Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 48

CABARAN KRS 2022

PERINGKAT KEBANGSAAN
(SECARA DALAM TALIAN)

Anjuran:
BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Pengelola:
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN

1
CABARAN KRS 2022
SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1.0 Pendahuluan

Kegiatan kokurikulum bermaksud apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses


pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk
mengukuh dan menambah serta mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari
di dalam bilik darjah. Gerak kerja kokurikulum ini hendaklah dilaksanakan secara
terancang di semua peringkat dengan menerapkan nilai-nilai murni, jatidiri, khidmat
masyarakat, keusahawanan dan alam sekitar yang menjurus ke arah pembangunan
potensi, pembentukan karakter murid dan Sekolahku SEJAHTERA.

Cabaran KRS merupakan inisiatif penting yang dilaksanakan oleh KPM dengan sokongan
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk ahli-ahli KRS dan TKRS dalam menghadapi
transisi andemik Coronavirus 2019 (Covid-19) untuk memberi peluang kepada murid
mempamerkan kemahiran teknologi maklumat di samping membuat perkongsian
kemahiran dan pengalaman yang ada pada murid. Pelaksanaan program ini diharap
dapat memberi ruang kepada murid untuk berkongsi kemahiran ilmu pasukan badan
beruniform meskipun pelaksanaan aktiviti secara bersemuka seperti perkhemahan,
kursus, dan sebagainya belum lagi dapat dilaksanakan.

2
2.0 Objektif Aktiviti

2.1 Memupuk disiplin, sahsiah, jati diri, kepimpinan serta penerapan nilai-nilai murni
dalam kalangan ahli pasukan badan beruniform;

2.2 Berkongsi kemahiran ilmu pasukan badan beruniform yang dipelajari daripada guru
dan jurulatih;

2.3 Melahirkan murid yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) serta
mempraktikkan kemahiran pembelajaran teknologi maklumat dengan
mengaplikasikan kaedah pembelajaran abad ke-2;

2.4 Menyediakan murid yang menerima, menghormati dan menguruskan kepelbagaian


bagi membina Keluarga Malaysia yang bersatu padu; dan

2.5 Melahirkan insan sejahtera yang menyumbang kepada kemakmuran keluarga,


masyarakat, negara dan komuniti global melalui konsep Sekolahku Sejahtera.

3
3.0 Pelaksanaan Aktiviti

3.1 Cabaran KRS dijalankan dalam dua (2) peringkat iaitu peringkat negeri dan
peringkat kebangsaan. Pelaksanaan di peringkat negeri akan diuruskan oleh
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) manakala program peringkat kebangsaan akan
dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

3.2 Tarikh pertandingan ini dijalankan adalah seperti berikut:


(a) Peringkat Negeri : 07 September – 13 Oktober 2022
(b) Penghantaran Bahan : 14 – 17 Oktober 2022
(Atas Talian)
(c) Penjurian Kebangsaan : 07 – 09 November 2022
(d) Penutup : 10 November 2022

3.3 Pertandingan ini melibatkan aktiviti individu dan aktiviti berkumpulan. Sila rujuk
setiap modul bagi syarat-syarat pertandingan yang lebih terperinci.

3.4 Pertandingan ini terbuka kepada:


(a) Kadet Remaja Sekolah (KRS) : Putera & Puteri
(b) Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) : Putera & Puteri

4
3.5 Ringkasan maklumat pertandingan dan penyertaan:

MODUL PERTANDINGAN KATEGORI PENYERTAAN

10 pasukan penyertaan
3 orang bagi setiap negeri
1 Masakan Rimba
sepasukan
5 putera 5 puteri

10 pasukan penyertaan
16 orang bagi setiap negeri
2 Kawad Kaki
sepasukan
5 putera 5 puteri

10 pasukan penyertaan
3 orang bagi setiap negeri
3 Bantu Mula
sepasukan
5 putera 5 puteri

10 pasukan penyertaan
Ikatan dan 3 orang bagi setiap negeri
4
Simpulan sepasukan
5 putera 5 puteri

10 penyertaan
bagi setiap negeri
5 Cabaran Lasak Individu
5 putera 5 puteri

Hafazan 10 penyertaan
Surah dan Doa bagi setiap negeri
Individu
(kadet Islam
sahaja) 5 putera 5 putera
6
Pengucapan 10 penyertaan
Awam bagi setiap negeri
Individu
(kadet bukan
Islam sahaja) 5 putera 5 puteri

5
4.0 Syarat Umum Pertandingan
4.1 Penyertaan terbuka kepada semua kadet Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan Tunas
Kadet Remaja Sekolah (TKRS) sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM).
4.2 Paparan video WAJIB dalam keadaan melintang (horizontal).
4.3 Penggunaan semua jenis mikrofon adalah TIDAK DIBENARKAN.
4.4 Semua video penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana portal / media sosial
/ blog sebelum keputusan diumumkan secara rasmi oleh penganjur.
4.5 Pihak penganjur berhak menolak atau membatalkan mana-mana penyertaan yang
tidak mengikut atau memenuhi terma dan syarat pertandingan.
4.6 Penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil
hakcipta.
4.7 Video penyertaan hendaklah dimuat naik ke YouTube (tetapan unlisted), seterusnya
melengkapkan pendaftaran yang disediakan oleh urus setia.

6
1.0 MASAKAN RIMBA

1.1 Kategori
(a) Berkumpulan (3 orang) KRS Putera
(b) Berkumpulan (3 orang) KRS Puteri
(c) Berkumpulan (3 orang) TKRS Putera
(d) Berkumpulan (3 orang) TKRS Puteri

1.2 Pelaksanaan Aktiviti


1.2.1 Masakan Rimba TKRS Putera / Puteri
(a) Setiap kumpulan dikehendaki menunjukkan cara-cara menyediakan
makanan dalam tin yang biasa dibawa semasa aktiviti perkhemahan.
Contoh: Sardin.
(b) Makanan WAJIB dimasak dengan menggunakan mess tin.
(c) Peserta dikehendaki memakai uniform lengkap TKRS atau pakaian T-Shirt
TKRS sepanjang rakaman video. Peserta diwajibkan untuk menunjukkan
pemakaian yang memenuhi syarat dalam salah satu babak.
(d) Syarat penghasilan video:
(i) Rakaman video hendaklah disertakan dengan penerangan yang
lengkap sama ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan.
(ii) Video boleh disunting (edit).
(iii) Durasi video (termasuk intro) hendaklah tidak melebihi 4 minit. Video
yang melebihi durasi yang ditetapkan TIDAK AKAN DINILAI.

