Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

SEMESTER MEI 2022

PEPERIKSAAN AKHIR
(ESEI)

KURSUS : TEACHING METHODOLOGY FOR ISLAMIC EDUCATION

KOD : ADSE1303

TARIKH : 20-08-2022 10:00 AM

MASA : 20-08-2022 10:00 AM - 21-08-2022 10:00 AM

NAMA: RAJA MUHAMMAD NASRUN HAKIMI BIN R.MAT NAYAN

NO.MATRIKS: 971111085919001

LEARNING CENTRE: OUM TAIPING


Bahagian A

1.

a) KONSEP STRATEGI

Menurut Kamus Dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk
mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi juga bermakna kebijaksanaan dalam
menguruskan sesuatu perkara. Dalam bidang pendidikan secara umumnya, strategi ialah
kebijaksaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu pula, strategi merujuk kepada
suatu cara atau langkah atau tindakan yang harus dilakukan oleh guru bahasa untuk mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran. Ia lebih menjurus dan menumpukan pencapaian atau
hasil pembelajaran.

Antara strategi yang boleh dijadikan panduan dalam pengajaran dan pembelajaran
ialah pendekatan berpusatkan murid, kepelbagaian teknik, kepelbagaian sumber bahan,
penggunaan tatabahasa yang tepat, pengajaran dan pembelajaran bertema, bacaan luas,
penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pemulihan dan pengayaan.
KONSEP PENDEKATAN

Pendekatan ialah cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan
melaksanakan sesuatu tugas ( Kamus Dewan, 1998). Menurut Edward M. Anthony (1963),
pendekatan ialas satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan
pembelajaran. Pada tahun 1986, Jack Richards dan Theodore Rodgers telah mengemukakan
konsep kaedah sebagai 3 elemen iaitu pendekatan (andaian), reka bentuk (perhubungan antar
teori, aktiviti dan bahan) dan prosedur (teknik dan praktikal).

Di dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, pendekatan bermakna cara mendekati
sesuatu contohnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran dan pembelajaran.
Kesimpulannya, pendekatan merujuk kepada cara bagaimana bahasa Melayu diajarkan untuk
mencapat objektif.

Antara pendekatan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
ialah pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan komunikatif
dan pendekatan oral.

KONSEP KAEDAH

Menurut Edward M. Anthony (1963), kaedah merujuk kepada satu ikhtiar


keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun dengan berlandaskan
kepada sesuatu pendekatan yang dipilih.

Dari perspektif pengajaran dan pembelajaran bahasa, kaedah ialah cara atau peraturan yang
digunakan untuk melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas dan sistematik.
Kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai
objektif pelajaran yang spesifik dalam jangka pendek. Dalam erti kata lain, kaedah mengajar
ialah cara mendekati objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun.

Kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran bahasa ialah kaedah natural, kaedah
tatabahasa terjemahan, kaedah terus, kaedah askar, kaedah ajukhafaz, kaedah linguistik,
kaedah kod-kognitif, kaedah situasional, kaedah bahasa komunikasi, kaedah oral-aural,
kaedah penglibatan tindak balas fizikal dan kaedah suggestopedia.

KONSEP TEKNIK

Kamus Dewan edisi ketiga menyatakan teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil
seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.

Teknik menurut Edward M. Anthony pula ialah satu muslihat atau strategi atau taktik
yang digunakan oleh guru bagi mencapai hasil segara dan maksimum pada waktu mengajar
sesuatu bahagian bahasa tertentu.

Kamaruddin B. Hj. Husin dan Siti Hajar B. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian
Melayu III: Komunikasi Bahasa, teknik didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi
yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu
objektif.

