Pentaksiran Sumatif 2 Pentaksiran Ogos 2022

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

SK AGAMA MAJLIS ISLAM

SARAWAK MUKAH
PENILAIAN SUMATIF 2 (OGOS)
TAHUN DUA

Nama Murid: _________________________________________________________________________________

Kelas: _________________________________________________________________________________

BAHASA MELAYU
KERTAS SATU

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

Nombor Markah Markah


Bahagian
Soalan Penuh Diperoleh
A 1-25 25
Kertas ini mengandungi sembilan (9) halaman 1 (a)
bercetak. (b 8
)
2 (a) 2
3 (a)
(b 8
5.1 Memahamai fungsi dan B )
menggunakan golongan kata Baha 4 (a)
mengikut konteks. gian
(b
5.2 Memahami dan menggunakan A )
pembentukan kata mengikut 7
[25 (c)
konteks. mark (d
5.3 Memahami dan membina ayat ah] )
mengikut konteks.
Soalan 1 hingga Soalan 21 Jumlah 50

Bulatkan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar 1


KAMUS 1 Kamus dibeli oleh ibu sangat __________.
A panjang
B tinggi
C tebal

Gambar 1

Soalan 2 dan Soalan 3 berdasarkan gambar 2

2 Hazim dan kawan-kawannya bermain papan gelongsor di


__________.
A taman bunga
B taman burung
C taman permainan

Gambar 2

3 Ibu bapa sangat gemar membawa __________ mereka ke tempat ini pada masa cuti atau
pada hari minggu.
A anak-anak
B murid-murid
C saudara-mara
Soalan 4 berdasarkan gambar 3

4 Bendera Malaysia atau Jalur Gemilang ____________


apabila ditiup angin.
A berkibar-kibar
B bersilang-silang
C bergoyang-goyang

Gambar 3

Soalan 5 dan Soalan 6 berdasarkan gambar 4

5 Ain Mardhiah menerima panggilan telefon __________


neneknya di kampung.
A dari
B kepada
C daripada

Gambar 4

6 Nenek memberitahu Ain Mardhiah __________ datuknya kurang sihat.


A untuk
B seperti
C bahawa

Soalan 7 berdasarkan gambar 5

7 Pokok bunga itu layu __________ tidak disiram.


A tetapi
B kerana
C supaya

Gambar 5

8 __________, cantiknya gambar pemandangan yang kamu lukis ini!


A Amboi
B Nah
C Aduh

Soalan 9 berdasarkan gambar 6

9 “__________, panas sangat cuaca pada hari ini!” kata Cikgu


Fuad.
A Eh
B Amboi
C Hai
D Aduhai
Gambar 6

10 “Tolong berbaris jika kamu hendak membeli makanan di kantin,”________ Cikgu Abu
kepada murid-muridnya.
A sebut
B tanya
C kata

Soalan 11 berdasarkan gambar 7

11 “__________ sedang menikmati juadah makan tengah hari,”


kata Annur Nadia.
A Kita
B Kami
C Kalian

Gambar 7

12 Kakak tidak jadi membasuh selimutnya kerana cuaca __________ sahaja.


A terik
B cerah
C terang
D mendung

Soalan 13 berdasarkan gambar 8

13 Firas dan Arif Haikal begitu __________ kerana dapat


memancing pada hari itu.
A risau
B sedih
C muram
D gembira
Gambar 8

14 Pagi tadi, Daniel makan se __________ nasi lemak dan secawan milo.
A ulas
B papan
C bidang
D bungkus

Soalan 15 berdasarkan gambar 9

15 Tukang rumah itu memotong papan menggunakan se


__________ gergaji.
A biji
B butir
C bilah
D batang
Gambar 9

16 “Tolong masukkan baju melayu ini ke __________ almari,” kata ibu kepada adik.
A tepi
B atas
C dalam

Soalan 17 berdasarkan gambar 10

17 Qaisara duduk di __________ kakaknya ketika mereka


bermain congkak.
A atas
B bawah
C penjuru
D hadapan
Gambar 10
Soalan 18 berdasarkan gambar 11

18 Murid-muid Tahun Dua Wawasan sedang __________ kelas


mereka supaya nampak ceria.
A melawat
B membelai
C menghias
D membuka
Gambar 11

Soalan 19 berdasarkan gambar 12

19 Muhammad Amir Syukri sedang __________ sampan di


tasik itu.
A memandu
B mendayung
C menunggang
D membonceng
Gambar 12

Soalan 20 berdasarkan gambar 13

20 Wan Adam rajin bagai _________kerana tekun mengulang


kaji pelajaran.
A semut
B gajah
C kancil

Gambar 13

Soalan 21 berdasarkan gambar 14

21 Halim berlari laju macam __________ semasa pertandingan


lumba lari.
A laut
B kilat
C hujan

Gambar 14

Soalan 22 dan 23
Pilih kata kerja aktif transitif yang tepat.