7
1.2.2 Masakan Rimba KRS Putera / Puteri
(a) Setiap kumpulan dikehendaki menunjukkan cara-cara menyediakan
makanan berkonsepkan masakan rimba dengan menggunakan bahan
seperti buluh dan mess tin.
(b) Peserta perlu memasak nasi dalam mess tin dan satu menu lauk di dalam
buluh.
(c) Peserta dikehendaki memakai uniform lengkap KRS atau pakaian T-Shirt
KRS sepanjang paparan video. Peserta diwajibkan untuk menunjukkan
pemakaian yang memenuhi syarat dalam salah satu babak.
(d) Syarat penghasilan video:
(i) Video hendaklah disertakan dengan penerangan lengkap sama ada
dalam bentuk lisan ataupun tulisan.
(ii) Video boleh disunting (edit).
(iii) Durasi video (termasuk intro) hendaklah tidak melebihi 5 minit.Video
yang melebihi durasi yang ditetapkan TIDAK AKAN DINILAI.

8
1.3 Penilaian dan Pemarkahan
1.3.1 Masakan Rimba TKRS Putera / Puteri

BIL. ITEM / PERKARA / MARKAH MARKAH

(a) Paparan keseluruhan proses


(a) Memperkenalkan bahan : 10
50
(b) Langkah penyediaan 30
(c) Kebersihan dan sanitasi 10

(b) Penerangan (lisan / tulisan)


15
(a) Isi kandungan penerangan: 15

(c) Persembahan produk


(a) Hiasan 5 10
(b) Kreativiti 5

(d) Kualiti video 5


5
(audio / video / muzik latar / kreativiti)

(e) Uniform (penuh / separa) 10 10

(f) Kerjasama dalam kumpulan


(a) Penglibatan semua ahli : 5 10
(b) Pelaksanaan aktiviti 5

Jumlah markah 100

9
1.3.2 Masakan Rimba KRS Putera / Puteri

BIL. ITEM / PERKARA / MARKAH MARKAH

(a) Paparan keseluruhan proses memasak nasi


(a) Perkenalkan bahan 5
25
(b) Langkah penyediaan 15
(c) Kebersihan dan sanitasi 5

(b) Paparan keseluruhan proses memasak lauk


di dalam buluh
(a) Perkenalkan bahan 5 25
(b) Langkah penyediaan 15
(c) Kebersihan dan sanitasi 5

(c) Penerangan (lisan / tulisan)


10
(a) Isi kandungan penerangan: 10

(d) Kualiti video 10


10
(audio / video / muzik latar / kreativiti)

(e) Persembahan produk


(a) Hiasan :5 10
(b) Kreativiti :5

(f) Kerjasama dalam kumpulan


(a) Penglibatan semua ahli : 5 10
(b) Pembahagian tugas :5

(g) Uniform (penuh / separa) : 10 10

Jumlah markah 100

10
2.0 KAWAD KAKI

2.1 Kategori
(a) Individu KRS Putera
(b) Individu KRS Puteri
(c) Individu TKRS Putera
(d) Individu TKRS Puteri
(e) Pasukan KRS Putera
(f) Pasukan KRS Puteri
(g) Pasukan TKRS Putera
(h) Pasukan TKRS Puteri
(i) Ketua Platun KRS Putera
(j) Ketua Platun KRS Puteri
(k) Ketua Platun TKRS Putera
(l) Ketua Platun TKRS Puteri

2.2 Pelaksanaan Aktiviti


2.2.1 Jumlah markah penuh bagi Kawad Individu ialah 115 markah.
2.2.2 Jumlah markah bagi Kawad Pasukan ialah 460 markah, iaitu campuran
markah kawad Ketua Platun [260 markah] dan markah Kawad Pasukan [200
markah].

11
2.2.3 Elemen dinilai bagi Pakaian dan Aksesori TKRS [10 markah]

Jumlah elemen dinilai: 10

1. Beret warna Sherwood Dark Green, berpelapik merah dengan lencana


KRS logam
2. Baju TKRS warna Light Green No. L109
3. Seluar sekolah warna biru (Putera / Puteri)
4. Tali pinggang warna Sherwood Dark Green, berkepala emas dengan logo
KRS (dinilai bersama dengan 2.2.3 – 5.)
5. Tudung warna Sherwood Dark Green / Kekemasan rambut (dinilai bersama
dengan 2.2.3 – 4.)
6. Lanyard merah jenis single
7. Dot kolar / Collar dot
8. Lencana poket / Pocket badge
9. Tag nama; base hitam, border putih, tulisan putih
10. Kasut hitam bertali dan stoking hitam
11. Sarung tangan putih / White glove

12
2.2.4 Elemen dinilai bagi Pakaian dan Aksesori KRS [13 markah]

Jumlah elemen dinilai 13

1. Beret warna Sherwood Dark Green, berpelapik merah dengan lencana


KRS logam
2. Jambul merah / Red hackle
3. Baju KRS No. 4 warna Sherwood Dark Green
(a) Putera : Lengan panjang dilipat pendek
(b) Puteri : Lengan panjang tidak dilipat
4. Lencana sulam KRS (kanan dan kiri)
5. Shoulder title KADET REMAJA (kanan) dan NEGERI (kiri) dengan tulisan
berbenang emas
6. Seluar KRS No. 4 warna Sherwood Dark Green
7. Tudung warna Sherwood Dark Green (Puteri) (dinilai bersama dengan
2.2.4 – 8.)
8. Tali pinggang kanvas warna Sherwood Dark Green, berkepala emas
dengan logo KRS (dinilai bersama dengan 2.2.4 – 7.)
9. Tali lanyard merah single
10. Dot kolar / Collar dot
11. Lencana poket / Pocket badge
12. Tag nama hitam dengan border putih
13. Spike boot / Drill boot dengan stoking warna hitam
14. Sarung tangan putih / White glove

13
2.2.5 Elemen dinilai bagi Kawad Individu [115 markah]

Jumlah elemen dinilai: 23

1. Melapor
2. Doa masuk baris (Dengar sini semua sekali! ...)
3. Bergerak ke kiri, kiri pusing
4. Bergerak ke kanan, belakang pusing
5. Menghadap ke belakang, kanan pusing
6. Menghadap ke hadapan, belakang pusing
7. Bergerak ke kiri, kiri pusing
8. Cepat jalan
9. Hormat ke hadapan, hormat
10. Tukar langkah semasa berjalan
11. Hormat selaku terima sijil
12. Hormat ke kanan, hormat
13. Bergerak ke kanan, belakang pusing
14. Tukar langkah perlahan, perlahan jalan
15. Bergerak ke kiri, belakang pusing
16. Tukar langkah cepat, cepat jalan
17. Menghadap ke belakang, kiri pusing
18. Menghadap ke hadapan, belakang pusing
19. Hentak kaki
20. Berhenti
21. Mara menghadap
22. Lapor keluar
23. Berjalan dalam masa cepat (keseluruhan)

