Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SK PAYA TERENDAM,
08200 SIK, KEDAH. Tel :

Kepada : Tarikh : 29 Mei 2022

Semua Ibu Bapa/ Penjaga Murid :


Pra Sekolah - 5 dan 6 Tahun, Tahun 1-6.

Tuan/Puan,
MEMOHON KEBENARAN IBU/BAPA/PENJAGA MURID PRA SEKOLAH (5 TAHUN DAN 6 TAHUN)
HINGGA TAHUN 3 (9 TAHUN) UNTUK MELAKSANAKAN UJIAN BMI DAN MURID TAHUN 4 (10
TAHUN) HINGGA TAHUN 6 (12 TAHUN) UNTUK MELAKSANAKAN UJIAN STANDARD
KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK) BAGI KALENDAR AKADEMIK SESI 2022/2023
Adalah seperti yang dirujuk.
2. Dengan merujuk SPI Bil.9/2021, Pelaksanaan Ujian Standard Pengukuran Indek Jisim Badan
(BMI) dan SPI Bil.2/2016, Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia
(SEGAK), arahan pelaksanaan ini akan melibatkan semua murid di semua sekolah di bawah KPM yang
berumur 5 hingga 12 Tahun bertujuan menangani dan mengenal pasti isu obesiti dalam kalangan murid
sekolah seawal usia 5 tahun sebanyak 2 kali setahun (Jun dan November).
3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon kebenaran daripada pihak ibu/bapa/penjaga
untuk menjalankan Ujian BMi dan SEGAK tersebut terhadap anak jagaan tuan puan mengikut umur yang
ditetapkan dengan mengisi borang kebenaran seperti di Lampiran. Pihak tuan juga perlu menghantar
kembali Borang Kebenaran tersebut dalam kadar segera.
4. Akhir sekali, pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih atas perhatian tuan. Sebarang
pertanyaan, sila hubungi 019-4466940 (En. Muhammad Firdaus – Ketua Panitia PJPK SKPT).
Sekian, terima kasih.
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,

(EN. ABDULLAH BIN ZAINOL)


Guru Besar.

-------------------------------------------------------------- Potong di sini -------------------------------------------------------------


Saya :__________________________________________________ ibu/bapa/penjaga kepada :
________________________________________________dari kelas :_________________________
berumur : _____ Tahun dengan ini (MEMBENARKAN / TIDAK MEMBENARKAN) anak jagaan saya
melaksanakan Ujian BMI yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Saya bertanggungjawab atas segala
risiko yang terjadi dan membenarkan pihak sekolah mengambil tindakan awal terhadap anak saya jika
berlaku sebarang risiko yang berlaku sepanjang ujian dilaksanakan.
Yang benar,

………………………………………….
( )

You might also like