Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

NOTA RINGKAS

PENDIDIKAN ISLAM
TINGKATAN 4

1
Bidang Al-Quran
Pelajaran 1
Surah Al-An’am : 162-163

Intisari ayat

1-Solat ialah tonggak kepada segala amalan seseorang muslim


2-Segala ibadat yang dilakukan perlu mengikut syariat Nabi Muhammad SAW
3-Kehidupan di dunia perlu dipenuhi dengan melaksanakan perintah Allah dan Rasulullah
SAW supaya bahagia di dunia dan akhirat
4-Menyerahkan segala urusan kehidupan dan sesudah kematian kepada Allah SWT
5-Keikhlasan ialah faktor utama segala ibadah diterima oleh Allah SWT
6-Umat Islam wajib menjauhi syirik kerana syirik merupakan larangan Allah SWT
7-Umat Islam wajib memohon hanya kepada Allah SWT kerana dia ialah Tuhan sekalian alam
__________________________________________________________________________

Pelajaran 2
Surah Al-Kahfi : ayat 101-106

Intisari ayat

1-Allah SWT akan mengurniakan syurga firdaus kepada orang yang beramal soleh
2-Orang yang beramal soleh akan kekal didalam syurga firdaus
3-Kehebatan dan keluasan ilmu Allah SWT tiada tandingannya
4-Para rasul dilantik dalam kalangan manusia yang diberikan wahyu untuk disampaikan
kepada umatnya.
5-Orang yang rindu untuk bertemu dengan Tuhannya akan sentiasa beramal soleh serta
menjauhi perbuatan syirik
2
Surah Al-Kahfi : ayat 101-106, ayat 107-110 

Intisari ayat

1- Allah SWT akan mengurniakan syurga firdaus kepada orang yang beramal soleh
2- Orang yang beramal soleh akan kekal didalam syurga firdaus
3- Kehebatan dan keluasan ilmu Allah SWT tiada tandingannya
4- Para rasul dilantik dalam kalangan manusia yang diberikan wahyu untuk disampaikan
kepada umatnya.
5- Orang yang rindu untuk bertemu dengan Tuhannya akan sentiasa beramal soleh serta
menjauhi perbuatan syirik

__________________________________________________________________________

Pelajaran 3 Hukum tajwid: Hukum mad silah, mad lazim dan qalqalah

1. Mad Silah : Mad yang terdapat selepas huruf HA dhamir yang berbaris kasrah (bawah)
atau berbaris dhommah (depan)

A) Mad Silah Qasilah: Apabila HA dhamir terletak di antara dua huruf berbaris bertemu
dengan huruf hijaiah selain dariapda huruf hamzah pada dua kalimah yang berlainan.
Cara bacaan adalah 2 harakat.

B) Mad Silah Tawilah: Apabila HA dhamir terletak di antara dua huruf berbaris bertemu
dengan huruf hamzah pada dua kalimah yang berlainan.
Cara bacaan 4 atau 5 harakat.

2. Mad Lazim : Huruf Mad bertemu dengan huruf yang bertanda sukun (mati) ketika bacaan
secara wasal atau waqaf.
Cara bacaannya 6 harakat

(A) Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf: Huruf mad bertemu dengan huruf bertanda sukun yang
tidak bersyaddah (bersabdu) dalam satu kalimah. Tidak dibaca secara idgham.
3
(B) Mad Lazim Kalimi Muthaqqal: Huruf Mad bertemu dengan huruf bertanda sukun yang
bersyaddah (bersabdu) dalam satu kalimah. Dibaca secara idgham.

(C ) Mad Lazim Harfi Mukhaffaf: Huruf mad yang terdapat pada pembukaan surah bertemu
huruf bertanda sukun (mati). Tidak dibaca secara idgham.