Di bawah konteks pengajaran bahasa, teknik ditakrifkan sebagai kemahiran atau


kecekapan guru digunakan untuk pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam
sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Terdapat pelbagai teknik dalam pengajaran bahasa. Antaranya ialah teknik main
peranan, latih tubi, bercerita, inkuiri, perbahasan, kuiz, sumbangsaran, soal jawab, simulasi,
drama, perbincangan, forum, dialog, permainan bahasa, bercakap, menyanyi, perbualan
telefon, penyelesaian masalah, tunjuk cara, penyampaian berita, penyampaian laporan,
bersyarah, berpuisi dan teknik bermesyuarat.

b) Kaedah Pengajaran Perbincangan

Mengikut Gauthier (2001) dalam Noriati (2009), perbincangan merupakan satu proses aktif
yang melibatkan guru dan murid dalam persekitaran pembelajaran. Bond (2001) menegaskan
bahawa dalam perbincangan ini, murid akan menjadi lebih aktif (Noriati,2009).

Bagi menggalakkan penyertaan aktif murid dalam aktiviti pembelajaran, aktiviti berkumpulan
perlu diadakan supaya murid dapat berinteraksi sesama mereka sewaktu perbincangan-
perbincangan yang dijalankan (Shahabuddin et.al. , 2007).

Abd. Ghafar (2003) menjelaskan bahawa dalam kaedah ini, guru hendaklah memastikan
murid sentiasa berminat untuk mengikuti pembelajaran. Guru-guru perlu menggalakkan para
pelajar berfikir untuk lebih menghasilkan daya pemikiran yang lebih kreatif, inovatif dan
menghasilkan idea yang bernas.

Kaedah pengajaran perbincangan kumpulan ini termasuk dalam model pembelajaran


koperatif. Noriati (2009) menjelaskan bahawa pembelajaran secara koperatif yang dipelopori
oleh Slavin (2005) adalah merupakan pembelajaran aktif yang berupaya mengubah suatu
situasi pembelajaran yang pasif kepada suatu yang dinamis serta berpusatkan murid. Noriati
(2009) menjelaskan bahawa terdapat empat prinsip pembelajaran koperatif iaitu
kebergantungan positif, interaksi bersemuka, penglibatan seimbang dan akautabiliti individu.

Arends(2001) dalam Noriati(2009) menjelaskan bahawa kaedah perbincangan digunakan


oleh guru untuk mencapai tiga objektif pengajaran iaitu meningkatkan pemikiran dan
membantu murid membina kefahaman kandungan; merangsang penglibatan; serta membantu
murid menguasai kemahiran komunikasi dan proses pemikiran.
Menurut Noriati (2009) lagi, terdapat empat elemen penting yang perlu diberi penekanan
sewaktu seseorang guru ingin menggunakan kaedah perbincangan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran iaitu matlamat dan objektif P&P, saiz kumpulan, susunan bilik dan
pemilihan topik yang ingin dibincangkan.

Terdapat 5 teknik utama dalam pembelajaran koperatif. Pertama, Penyiasatan Berkelompok


(Group Investigation). Dalam teknik ini, setiap ahli kumpulan akan melibatkan diri dalam
pelbagai aktiviti sekolah untuk mendapatkan maklumat. Ini memerlukan murid
mengenalpasti suatu topik yang disiasat, merancang serta menjalankan penyiasatan. Semua
maklumat yang telah diperolehi akan dianalisis dengan cara terperinci untuk dipersembahkan
dalam bentuk yang kreatif dan menarik.

Kedua, teknik Student Team Achievement Division (STAD). Dalam teknik ini, murid-murid
perlu berada dalam kumpulan kecil dan menggunakan lembaran kerja untuk menguasai suatu
cabang pengetahuan. Mereka saling membantu antara satu sama lain melalui tutorial, kuiz
atau perbincangan kumpulan.

Ketiga, teknik Jigsaw. Setiap kumpulan akan menghantar ahli untuk membentuk kumpulan
pakar. Ahli-ahli dalam kumpulan pakar akan membincangkan sebahagian bahan akademik
(yang telah disediakan oleh guru). Selepas itu, semua ahli kumpulan pakar tadi akan kembali
ke kumpulan asal masing-masing untuk berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan
sekumpulan. Motif utama dalam Jigsaw ialah setiap murid dalam satu kumpulan akan
menjadi pakar dalam topik tertentu dan bertanggungjawab memberi tunjuk ajar kepada rakan
sekumpulan tentang apa yang telah mereka pelajari.

