihara, meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat
danintegrasi nasional selaras dengan dasar-dasar pembangunan negara berlandaskan
PerlembagaanPersekutuan dan Rukun Negara.

2
000203110438

Selain itu, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat definisi kejiranan ialah yang
berhubungan dengan jiran atau hidup sebagai jiran: pertalian sejarah dan adalah amat
penting dan perlu diambil kira dalam sebarang usaha promosi dalam ASEAN; jalinan
antara keluarga di kawasan setinggan. Antara salah satu daripada ajaran islam yang amat
penting bagi menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat ialah amalan hidup berjiran.
Manusia secara fitrahnya tidak boleh hidup seorang atau mengasingkan diri. Oleh itu,
islam telah menekankan kepentingan menjalinkan hubungan dalam kalangan masyarakat
sekeliling. Agama sangat menuntut supaya setiap penduduk dalam sesebuah kawasan
perumahan atau kampung mesti mengenali antara satu sama lain dan haruslah bersama-
sama bertanggungjawab terhadap satu sama lain. hubungan yang baik dapat membentuk
sifat saling membantu, bekerjasama, saling menyayangi dan menghormati. Oleh yang
demikian, konsep kejiranan juga dapat dikaitkan dengan gotong-royong kerana
mempunyai erti kata yang sama iaitu saling membantu dan bekerjasama. hal ini juga
dapat membantu satu sama lain iaitu dengan adanya gotong-royong dapat merapatkan
hubungan antara jiran tetangga.

Aktiviti gotong royong juga merupakan aktiviti kemasyarakatan yang mampu


mendatangkan kebaikan dan mampu menjalinkan silaturrahim diantara masyarakat
dinegara ini. Menurut kamus dewan edisi keempat , konsep gotong-royong membawa
maksud mengerjakan atau mengusahakan sesuatu secara bersama-sama. Berdasarkan
makna ini, sebarang aktiviti kerja yang dilaksanakan secara bersama-sama bolehlah
dianggap sebagai gotong-royong.  Amalan bergotong-royong memastikan semua kerja
dapat dilaksanakan dengan cepat, mudah dan menjimatkan kos serta meriah. Pada tahun
1948, seorang pakar antrapologi yang bernama J.S Furnival pernah menulis dan
menghuraikan pandangan beliau berhubung masyarakat majmuk. Menurut beliau
masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat bercampuran dan berbilang bangsa.
Namun, campuran ini dalam erti kata sebenar adalah bergaul. Seperti yang kita sedia
maklum Malaysia adalah antara satu-satunya negara yang mempunyai rakyat berbilang
kaum. Terdiri daripada kaum Melayu, india dan cina. Oleh yang demikian amat penting
bagi kita sebagai rakyat untuk mencari alternatif-alternatif dalam mengeratkan hubungan

3
000203110438

antara masyarakat. Antara alternatif yang paling mudah adalah dengan mengamalkan
amalan gotong-royong. Aktiviti ini dapat membersihkan kawasan-kawasan masjid dan
persekitaran yang mampu mengelakkan daripada berlakunya bencana alam. Sebagai
contoh, banjir kilat. Dengan amalan gotong royong ini, maka banyak perkara yang dapat
dielakkan seperti penyakit berbahaya. Antara penyakit yang sering berlaku disekitar
kampung ialah demam denggi. Nilai murni daripada amalan ini jug adapt mengukuhkan
lagi hubungan kemasyarakatan antara penduduk kampung dan dapat menguatkan lagi
semangat kejiranan.

Kampung Maras merupakan sebuah kampung yang terletak di Kuala Terengganu,


dalam negeri Terengganu Darul Iman , iaitu sebuah negeri di timur Malaysia, dan yang
bersempadan dengan Kelantan di utara, Pahang di bahagian barat dan selatannya dan
Laut Cina Selatan di bahagian timur. Suasana di kampung Maras menjadi lebih terkenal
dengan adanya bukit maras. Nama yang sama tetapi lokasi berbeza di dua negara. Itulah
Bukit Maras. Sebuah terletak di Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia, manakala sebuah
lagi di Desa Berbura, Bangka, Indonesia. Jika Bukit Maras di Bangka terkenal dengan
kisah mitos dan mistik di sebalik keindahannya, Bukit Maras di Kuala Nerus pula
dikenali sebagai lokasi mendaki yang santai. Keindahan panorama laut yang boleh dilihat
dari puncak bukit yang terpacak pada ketinggian 330 meter itu bukan sahaja menggamit
penduduk tempatan, malah penggemar aktiviti rekreasi santai dari seluruh negara.
Sebelum dikenali sebagai destinasi mendaki, Bukit Maras terkenal sebagai kawasan
dusun durian kampung dan sumber hasil hutan yang menarik penggemarnya secara
bermusim.

