Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT

KELAB SUKAN & REKREASI AR-RAUDHAH P.PINANG


BIL. 02  TAHUN 2021

Tarikh      :                  06 Julai 2021


Masa        :                  09.00 malam – 10.00 malam
Tempat    :                  62, Lorong Shahbandar 26, Bertam Perdana 3, Kepala Batas, 3200 P.Pinang
                  

Kehadiran

Bil. Nama Jawatan


1. ENCIK MOHD ZURAIDI BIN MOHD ZUBIREn. Pengerusi
2. ENCIK ABDUL AZIZ BIN ISHAK Timbalan Pengerusi
3. ENCIK NUR ADLI BIN IBRAHIM Setiausaha
4. ENCIK MOHD HALIL B MAT RANI Penolong Setiausaha
5. ENCIK JUNAIDI BIN JOHARI Bendahari
6. ENCIK ABD RAHMAN BIN RASHID AJK
7. ENCIK MOHD AMHARI BIN AYOB AJK
8. ENCIK SHAHRIZAN BIN ABDULLAH Ahli
9. ENCIK MOHD ZULFAZLI BIN ISMAIL Ahli
10. ENCIK MOHD FAIREL BIN ZAKARIA Ahli
11. ENCIK SUHAIMI MAT SALLEH Ahli

AGENDA

1.    PERUTUSAN PENGERUSI

1.1         Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab dan mengalu-alukan kehadiran
semua ahli mesyuarat.
Makluman

1.2         Pengerusi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli yang sudi
hadir. Pengerusi juga mengingatkan semua ahli agar mematuhi SOP pada setiap masa.

Makluman

2.   PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PENGURUSAN BIL 01/2021

2.1         Minit Mesyuarat Bil.01/2021 bertarikh 21 Mei 2021 disahkan tanpa pindaan


2.2         Dicadangkan oleh ENCIK MOHD HALIL B MAT RANI.
2.3         Disokong oleh ENCIK ABD RAHMAN BIN RASHID.
Makluman
3.   PERKARA BERBANGKIT

3.1         Para 1.1 Bil 01/2021: Keperluan untuk membeli barang keperluan seperti kerusi, meja dan
peralatan.

Mesyuarat menerima cadangan bagi menangguhkan pembelian barang keperluan untuk kegunaan kelab
sehingga tempoh PKP selesai bagi negeri Pulau Pinang.

Tindakan : Bendahari

3.2         Para 2.1 Bil 01/2021: Pendaftaran senarai maklumat ahli dalam sistem Google Form.

Setiausaha memaklumkan akan mengambil masa 3 minggu untuk melengkapkan pendaftaran semua ahli
dalam sistem Google Form. Ahli akan dimaklumkan apabila sistem telah lengkap dan tersedia.

Tindakan : Setiausaha

4     PERKARA BAHARU

4.1  Pendaftaran Akaun Bank untuk Kelab Sukan & Rekreasi Ar-Raudhah

4.1.1  Mesyuarat menerima cadangan untuk membuka akaun bank di Bank Islam Malaysia cawangan
Kepala Batas. Tuan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari akan hadir ke cawangan Bank Islam Kepala
Batas untuk melengkapkan proses pendaftaran akaun pada tarikh yang ditetapkan.

4.1.2  Setiausaha akan menyediakan segala dokumen yang diperlukan untuk proses pembukaan akaun
bank.

Tindakan : Pengerusi, Setiausaha, Bendahari

4.2  Sumbangan dan agihan bantuan hamper

4.2.1 Mesyuarat memutuskan agar sumbangan hamper akan diedarkan ke sekitar Kawasan kejiranan
Shahbandar bagi mengelakkan pertindihan pembahagian hamper oleh pihak lain.

4.2.2 Ahli persatuan diminta agar mengemukakan sebarang nama individu yang didapati kesusahan atau
memerlukan sebarang bantuan dalam tempoh pandemik ini.

4.2.3 Kategori penerima sumbangan hamper yang telah dipersetujui adalah seperti berikut:
a. Hilang punca pendapatan
b. Kecemasan/kes COVID/kuarantin
c. Ibu tunggal/anak yatim

Tindakan : Ahli persatuan


4.3 Pembentangan jumlah kutipan yuran terkini

4.3.1 Bendahari membentangkan jumlah kutipan yuran terkini dan mengingatkan ahli untuk
menjelaskan yuran pada tempoh yg ditetapkan. Ini akan memudahkan segala proses pengurusan dan
gerak kerja aktiviti kelab yang bakal dirancang.
Makluman

5    HAL-HAL LAIN

5.1   Mesyuarat Agung Tahunan

5.1.1 Mesyuarat sebulat suara menerima cadangan untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan pada
bulan Februari pada suatu tarikh yang akan ditetapkan.

5.1.2 Mesyuarat menerima saranan untuk mengadakan mesyuarat tahunan di lokasi seperti dewan atau
hotel bagi keselesaan dan kemudahan akses untuk semua ahli.      

6    PENANGGUHAN MESYUARAT


              6.1 Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada jam 10.00 malam.

Disediakan oleh:
Setiausaha
Kelab Sukan & Rekreasi Ar-Raudhah P. Pinang

 Bertarikh: 6 Julai 2021

You might also like