(D)Mad Lazim Harfi Muthaqqal: Huruf mad yang terdapat pada pembukaan surah bertemu
huruf bertanda sukun (mati) . Dibaca secara idgham

3. Qalqalah : Bunyi lantunan ketika menyebut huruf Qalqalah.


(A) Huruf Qalqalah (qaf (‫)ق‬, tho (‫)ط‬, ba’ (‫)ب‬, jim (‫)ج‬, dal (‫)د‬

(B) Qalqalah Sunghra: huruf qalqalah yang berbaris sukun pada pertengahan kalimah atau
hujung kalimah ketika bacaan secara wasal.
- Bunyi lantunan yang rendah ketika menyebut huruf qalqalah yang berbaris sukun (baris
mati)
- Huruf qalqalah yang berbaris sukun atau sukun yang mendatang beradad pada hujung
kalimah ketika bacaan secara waqaf.

(C) Qalqalah Kubra: Bunyi lantunan kuat ketika menyebut huruf qalqalah ketika waqaf
Qalqalah Kubra.
-huruf qalqalah yang berbaris syaddah (bersabdu)pada hujung kalimah ketika bacaan secara
waqaf.
-Bunyi lantunan lebih kuat ketika menyebut huruf qalqalah ketika waqaf

__________________________________________________________________________

Pelajaran 4
Surah Al Baqarah: 188 (Larangan Rasuah)

Larangan Allah berdasarkan ayat :


-Allah melarang manusia mengambil harta orang lain dengan cara berikut, antaranya
termasuklah rasuah, merompak, riba, menipu, judi, salah guna kuasa dan mencuri.

Pengertian rasuah adalah sebarang pemberian atau suapan yang bertujuan memalsukan
kebenaran dari membenarkan kepalsuan

4
Empat bentuk kesalahan rasuah
1-Meminta atau menerima rasuah
2-Menyalahgunakan kedudukan atau jawatan untuk kepentingan tertentu
3-Menawarkan atau memberikan rasuah
4-Mengemukakan tuntutan palsu

Kesan perbuatan rasuah

1-Allah SWT dan rasulnya melaknat pemberi dan penerima rasuah


2-Menjadikan individu hilang harga diri kerana perbuatan itu berdosa
3-Melumpuhkan ekonomi negara akibat daripada kos pengurusan yang meningkat
4-Meningkatkan kes jenayah dalam masyarakat kerana sifat mementingkan diri

Pengajaran ayat

1-Kita hendaklah mencari rezeki yang halal agar tidak menyalahi syariat Islam
2-Kita hendaklah menjauhkan diri daripada memberikan rasuah supaya tidak menzalimi diri
dan masyarakat
3-Kita hendaklah mengelakkan diri daripada melakukan sumpah palsu untuk mendapatkan
kepentingan tertentu
_____________________________________________________________________________________________

Pelajaran 5
Memahami Sunnatullah (Surah Ali-Imran ayat 137-139)

Maksud Sunnatullah : sistem dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT terhadap
semua makhluk dan tiada siapa yang boleh menghalang atau mengubah ketetapan tersebut

Kesan Memahami Sunnatullah


1-Meyakini setiap yang berlaku dalam kehidupan mengikut ketetapan dan kehendak Allah
SWT yang Maha bijaksana.
2-Merancang strategi dengan teliti dalam setiap tindakan untuk mencapai kejayaan
3-Menerima ketetapan Allah SWT dengan bersikap positif dalam setiap keadaan

Pengajaran Ayat
1-Kita hendaklah meyakini bahawa Allah SWT telah mengatur kehidupan manusia
bersesuaian dengan peraturan dan ketetapan-Nya
2-Kita hendaklah menjadi pengembara dimuka bumi supay dapat mengetahui dan menyelidik
Sunnatullah
5
3-Kita
hendaklah mengkaji dan menyelidik sejarah umat terdahulu agar menjadi pedoman
dalam kehidupan

_____________________________________________________________________________________________

Pelajaran 6
Larangan mempersendakan agama (Surah Al-An’am ayat 70)