Malah suatu ketika dahulu, bukit yang terpacak kukuh itu seakan asing dan tidak
membawa makna apa-apa kepada penduduk, meskipun menampung kepelbagaian flora
dan fauna. Itu cerita dahulu. Kini, Bukit Maras menjadi tumpuan ramai apabila
menyediakan ruang dan kesempatan kepada kelompok penggemar rekreasi termasuk
pencinta alam dan aktiviti lasak atau kecergasan bersamakeluarga. Keindahan panorama
sisi hutan, tanaman, perkampungan dan laut yang jelas terpapar sayup di kejauhan
mampu menjadikan lokasi yang agak terpencil ini sebagai tarikan pelancongan baharu di

4
000203110438

negeri Terengganu. Namun, hendaklah bukit itu dibangunkan secara terancang dan
terkawal. Dalam keghairahan itu, alam sekitarnya mesti terus dipelihara dan tidak
dibiarkan musnah atas nama pembangunan agar tidak menjadi suatu destinasi yang di-
abaikan kelak. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO
Negeri Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim berkata, pelbagai inisiatif akan
dilaksanakan dalam usaha membangunkan destinasi Bukit Maras sebagai kawasan riadah
mendaki dan aktiviti luncur udara (paragliding).

Bukit Maras kini dalam perhatian Pejabat Daerah Kuala Nerus untuk disenaraikan
dalam produk pelancongan. pengkaji percaya keistimewaan yang dimiliki bukit ini
mampu menjadi pakej untuk mempromosikan budaya dan gaya hidup sihat dalam
kalangan rakyat. Antara aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan di kampung maras ialah
“200 Meriahkan Kabat Bukit Maras” Seramai 200 peserta terdiri dari remaja, dewasa dan
kanak-kanak memeriahkan program Kabat Bukit Maras yang diadakan di Kampung
Maras, Tepoh. Kabat, sebuah istilah rakyat Terengganu yang merujuk kepada aktiviti
mendaki ini dianjurkan oleh Persatuan Luncur Udara Terengganu, Amazing Terengganu
dan Fit Terengganu sebagai usaha menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup
sihat dengan memanfaatkan persekitaran tempat tinggal mereka. Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim yang turut bersama dalam program
itu berkata kerajaan turut merancang untuk membangun puncak pada ketinggian 1100
meter itu sebagai pusat rekreasi baharu bagi penduduk sekitar.Dengan membangunkan
program Kabat Bukit Maras ini dapat memupuk semangat perpaduan antara masyarakat
yang hadir dalam program tersebut.

Kepentingan aktiviti kemasyarakatan ialah semangat kejiranan yang wujud dalam


kalangan masyarakat penduduk kampung maras yang berbilang kaum juga penting
sebagai produk pelancongan. Sesungguhnya, kedatangan pelancong asing ke kampung ini
banyak disebabkan kehidupan masyarakat penduduk kampung maras yang unik,
mempunyai pelbagai seni budaya yang menarik dan hidup secara harmoni dalam
komuniti kejiranan. Sesungguhnya, perpaduan masyarakat banyak membantu menarik

5
000203110438

kehadiran pelancong terutamanya ketika musim perayaan besar. Sebagai contohnya pada
sambutan Hari Kemerdekaan, Majlis Rumah Terbuka dan sambutan pesta-pesta tertentu
menampilkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara kita yang amat  disukai
oleh para pelancong asing tersebut . Selain di kawasan bandar, produk pelancongan
seperti Program Homestay atau Inap Desa di kawasan luar bandar juga dapat
menunjukkan semangat hidup berjiran dalam kalangan masyarakatnya . Maka
sememangnya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia sangat berfaedah
dan membawa pulangan ekonomi yang begitu memberangsangkan kepada Negara.

Antara rasional kajian ini dilakukan adalah bagi mengenalpasti aktiviti-aktiviti


kemasyarakatan yang mampu memupuk perpaduan di kampung maras. Selain itu,
rasional kajian yang kedua ialah mengkaji keberkesanan aktiviti kemasyarakatan yang
dijalankan dalam memupuk semangt perpaduan dalam kalangan penduduk di kampung
maras.

Kesimpulannya, aktiviti kemasyarakatan amat penting dalam mengeratkan


hubungan silaturrahim dan hubungan kejiranan antara perbagai kaum. Lebih – lebih lagi
seperti Negara Malaysia yang merupakan Negara majmuk yang mempunyai pelbagai
etnik sejak zaman dahulu lagi. Dengan sempurnanya aktiviti kemasyarakatan maka
sempurnalah hubungan silaturrahim sesebuah kampung itu.

6
000203110438

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian adalah sesuatu yang ingin dicapai melalui kajian yang dilakukan untuk
mendapatkan tujuan dapatan dan hasil kajian. Masalahan yang kita menjangkakan akan
dihadapi dan dibentuk melalui rangka kerja teorikal dan konseptual,maka secara tidak
langsung kita dapat membentuk objektif kajian supaya kajian mampu dicapai dan diukur.

Terdapat dua objektif kajian yang ditetapkan dalam kajian ini,iaitu ;

I. Mengenalpasti aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang memupuk perpaduan di


Kampung Maras
II. Mengkaji keberkesanan aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan dalam
memupuk semangat perpaduan dalam kalangan penduduk di Kampung Maras

7
000203110438

3.0 Lokasi Kajian

Peta 1 : Terengganu , Malaysia.

Sumber : Google Maps

Ibu Negeri Terengganu ialah Kuala Terengganu. Negeri Terengganu Darul Iman
adalah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak
diantara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50.
Dibahagian selatan dan barat daya pula bersepadanan dengan Pahang. Keluasan Negeri
Terengganu sekarang kira-kira 1,295,638.3 hektar / 1,295,512.1 hektar. Jaluran pantainya
menganjur sejauh 225 kilometer dari utara (Besut) ke selatan (Kemaman).

Sebagai sebuah daerah, Kuala Terengganu merupakan yang terkecil dari segi
keluasan, tetapi ( sekiranya kawasan daerah Kuala Nerus yang terletak dibawah bidang
kuasa Majlis Bandarsya Kuala Terengganu ) ia mempunyai penduduk terbanyak di negeri
ini iaitu sebanyak 343,284 orang pada tahun 2010. Status bandaraya diberikan kepada
Kuala Terengganu tidak terkecuali daripada pemodenan dan pembangunan, ia masih
mengekalkan ciri-ciri kemelayuan yang masih utuh sambil digabungkan bersama-sama
warisan dan budaya lain disebabkan sejarah panjangnya sebagai pelabuhan.

8
000203110438

Peta 2 : Daerah Kuala Nerus

Sumber : Google Maps

Kuala Nerus merupakan daerah baru di Negeri Terengganu. Daerah ini telah
diisytiharkan secara rasminya sebagai daerah baru oleh Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri dalam lawatan beliau ke Majlis Pecah Tanah Hospital Pengajar Universiti Sultan
Zainal Abidin (UNISZA) pada 18 september 2014 yang lalu. Keluasan daerah Kuala
nerus adalah sebanyak 39,752.13 Hektar (65%). Daerah ini mempunyai aggaran jumlah
penduduk seramai 200,000 orang dan terdapat 105 JKKK dalam oentadbiran Daerah
Kuala Nerus.

Kuala Nerus merupakan salah sebuah daripada lapan daerah di Terengganu.


Daerah ini dan daerah Kuala Terengganu ditadbir oleh Majlis Bandaraya Kuala
Terengganu – Bandaraya Warisan Pesisir Air. Daerah Kuala Nerus kini ditadbir di
pejabat sementara di Dataran Rimba, Jalan Tengku Mohamad, Kuala Nerus. Projek
pembangunan bersepadu pusat pentadbiran daerah ini sedang dalam pembinaan yang
dikenali sebagai Bandar Al-Wathiqu Billah. Bandar ini akan dibangunkan di kawasan
Kampung Baruh Tok Jiring,Kuala Nerus.

9
000203110438

Peta 3 : Kampung Maras

Sumber : Google Maps

Kampung Maras merupakan sebuah kampung yang terletak di Kuala Terengganu


dalam Terengganu,iaitu sebuah negeri di Malaysia. Berdasarkan peta 3 di atas, peta
menunjukkan lokasi kajian yang ingin dikaji oleh pengkaji iaitu di Kampung
Maras,Kuala Nerus. Jarak dari Kampung Maras ialah kira-kira 25 kilometer dari bandar
Kuala Terengganu.

Penduduk yang mendiami lokasi yang dikaji ialah kebanyakkan didominasikan


oleh kaum melayu. Kebanyakkan penduduk kampung yang tinggal berdekatan dengan
lokasi kajian menjalankan aktiviti perkampungan seperi pertanian, terdapat juga
sebilangan yang bekerja sebagai penjawat awam. Selain itu, bilangan penduduk yang
terdapat di daerah ini sekitar 2000 lebih (Anggaran Kasar) orang penduduk.

10
000203110438

4.0 Metadologi Kajian

Kajian ini membincangkan tentang metadologi kajian yang digunakan untuk


mengenalpastitema Perpaduan dan Integrasi yang bertajuk Aktiviti kemasyarakatan
menjadi pemangkin perpaduan penduduk kawasan Kampung Maras,Kuala Nerus.
Pelbagai kaedah yang digunakan dalam mengkaji tajuk ini.

4.1 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah tinjauan. Tinjauan adalahpendekatan


deskriptif yang digunakan dengan meluas dalam bidang penyelidikan bagi mengumpyl
data dan maklumat( AzizYahya 2007 ). Menurut finik (1995) , tinjauan adalah satu
sistem mengumpul data untuk menghurai,membandingkan ataau menjelaskan
pengetahuan, sikap dan amalan serta tingkah laku.

4.2 Sampel Kajian

Pemilihan sampel untuk kajian dilakukan secara rawak mudah yang melibatkan 3-
penduduk di Kampung Maras, Kuala Nerus .Bilangan sampel bersesuaian dengan kajian
kuantiatif yang memerlukan bilangan sampel yang besar untuk mewakili populasi yang
dikaji

4.3 Pemerhatian

Dapatan kajian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas
responden terhadap soal selidik, temu bual, rujukan dan pemerhatian yang telah
dijalankan berkaitan dengan mengenal pasti jenis-jenis aktiviti masjid dan kesan aktiviti
kemasyarakatan terhadap penduduk di Kampung Maras terhadap perpaduan

11
000203110438

4.3.1 Soal Selidik

Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua,soal selidik didefiniskan sebagai


sejumlah soalan yang dikemukakan dalam borang tertentu untuk dijawab oleh sebilangan
orang dalam usaha mencari dan mengumpulkan maklumat tertentu untuk dijawab oleh
sebilangan orang dalam usaha mencari dan mengumpulkan maklumat tertentu. Semasa
proses menjalankan kajian ini, pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik kepada 30
orang responden yang diwakili oleh golongan yang berada dalam kategori umur 21
hingga 30 seramai 6 orang responden. Bagi kategori umur 31 hingga 40 tahun pula
seramai 3 orang responden. kategori umur 41 hingga 50 pula seramai 5 . Manakala 51
tahun ke atas pula seramai 16 orang responden.

