Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LATAR BELAKANG BUDAYA HEDONISME

Hedonisme. Tidak asing lagi bagi kita , perkataan hedonisme ini. Istilah hedonisme ini diambil
daripada dua perkataan Yunani iaitu ‘hedone’ dan juga ‘isme’. Perkataan ‘hedone’ membawa
maksud ‘kesenangan’. Manakala perkataan ‘isme’ pula membawa maksud ‘kepercayaan’.
Definisi bagi hedonisme ialah suatu tindakan bagi memperoleh keseronokan dan juga
kebahagiaan. Menurut John David Garcia, hedonisme ialah suatu falsafah keseronokan iaitu
suatu dokrin falsafah ataupun suatu pegangan yang menjelaskan bahawa sumber nilai moral
adalah keseronokan dan ia berada pada tahap tertinggi. Terdapat dua jenis pola pemikiran bagi
budaya hedonisme , iaitu , hedonisme psikologi dan hedonism etika. Hedonisme psikologi adalah
suatu politik yang mengajar manusia untuk sentiasa melakukan setiap tindakannya mengikut
kinginan sendiri yang akan memberikan diri perasaan puas dan kenikmatan yang terbesar bagi
diri mereka, kepercayaan ini juga dikenali pasti sebagai hedonisme psikologi egoistik.
Seterusnya adalah hedonisme etika. Hedonisme etika ialah doktrin bahawa manusia seharusnya
membuat sesuatu yang akan memberikan mereka kenikmatan dan kebahagiaan paling besar di
hidup mereka.

Budaya hedonisme ini dipercayai telah wujud dari zaman Yunani lagi, kemudian dibawa ke
Eropah sehingga ia tersebar ke seluruh dunia, mengikut falsafah-falsafah sekular Barat. Pada
awalnya, para falsafah zaman Yunani lebih fokus kepada kajian tentang kejadian alam
sehinggalah munculnya Democritus (lahir c. 460 S.M—wafat c. 370). Menurut pandangan
beliau, hedonisme ialah kesenangan hidup manusia yang boleh dicapai mengikut had
kemampuan diri masing-masing. Sekiranya seorang manusia cuba untuk melepasi had diri untuk
mencapai kesenangan hidup, maka dia hanya akan membawa kesusahan pada diri sendiri dan
tidak akan mencapai kesenangan. Beliau juga mengutamakan keseronokan yang berasaskan
kepada penentuan akal fikiran dan sesiapa yang berpandukan akal, maka mereka akan selamat.
Seterusnya, menurut Aristippus (c. 435 - c. 356 S.M) yang berfalsafah di Kyrene, hedonisme
ialah melakukan atau mencapai sesuatu demi mencari kesenangan atau kenikmatan hidup.
Menurut Aristotle (384 S.M—322 S M) pula, kebahagiaan adalah matlamat hidup yang terakhir
dan kebahagiaan mampu dicapai melalui keseronokan duniawi seperti persetubuhan dan
meminm arak. Bercanggah dengan pandangan Aristippus dan Aristotle, Epicurus (3421 – 270
S.M) percaya bahawa kebahagiaan adalah anugerah yang tertinggi, namun kebahagiaan sebenar
tidak boleh dicapai hanya melalui kenikmatan jasad seperti arak dan hubungan intimasi antara
manusia, tetapi kebahagiaan hidup yang sebenar hanya dapat diperoleh sekiranya seseorang itu
memperoleh ketenangan jiwa. Beliau percaya bahawa kenikmatan jasad hanya akan
mendatangkan kesakitan dan kesengsaraan kepada diri pada akhir nanti. Tiada rasa sakit dan
kesengsaraan, menurut beliau ialah keseronokan yang sebenar.

Kewujudan budaya hedonisme di Eropah pula, golongan utilitarian hedonistik seperti Jeremy
Betham (1748—1832) dan John Stuart Mill (1806—1873) mempercayai bahawa manusia tidak
seharusnya mencari kenikmatan diri, tetapi seharusnya mencari kebaikan teragung buat manusia.
Menurut mereka, hedonisme merupakan sebuah nilai yang dimiliki oleh setiap orang. Nilai
hedonisme ini adalah keinginan seseorang untuk mencapai kebahagiaan atau keseronokan dan
mengelak daripada merasa sakit. Pada zaman kebangkitan zaman Eropah selepas penyebaran
Islam, budaya hedonisme semakin berleluasa. Ini berlaku kerana tindakan korupsi pihak gereja
yang menyebabkan ramai yang menolak ajaran gereja pada waktu itu. