Kelemahan Asean

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

Negara-negara anggota ASEAN masih bersaing sengit

antara satu dengan yang lain dalam bidang ekonomi kerana


masing-masing mengutamakan kepentingan domestik.
Kesediaan Singapura menyediakan kemudahan pangkalan
kepada pihak Amerika Syarikat menjejaskan konsep
ZOPFAN.
KELEMAHAN Sokongan Singapura kepada Israel menjejaskan sepakat
ASEAN ASEAN dalam soal politik dunia khususnya isu Palestin.
Rebutan beberapa wilayah antara negara anggota ASEAN
mash belum diselesaikan, misalnya:
a) tuntutan hak terhadap Sabah oleh Filipina 
b) pertikaian Pulau Terumbu Peninjau dan Pulau
Terumbu Siput antara Malaysia dengan Filipina
c) Masalah pendatang asing tanpa izin (PATI)
ASEAN DAN KERJASAMA POLITIK

ZOPFAN (Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali)


Konsep ZOPFAN disuarakan oleh Malaysia dalam Deklarasi Kuala Lumpur pada
tahun 1971 dan mendapat sokongan daripada negara-negara anggota ASEAN.
Melalui ZOPFAN, rantau Asia Tenggara disytiharkan sebagai zon yang aman, bebas,
dan berkecuali.
Objektif ZOPFAN adalah untuk:
a) menjamin keamanan dan kestabilan politik rantau Asia Tenggara
b) menyelesaikan pertikaian di Asia Tenggara secara rundingan
c) mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar di Asia Tenggara
Rakyat negara-negara anggota ASEAN berhak menentukan nasib negaranya sendiri.
Oleh itu, terdapat seruan agar tentera asing berundur dari Asia Tenggara (tentera
Amerika Syarikat yang berpangkalan di Teluk Subic dan Pangkalan Clarke di
Filipina).
1 SEANWFZ merupakan konsep untuk menjadikan
Asia Tenggara sebagai rantau yang bebas daripada
senjata nuklear, seterusnya menjamin kestabilan
SEANWFZ politik dan keselamatan di rantau ini.
Konsep tersebut ditimbulkan dalam Persidangan
(Zon Bebas Menteri-menteri Luar ASEAN di Singapura pada
Senjata tahun 1987.
Nuklear 3 Matlamat SEANWFZ adalah untuk:
-membebaskan rantau Asia Tenggara daripada
Asia
pencaturan politik kuasa-kuasa besar
Tenggara) -mengelakkan kemungkinan perlumbaan senjata
nuklear di rantau Asia Tenggara
-menjamin keselamatan perairan di Asia Tenggara
Forum Serantau ASEAN (ARF)

1. Forum Serantau ASEAN (ARF) ditubuhkan pada tahun 1993. Forum


Serantau ASEAN (ARF) merupakan pertubuhan yang terbesar dan
berpengaruh bagi negara-negara di kawasan Asia Pasifik untuk
mengadakan dialog politik. Forum ini menyediakan satu platform kepada
pelbagai negara anggota bagi mengadakan dialog dan perbincangan,
menjalin hubungan yang saling mempercayai untuk mengurangkan
ancaman keselamatan serantau.

2. Obiektif utama ARF ialah:


menjalin dialog dan rundingan konstruktif berkaitan dengan isu politik
dan keselamatan demi kepentingan bersama
membuat sumbangan signifikan terhadap usaha untuk memupuk
keyakinan dan diplomasi di rantau Asia Pasifik

3. Kini, ARF telah menjadi forum rundingan yang efektif untuk


menggalakkan dialog terbuka tentang kerjasama politik dan
keselamatan di rantau Asia Tenggara. Topik-topik perbincangan

(i) pengawalan nuklear: menggalakkan penyelesaian masalah


nuklear
Semenanjung Korea. Menggalakkan penutupan kemudahan
nuklearnya di Yongbyon, Korea Utara.
(ii) penanganan ancaman keganasan
(iii) masalah keselamatan
(iv) pelaksanaan "Konvensyen Antikeganasan ASEAN" bagi
memelihara keselamatan dan kestabilan serantau.

You might also like