Tujuannya adalah untuk memudahkan pengkaji dalam mengkaji data sama ada
positif atau sebaliknya berkaitan dengan aktiviti kemasyarakatan yang diamalkan oleh
penduduk setempat dan keberkesanan aktiviti kemasyarakatan bagi memupuk perpaduan
dalam kalangan penduduk di Kampung Maras,Kuala Nerus,Terengganu. Kaedah tersebut
tersebut digunakan bagi mencapai objektif 2. Kesemua responden dipilih secara rawak
dari segi jantina dan umur. Pengkaji juga tidak menghadapi sebarang masalah sepanjang
sesi soal selidik dijalankan. Bahagian A menjurus kepada butir-butir peribadi iaitu jantina
responden. Manakala Bahagian B dan C pula berkenaan aktiviti kemasyarakatan dan
keberkesanan aktiviti kemasyarakatan tersebut bagi memupuk semangat perpaduan dalam
kalangan penduduk di Kampung Maras. Bahagia A terdiri daripada 3 soalan iaitu jantina,
umur dan status, manakala Bahagian B dan C telah disediakan 10 soalan yang
mengandungi 4 askpek penting berkaitan dengan objektif 2.

4.3.2 Temu Bual

Kaedah temu bual juga telah dijalankan oleh pengkaji dengan menemu bual 3
orang penduduk yang tinggal di Kampung Maras. Tujuan temu bual ini adalah untuk
mendapatkan data serta untuk mengetahui pengalaman penduduk tentang aktiviti yang
dilaksanakan dan kesan aktiviti terhadap perpaduan di Kampung Maras. Kaedah temu
bual bersemuka digunakan dalam kajian ini untuk mendapat 3 informen yang dipilih dari

12
000203110438

Kampung Maras. Mereka adalah pengerusi Majlis Perwakilan Ketua Kampung (MPKK)
Kampung Maras,Encik Zainuddin bin Zakaria,Ahli jawatan kuasa (AJK) Encik Shukri
bin Ali dan penduduk kampung Maras iaitu Encik Che Ali bin Che Awi. Masa temu
bual ialah pada 15 Febuari 2019 dan tempoh temu bual memakan masa sekurang-
kurangnya 10 minit setiap responden.

Analisis kaedah temu bual yang telah dilakukan oleh pengkaji dan telah
dipaparkan dalam jadual

Bil Nama Pekerjaan Tarikh Masa Tempoh


1. Zainuddin bin Zakaria MPKK 15/2/2019 9.00 pagi 8 minit
Kampung
Maras
2. Shyukri bin Ali Pengurus 15/2/2019 9.30 pagi 7 minit
masjid
3. Che Ali bin Che Awi Berniaga 15/2/2019 10.40 pagi 10 minit
Sendiri
Jadual 1 : Analisis Temu Bual
Sumber: Kajian Lapangan 2019
4.3.3 Cara Analisis Data

Analisis secara kuantitif telah dijalankan atas data yang diperoleh melalui soal
selidik. Kaedah statistic deskripsi digunakan dalam menganalisan data yang berbentuk
skala likert. Bagi memudahkan penganalisisan data skala likert akan dikategorikan seperti
jadual di bawah :

Kategori Skala
Sangat setuju 1
Setuju 2
Tidak setuju 3

Selain itu, dalam aspek penganalisisan data,pengiraan manual akan digunakan . Oleh itu
kekerapan,peratusan dan min sahaja yang akan dijadikan data untuk dianalsis. Data yang
telah terkumpul akan disembahkan dalam bentuk grafik iatu graf carta pai dan jadual.

13
000203110438

5.0 HASIL DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini membincangkan mengenai analisis data dan memaparkan hasil


kajian yang telah dilakukan daripada semua metodologi yang telah digunakan seperti soal
selidik dan temu bual semasa kajian ini dijalankan. Data yang telah diperoleh telah
diproses bagi mendapatkan statistik yang diinginkan seperti taburan kekerapan, min
purata dan nilai peratusan.

