Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS KALI PERTAMA

SEKOLAH KEBANGSAAN SANTAN


2017
Tarikh : 11 Januari 2017
Masa : 1.15 tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat
Kehadiran : (Rujuk Lampiran)

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI / PEN. KANAN PENTADBIRAN & KURIKULUM


1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan surah Al-Fatihah bagi memberkati
mesyuarat.
1.2 Pengerusi memanjangkan rasa kesyukuran atas kehadiran ahli panitia untuk
bersama-sama meningkatkan prestasi panitia Bahasa Inggeris dan juga
memantapkan kecemerlangan subjek Bahasa Inggeris.
1.3 Pengerusi memperkenalkan diri sebagai ketua panitia baharu bagi sesi 2017.
Makluman: Semua ahli

1.4 Pen. Kanan Pentadbiran dan Kurikulum, Puan Aminah Bt. Jusoh, mengalu-alukan
Puan Noorasikin Bt. Awang Samat sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris yang
baru bagi sesi 2017 dan menggantikan Pn Izzatul Syima Bt. Talib untuk memberi
peluang kepada beliau untuk fokus kepada Program Kecemerlangan UPSR 2017.
1.5 Beliau juga mengingatkan semua ahli panitia Bahasa Inggeris agar dapat
memberikan kerjasama terutamanya bagi menjayakan aktiviti yang panitia pada
tahun ini.
1.6 Beliau juga memaklumkan bahawa pada tahun 2017 fokus utama panitia Bahasa
Inggeris adalah terhadap kecemerlangan subjek ini untuk UPSR 2017. Beliau
memohon supaya Panitia Bahasa Inggeris lebih berfokus kepada aktiviti akademik
seperti kelas tambahan dan program pemantapan subjek.
Tindakan: Semua ahli
2.0 PERANCANGAN TAHUNAN
2.1 Pengerusi memaklumkan bahawa perancangan bagi tahun 2017 akan dijalankan
seperti tahun-tahun yang lepas.

2.2 Antara aktiviti yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:

Bil Aktiviti Tahunan


1. Speak English Campaign
2. English Champ (School Level)
3. GP Champ (PKP Level)
4. Word Attack (Level 1)
5. Performance during Morning Assembly
6. Sentence Attack (Level 2)

Tindakan: Semua ahli


3.0 RPT / DSKP
3.1 Pengerusi mengingatkan semua ahli untuk membuat salinan RPT kelas yang diajar
ke dalam fail panitia untuk rujukan pada masa hadapan.
3.2 Pengerusi juga memaklumkan contoh RPT Tahun 1 boleh dimuat turun di laman
web ‘Facebook’ untuk rujukan kerana silibus Tahun 1 masih disemak semula.
3.3 Beliau juga mengingatkan semua ahli untuk merujuk DSKP dan takwim sekolah
semasa membina RPT bagi memastikan kelancaran PdP.
3.4 Penulisan RPH juga mestilah mengikut format yang diedarkan kepada guru-guru.
Tindakan: Semua
ahli

4.0 LINUS / PBS


4.1 Pengerusi mengingatkan semua ahli untuk mengisi data PBS offline awal bagi
mengelakkan bebanan tugas guru dan data Tahun 1 perlu diisi setelah mendapat
maklumat murid daripada guru kelas.
4.2 Pengerusi juga memaklumkan bahawa jadual saringan LINUS belum diperolehi.
4.3 Beliau juga mengingatkan bahawa data LINUS perlu diisi dengan jujur bagi
memastikan murid yang lemah dapat dikenalpasti.
4.4 Guru Penyelaras LINUS Bahasa Inggeris, Puan Tengku Maziah Bt, Tengku
Zainul membentangkan Data LINUS 2016

TAHUN MURID MENGUASAI MURID TIDAK MENGUASAI


1 46 Orang 10 Orang
2 54 Orang 3 Orang
3 44 Orang 1 Orang

Tindakan: Semua ahli


5.0 PENGURUSAN PANITIA 2017
5.1 Pen. Kanan Pentadbiran dan Kurikulum, Pn Aminah Bt.Jusoh, mengingatkan
panitia untuk memastikan mesyuarat panitia dijalankan sekurang-kurangnya tiga
kali setahun.
5.2 Beliau juga memaklumkan bahawa fokus aktiviti panitia pada tahun ini adalah ke
arah peningkatan akademik murid.
5.3 Puan Izzatul Syima Bt. Talib memaklumkan program GP Champ akan diadakan
pada tahun ini dan akan dimaklumkan semula.
5.4 Beliau juga mengingatkan bahawa program VCP (Vocab Champ) perlu dijalankan
seperti tahun lepas dan perlu dijalankan pada setiap hari sebelum PdP bermula
menggunkan modul VCP yang telah dibekalkan pada tahun lepas.
5.5 Puan Aminah Bt. Jusoh, mengingatkan penggunaan VLE Frog agar
dipertingkatkan dan guru-guru perlu memastikan agar murid-murid tahu kata
pengguna dan kata laluan mereka.
5.6 Puan Aminah Bt. Jusoh, memaklumkan ketua panitia untuk mencadangkan
pembelian bahan untuk panitia dan perlu mengisi nota minta sebelum pembelian
bahan.
5.7 Beliau juga mengingatkan ketua panitia untuk mengemaskini buku stok panitia
tahun lepas dan menggalakkan guru-guru untuk membeli barang daripada
pemborong beragama Islam.
Tindakan: Semua ahli
6.0 KEWANGAN
6.1 Pn. Aminah Bt. Jusoh, memaklumkan ketua panitia untuk mencadangkan
pembelian bahan untuk panitia dan perlu mengisi nota minta sebelum pembelian
bahan.
6.2 Beliau juga mengingatkan ketua panitia untuk mengemaskini buku stok panitia
tahun lepas dan menggalakkan guru-guru untuk membeli barang daripada
pemborong beragama Islam.
6.3 Pn. Noorasikin Bt. Awang Samat mencadangkan untuk membuat streamer on
verbs and nouns untuk dilekatkan di Bilik SAL, membeli Writing Chart dan
Bahan LINUS

7.0 HAL-HAL LAIN


7.1 Pn. Izzatul Syima memaklumkan jadual kelas tambahan Tahun 6 akan diberikan
kepada guru-guru yang berkenaan secepat mungkin.
7.2 Puan Intan Fairus memohon tunjuk ajar daripada rakan-rakan guru kerana beliau
merupakan buku bukan opsyen dan ini kali pertama mengajar Bahasa Inggeris
KSSR.
Tindakan: Semua ahli

Mesyarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………….. ………………………………………….
(IZZATUL SYIMA BT. TALIB) (NOORASIKIN BT. AWANG SAMAT)
Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris, Ketua Panitia Bahasa Inggeris
Sekolah Kebangsaan Santan Sekolah Kebangsaan Santan
01000 Kangar, Perlis. 01000 Kangar, Perlis

You might also like