Bentuk perbuatan mempersendakan Islam

1-Berasa bangga mempersendakan nama Allah SWT


2-Mengejek dan menghina sunnah Rasulullah SAW
3-Menghina golongan ulama dan orang soleh
4-Mentafsir Al-Quran mengikut hawa nafsu dan logik akal semata-mata
5-Menyanjung perbuatan maksiat

Cara menjaga kesucian Islam

1-Memperkasakan program keilmuan berbentuk bimbingan disemua lapisan masyarakat


2-Mencontohi keperibadian mulia Rasulullah  
3-Meningkatkan kualiti ibadah fardu dan sunat demi menjamin keutuhan akidah

Kesan mempersendakan Islam

1-Boleh membatalkan iman


2-Tidak dipandang oleh Allah SWT diakhirat
3-Tidak mendapat kejayaan didunia dan diakhirat

Pengajaran ayat

1-Kita hendaklah menjauhkan diri daripada golongan yang mempersendakan agama demi
menjaga kesucian Islam
2-Kita hendaklah menyedari bahawa perbuatan menjadikan agama sebagai alat permainan
dan gurauan ialah sebahagian daripada tipu daya dunia
3-Kita hendaklah sentiasa memberikan peringatan kepada orang yang mempersendakan
agama berpandukan ajaran Al-Quran dan Sunnah

Pelajaran 7

6
Dakwah pemacu kemajuan (Surah Fussilat ayat 33)

Maksud ayat : Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru
manusia kepada Allah dan beramal soleh dan berkata sesungguhnya aku daripada kalangan
orang Islam.

Maksud dakwah adalah menyeru supaya melakukan perkara yang diperintah oleh Allah
SWT dan meninggalkan larangannya

Tuntutan Ayat Berdakwah


– mengajak dan menyeru manusia supaya takut kepada Allah SWT dengan pendekatan
terbaik Beramal soleh
– Amalan soleh ialah perbuatan baik yang dilakukan mengikut panduan Al-Quran dan
Sunnah dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT Menjadikan Islam sebagai
cara hidup
– melaksanakan ajaran Islam dalam semua bidang kehidupan

Pengajaran Ayat

1-Kita hendaklah berdakwah mengikut keupayaan masing-masing kerana dakwah ialah


sunnah Rasulullah Kita hendaklah beramal soleh supaya menjadi contoh kepada orang lain
2-Kita hendaklah menjadikan Islam sebagai cara hidup yang sempurna

_____________________________________________________________________________________________

Bidang Hadis

Pelajaran 8
Hadis Hindari dosa-dosa besar Tujuh

Dosa besar yang terkandung dalam hadis :


7
1-Makan riba :Pertambahan bayaran dalam urusan pertukaran barang dan hutang piutang

2-Makan harta anak yatim menggunakan harta anak yatim dengan cara yang tidak
dibenarkan oleh syarak

3-Syirik kepada Allah SWT

I-Syirik Jali: menyekutukan Allah SWT dengan sesuatau pada zat sifat dan af’al
(Contoh, menyembah berhala)

II-Syirik Khafi: melakukan sesuatu amalan bukan bertujuan kerana Allah SWT
(Contoh, bersikap riak, ujub dan takbur)

4-Sihir Perbuatan yang memudaratkan orang lain dengan bantuan jin


(Santau, pukau, pelaris)

5-Membunuh : Menghilangkan nyawa seseorang (menembak, menikam atau meracuni)

6-Lari daripada medan perang meninggalkan medan peperangan menghadapi musuh

7-Menuduh perempuan yang beriman dan suci berzina (qazaf)


-Contohnya percakapan atau pertuduhan yang jelas seperti ‘kamu telah berzina’ atau
memanggilnya ‘wahai penzina’

Pengajaran hadis

1-Kita hendaklah sentiasa memelihara diri daripada perbuatan syirik kerana ia merosakkan
akidah
2-Kita perlu bersikap amanah dalam menguruskan harta anak yatim untuk memelihara hak
orang lain.