Teknik keempat ialah Team-Accelerated Instruction (TAI). Ia merupakan pendekatan secara


menyeluruh di mana pelajar mempunyai kebebasan bertindak dan guru boleh membentuk
kelas heterogeni. Pelajar yang mempunyai latar belakang yang berbeza ditentukan kepada
kumpulan yang heterogenus. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada murid yang rendah
pencapaian supaya dapat meningkatkan tahap pencapaiannya seiring dengan murid lain yang
mempunyai pencapaian tinggi.

Teknik kelima ialah Team Games Tournament (TGT). Dalam teknik ini, guru perlu
memberitahu pelajaran yang berkaitan sama ada dalam bentuk syarahan, demonstrasi atau
pertunjukan visual. Pelajar berbincang mengenai bahan yang disampaikan oleh guru.
Kemudian pelajar akan bekerja mengikut lembaran kerja yang disampaikan oleh guru untuk
menguasai konsep. Pelajar akan bermain suatu permainan berbentuk pertandingan di dalam
bilik darjah.

Dalam kaedah perbincangan, terdapat dua teknik yang boleh digunakan iaitu teknik Putaran
Giliran (Round Robin) dan teknik Meja Bulat (Round Table). Dalam teknik Putaran Giliran,
setiap ahli dalam kumpulan akan mengutarakan pendapat masing-masing secara lisan
mengikut putaran giliran mereka Matlamatnya adalah untuk memberikan setiap ahli peluang
mengemukakan idea masing-masing sambil menerima dan menolak idea yang lain secara
diplomasi. Melalui teknik ini berlakulah proses bertukar-tukar idea dan pandangan agar idea
yang diperuntukan itu akan menjadi lebih jelas dan bermakna.

Manakala teknik Meja Bulat pula, ahli kumpulan dapat berkongsi maklumat secara bergilir-
gilir dalam mencurahkan idea yang dibincangkan. Setiap ahli memerlukan tambahan idea
untuk melengkapkan tugasan. Aktiviti berkongsi maklumat ini dapat dilaksanakan oleh ahli
dalam kumpulan agar perkara yang dibincangkan itu menghasilkan satu idea yang sangat
bermakna. Melalui penurunan idea tersebut, setiap ahli digalakkan untuk membaca dan
menyemak hasil tugasan mereka agar tugasan mereka mantap dan bermakna.
2.

a) Memang senang bagi pelajar untuk memberi perhatian pada apa yang anda katakan jika
merekadapat melihat tajuk setiap kuliah berhubung kait dengan kuliah yang lain dan berkait
dengan kursus mereka. Bantu mereka untuk melihat “big picture” gambaran yang besar
dengan memberi gambaran yang ringkas pada setiap pengajaran ya. Jika anda meletakkan
gambaran yang ringkasini pada papan hitam, skrin komputer atau kertas edaran, pelajar akan
mudah merujuk kembalikepada nota-nota tersebut sepanjang pembelajaran. Keluarkan
perkara-perkara yang pentingdalam topik yang anda bincangkan dan mesti berkaitan dengan
apa yang dibincangkan dalam kuliah sebelumnya, atau kepada topik yang akan datang.
Sebagai contoh, dalam bab ibadah,tajuk cara membersihkan najis, guru boleh
membawa kertas edaran yang berkaitan dan memberi gambaran yang sempurna bagi
murid dengan isi pelajaran. Menggunakan kaedah begini dengan menghubungkan
peralihan dalam setiap sesi kelas boleh membantu pelajar untuk menerima pengajaran anda
ssebagai sesuatu yang jelas dan diterima oleh akal.Praktik, Praktik, Praktik (Latihan Yang
Berterusan)Pegajaran yang disampaikan mesti lancar, menarik, cerita spontan, penuh contoh
yang berkesandan peralihan yang elegan, yang disampaikan oleh guru menggunakan nota
sebagai peringatan,bukannya skrip. Untuk mendapatkan kaedah yang ideal memerlukan
bertahun-tahun pengalaman.Anda boleh menggunakan video kamera, pita rakaman ,
kawan atau saudara, atau bahkan haiwan kesayangan anda. Jika anda merakam P&P, kaji
semula pita dan tumpukan pada mana-manatingkah laku, tahap intonasi suara, dysfluencies
(contohnya, uhmmms dan ah), atau frasa yangberulang-ulang (contohnya, "ya "tahu?" atau
"OK?") Yang mungkin mengganggu dan menjengkelkan pendengar. Kemudian cuba rakam
dan dengar sekali lagi dan lihat jika anda mempertingkatkan atau melakukan perubahan
terhadap perkara yang anda tidak suka pada kali pertama. Andamungkin tidak akan
mendapati diri anda untuk berhenti dari berkata "OK?". Akan tetapidengan melakukan
secara praktikal akan membuat anda bangga yang mana kuliah adalah

)sesuatu yang senang jika ia bukan pertama kali anda melakukannya

b) Saya telah memilih untuk menggunakan kaedah Tunjuk Cara dalam pengajaran saya untuk
murid tahun 4 kerana kaedah tunjuk cara adalah kaedah yang telah lama digunakan di
sekolah. Kaedah ini dipilih terutamanya sebagai satu cara untuk membiasakan murid dengan
prosedur yang perlu diikuti oleh mereka semasa membuat aktiviti seperti berkebun,
menggunakan alatan dan sebagainya. Kaedah tunjuk cara yang berjaya mengandungi
langkah-langkah yang memberi murid peluang menunjukkan bahawa mereka benar-benar
memahami apa yang dipelajari. Sesuatu tunjuk cara tidak akan berjaya dan lengkap jika tidak
diberi peluang murid membuat sesuatu yang menunjukkan mereka telah menguasai
maklumat, proses atau prinsip tertentu. Langkah-langkah untuk menjayakan kaedah ini
adalah seperti berikut:

Langkah 1

Tunjukkan kepada murid langkah-langkah yang mesti dikuti oleh mereka untuk melakukan
tugas yang diberi. Murid juga perlu dimaklumkan tentang sifat tugas itu.

Langkah 2

Beri tindak balas kepada soalan murid tentang tunjuk cara yang telah dibuat. Guru juga perlu
bertanyakan soalan kepada murid untuk memastikan mereka benar-benar faham akan arahan
yang diberikan.

Langkah 3

Tinjau semula langkah-langkah yang perlu diikuti oleh murid. Murid mesti jelas dengan
langkah-langkah aktiviti. Adalah baik jika guru menulis setiap arahan untuk memastikan
tiada arahan yang tertinggal semasa aktiviti berlangsung.

Langkah 4
Secara rawak, guru perlu memilih beberapa orang murid untuk membacakan turutan langkah-
langkah betul yang telah dilakukan oleh mereka.

Langkah 5

Beri peluang murid mempraktikkan apa yang telah dipelajari oleh mereka. Kaedah tunjuk
cara apabila dirancang dan dilaksanakan boleh memberi kefahaman kepada murid. Pada
bahagian awal tunjuk cara, guru boleh mengambil sedikit masa untuk mengingatkan murid
tentang objektif yang diberi penekanan. Disebabkan guru menjadi pusat perhatian dalam
kaedah tunjuk cara ini, adalah mudah baginya untuk membantu murid mengingat kembali
maklumat yang telah dipelajari sebelumnya yang berkaitan dengan tugas pembelajaran baru.

Bahagian B

1.

Rancangan Pengajaran Harian

Kelas                                       : 5 Dedikasi

Tarikh                                    : 20/8/2022 (Ahad)

Masa                                       : 10.15 a.m hingga 11.00 a.m


Bil pelajar                              : 11 Orang

Tajuk                                      : Bersukan

Tunjang Utama                     : Pendidikan Jasmani

Fokus                                      : SA 2.0 Kemahiran Dalam Bersukan

Standard Kandungan           : SA 2.2 Memilih Sukan

Standard Pembelajaran   : SA 2.2.1 Melakukan Aktiviti bersukan mengikut minat


masing-masing

                                                 

Kesepaduan Tunjang           : FK 1.1.1 Menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan


aktiviti bersukan

Hasil Pembelajaran               : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat:-

i. Mengenalpasti sukan yang diminati

ii. Melakukan aktiviti sukan mengikut masa yang telah ditetapkan

iii. Memberitahu guru sukan apa yang paling diminati


Pengetahuan Sedia Ada       :  memanaskan badan

Bahan Bantu Mengajar        : Padang atau Tempat Lapang

Kemahiran Berfikir (KB)    : Pendekatan Pendidikan Bersepadu

Penerapan Nilai                     : Kerjasama, kerajinan dan kejujuran

2.