14
2.2.6 Elemen dinilai bagi Kawad Pasukan [200 markah]

Jumlah elemen dinilai: 40

Pergerakan Masuk Padang dan Melapor


1. Pergerakan masuk padang ( berjalan )
2. Berhenti
3. Mengadap ke hadapan
4. Buka barisan
5. Ke kanan lurus dan Pandang depan
6. Cara dan kedudukan semasa melapor

Kawad Statik
7. Bergerak ke kiri, kiri pusing
8. Bergerak ke kanan, belakang pusing
9. Menghadap ke belakang, kanan pusing
10. Menghadap ke hadapan, belakang pusing
11. Tutup barisan
12. Ke kanan lurus dan Pandang depan

Kawad Dinamik
13. Bergerak ke kiri
14. Cepat jalan
15. Tukar langkah perlahan
16. Menghadap ke hadapan, kanan pusing
17. Buka barisan
18. Pandang kanan
19. Pandang depan
20. Tutup barisan
21. Kedudukan berjalan barisan melintang
22. Bergerak ke kiri, kiri pusing
23. Pergerakan perlahan jalan
24. Tukar langkah cepat
25. Hormat ke kanan, hormat

15
26. Hormat ke hadapan, hormat
27. Tukar langkah semasa berjalan
28. Hormat selaku terima sijil
29. Tukar langkah perlahan, perlahan jalan
30. Bergerak ke kanan, belakang pusing
31. Pergerakan perlahan jalan
32. Tukar langkah cepat, cepat jalan
33. Bergerak ke kiri, belakang pusing
34. Menghadap ke belakang, kiri pusing
35. Menghadap ke hadapan, belakang pusing
36. Hentak kaki
37. Henti
38. Mara mengadap ( 11 langkah )
39. Kiri belok ( keseluruhan )
40. Berjalan dalam masa cepat ( keseluruhan )

16
2.2.7 Elemen dinilai bagi Ketua Platun [260 markah]

Jumlah elemen dinilai: 52

Pergerakan Masuk Padang


1. Pergerakan masuk padang ( berjalan )
2. Berhenti
3. Mengadap ke hadapan
4. Buka barisan
5. Ke kanan lurus dan Pandang depan

Melapor
6. Berjalan
7. Berhenti
8. Hormat
9. Bahasa melapor
10. Berpusing
11. Berjalan dan Berhenti

Kawad Statik
12. Bergerak ke kanan/kiri, kanan/kiri pusing
13. Bergerak ke kanan/kiri, belakang pusing
14. Menghadap ke belakang, kanan/kiri pusing
15. Menghadap ke hadapan, belakang pusing
16. Tutup barisan
17. Ke kanan lurus dan Pandang depan

Kawad Dinamik
18. Bergerak ke kiri
19. Cepat Jalan
20. Tukar langkah perlahan
21. Menghadap ke hadapan kanan pusing
22. Buka barisan
23. Pandang kanan

17
24. Pandang depan
25. Tutup barisan
26. Bergerak ke kiri kiri pusing
27. Tukar langkah cepat
28. Hormat ke kanan, hormat
29. Hormat ke hadapan hormat
30. Tukar langkah semasa berjalan
31. Hormat selaku terima sijil
32. Tukar langkah perlahan, perlahan jalan
33. Bergerak ke kanan, belakang pusing
34. Tukar langkah cepat, cepat jalan
35. Bergerak ke kiri, belakang pusing
36. Menghadap ke belakang, kiri pusing
37. Menghadap ke hadapan, belakang pusing
38. Hentak kaki
39. Henti
40. Mara Mengadap (10 - 14 langkah )
41. Kiri Belok ( keseluruhan )
42. Kawad individu

Kawalan
43. Mengikut urutan
44. Kawalan skuad

Melapor Keluar
45. Berjalan
46. Berhenti
47. Hormat
48. Bahasa Melapor
49. Berpusing
50. Berjalan dan Berhenti
51. Bergerak ke kanan
52. Berjalan keluar

18
2.3 Syarat Pertandingan
2.3.1 Penyertaan
(a) Setiap sekolah dibenarkan menyertai empat (4) kategori maksimum sahaja;
Kawad Individu Putera, Kawad Individu Puteri, Kawad Berpasukan Putera
dan Kawad Berpasukan Puteri.
(b) Setiap kadet hanya dibenarkan menyertai satu (1) kategori sahaja. Jika
didapati kadet menyertai lebih daripada satu (1) kategori, penyertaan kadet
akan dibatalkan.
(c) Kategori Kawad Individu melibatkan seorang (1) kadet sahaja.
(d) Kategori Kawad Pasukan melibatkan enam belas (16) kadet dengan
keadaan lima belas (15) kadet dalam baris dan seorang (1) kadet sebagai
ketua platun.
(e) Kategori Kawad Ketua Platun akan dinilai serentak dalam penilaian kategori
Kawad Pasukan.

2.3.2 Pakaian dan aksesori


(a) Semua kadet perlu mematuhi peraturan pakaian dan aksesori yang
ditetapkan.
(b) Kaedah penilaian dan pemberian markah:

Pakaian / Aksesori ada dan


1 markah bagi
dalam keadaan kemas di
setiap pakaian / aksesori
tempat sepatutnya

Pakaian / Aksesori ada tetapi


dalam keadaan TIDAK kemas 0 markah bagi
dan TIDAK di tempat setiap pakaian / aksesori
sepatutnya