5.1 Demografi Responden


5.1.1 Jantina
JANTINA PERATUS (%)
KEKERAPAN(ORANG)
LELAKI 20 67

PEREMPUAN 10 33

Jantina Jadual 1: Demografi Responden Mengikut

JANTINA

33%

67%

lelaki perempuan

(Sumber: Kajian Lapangan 2019)

Rajah 1: Jantina

14
000203110438

Berdasarkan Rajah 1, menunjukkan bahawa demografi responden berdasarkan


jantina penduduk Kampung Maras yang telah disoal selidik. Daripada 30 orang
responden yang telah disoal selidik seramai 20 orang responden adalah jantina lelaki
yang bersamaan 67 peratus. Sementara itu, bagi jantina perempuan adalah seramai 10
orang responden yang bersamaan 33 peratus

5.1.2 UMUR

UMUR (TAHUN) KEKERAPAN PERATUS (%)


(ORANG)
Bawah 20 0 00

21-30 6 20

31-40 3 10

41-50 5 17

51 dan keatas 16 53

Jadual 2 : Demografi Responden Mengikut Umur

UMUR

20%

10%
53%

17%

Bawah 20 21-30 31-40 41-50 51 dan keatas

15
000203110438

(Sumber: Kajian Lapangan


2019)
Rajah 2 : Umur

Dapatan kajian berdasarkan Rajah 2 menunjukkan demografi responden


berdasarkan umur reponden. Daripada 30 orang responden yang telah disoal selidik,
seramai 6 orang responden yang berumur 21 hingga 30 yang mencatat peratusan
sebanyak 20 peratus dan seramai 3 orang responden yang berumur 31 hingga 40 tahun
yang mencatat peratusan terkecil iaitu sebanyak 10 peratus. Seterusnya, responden yang
berumur 41 hingga 50 tahun iaitu seramai 5 orang responden mencatat peratusan
sebanyak 17 peratus. Akhir sekali, responden yang berumur 51 tahun dan keatas telah
mencatat peratusan yang tertinggi iaitu sebanyak 53 peratus iaitu seramai 16 orang.

5.1.3 Tahap Pendidikan

Kelulusan tertinggi Kekerapan (orang) Peratus(%)

DARJAH 6 5 17

PMR/SRP 9 30

SPM/HSC 10 33.33

STPM/DIPLOMA 3 10

IJAZAH 3 10
Jadual 2 : Demografi Kelulusan Tertinggi

16
000203110438

KELULUSAN TERTINGGI
DARJAH 6 PMR/SRP SPM/HSC STPM/DIPLOMA IJAZAH

11%
19%

37%

33%

(Sumber: Kajian Lapangan


2019)
Rajah 3: Demografi kelulusan tertinggi

Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30 orang responden yang dipilih


mendapati bahawa seramai 5 orang (17%) berada ditahap pendidikan Darjah 6. Pada
tahap pendidikan PMR/SRP seramai 9 orang (30%) . Manakala responden ditahap
pendidikan SPM/HSC adalah seramai 10 orang (33.33%) . Manakala tahap pendidikan
STPM/Diploma dan Ijazah mempunyai kekerapan (orang) yang sama iaitu seramai 3
orang ( 10%).

17
000203110438

5.2 Mengenal pasti aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dapat memupuk


perpaduan

Terdapat pelbagai jenis aktiviti yang dijalankan dalam memupuk perpaduan penduduk
kampung. Aktiviti yang dijalankan ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara
penduduk.

Bil Program Ya Tidak


1 Tilawah Al – Quran /
2 Aktiviti agama ( di masjid ) /
3 Kursus pengurusan jenazah /
4 Sambutan Hari Raya Aidilfitri /
5 Kenduri-kendara /
6 Gotong – royong /
7 Majlis asyura /
8 Majlis nisfu syaaban /
9 Majlis berbuka puasa perdana /
10 Aktiviti membersih kubur /
11 Majlis agihan zakat /
12 Aktiviti lawatan kebajikan /

AKTIVITI AGAMA ( DI MASJID )

Sebagai seorang AJK Masjid di Kampung Maras, Encik Shukri bin Ali
menjelaskan bahawa aktiviti agama sering diadakan di masjid tersubut. Antara aktiviti
agama yang dijalankan di Masjid ialah kelas mengaji,kuliah agama, program tadarus al-
Quran, kelas Bahasa Arab, kursus pengurusan jenazah, kem solat bestari dan pelbagai
lagi.Aktiviti agama merupakan salah satu program yang penting bagi penduduk di
Kampung Maras.Aktiviti agama ini kebiasaannya dilakukan pada hari minggu iaitu hari
jumaat dan sabtu. Aktiviti agama seperti kuliah agama diadakan pada setiap malam
isnin ,rabu dan jumaat iaitu selepas solat maghrib.Semasa kuliah agama ini
berlangsung,jemaah masjid boleh menanyakan apa-apa soalan yang mereka ingin Tanya

18
000203110438

kerana akan terdapat sesi soal jawab dengan ustaz yang mengajar di penghujung kuliah
tersebut. Antara ustaz yang mengajar kuliah agama di Masjid Kampung Maras ialah
Ustaz Shafiq Amrie dan Ustaz Hafizi

GOTONG-ROYONG
Gotong royong didefinisikan sebagai tolong menolong atau kerja bersama-
sama.Seramai kira-kira 30 orang penduduk termasuk lelaki dan perempuan yang terlibat
dalam program gotong royong ini.Sebab utama aktiviti gotong royong diadakan adalah
untuk membersihkan dan mencantikkan lagi kawasan di persekitaran kampung maras.
Antara aktiviti yang dilakukan penduduk selama program gotong royong ini berlangsun
ialah aktiviti mengecat masjid membersihkan kawasan masjid,dewan serbaguna,
persekiran kubur dan sebagainya. Program ini mendapat sambutan yang begitu hangat
daripada penduduk Kampung Maras. Program ini juga diadakan bertujuan untuk
memupuk integrasi dan perpaduan penduduk melalui komunikasi dan kerjasama mereka
dalam aktiviti gotong-royong.