Tahun (kelas) : Tarikh :

Bilangan pelajar : Masa :

Mata pelajaran :

Tajuk yang hendak diajar :

Sub-Topik :

Pengetahuan sedia ada :

Objektif Pengajaran :

Bahan Sumber Pengajaran :

Pemikiran Kreatif & Kritis :

Nilai Murni :

Strategi P & P :

Kajian Masa Depan :

Langkah Keselamatan (jika perlu)


Perlaksanaan P & P

Penyampaian/ Isi Aktiviti Pelajaran Catatan


Masa pelajaran/Kemahiran dan Pembelajaran
Set Induksi (5 min)
Langkah Satu
( min)
Langkah Dua
( min)
Langkah Tiga
( min)
Penilaian ( min)
Penutup Refleksi Pelajar
Rumusan Guru

Refelksi Guru : 1. Sebelum P & P :

2. Selepas P & P :

Rumusan Penyelia :

Penentua Objektif

Objektif pelajaran bagi sesuatu tajuk merupakan kenyataan yang guru harapkan dan

dapat ditunjukkan oleh pelajar pada tingkahlakunya.

Kegunaan Objektif

Kegunaan objektif pelajaran yang ditulis dalam bentuk objektif tingkahlaku atau objektif

perlakuan adalah banyak. Antaranya :


i. Menitikberatkan tingkahlaku dan pencapaian pelajar dan tidak berpusatkan

guru, oleh itu guru perlu lebih peka pada keperluan dan kebolehan pelajar

ii. Memberi arah tuju kepada guru di samping dapat membantu menilai

kemajuan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran

iii. Sebagai panduan kepada guru untuk perancang dan memilih bahan

pengajaran yang sesuai dan relevan

iv. Membantu guru dalam merancang, memilih dan menentukan strategi

pengajaran

v. Memberi gambaran yang jelas kepada pelajar, guru, pihak pentadbir dan

penyelia apa yang harus pelajar capai di akhir sesuatu pelajaran

vi. Memberi bayangan kepada pelajar tentang bentuk penilaian yang akan diberi

vii. Membantu pelajar untuk membuat penilaian kemajuan kendiri

viii. Membantu guru dalam menyusun atur aktiviti susulan

Penulisan Objektif

Objektif perlakuan yang ditulis perlu mempunyai 3 komponen iaitu :


i. Perlakuan

Menyatakan, apakah yang pelajar akan buat atau lakukan bila mereka menunjukkan

perlakuan objektif. Adalah penting bagi guru menyatakan jenis perlakuan yang diterima

sebagai bukti pelajar tersebut telah menguasai sesuatu objektif. Sebagai contoh

perkataan yang digunakan untuk membuat objektif tingkahlaku ialah seperti memilih,

merekabentuk, mengenal pasti, menyenaraikan, menyusun dan lain-lain

ii. Syarat

Keadaan dimana perlakuan itu akan dilakukan, ia boleh terdiri daripada peralatan,

bekalan, atau bahan yang diberikan kepada pelajar untuk melakukan sesuatu perlakuan.

Sebagai contoh “dengan membaca petikan yang diberi”.

iii. Kriteria

Menerangkan paras penguasaan atau kecekapan yang mesti dicapai dalam melakukan

perlakuan objektif yang dapat memberikan gambaran bagaimana cara untuk menilai

perlakuan pelajar. Contoh, “dapat memotong kayu dalam masa 10 minit”, “dengan 90%

jawapan betul” ,”dengan tepat” .

Contoh objektif perlakuan :

Di akhir pelajaran, pelajar dapat menyenaraikan 5 dari 6 ciri usahawan dengan tepat

berdasarakan petikan yang diberikan.

You might also like