19
2.3.3 Kawad & Penghasilan Video
(a) Persembahan kawad hendaklah dirakam dalam keadaan video melintang
(horizontal).
(b) Paparan video yang menunjukkan pergerakan kawad hendaklah dirakam
secara berterusan. Video TIDAK BOLEH DISUNTING (potong-
sambung / penambahan kesan khas grafik / caption / komen / ulasan
/ muzik latar dan sebagainya).
(c) Kadet yang menyertai Kawad Individu perlu berada dalam rakaman video
sepanjang pergerakan kawad dipersembahkan.
(d) Kadet yang menyertai Kawad Pasukan adalah dalam format lima belas (15)
kadet dalam baris dan seorang (1) kadet sebagai ketua platun. Semua
kadet perlu berada dalam rakaman video sepanjang pergerakan kawad
dipersembahkan.
(e) Pergerakan kawad adalah wajib mengikut urutan yang ditetapkan. Tiada
markah diberikan jika kadet gagal untuk menunjukkan mana-mana
pergerakan kawad dalam susunan yang ditetapkan.
(f) Kadet dalam Kawad Individu dan kadet yang berperanan sebagai Ketua
Platun dalam Kawad Pasukan dikehendaki memberikan bahasa hukuman
(arahan dengan suara yang jelas) serta pergerakan dengan jelas dalam
ruang lingkup rakaman video.
(g) Durasi video bagi Kawad Individu adalah maksimum 3 minit.
(h) Durasi video bagi Kawad Pasukan adalah maksimum 9 minit (1 + 8 minit).
(i) Masa 1 minit pertama – Rakaman video yang menunjukkan pakaian
dan aksesori.
(ii) Masa 8 minit seterusnya – Rakaman video persembahan pergerakan
kawad.
(i) Hanya pergerakan kawad dalam durasi video ditetapkan (3 minit bagi
Kawad Individu / 8 minit bagi Kawad Pasukan) sahaja akan dinilai dan
diberikan markah.

20
2.4 Litar Kawad (cadangan ukuran)
(a) Litar Kawad Individu

: Kon
Kedudukan
kamera
(cadangan)

(b) Litar Kawad Pasukan

Pergerakan Tempat
masuk platun melapor

Kedudukan : Kon
kamera
(cadangan)

21
2.5 Penilaian dan Pemarkahan

2.5.1 Kawad Kaki KRS dan TKRS Putera / Puteri

PEMBERATAN
BIL. ITEM / PERKARA
MARKAH ( % )

(a) Pakaian 20

(b) Kawad 70

(c) Kualiti video : 10 %


(video jelas, terang / audio baik dan jelas)
10
Penolakan markah:
Video kabur / gelap :-5%
Audio lemah / tidak jelas :-5%

(d) Suntingan video meliputi:


(a) Potong-dan-sambung
(b) Penambahan kesan khas / caption /
grafik / komen / muzik latar / ulasan
dan sebagainya -

Penolakan markah : - 100 %


Penyertaan ditolak serta merta dan
tidak akan dinilai.

Jumlah markah 100 %

22
3.0 BANTU MULA

3.1 Kategori
(a) Berkumpulan (3 orang) TKRS Putera
(b) Berkumpulan (3 orang) TKRS Puteri
(c) Berkumpulan (3 orang) KRS Putera (menengah rendah)
(d) Berkumpulan (3 orang) KRS Puteri (menengah rendah)
(e) Berkumpulan (3 orang) KRS Putera (menengah atas)
(f) Berkumpulan (3 orang) KRS Puteri (menengah atas)

3.2 Pelaksanaan Aktiviti


3.2.1 TKRS Putera / Puteri - RAWATAN BALUTAN TANGAN
(a) Setiap peserta dikehendaki menghasilkan satu video lakuan rawatan
balutan tangan.
(b) Peserta boleh sama ada melakonkan sendiri atau menggunakan bantuan
rakan sebagai mangsa.
(c) Peserta wajib membuat lakuan rawatan dan membuat penerangan lisan
rawatan yang dibuat.
(d) Peserta wajib memakai separa uniform.

3.2.2 KRS Putera / Puteri (Menengah Rendah) - RAWATAN LUKA TERBUKA


(a) Setiap peserta dikehendaki menghasilkan satu video lakuan rawatan luka
terbuka.
(b) Peserta boleh sama ada melakonkan sendiri atau menggunakan bantuan
rakan sebagai mangsa.
(c) Peserta wajib membuat lakuan rawatan dan membuat penerangan lisan
rawatan yang dibuat.
(d) Peserta wajib memakai separa uniform.
(e) Berpandukan kepada Kaedah Rawatan Palang Merah Antarabangsa.

23
3.2.3 KRS Putera / Puteri (Menengah Atas) - BANTUAN PERNAFASAN
SILVESTER
(a) Setiap peserta dikehendaki menghasilkan satu video bantuan pernafasan
teknik Silvester.
(b) Peserta boleh sama ada melakonkan sendiri atau menggunakan bantuan
rakan sebagai mangsa.
(c) Peserta wajib membuat lakuan rawatan dan membuat penerangan lisan
rawatan yang dibuat.
(d) Peserta wajib memakai separa uniform.
(e) Berpandukan kepada Kaedah Rawatan Palang Merah Antarabangsa

3.3 Syarat Pertandingan


3.3.1 Elemen yang diuji ialah kaedah rawatan yang betul.
3.3.2 Peserta hendaklah memberi penerangan dan menunjukkan semua perbuatan
dengan jelas.
3.3.3 Syarat penghasilan video:
(a) Paparan video hendaklah secara berterusan bermula dari langkah pertama
hingga selesai.
(b) Video tidak boleh disunting dan tiada rakaman suara berasingan.
(c) Masa video berdurasi 4 minit maksimum. Setiap lakuan selepas tempoh
4 minit tidak akan dinilai.
(d) Kreativiti dinilai dengan penambahan kesan grafik dan persembahan.

24
3.4 Penilaian dan Pemarkahan

3.4.1 Bantu Mula KRS dan TKRS Putera / Puteri

BIL. ITEM / PERKARA MARKAH

(a) Langkah-langkah bantu mula 30

(b) Kaedah digunakan 30

(c) Penerangan bagi setiap lakuan 20

(d) Kualiti video


10
(audio / video / muzik latar / kreativiti)

(e) Pakaian 10

Jumlah markah 100

25
4.0 IKATAN DAN SIMPULAN

4.1 Kategori
(a) Berkumpulan (3 orang) KRS Putera
(b) Berkumpulan (3 orang) KRS Puteri
(c) Berkumpulan (3 orang) TKRS Putera
(d) Berkumpulan (3 orang) TKRS Puteri

4.2 Pelaksanaan Aktiviti


4.2.1 KRS Putera / Puteri
(a) Pengujian adalah berbentuk pasukan.
(b) Markah bagi aktiviti ini akan menggabungkan markah gajet dan
pembentangan.
(c) Setiap pasukan dikehendaki membina satu set gajet meja makan.
(d) Salah satu kaki gajet mesti menggunakan kayu yang bersambung.
(e) Pembinaan gajet selain daripada yang ditetapkan adalah tidak diterima.
(f) Gajet dibina menggunakan bahan yang sesuai seperti kayu atau buluh.
(g) Gunakan tali yang sesuai.
(h) Pembinaan mini gajet adalah tidak dibenarkan.
(i) Gajet yang dibina mesti menggunakan jenis-jenis ikatan dan simpulan yang
ditetapkan mengikut fungsi seperti berikut:
(i) Lilit Balak
(ii) Silang Gunting
(iii) Silang Tungku
(iv) Seraya
(v) Lilit Kacang
(vi) Manok

(j) Pasukan perlu menerangkan setiap ikatan dan simpulan yang digunakan
dalam pembinaan gajet.