“Saya begitu berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua
penduduk yang terlibat dalam aktiviti gotong royong ini” kata Encik Azman selaku
pengerusi Masjid Kampung Maras. “Saya juga melihat bahawa melalui program
ini,kerjasama yang begitu baik antara penduduk amat penting bagi menjayakan sesuatu
program ini dan juga penting demi memupuk integrasi dan perpaduan penduduk”kata
Encik Azman

KENDURI KENDARA

Penduduk di kampung ini sering mengadakan majlis perkahwinan,terutamanya


pada cuti panjang. Penduduk kampung ini turut membantu memasak dan melakukan
kerja-kerja lain yang diperlukan bagi menjayakan majlis tersebut.Penduduk kampung
Maras tidak henti menyumbang apa yang termampu , sebagai contoh, ada yang
menyumbang beras, gula, garam dan lain-lain. Bagi kaum lelaki, mereka bekerjasama
memasang khemah dan bahan memasak. Selepas selesai majlis perkahwinan, penduduk

19
000203110438

kampung bekerjasama membersihkan apa yang patut. Ia sebagai tanda hormat kepada
tuan rumah dan majlis seperti ini dapat meningkatkan lagi perpaduan antara kaum di
kampung ini.

AKTIVITI MEMBERSIH KUBUR

Penduduk kampung ini memanfaatkan cuti hujung minggu dengan mengadakan


program membersihkan kawasan tanah perkuburan. Aktiviti ini Berjaya dilakukan
dengan jayanya walaupun maklumat mengenainya disebarkan melalui applikasi
‘WhatsApps’ dan hebohan dari mulut ke mulut penduduk di kampung maras ini.
Penganjuran program ini penting supaya dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara
penduduk.Pembersihan perkuburan seperti ini sempat dilakukan pada hari jumaat dan
sabtu sahaja iaitu pada hujung minggu yang melipatkan penduduk kampung serta ahli
jawatankuasa kampung. Selain membersihkan tanah perkuburan,penduduk juga turut
menghulurkan sumbangan seperti makanan dan minuman kepada penduduk yang hadir
untuk membersihkan kawasan tanah perkuburan.Namun begitu, penglibatan golongan
muda juga penting kerana semangat kejiranan dan gotong royong seperti ini kian terhapus
dalam kalangan masyarakat.

AKTIVITI LAWATAN KEBAJIKAN

Penduduk Kampung Maras juga mengadakan aktiviti lawatan kebajikan dalam


kalangan penduduk setempat. Terdapat pelbagai khidmat bantuan yang diberikan oleh
sukarelawan kebajikan di Kampung Maras. Sebagai contoh ialah menyediakan makanan
dan minuman,menjadi rakan berbual,menjalankan aktiviti riadah,membawa ke hospital
atau klinik untuk tujuan rawatan dan mengambil ubat, menemani warga emas dan OKU
ke tempat beribadat dan sebagainya lagi. Aktiviti lawatan kebajikan ini bertujuan untuk
membantu golongan yang memerlukan contohnya golongan yang tidak berkemampuan
dari segi kewangan dan sebagainya. Pihak lawatan dan kebajikan juga memberikan
sedikit sumbangan seperti beras,gula,gandum,minyak masak dan sebagainya dengan
tujuan untuk meringankan beban penduduk yang tidak bernasib baik ini. Oleh itu,
terdapat pelbagai nilai murni dalam membantu penduduk setempat. Antaranya ialah, kita
dapat mengeratkan hubungan dan mengenali lebih dekat lagi dengan penduduk setempat
ini.

20
000203110438

5.3 MENGKAJI KESAN AKTIVITI TERHADAP PERPADUAN DI KAMPUNG


MARAS

Bagi mencapai objektif 2, pengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik. Pengkaji
telah mengagihkan borang soal selidik kepada 30 orang responden untuk diisi.

bil Kesan Sangat setuju setuju Tidak setuju


bil % bil % bil %
1. Dapat mengeratkan 25 83.33 3 10 2 7
hubungan antara penduduk
kampung
2. Dapat menerapkan nilai 15 50 13 43.33 2 7
murni dalam diri
3. Dapat menghidupkan 12 40 18 60 0 0
semangat kejiranan
4. Dapat mendalami ilmu 10 33.33 15 50 5 17
agama
5. Masyarakat dapat 10 33.33 20 66.66 0 0
mengenali jiran dengan
lebih mendalam

21
000203110438

DAPAT MENGERATKAN HUBUNGAN ANTARA


PENDUDUK

7%

10%
sangat setuju
setuju
tidak setuju

83%

Carta 1 : Dapat mengeratkan hubungan antara penduduk

Sumber:Kajian Lapangan 2019

Dapatan kajian carta 1 menunjukkan seramai 25 orang (83.33%) responden telah


memilih sangat setuju. Manakala seramai 3 orang (10%) memilih setuju dan selebihnya
2 orang (7%) telah memilih tidak setuju bagi penyataan dapat mengeratkan hubungan
antara penduduk ini. Ia menunjukkan bahawa penduduk di kampung Maras
kebanyakkannya memilih sangat setuju bagi kesan yang dapat mengeratkan hubungan
antara penduduk.