_____________________________________________________________________________________________

Pelajaran 9
Hadis Kemuliaan berdikari

Berdikari bermaksud berusaha sendiri dan tidak bergantung pada bantuam orang lain

Konsep berdikari
8
1-Menggunakan potensi diri yang dikurniakan oleh Allah SWT seperti kekuatan tubuh badan
dan kecerdikan akal untuk perkara yang bermanfaat
2-Membebaskan diri daripada bergantung pada pihak lain demi memelihara maruah dan
kemuliaan diri
3-Meyakini kemampuan diri untuk melaksanakan sesuatu tugasan

Kelebihan berdikari

Aspek Kelebihan Berdikari


agama menjadikan agama Islam dipandang tinggi kerana umatnya rajin dan berusaha

ekonomi mendapat sumber pendapatan yang diyakini halal


pendidikan melahirkan modal insan yang berkepakaran tinggi melalui penerokaan ilmu dan
kemahiran

masyarakat memperkasakan daya saing masyarakat untuk mempertingkatkan taraf


kehidupan

Pengajaran hadis

1-Kita perlu memandang mulia kepada pekerjaan yang halal walaupun hasilnya sedikit
2-Kita seharusnya menghindari perbuatan meminta-minta dan bergantung pada orang lain
demi memelihara kemuliaan dan maruah diri
3-Kita hendaklah mencari ilmu dan kemahiran untuk mendapatkan pendidikan yang lebih baik

_____________________________________________________________________________________________

Bidang Akidah
Pelajaran 10
Allah SWT Maha Pembalas dan Maha Perkasa

Al Muntaqim merupakan nama Allah yang menunjukkan bahawasanya Allah SWT maha
pembalas dengan menimpakan azab terhadap orang yang melampaui batas

Kefahaman Mengenai Nama Allah al Muntaqim (maha membalas)

1- Allah memberikan pembalasan dengan seksaan neraka terhadap orang yang menolak
peringatan alQuran.
2- Allah menimpakan azab dalam peristiwa ad Dukhan, iaitu kaum Quraisy ditimpakan
kemarau panjang sehingga debu seperti asap menutupi mereka.
3- Allah memberikan pembalasan terhadap golongan yang menentang agamanya setelah
diutuskan dan diberi keterangan yang jelas.

Al Jabbar pula adalah nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah SWT yang maha
berkuasa secara mutlak untuk melakukan segala kehedak-Nya

Kefahaman Mengenai Nama Allah al Jabbar (maha perkasa)

1- Allah memiliki dan menguasai seluruh alam. Semua makhluk berada dalam
pemerintahanNya.

2- Allah tidak boleh dipersoalkan perbuatanNya. Setiap perbuatan Allah mengandungi hikmah
9
yang tersembunyi.
3- Manusia wajib bersifat merendah diri kerana Allah akan mencampakkan makhlukNya yang
bersikap takbur dan bongkak ke dalam neraka jahannam.

_____________________________________________________________________________________________

Pelajaran 11
Perkara Yang Membatalkan Iman

Iman boleh terbatal melalui


1-iktikad
2-perkataan
3-perbuatan

Iman terbatal melalui Iktikad :

-Iman terbatal kerana tidak percaya atau ragu-ragu dengan perkara yang berkaitan dengan
ketuhanan, kenabian, perkara ghaib dan syariah.
-Contohnya, menyifatkan Allah SWT dengan sifat yang tidak layak bagi Allah SWT

Iman terbatal melalui Perkataan:

-perkataan yang mengundang perkataan kufur atau penafian akidah Islam atau
mempersendakan hukum-hakam Islam.
-Contohnya, mengaku keluar Islam.

Iman terbatal melalui Perbuatan:

- melakukan amalan atau perbuatan jelas menunjukkan kekufuran seperti sujud kepada
berhala, meletakkan peralatan agama lain dan melakukan upacara ibadah agama lain.