26
4.2.2 TKRS Putera / Puteri
(a) Pengujian adalah berbentuk pasukan.
(b) Markah bagi aktiviti ini akan menggabungkan markah gajet dan
pembentangan.
(c) Setiap pasukan dikehendaki membina sebuah gajet rak serbaguna
berkaki tiga atau berkaki empat.
(d) Pembinaan gajet selain daripada yang ditetapkan adalah tidak
diterima.
(e) Gajet dibina menggunakan bahan yang sesuai seperti kayu, buluh dan
lain-lain.
(f) Gunakan tali yang sesuai.
(g) Pembinaan mini gajet adalah tidak dibenarkan.
(h) Gajet yang dibina mesti menggunakan jenis-jenis ikatan dan simpulan
yang ditetapkan mengikut fungsi seperti berikut:
(i) Lilit Balak
(ii) Silang Tungku
(iii) Seraya
(iv) Lilit Kacang
(v) Manok
(i) Pasukan perlu menerangkan setiap ikatan dan simpulan yang
digunakan dalam pembinaan gajet.

4.3 Syarat Pertandingan


4.3.1 KRS Putera / Puteri
(a) Peserta dikehendaki memaparkan video membina satu set gajet meja
makan mudah alih berkaki empat yang biasa dibina semasa aktiviti
perkhemahan.
(b) Rakaman video hendaklah disertakan dengan penerangan yang lengkap
sama ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan.
(c) Video boleh disunting (edit) dan boleh guna time lapse.
(d) Peserta dikehendaki memakai pakaian separa uniform sahaja sepanjang
rakaman video.
(e) Durasi video mestilah tidak melebihi 4 minit termasuk intro. Video yang
melebihi durasi yang ditetapkan TIDAK AKAN DINILAI.

27
4.3.2 TKRS Putera / Puteri
(a) Ahli TKRS dikehendaki memaparkan video membina sebuah gajet
serbaguna mudah alih yang biasa dibina semasa aktiviti perkhemahan.
(b) Rakaman video hendaklah disertakan dengan penerangan yang lengkap
sama ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan.
(c) Video boleh disunting (edit) dan boleh guna time lapse.
(d) Peserta dikehendaki memakai pakaian separa uniform sahaja sepanjang
rakaman video.

4.4 Penilaian dan Pemarkahan

4.4.1 Ikatan dan Simpulan KRS Putera / Puteri

BIL. ITEM Markah

(a) Gajet siap 10

Ikatan dan simpulan wajib

i. Lilit Balak 5

ii. Silang Gunting 5

(b) iii. Silang Tungku 5

iv. Seraya 5

v. Lilit kacang 5

vi. Manok 5

(c) Penerangan lisan dan tulisan 30

(d) Kualiti video 25

(e) Pakaian 5

Jumlah markah 100

28
4.4.2 Ikatan dan Simpulan TKRS Putera / Puteri

BIL. ITEM MARKAH

(a) Gajet siap 10

(b) Inovasi 5

Ikatan dan simpulan wajib

i. Lilit Balak 5

ii. Silang tungku 5


(c)
iii. Seraya 5

iv. Lilit kacang 5

v. Manok 5

(d) Penerangan lisan dan tulisan 30

(d) Kualiti video 25

(f) Pakaian 5

Jumlah markah 100

29
5.0 CABARAN LASAK

5.1 Kategori
(a) Individu KRS Putera
(b) Individu KRS Puteri
(c) Individu TKRS Putera
(d) Individu TKRS Puteri

5.2 Pelaksanaan Aktiviti


5.2.1 Penyertaan
(a) Pertandingan ini dilakukan secara individu.

5.2.2 Cabaran Lasak


(a) Setiap kadet akan melakukan larian sirkit (circuit run) dalam bentuk bulatan
(rat race).
(b) Sirkit wajib mempunyai titik permulaan dan berakhir di titik yang sama. Di titik
permulaan perlu diletakkan satu kon besar sebagai penanda.
(c) Kadet perlu menyentuh kon untuk menandakan masa bermula dan
menyentuh semula kon untuk menandakan masa ditamatkan.
(d) Rakaman video akan bermula daripada pergerakan kadet menyentuh kon di
titik permulaan dan bergerak ke Stesen 1 dan stesen seterusnya.
(e) Rakaman akan ditamatkan sejurus kadet sampai semula ke titik permulaan
iaitu titik penamat dan menyentuh kon semula.
(f) Pergerakan hanya berlaku di stesen yang ditetapkan sahaja. Pergerakan
tidak boleh dilakukan semasa bergerak ke stesen seterusnya.
(g) Jarak di antara setiap stesen bagi TKRS dan KRS adalah 3.5 meter.
(h) Setiap individu diwajibkan melakukan semua pergerakan mengikut turutan
di dalam stesen seperti yang berikut :

30
(i) TKRS Putera / Puteri
a. Lari setempat / Static run (2 set x 6 reps)
b. Arm Circles (2 set x 6 reps)
c. High Knee (2 set x 6 reps)
d. Jumping jack (2 set x 6 reps)
e. Inchworm (2 set x 6 reps)
f. Half Kneeling Thoracic Rotation (2 set x 6 reps)
g. Push up (2 set x 6 reps)
h. Side to Side Lunge (2 set x 6 reps)

(ii) KRS Putera / Puteri


a. Lari setempat / Static Run (2 set x 8 reps)
b. Arm Circles (2 set x 8 reps)
c. High Knee (2 set x 8 reps)
d. Jumping jack (2 set x 8 reps)
e. Inchworm (2 set x 8 reps)
f. Half Kneeling Thoracic Rotation (2 set x 8 reps)
g. Burpee (2 set x 8 reps)
h. Side to Side Lunge (2 set x 8 reps)

(i) Peserta diwajibkan memakai pakaian T-Shirt TKRS/KRS, berseluar track,


berkasut sukan serta berstoking. Peserta yang TIDAK LENGKAP
pakaian mengikut ketetapan, penyertaan video akan dibatalkan dan tidak
akan dinilai.
(j) Peserta boleh menggunakan lagu atau muzik yang sesuai dalam video
pergerakan cabaran lasak.
(k) Penilaian video ini adalah merangkumi penghasilan gerakan yang
disenaraikan, kreativiti gerakan, pemilihan lagu yang bersesuaian serta
kreativiti penghasilan video. Markah tidak akan dikira untuk stesen yang
dilangkau.