22
000203110438

DAPAT MENERAPKAN NILAI MURNI DALAM


DIRI

7%

sangat setuju
setuju
tidak setuju

50%
43%

Carta 2 : Dapat menerapkan nilai murni dalam diri

Berdasarkan carta 2, seramai 15 orang (50%) memilih sangat setuju.


Manakala seramai 13 orang (43.33%) memilih setuju dan selebihnya telah memilih tidak
setuju iaitu seramai 2 orang (7%).Pengkaji mendapati bahawa aktiviti kemasyarakatan
yang dijalankan menjadikan masyarakat memperolehi penerapan nilai murni dalam diri
sekaligus dapat memupuk semangat perpaduan antara kampung.

23
000203110438

DAPAT MENGHIDUPKAN SEMANGAT KE-


JIRANAN

sangat setuju
setuju
44% tidak setuju

56%

Carta 3 : dapat menghidupkan semangat kejiranan

Dapatan hasil kajian menunjukkan bahawa seramai 30 orang responden yang


dipilih seramai 12 orang (40%) responden memilih setuju .Manakala seramai 18 orang
(60%) responden telah memilih sangat setuju. Majoriti responden bersetuju dengan kesan
daripada aktiviti kemasyarakatan iaitu dapat menghidupkan semangat kejiranan yang
dibuat oleh penduduk di Kampung Maras

24
000203110438

DAPAT MENDALAMI ILMU AGAMA


2%

sangat setuju
39% setuju
tidak setuju

59%

Carta 4 : Dapat mendalami ilmu agama

Dapatan hasil kajian menunjukkan bahawa seramai 10 orang (33.33%) responden


telah memilih sangat setuju bagi kesan dapat mendalami ilmu agama yang terdapat
daripada aktiviti kemasyarakatan yang diadakan di kawasan penduduk kampung
maras .Contohnya aktiviti agama yang diadakan di masjid dan dihadiri oleh Ustaz untuk
menyampaikan kuliah atau tazkirah. Manakala seramai 15 orang (50%) responden
memilih setuju dan selebihnya iaitu seramai 5 orang (17%) responden yang memilih tidak
setuju. Rata-rata responden telah memilih bersetuju terhadap kesan dapat mendalami
ilmu agama, hanya segelintir sahaja yang tidak bersetuju kesan ini.

25
000203110438

MASYARAKAT DAPAT MENGENALI JIRAN


DENGAN LEBIH MENDALAM

33% sangat setuju


setuju
tidak setuju

67%

Carta 5 : Masyarakat dapat mengenali jiran dengan lebih mendalam

Berdasarkan dapatan hasil kajian seramai 30 orang responden tidak ada yang
memilih tidak setuju atas kenyataan kesan masyarakat dapat mengenali jiran dengan lebih
mendalam melalui aktiviti lawatan kebajikan yang dibuat di kawasan kampung
Maras.Seterusnya , seramai 10 orang (33.33%) responden telah memilih sangat setuju.
Manakala seramai 20 orang (66.66%) responden telah memilih setuju. Pengkaji
mendapati bahawa aktiviti kemasyarakatan seperti aktiviti lawatan kebajikan mendapat
sambutan kerana dengan aktiviti lawatan kebajikan sebegini dapat mengeratkan lagi
hubungan dan dapat mengenali jiran dengan lebih mendalam.

26
000203110438

6.0 Rumusan dan Kesimpulan

Kajian ini telah dijalankan untuk mengenal pasti aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang
dapat memupuk perpaduan serta mengkaji keberkesanan aktiviti masyarakat yang
dijalankan dalam memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat di Kampung Maras.

Bagi mencapai objektif kajian ini, seramai 30 orang penduduk di Kampung


Maras,Kuala Nerus telah dipilih sebagai responden untuk kajian ini. Bahagian ini akan
merumuskan hasil dapatan kajian.

Kaedah kajian dan Demografi Responden

Terdapat 4 kaedah kajian yang dipilih untuk menjalankan kajian ini iaitu melalui soal
selidik, kaedah temu bual, kaedah rujukan dan kaedah pemerhatian. Dalam menjalankan
kaedah soal selidik ini, seramai 30 orang responden yang telah dipilih secara rawak
daripada populasi kawasan kajian.

Datapan kajian menunjukkan seramai 20 orang responden lelaki dan seramai 10


orang responden perempuan yang telah dipilih untuk menjawab 1 set soal selidik.
Kebanyakan daripada mereka daripada kalangan umur 51 tahun ketas dan majority
responden adalah lelaki.Selain itu,majoriti responden adalah daripada bangsa melayu.
Seterusnya, taraf pendidikan dikategorikan kepada 5 iaitu , Darjah 6, PMR/SRP,
SPM/HSC, STPM/Diploma dan Ijazah. Kebanyakan responden berkelulusan tertinggi di
SPM/HSC .

Pengkaji turut menemu bual 3 orang penduduk yang lebih berpengalaman dalam
menyertai dan penganjur aktiviti kemasyarakatan di Kampung Maras, Kuala Nerus ini.
Setelah mengumpul data daripada responden dan menemu bual dalam aspek penganalisan
data, pengiraan manual dan diguna pakai oleh pengkaji. Oleh itu, kekerapan dan peratus
sahaja telah dijadikan data untuk dianalisis.

