KK Gotong

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Kertas Kerja

Gotong Royong
Peringkat Sekolah

2022

Anjuran:

SJK(T) LADANG EDINBURGH,


KEPONG,
KUALA LUMPUR.

Dengan Kerjasama

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU


SJK(T) LADANG EDINBUGH
1.0 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam


memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang
berilmu, berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan
bilik darjah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi
perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah
merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi
pendidikan.

Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap


kebersihan sekolah melalui pertandingan 3K. Persekitaran sekolah yang bersih dan
ceria dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan
lebih berkesan dan efektif.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui Jawatankuasa 3K (Keselamatan,


Kesihatan dan Kebersihan) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti Gotong-
royong Perdana bersama pihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada murid
tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya
bilik darjah. Di samping itu, aktiviti ini akan membolehkan murid menerapkan nilai-nilai
murni dalam diri mereka.  Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi
aspek pembersihan kawasan longkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan
kawasan sekitar sekolah serta menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes di
sekitar sekolah. 

Adalah menjadi harapan agar para murid, ibu bapa, guru serta warga SJKT
Ladang Edinburgh akan memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya
memenuhi serta mencapai matlamat 3K dan konsep ‘Sekolahku Sejahtera’ iaitu
selamat, seronok dan sihat’.
2.0 OBJEKTIF

2.1 Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih,
indah, selamat, seronok dan sihat berpandukan konsep ‘Sekolahku Sejahtera’.

2.2 Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.

2.3 Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara murid, ibu
bapa, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan
penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.

2.4 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap
kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah
disediakan.

2.5 Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan


keberkesanan aktiviti

3.0 TARIKH PROGRAM/AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

Tarikh cadangan: 12 November 2022 (Sabtu)


Tempat : Perkarangan SJK(T) Ladang Edinburgh
Masa : 7.00 pagi – 11.50 tengah hari
Pakaian : Pakaian sukan / yang bersesuaian

4.0 CADANGAN AKTIVITI & SKOP TUGAS

4.1 Pembersihan Longkang


• Tugas membersihkan longkang ini dilakukan adalah untuk melancarkan aliran air yang
melalui kawasan tersebut agar tidak tersumbat. Selain itu sebagai satu usaha untuk
menghalang pembiakan nyamuk aedes yang dikhuatiri akan memberi kesan kepada
murid khususnya yang berada di sekolah.
4.2 Dewan dan Kantin Sekolah
• Bagi yang membersihkan di kawasan ini, mereka akan membersihkan gutter untuk
melancarkan aliran air.

4.3 Mengecat
• Bagi memberikan kesan keceriaan pada pondok bacaan, akan dicat menggunakan
warna yang terang.

4.4 Kelas
• Setiap kelas akan diagihkan mengikut guru-guru dan wakil dari ibu bapa disamping
akan dibantu oleh beberapa kumpulan murid dari beberapa kelas untuk membersih dan
menceriakan setiap kawasan yang telah ditetapkan.

4.5 Bilik Khas

 Bagi meningkatkan tahap keceriaan di Bilik Khas dengan hiasan dalaman yang
menarik maka perlu agihan tugas beberapa orang guru dan juga bantuan beberapa
orang murid.

4.6 Pusat Sumber Sekolah

 Agihan tugas adalah dibuat bagi meningkatkan tahap pengurusan PSS dengan
menyusun buku di dalam PSS. Murid-murid akan dipimpin oleh Guru PSS dalam
melaksanakan tugasan ini.
4.0 JAWATANKUASA AKTIVITI DAN KUMPULAN