Contoh Iktikad yang membatalkan iman:

Uluhiyat Nubuwwat Ghaibiyyat Syariat

1- Mengingkari 1- Mengingkari 1- Mengingkari hari 1- Mengingkari rukun


kewujudan Allah kenabian dan kiamat atau peristiwa Islam atau satu
sebagai pencipta. kerasulan salah yang berlaku di daripanya.
2- Menyifatkan Allah seorang atau semua Mahsyar dan 2- Mengingkari
dengan sifat yang nabi dan rasul pembalasan syurga hukum yang
tidak layak bagi Allah 2- Mengingkari dan neraka. ditetapkan oleh Allah
kerasulan nabi 2- Mengingkari seperti mengingkari
Muhammad sebagai kewujudan alam pengharaman zina
rasul dan nabi yang barzakh atau alam atau menghalalkan
terakhir kubur liwat dan lesbian.

Syarat terbatal iman

1-Mengetahui perkara yang dilakukan membawa diri kepada kekufuran


2-Melakukan sesuatu perkara dengan sengaja dan pilihan sendiri tanpa sebarang paksaan 3-
Mengingkari perkara asas dalam Islam seperti rukun iman dan rukun Islam
4-Melakukan perkara yang jelas membawa diri kepada kekufuran

Kesan melakukan perkara yang membatalkan iman


10
1-Rosak segala amalan soleh dan ibadat yang dilakukan
2-Tidak diampunkan dosanya oleh Allah SWT sekiranya tidak bertaubat
3-Diharamkan memasuki syurga dan sebaliknya akan ke neraka
4-Hilang hak terhadap harta pusaka yang ditinggalkan oleh keluarga muslim

Cara menjauhi perkara yang membatalkan iman

1- Mendalami ilmu akidah Islam supaya dapat mendalami batas-batas iman dan kufur.
2- Bersahabat dengan orang soleh yang dapat membimbing diri kepada kebaikan
3- Melakukan amalan soleh yang boleh mengukuhkan keimanan dan keyakinan kepada Allah
dan rasul
4- Sentiasa beristirghfar dan memohon keampunan daripada Allah atas dosa dan kesalahan
yang dilakukan, serta berdoa memohon petunjuk Allah.

_____________________________________________________________________________________________

Pelajaran 12

Hindari ajaran sesat

Ajaran sesat ialah ajaran yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan hakikatnya ia
bercanggah dengan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW

Ciri-ciri ajaran sesat

Aspek Al-Quran dan Hadis memahami dan mentafsir Al-Quran dengan logik akal semata-
mata, menolak hadis sebagai sumber hukum Islam
Aspek akidah mengaku sebagai nabi atau rasul, mendakwa diri atau guru
sebagai Imam al-Mahdi, memuja makhluk untuk mendapatkan
sesuatu kelebihan
Aspek ibadah menolak kewajipan ibadah fardhu
Aspek akhlak mempersendakan sahabat Nabi SAW, taksub dengan ajaran
guru yang dianggap hanya kumpulan yang benar

Kesan melakukan ajaran sesat

Agama Melemahkan iman dan merosakkan akidah


Ekonomi Melahirkan individu yang pasif dan malas
Aspek ibadah Menggugat kestabilan politik akibat tindakan keganasan
Aspek akhlak Membentuk individu masyarakat yang bersikap agresif dan
kasar

Cara menjauhi ajaran sesat

1- Mempelajari akidah yang sebenar berdasarkan manhaj ahli sunnah wal jama’ah
2- Menghindarkan diri daripada bergaul dengan orang yang dicurigai ilmu dan amalannya.
3- Memastikan amalan yang dilakukan benar-benar mengikut panduan alquran dan sunnah
4- Bertaubat kepada Allah atas keterlanjuran mengikuti dan beramal dengan ajaran sesat

_____________________________________________________________________________________________

Bidang Fiqah
11
Pelajaran 13
Haji dan Umrah

Haji

bahasa tujuan dan maksud.

istilah mengunjungi Baitullah al-Haram pada bulan-bulan haji untuk


mengerjakan ibadah tertentu menurut syarat-syaratnya

Umrah

bahasa ziarah.

istilah mengunjungi Baitullah al-Haram pada bila-bila masa untuk mengerjakan


ibadah tertentu menurut syarat-syaratnya

Hukum menunaikan haji dan umrah


-wajib sekali seumur hidup bagi setiap individu yang berkemampuan.