27
000203110438

6.1 Aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dapat memupuk perpaduan

Dapatan hasil kajian mendapati bahawa terdapat banyak aktiviti kemasyarakatan yang
terdapat di Kampung Maras ini. Menurut soal selidik , ramai responden yang bersetuju
dengan aktiviti kemasyarakatan yang diamalkan bagi memupuk perpaduan di kalangan
penduduk Kampung Maras.

Selanjutnya, terdapat pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan di


kampung Maras, Sebagai contoh, aktiviti agama (di masjid), gotong royong, aktiviti
lawatan kebajikan, aktiviti membersihkan kubur dan kenduri kendara. Kebanyakan
kekerapan responden ramai memilih sangat setuju pada aktiviti-aktiviti kemasyarakatan
yang diamalkan oleh penduduk setempat.

Hal ini jelaslah menunjukkan bahawa majoriti responden setuju dengan pelbagai
aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan di Kampung Maras , Kuala Nersus.

28
000203110438

6.2 Persepsi Responden Terhadap Kesan tentang Aktiviti Kemasyarakatan yang


berlangsung di kawansan Kampung Maras yang diamalkan oleh penduduk
setempat.

Menurut borang soal selidik yang dikumpulkan, pengkaji mendapati kebanyakan


responden setuju dengan kesan aktiviti kemasyarakatan yang telah diamalkan oleh
penduduk . Antara kesannya ialah dapat mengeratkan hubungan antara penduduk
kampung iaitu melalui aktiviti gotong royong.

Seterusnya , Majoriti responden juga bersetuju dengan kesan dapat mendalami


ilmu agama iaitu apabila masyarakat didedahkan dengan ceramah atau kuliah agama di
masjid.Akhir sekali, majoriti responden setuju bahawa dengan aktiviti kemasyarakatan
seperi aktiviti lawatan kebajikan dapat mengenali jiran dengan lebih mendalam.

Hal ini jelaslah menunjukkan bahawas majority responden bersetuju dengan


kesan yang diperolehi apabila aktiviti kemasyarakatan diamalkan oleh penduduk
setempat.

29
000203110438

6.3 Kesimpulan

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, iaitu tentang aktiviti-aktiviti


kemasyarakatan yang dapat memupuk perpaduan penduduk kawasan Kampung Maras,
Kuala Nerus rata-rata responden bersetuju . Malah, kesemua 1 set soal selidik yang
diberikan kepada responden menunjukkan jawapan positif lebih banyak berbanding
negatif. Berdasarkan analisis kebanyakkan responden bersetuju keberkesanan tentang
aktiviti-aktiviti yang telah diamalkan oleh penduduk setempat dalam mewujudkan
perpaduan antara penduduk.

30
000203110438

7.0 Rujukan

Akhbar Berita Harian, “Memupuk Semangat perpaduan dan patriotisme” Dicapai pada
September 20, 2018, dari
https://www.bharian.com.my/rencana/surat-pembaca/2018/09/469640/memupuk-semangat-
dan-patriosme

Buku ilmiah, “ Perpaduan Dan Intergrasi Nasional” , 2016 , Bahagian Penerbitan Dasar
Negara , Jabatan Penerangan Malaysia

Google Maps (2005). Dicapai pada Febuari 8,2005 dari https://www.google.com/maps

.Hj Samat Buang (2003). “Definisi perpaduan kemasyarakatan”. Dicapai pada November
20,2005, dari https://www.scribd.com/doc/59232754/DEFINISI-PERPADUAN-
KEMASYARAKATAN

J.S Furnival (1948) “ Amalan Gotong Royong” Dicapai pada September 20,2016, dari
http://fyppolisas2016.blogspot.com/2016/09/amalan-gotong-royong.html

Kamus Dewan Edisi Ketiga,1994,Kuala Lumpur : Dewan bahasa dan pustaka

Kamus Pelajar Bahasa Melayu Dewan Edisi Kedua , 2016, Kuala Lumpur : Dewan
bahasa dan pustaka

Rosalinda Md. Said : “Bukit Maras Tumpuan Pendaki” dlm. Utusan online, 25 ogos 2018

Torek Sulong (2017). “Aktif Aktiviti Keagamaan”. Dicapai pada Januari 27,2017 dari
http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kelantan/aktif-aktiviti-keagamaan-1.436885

Wawancara secara bebas antara pengkaji dengan Encik Zainuddin bin Zakaria, Majlis
Perwakilan Ketua Kampung (MPKK) Kampung Maras pada 9 pagi, 15 Febuari 2019

Wawancara secara bebas antara pengkaji dengan Encik Shukri bin Ali , Ahli Jawatan
Kuasa (AJK) Masjid Kampung Maras pada 9.30 pagi, 15 Febuari 2019

Wawancara secara bebas antara pengkaji dengan Encik Che Ali bin Che Awi, penduduk
Kampung Maras pada 10.40 pagi, 15 Febuari 2019

31
000203110438

8.0 Lampiran
8.1 Gambar aktiviti-Aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan di Kampung Maras

32
000203110438

33

You might also like