MENGIKUT AGIHAN KAWASAN

BIL. KAWASAN KETUA DAN KUMPULAN YANG TERLIBAT

1. Pn. Saranya
1. Mengecat pondok bacaan 2. Wakil PIBG / Ibu Bapa
3. Murid Tahun 6 Imaiyam

1. Pn. N.Saraswathy
2. Menanam pokok bunga 2. Wakil PIBG / Ibu Bapa
3. Murid Tahun 6 Iladchiyam

1. En. Perabakaran
3. Pusat Sumber Sekolah 2. Wakil PIBG / Ibu Bapa
3. Murid Tahun 5 Kaaviyam

1. Pn. Jothi Malar


2. EN. Ahmad
4. Pembersihan Longkang 3. Wakil PIBG / Ibu Bapa
4. Murid Tahun 6 Imaiyam

1. Pn.Selvasiamala
5. Dewan dan Kantin 2. Wakil PIBG / Ibu Bapa
Sekolah 3. Murid Tahun 5 Kalanjiyam

Kelas 1. Guru Kelas


6. (Meletak Nombor Meja 2. Wakil PIBG / Ibu Bapa
dan kerusi) 3. Murid kelas masing-masing

7. Tandas 1. Pn. Sumadi


2. Pekerja Kebersihan
3. Wakil PIBG/ Ibu Bapa
1. Pn. Piravina
8. Mengecat tempat letak 2. Wakil PIBG / Ibu Bapa
kereta 3. Murid Tahun 5 Kaaviyam

1. En. Amirul
9. Susur Gajah / Netting 2. Wakil PIBG / Ibu Bapa
3. Murid Tahun 6 Iladchiyam

5.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI

7.00 pagi Pendaftaran

7.15 pagi Ucapan Aluan

7.20 pagi Ucapan Guru Besar


Taklimat agihan tugas oleh Pengerusi
7.25 pagi
Program
7.30 pagi Gotong–royong bermula

11.00 pagi Mengemas alatan

11.50 pagi Pulang


6.0 SUMBER KEWANGAN/ANGGARAN PENDAPATAN
Sumbangan diperolehi daripada:
a) PIBG = RM 1800
b) Keperluan pembiayaan / sumbangan = RM 1000
Jumlah Keseluruhan = RM 2800

6.1 ANGGARAN PERBELANJAAN


a) Pelajar = 400 orang
b) Ibu bapa = 100 orang
c) Guru & Staf = 30 orang
________
Jumlah = 530 orang

6.2 Makan dan minum untuk tengah hari


a) Makan = Nasi Lemak (1= RM 3.00)
b) Minum = Jus Oren (1 X RM 1)
Jumlah = RM 4.00
Keseluruhan : 530 X RM 4 = RM 2120.00

JUMLAH BESAR UNTUK MAKANAN = RM 2120.00

6.3 Anggaran perbelanjaan bagi peralatan

Jumlah (RM)
Bil Peralatan Harga

1. Tin Cat 2 unit x RM 80.00 RM 160.00

2. Berus Cat 6 unit x RM 8.00 RM 48.00

3 Plastik Beg Sampah 12 unit x RM 3.00 RM 36.00


4. Sabun Pencuci 3 unit x RM 15.00 RM 45.00

5. Berus Longkang 5 unit x RM 7.00 RM 35.00

6. Pencedok Longkang 5 unit x RM 8.00 RM 40.00

7. Pokok Bunga 10 unit x RM 20.00 RM 200.00

8. Runcit - RM 125.00

Jumlah harga bagi peralatan yang diperlukan = RM 689.00

JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN

(Makanan + Peralatan)

RM 2120.00 + RM 689.00 = RM 2809.00

JAWATANKUASA AKTIVITI

Penasihat : Pn. Theresa A/P Ayyakkannu


Penyelaras : Pn. G.Sumadi
Pen. Penyelaras 1 : En.M.Ravi
Pen. Penyelaras 2 : Pn. M.Saraswathy
Pen. Penyelaras 3 : En. Anbarasu
Setiausaha : Pn. Saranya
Bendahari : Pn. Sutha

Juruacara Majlis : Pn. Kasturi

Buku Program : Pn.Saranya

Jamuan : Pn. Jayanthi

Peralatan : En. Perabakaran


Pn. Piravina

PA System : En. Amirul

Dokumentasi : Pn.Saranya

Persiapan Tempat : Pn. Menaga

Disiplin dan : Pn. Selvasiamal & Pn.Saranya


Keselamatan

Jurufoto : Pn. Kamalam

Disediakan oleh

……………………………….......................
PN.SARANYA KALIAPPAN
(Penyelaras Unit 3K)
SJK(T) Ladang Edinburgh

You might also like