Syarat wajib haji dan umrah


Islam
Balig
Berakal
Merdeka
Berkemampuan dari segi kesihatan, kewangan dan keselamatan

Persamaan Haji dan Umrah

Aspek Haji dan Umrah

Rukun - larangan ihram


- mempunyai miqat makani

Perkara wajib - tawaf ifadah


- sa’ie
- bercukur

Perbezaan antara haji dan umrah:

Aspek Haji Umrah


Waktu Dikerjakan pada bulan haji sahaja Pada bila-bila masa sepanjang tahun
Rukun Wajib wukuf Tiada wukuf
Perkara - melontar 7 anak batu pada -tiada melontar 7 anak batu pada ketiga-
wajib ketiga-tiga jamrah tiga jamrah
- bermalam di muzdalifah -tiada bermalam di Muzdalifah
-bermalam di Mina -tiada bermalam di Mina
- melontar 7 anak batu di jamrah -tiada melontar 7 anak batu di jamrah
Kubra Kubra

12
Melontar 7 anak batu di Jamrah Kubra
Boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja Tiada wukuf Tiada melontar Tiada bermalam di
Muzdalifah Tiada bermalam di Mina
Tiada melontar 7 anak batu di Jamrah Kubra

________________________________________________________________________

Pelajaran 14
Sembelihan

Sembelihan dari segi bahasa adalah memotong dan dari segi istilah adalah menyembelih
binatang yang halal dimakan dagingnya dengan cara memutuskan urat halkum dan urat
merih

Hukum sembelihan adalah wajib supaya halal dimakan dagingnya

Rukun sembelihan menyembelih binatang sembelihan alat sembelihan

Syarat sah sembelihan


Penyembelih beragama Islam atau ahli kitab melakukan sembelihan kerana Allah SWT
Binatang sembelihan masih mempunyai hayat putus urat halkum dan merih dengan segera
dan sekali sembelihan

Alat sembelihan
-alatan yang boleh melukakan sembelihan kecuali kuku, gigi dan tulang

Hikmah sembelihan dari sudut syarak dan sains:

-membezakan antara daging yang halal dengan daging yang haram supaya ibadah diterima
menghindarkan diri daripada penyakit yang terdapat dalam binatang kerana toksin dan
bakteria yang terdapat dalam darah binatang telah dikeluarkan mempercepatkan proses
kematian binatang yang disembelih

________________________________________________________________________

Pelajaran 15
Korban dan Akikah

Maksud
korban adalah menymbelih binatang ternakan pada 10 Zulhijjah hingga akhir hari tasyrik
bertujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Hukumnya sunat muakkad dan wajib jika bernazar

Syarat sah korban:


Berniat kurban Masa pelaksanaan (selepas solat sunat aidiladha pada 10 zulhijjah hingga
terbenam matahari pada akhir hari tasyrik bersamaan pada 13 zulhijjah)
Cukup umur Cukup sifatnya, bebas daripada penyakit dan kecacatan

Hikmah berkorban:

1-Mengagungkan syiar Islam yang merupakan tanda takwa bagi mendekatkan diri kepada
Allah SWT
2-Mengeratkan persaudaraan antara umat Islam kerana solat sunat aidiladha
menghimpunkan seluruh umat Islam
13
3-Menghayati semangat pengorbanan agung yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS Maksud
akikah adalah binatang ternakan yang disembelih sempena kelahiran bayi.

Hukum melaksanakannya adalah sunat muakkad dan wajib jika bernazar.

Senarai binatang ternakan yang disyariatkan akikah


-unta, kambing, kerbau, biri-biri dan lembu.