31
5.2.3 Penghasilan Video
(a) Pergerakan cabaran lasak WAJIB dirakam dalam bentuk video dalam
keadaan melintang (horizontal).
(b) Paparan video yang menunjukkan elemen pergerakan hendaklah dirakam
secara berterusan. Video tidak boleh disunting (potong-sambung).
Walau bagaimanapun, penambahan kesan khas grafik (caption dan
sebagainya) adalah dibenarkan.
(c) Durasi video tidak melebihi 4 minit. Video yang melebihi durasi yang
ditetapkan tidak akan dinilai.

5.3 Syarat Pertandingan


5.3.1 Pengenalan Video [3 markah]
(a) Nama kadet [1 markah]
(b) Slogan KRS [1 markah]
(c) Logo KRS [1 markah]

5.3.2 Pergerakan (Permulaan / Penamat) [3 markah]


(a) Ada titik permulaan (kon) [1 markah]
(b) Bergerak mula daripada titik permulaan ke Stesen 1 [1 markah]
(c) Bergerak kembali ke titik permulaan [1 markah]

5.3.3 Perlakuan (Stesen) [64 markah]


1. Lari Setempat / Static run [8 markah]
2. Arm Circle [8 markah]
3. High Knee [8 markah]
4. Jumping Jack [8 markah]
5. Inchworm [8 markah]
6. Half Kneeling Thoracic Rotation [8 markah]
7. Push Up (TKRS) / Burpee (KRS) [8 markah]
8. Side to Side Lunge [8 markah]

32
Pecahan Markah Perlakuan (Stesen)
Markah
Bil. Pecahan Markah Perlakuan (Stesen)
Penuh
1. Pergerakan bertepatan dengan nama pergerakan. 1
2. Pergerakan yang betul, berterusan sehingga tamat aturan. 1
3. Pergerakan tepat mengikut disiplin pergerakan. 1
4. Bilangan aturan yang mencukupi – (2 set x 6 @ 8 reps) 1
5. Pemisah antara dua (2) set yang jelas. 1
6. Kelancaran pergerakan. 2
7. Pergerakan mengikut tertib yang ditetapkan. 1

5.3.4 Kualiti Pergerakan [15 markah]


1. Kemantapan pergerakan [5 markah]
2. Kelincahan kadet [5 markah]
3. Kreativiti keseluruhan pergerakan [5 markah]

5.3.5 Kualiti Video [10 markah]


1. Muzik [3 markah]
2. Animasi / Kesan grafik [4 markah]
3. Latar belakang video yang bersesuaian [3 markah]

5.3.6 Pakaian [10 markah]


1. Baju T-shirt KRS/TKRS, seluar tracksuit dan kasut sukan [6 markah]
2. Rambut / tudung yang kemas (tudung dipinkan jika perlu) [2 markah]
3. Kekemasan pakaian [2 markah]

33
5.4 Kedudukan Stesen ‘Rat Race’ (cadangan ukuran)

JUMPING
5 JACK INCHWORM 4

HALF KNEELING
THORACIC ROTATION HIGH
6 KNEE 3

PUSH UP (TKRS)
7 BURPEE (KRS)
Kedudukan perakam ARM
2
(cadangan) CICLE

SPINAL
8 ROTATION STATIC
1
RUN

Titik permulaan/Penamat

Jarak antara stesen ialah 3.5 meter

34
5.5 Penilaian dan Pemarkahan

5.5.1 Cabaran Lasak KRS dan TKRS Putera / Puteri

BIL. PERKARA / PERGERAKAN MARKAH

1. Pengenalan 3

2. Pergerakan (Pemulaan / Penamat) 3

3. Pergerakan / Stesen 64

4. Kualiti Pergerakan 15

5. Kualiti Video 10

6. Pakaian dan Kekemasan 10

Jumlah markah 100

35
6.0 KEROHANIAN DAN MORAL

6 (A): HAFAZAN TKRS

6.1 Kategori
6.1.1 Terbuka kepada dua (2) kategori:
(a) Individu TKRS Putera
(b) Individu TKRS Puteri

6.2 Pelaksanaan Aktiviti


6.2.1 Peserta dikehendaki memaparkan video hafazan surah dan doa:
(a) Hafazan Surah
(i) Surah Al-Fatihah
(ii) Surah Al-Qodr ayat 1 - 5
(iii) Surah At-Tin ayat 1 - 8
(b) Hafazan Doa
(i) Doa selepas wuduk
(ii) Doa kepada ibu bapa

6.3 Syarat Pertandingan


6.3.1 Rakaman video hafazan hendaklah secara berterusan dan tidak boleh
disunting (edit) potong-sambung. Namun kesan khas grafik (caption dan
sebagainya) dibenarkan dan dalam bentuk melintang (landscape).
6.3.2 Peserta dikehendaki memakai Uniform Lengkap TKRS No. 3 semasa
rakaman video.
6.3.3 Peserta dikehendaki duduk di atas kerusi tanpa halangan semasa rakaman
video.
6.3.4 Peserta dikehendaki memakai pelitup mata yang legap ketika rakaman
dilakukan. Sekiranya tidak memakai penutup mata, video tidak akan dinilai.
6.3.5 Durasi video termasuk intro mestilah tidak melebihi 4 minit. Video yang
melebihi durasi yang ditetapkan TIDAK AKAN DINILAI.