22 Abang akan _______ kereta api Tapah sebentar lagi.


A menaiki
B menunggang
C mendayung
23 Rizki _______ tahniah kepada Adam kerana mencapai keputusan cemerlang.
A memberikan
B menyediakan
C mengadakan
D mengucapkan

Soalan 24 dan 25
Pilih kata kerja pasif yang paling tepat.

24 Tayar basikal Muhammad Muaz kempis kerana _____ paku.


A terguris
B tertusuk
C tercucuk

25 Kelas Dua Bestari ______ turun ke makmal komputer selepas rehat.


A ditegur
B dipimpin
C diminta

BAHAGIAN A TAMAT
2.1 Asas membaca dan memahami.
2.2 Membaca, memahami, dan menaakul bahan grafik dan bukan Bahagian B
grafik. [25 markah]
2.3 Membaca dan mengapresiasi karya sastera dan bukan sastera.

Soalan 1

(a) Tandakan ( √ ) untuk ayat tanya yang betul bagi jawapan yang disediakan.

(i) Kamu suka makan buah rambutan atau buah durian?

Saya lebih suka makan buah rambutan daripada buah pulasan.

Saya suka makan buah rambutan tetapi tak minat durian.

(ii Siapakah yang belum menghantar buku aktiviti Bahasa Melayu?


)

Alif dan Hasni tidak mahu menghantar buku aktiviti Bahasa Melayu.

Adam dan Munirah yang belum menghantar buku aktiviti Bahasa Melayu.

[2 markah]
(b) Padankan maklumat pada bahagian A dengan maklumat pada bahagian B.

BAHAGIAN A BAHAGIAN B

Hari minggu yang lalu keluarga Amar pergi berkelah

Keluarga Amar berkelah bermain bola di tepi pantai

Amar dan adiknya di pantai Teluk Batik, Perak

Abang berenang sedang membaca majalah

Ayah Amar pula bersama-sama kawannya.

Pantai itu amat cantik pemandangannya.


[6 markah]

Soalan 2

(a) Tandakan ( √ ) bagi penjodoh bilangan yang paling sesuai berpandukan gambar.

(i (ii
) )
sekaki sebuah
seekor sebutir
sehelai sebuku

[2 markah]
Soalan 3

(a) Pilih satu dan tandakan ( √ ) berdasarkan isi tersurat.

Isi tersurat Isi tersirat

Berdisiplin
i) Mereka beratur untuk membeli makanan.
Berdaya saing

Hemah tinggi
ii) Soo Mei meminta maaf daripada Hana.
Mengaku salah

Soo Mei membelikan Hana sepinggan mi Baik hati


iii )
goreng sebagai ganti.
Menghargai masa

Ketekunan
iv )
Mereka meletakkan pinggan kotor ke dalam besen yang disediakan.

Bertanggungjawab
[8 markah]

Soalan 4

Baca petikan berita di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

Gajah merupakan haiwan darat yang paling besar. Terdapat dua jenis gajah, iaitu Gajah

Afrika dan Gajah Asia. Gajah Asia banyak terdapat di Sri Lanka.

Gajah mempunyai belalai yang panjang dan gading yang tajam. Telinga gajah lebar

tetapi lembut. Kulit gajah pula tebal dan kasar. Tinggi gajah dewasa boleh mencapai

sehingga tiga meter.

Gajah tinggal di dalam hutan. Gajah jantan suka hidup bersendirian manakala gajah

betina pula hidup berkumpulan dengan anak-anaknya. Pucuk kayu muda dan buah-buahan

merupakan makanan utama gajah.

Manusia menggunakan gajah untuk menarik kayu balak di hutan. Gajah juga

digunakan bagi membawa barang-barang berat. Gajah boleh dijadikan tunggangan untuk

membawa manusia dari satu tempat ke satu tempat pada zaman dahulu.

Jika dilatih, gajah boleh membuat persembahan di sarkas. Di Zoo Negara dan Zoo

Taiping, kita boleh melihat gajah. Gajah semakin pupus akibat diburu oleh manusia untuk

mendapatkan gading dan kulitnya.


SOALAN (a)
Gariskan jawapan yang tepat.

(a) Apakah nama haiwan yang terbesar di darat?


 Nama haiwan yang terbesar di darat ialah _____________ .

[1 markah]
SOALAN (b) , (c) , (d)
Tandakan dua ( √ ) berdasarkan petikan.

(b) Apakah dua jenis gajah berpandukan petikan?


Dua jenis gajah dalam petikan ialah :
Gajah Amerika
Gajah Afrika
Gajah Arab
Gajah Asia

[2 markah]
Dua jenis makanan kegemaran gajah adalah :
pucuk kayu tua
pucuk kayu muda
buah-buahan
makanan laut
(c) Apakah dua jenis makanan kegemaran gajah?
[2 markah]

(d) Apakah dua sebab manusia memburu gajah ?

Dua sebab manusia memburu gajah untuk mendapatkan


gading
kaki
kulit
telinga

[2 markah]
BAHAGIAN B TAMAT

You might also like