Syarat sah akikah:


berniat akikah masa pelaksanaan cukup umur (Unta, 5 tahun dan ke atas/ lembu atau kerbau,
2 tahun dan ke atas/ kambing, 2 tahun dan ke atas/ biri-biri, 1 tahun atau sudah bersalin gigi
hadapan setelah berumur 6 bulan) cukup sifatnya iaitu bebas daripada penyakit dan
kecacatan

Pembahagian daging akikah


sunat dimasak dengan masakan yang manis dan disedekahkan sesudah dimasak afdhal
disedahkan kepada orang miskin masakan itu juga sunat dimakan oleh orang yang berakikah
________________________________________________________________________

Pelajaran 16
Konsep muamalat Islam Muamalat

Islam adalah hukum syarak yang berkaitan dengan urusan kewangan seperti jual beli,
sewaan, simpanan dan sebagainya.

Hukumnya adalah harus

Perbezaan antara muamalat Islam dengan konvensional Muamalat Islam

Konvensional Muamalat Islam


Bersumberkan teori dan pemikiran manusia Bersumberkan dalil Al-Quran dan Sunnah
semata-mata Mengharamkan riba Bebas daripada unsur
Mengamalkan riba judi dan gharar
Mengandungi unsur judi dan gharar Berteraskan keimanan kepada Allah SWT
(kesamaran)
Berteraskan keuntungan dan kekayaan

________________________________________________________________________

Pelajaran 17
Solat sunat dhuha dan solat sunat gerhana

Solat sunat dhuha


-solat yang dilakukan pada waktu antara naik matahari selepas syuruk hingga sebelum
gelincir matahari.
-Hukumnya adalah sunat muakkad

Solat sunat gerhana


-solat yang dilakukan ketika berlaku gerhana matahari bulan dengan cara-cara yang tertentu.
-Hukumnya adalah sunat muakkad

________________________________________________________________________

14
Bidang Sirah dan Tamadun Islam
Pelajaran 18
Kerajaan Khulafa Ar-Rasyidin

Abu Bakar As-Siddiq


-Tegas memerangi golongan murtad, nabi palsu dan golongan enggan membayar zakat -
Berpandangan jauh dengan mengarahkan Zaid bin Sabit untuk mengumpulkan himpunan
tulisan ayat Al-Quran kerana ramai penghafaz terkorban dalam peperangan Yamamah -
Mengamalkan Syura iaiatu mengambil kira pandangan para sahabat dalam menentukan
strategi peperangan

Umar Al-Khattab
-Berfikiran terbuka kerana bersedia ditegur Rasulullah dan menerima pendapat daripada
sahabat
-Adil dalam memastikan kebajikan rakyat terpelihara
-Cekap apabila menubuhkan majlis syura dan beberapa jabatan baharu serta mengemaskini
baitulmal

Usman bin Affan


-Prihatin dalam menyumbangkan harta dan kekayaannya untuk pertahanan negara
-Inovatif dengan menubuhkan angkatan tentera laut Islam
-Berpandangan jauh dengan menubuhkan jawatankuasa khas pembukuan Al-Quran

Ali bin Abi Talib


-Berilmu, memiliki ketinggian ilmu dalam pelbagai bidang
-Berani, menyertai hampir kesemua peperangan, sanggup menerima jawatan khalifah
walaupun mengetahui beban yang bakal dihadapi
-Tegas apabila memecat beberapa gabenor yang dilantik sebelum ini

________________________________________________________________________

Pelajaran 19
Kerajaan Umaiyah

Diasaskan oleh Muawiyah Bin Abu Sufyan


Bersempena nama Umaiyah bin Abdul Shams iaitu salah seorang daripada pemimpin
keturunan quraisy
Tempoh memerintah: Tahun 41 hijrah hingga 132 hijrah 14 orang khalifah
Pusat pemerintahan di Damsyik Syria