36
6.4 Penilaian dan Pemarkahan

6.4.1 Hafazan Surah dan Doa TKRS Putera / Puteri

BIL. ITEM / PERKARA MARKAH

(a) Hafazan surah 50

(b) Hafazan doa 35

(c) Kualiti video


10
(audio / video / muzik latar / kreativiti)

(d) Pakaian (lengkap) Uniform TKRS No. 3 5

Jumlah markah 100

37
6.3.1 Hafazan Surah [50 markah]
a) Tajwid [15 markah]
Perkara dihakimi:
(a) Hukum tarqiq dan tafkhim.
(b) Hukum mad asli, mad badal,mad iwad, mad silah qosirah dan thowilah,
mad wajib muttasil , mad jaiz munfasil, mad lazim kalimi dan harfi, mad
farq, mad arid lissukun.
(c) Kadar ghunnah 2 harakat.
(d) Hukum bacaan tajwid yang lain.

b) Fasohah [5 markah]
Perkara dihakimi:
(a) Makhraj huruf dan sifat.
(b) Hukum waqaf dan ibtida’.
(c) Cermat dalam melafazkan kalimah al-Quran.
(d) Fasih dalam bacaan dan berfasohah arab.
(e) Ketepatan membunyikan fathah, kasrah dan dhommah tanpa dialek
(loghat) kedaerahan.
(f) Membunyikan huruf-huruf sukun dan huruf-huruf bertasydid.
(g) Membunyikan huruf-huruf sukun dan huruf-huruf bertasydid.
(h) Kelancaran dan kelembutan pada membaca kalimah-kalimah dan
ayat-ayat al-Quran (tidak menyambar).

c) Kelancaran dan Persembahan [20 markah]


Perkara dihakimi:
(a) Berulang-ulang, terhenti-henti, teragak-agak.
(b) Tertinggal/tertambah huruf/salah baris.
(c) Teringgal/tertambah kalimah.
(d) Salah urutan/melangkau ayat.
(e) Bacaan tadwir mengikut riwayat hafs.
(f) Gagal menghabiskan bacaan yang ditentukan.

38
d) Suara [10 markah]
Perkara dihakimi:
(a) Kemerduan dan kelembutan suara.
(b) Suara licin dan bersih.
(c) Suara terang, lantang dan nyata.
(d) Gaya bacaan mengikut fushah arab dari awal hingga akhir.

6.3.2 Hafazan Doa [35 markah]


a) Kelancaran [15 markah]
Perkara dihakimi:
(a) Berulang-ulang, terhenti-henti, teragak-agak.
(b) Tertinggal/tertambah huruf/salah baris.
(c) Teringgal/tertambah kalimah.
(d) Salah urutan/melangkau ayat.
(e) Gagal menghabiskan hafazan doa yang ditentukan.

b) Persembahan [10 markah]


Perkara dihakimi:
(a) Gaya bacaan mengikut fushah arab dari awal hingga akhir.
(b) Alunan bertepatan dengan maksud doa yang di hafal.

c) Suara [10 markah]


Perkara dihakimi:
(a) Kemerduan dan kelembutan suara.
(b) Suara licin dan bersih.
(c) Suara terang, lantang dan nyata.
(d) Suara tidak berubah.
(e) Gaya bacaan mengikut fushah arab dari awal hingga akhir.

39
6 (B): HAFAZAN KRS

6.1 Kategori
6.1.1 Terbuka kepada dua (2) kategori:
(a) Individu KRS Putera
(b) Individu KRS Puteri

6.2 Pelaksanaan Aktiviti


6.2.1 Peserta dikehendaki memaparkan video hafazan ayat dan doa:
(a) Hafazan Surah
(i) Surah Al-Baqaroh ayat 285-286
(ii) Surah Al-Kahfi ayat 1-10
(b) Hafazan Doa
(i) Doa Qunut
(ii) Tahiyat akhir serta selawat Ibrahimiah

6.3 Syarat Pertandingan


6.3.1 Rakaman video hafazan hendaklah secara berterusan dan tidak boleh disunting
(edit) potong- sambung. Namun kesan khas grafik (caption dan sebagainya)
dibenarkan dan dalam bentuk melintang (landscape).
6.3.2 Peserta dikehendaki memakai Uniform Lengkap KRS No. 4 semasa rakaman
video.
6.3.3 Peserta dikehendaki duduk di atas kerusi tanpa halangan semasa rakaman
video.
6.3.4 Peserta dikehendaki memakai pelitup mata yang legap ketika rakaman
dilakukan. Sekiranya tidak memakai penutup mata video tidak akan dinilai.
6.3.5 Durasi video termasuk intro mestilah tidak melebihi 4 minit. Video yang melebihi
durasi yang ditetapkan TIDAK AKAN DINILAI.

40
6.4 Penilaian dan Pemarkahan

6.4.1 Hafazan Surah dan Doa KRS Putera / Puteri

BIL ITEM / PERKARA MARKAH

a. Hafazan surah 50

b. Hafazan doa 35

c. Kualiti video
10
(audio / video / muzik latar / kreativiti)

d. Pakaian (lengkap) - Uniform KRS No. 4 5

Jumlah markah 100

6.4.1 Hafazan Surah [50 markah]


a) Tajwid [15 markah]
Perkara dihakimi:
(a) Hukum tarqiq dan tafkhim.
(b) Hukum mad asli, mad badal,mad iwad, mad silah qosirah dan thowilah,
mad wajib muttasil, mad jaiz munfasil, mad lazim kalimi dan harfi, mad
farq, mad arid lissukun.
(c) Kadar ghunnah 2 harakat.
(d) Hukum bacaan tajwid yang lain.

41
b) Fasohah [5 markah]
Perkara dihakimi:
(a) Makhraj huruf dan sifat.
(b) Hukum waqaf dan ibtida’.
(c) Cermat dalam melafazkan kalimah al-Quran.
(d) Fasih dalam bacaan dan berfasohah arab.
(e) Ketepatan membunyikan fathah, kasrah dan dhommah tanpa dialek
(loghat) kedaerahan.
(f) Membunyikan huruf-huruf sukun dan huruf-huruf bertasydid.
(g) Membunyikan huruf-huruf sukun dan huruf-huruf bertasydid.
(h) Kelancaran dan kelembutan pada membaca kalimah-kalimah dan
ayat-ayat al-Quran (tidak menyambar).

c) Kelancaran dan Persembahan [20 markah]


Perkara dihakimi:
(a) Berulang-ulang, terhenti-henti, teragak-agak.
(b) Tertinggal/tertambah huruf/salah baris.
(c) Teringgal/tertambah kalimah.
(d) Salah urutan/melangkau ayat.
(e) Bacaan tadwir mengikut riwayat hafs.
(f) Gagal menghabiskan bacaan yang ditentukan.

d) Suara [10 markah]


Perkara dihakimi:
(a) Kemerduan dan kelembutan suara.
(b) Suara licin dan bersih.
(c) Suara terang, lantang dan nyata.
(d) Gaya bacaan mengikut fushah arab dari awal hingga akhir.

42
6.4.2 Hafazan Doa [35 markah]
a) Kelancaran [15 markah]
Perkara dihakimi:
(a) Berulang-ulang, terhenti-henti, teragak-agak.
(b) Tertinggal/tertambah huruf/salah baris.
(c) Teringgal/tertambah kalimah.
(d) Salah urutan/melangkau ayat.
(e) Gagal menghabiskan hafazan doa yang ditentukan.

b) Persembahan [10 markah]


Perkara dihakimi:
(a) Gaya bacaan mengikut fushah arab dari awal hingga akhir.
(b) Alunan bertepatan dengan maksud doa yang di hafal.

c) Suara [10 markah]


Perkara dihakimi:
(a) Kemerduan dan kelembutan suara.
(b) Suara licin dan bersih.
(c) Suara terang, lantang dan nyata.
(d) Suara tidak berubah.
(e) Gaya bacaan mengikut fushah arab dari awal hingga akhir.

43
6 (C): MORAL – PENGUCAPAN AWAM TKRS

6.1 Kategori
6.1.1 Terbuka kepada dua (2) kategori iaitu:
(a) Individu TKRS Putera
(b) Individu TKRS Puteri

6.2 Pelaksanaan Aktiviti


6.2.1 Peserta hanya terdiri daripada kadet bukan beragama Islam (non-muslim).
6.2.2 Peserta perlu menyampaikan pengucapan awam dengan memilih satu tajuk di bawah:
(a) Hak Asasi Kanak-kanak
(b) Kebaikan dan Keburukan Gajet kepada Kanak-kanak.
6.2.3 Rakaman video pengucapan awam hendaklah secara berterusan dan tidak boleh
disunting (edit). Namun kesan khas grafik (caption dan sebagainya) dibenarkan dan
rakaman video dalam bentuk melintang (landscape).
6.2.4 Peserta dikehendaki memakai Uniform Lengkap TKRS No. 3 semasa rakaman video.
Sekiranya pakaian tidak lengkap penalti 3 markah dipotong daripada markah
keseluruhan.
6.2.5 Peserta dikehendaki menyampaikan pengucapan awam dalam keadaan berdiri tanpa
ada halangan.
6.2.6 Durasi video termasuk intro mestilah tidak melebihi 4 minit. Video yang melebihi
durasi masa yang ditetapkan TIDAK AKAN DINILAI.

44
6.3 Penilaian dan Pemarkahan

6.3.1 Pengucapan Awam TKRS Putera / Puteri

BIL. ITEM / PERKARA MARKAH

(a) Pengenalan 10

(b) Kefasihan bertutur 20

(c) Kebolehan penyampaian 25

(d) Keyakinan ketika bertutur 10

(e) Personaliti / Keterampilan 10

(f) Penutup / Kesimpulan 10

(g) Kualiti video


10
(audio / video / muzik latar / kreativiti)

(h) Pakaian (lengkap) - Uniform TKRS No. 3 5

Jumlah markah 100

45
6 (D): MORAL – PENGUCAPAN AWAM KRS

6.1 Kategori
6.1.1 Terbuka kepada dua (2) kategori:
(a) Individu KRS Putera
(b) Individu KRS Puteri

6.2 Pelaksanaan Aktiviti


6.2.1 Peserta hanya terdiri daripada kadet bukan beragama Islam (non-muslim).Peserta
perlu menyampaikan pengucapan awam dengan memilih satu tajuk di bawah:
(a) Pembelajaran Maya
(b) Institusi Beraja di Malaysia
(c) Keberkesanan Program Didik TV kepada Pelajar
6.2.2 Rakaman video pengucapan awam hendaklah secara berterusan dan tidak boleh
disunting (edit). Namun kesan khas grafik (caption dan sebagainya) dibenarkan dan
rakaman video dalam bentuk melintang (landscape).
6.2.3 Peserta dikehendaki memakai Uniform Lengkap KRS No. 4 semasa rakaman video.
Sekiranya pakaian tidak lengkap penalti 3 markah dipotong daripada markah
keseluruhan.
6.2.4 Peserta dikehendaki menyampaikan pengucapan awam dalam keadaan berdiri tanpa
ada halangan.
6.2.5 Durasi video termasuk intro mestilah tidak melebihi 4 minit. Video yang melebihi
durasi masa yang ditetapkan TIDAK AKAN DINILAI.

46
6.3 Penilaian dan Pemarkahan

6.3.1 Pengucapan Awam KRS Putera / Puteri

BIL. ITEM / PERKARA MARKAH

(a) Pengenalan 10

(b) Kefasihan bertutur 20

(c) Kebolehan penyampaian 25

(d) Keyakinan ketika bertutur 10

(e) Personaliti / Keterampilan 10

(f) Penutup / Kesimpulan 10

(g) Kualiti video


(audio / video / muzik latar / kreativiti) 10

(h) Pakaian (lengkap) - Uniform KRS No. 4 5

Jumlah markah 100

47
7.0 Panel penilai.

Panel penilai akan dilantik oleh pihak JPN bagi pertandingan peringkat negeri manakala
panel penilai pertandingan peringkat kebangsaan akan dilantik oleh pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia.

8.0 Sijil dan hadiah.

8.1 Sijil penyertaan dan pencapaian peringkat negeri akan disediakan oleh Jabatan
Pendidikan Negeri masing-masing.

8.2 Sijil Penyertaan Peringkat Kebangsaan akan dikeluarkan oleh pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia melalui pihak pengelola dan akan diserahkan kepada Jabatan
Pendidikan Negeri masing-masing.

8.3 Sijil pencapaian dan hadiah pemenang peringkat kebangsaan (tempat 1 hingga 5) akan
disediakan oleh pihak pengelola mengikut kategori putera dan puteri.

9.0 Keterangan lanjut mengenai pertandingan ini, sila hubungi:

En. Mohd Rosmadi Bin Mohd Salleh


Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid,
Sektor Pembangunan Murid, JPN Negeri Sembilan
011-62721368 atau mohdrosmadi.ms@moe.gov.my

10.0 Penutup

Pelaksanaan program ini akan memberi ruang dan peluang kepada ahli ahli Kadet Remaja
Sekolah dan Tunas Kadet Remaja untuk terus mempamerkan kebolehan dan kemahiran
mereka dalam bentuk yang berbeza (paparan video). Penyertaan murid dalam pertandingan
ini juga akan menjinakkan mereka untuk mengeksplorasi ilmu dan kemahiran tambahan iaitu
kemahiran teknologi maklumat (IT) di samping berkongsi kemahiran dan bakat yang ada
pada mereka.

48

You might also like