________________________________________________________________________

Pelajaran 20
Kerajaan Abasiyyah

Diasaskan oleh Abu Al Abbas Abdullah


Bersempena nama saudara Rasulullah SAW iaitu Al-Abbas bin Abdul Mutalib
Tempoh memerintah selama 524 tahun, dari 132 Hijrah hingga 656 Hijrah
37 orang khalifah
Pusat pemerintahan di Baghdad, Iraq

________________________________________________________________________
15
Pelajaran 21
Keunggulan Tokoh Empat Mazhab

Imam Abu Hanifah


Nama sebenar An Nukman Bin Sabit Al-kufi

Keperibadian: sangat memuliakan ilmu pengetahuan, kuat beribadat, tidak terpengaruh


dengan tawaran pangkat dan kedudukan

Antara guru beliau: Hammad bin Abu Sulaiman, Attak bin Yasar, Amru bin Dinar Imam Maliki

Nama sebenar Maliki bin Anas Al-Madani

Keperibadian: mencintai Rasulullah SAW sehingga tidak sanggup menunggang kuda dalam
kota Madinah kerana menghormati jasad Nabi SAW yang diamkamkan disana

Antara guru beliau: Nafiq al Madani, Muhamad Bin Shihab Az Zuhri, Yahya Bin Said Al-Ansar
Imam As-Syafie

Nama penuh Muhammad Bin Idris As-Syafie


Keperibadian: Sanggup tinggal bersama-sama dengan kaum arab badwi demi menguasai
bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan arab.
Sanggup bermusafir jauh demi kecintaan terhadap ilmu

Antara guru beliau: Imam Maliki, Sufian bin Imam Ahmad Nama sebenar: Ahmad bin
Muhammad bin Hanbal

Keperibadian: Sentiasa menuntut ilmu walaupun telah mendapat gelaran imam yang
masyhur, bersifat pemaaf, menghafaz Al-Quran sejak berusia sembilan tahun

Antara guru beliau adalah Imam As-Syafie, Abu Yusof Al Qadi, hammad Bin Khalid

________________________________________________________________________

Bidang Akhlak
Islamiah Pelajaran 22
Bersikap benar dan menjauhkan kemunafikan

Maksud dari segi istilah, tidak berdosa dari segi perkataan, perkhabaran dan perbuatan.

Hukumnya wajib bersikap benar

Benar dalam tutur kata, dalam niat dan kemahuan, dalam keazaman dan cita-cita, dalam
tugas, dalam menepati janji

Pelajaran 23 Khauf dan Rajak

Khauf bermaksud takut kepada kemurkaan dan azab Allah SWT dengan menjauhi segala
larangan

Rajak pula bermaksud mengharapkan keredhaan Allah SWT dengan melaksanakan segala
perintah-Nya

16
Pelajaran 24
Adab terhadap orang sakit dan kurang upaya

Adab terhadap Orang sakit


Ibadah mendoakan kesihatan mereka, membantu mereka yang ingin melakukan
ibadah
Emosi memberikan semangat dan motivasi agar mereka sabar dan redha
Fizikal memastikan tempat dan tubuh badan pesakit sentiasa bersih

Adab terhadap Orang kurang upaya

Ibadah menyediakan kemudahan kepada mereka untuk melakukan ibadah dengan


selesa
Emosi memberikan layanan dengan penuh kasih dan sayang terhadap mereka
Fizikal memastikan kemudahan asas yang disediakan untuk mereka tidak
disalahgunakan

Pelajaran 25
Wasatiah menjamin kecemerlangan umat

Wasatiah adalah pendekatan yang sederhana, seimbang, adil dan cemerlang dalam setiap
tindakan.

Kesederhanaan melakukan sesuatu dengan sempurna, tidak melampaui batas dan


mematuhi syarat
Keseimbangan memenuhi keperluan rohani, jasmani dan akal secara ssempurna
dalam semua keadaan
Keadilan meletakkan sesuatu sesuai denagn suasana, masa dan tempat
Kecemerlangan pendekatan yang terbaik dalam melakukan kebaikan dan mencegah
kemungkaran serta berkeyakinan teguh pada Allah SWT

17

You might also like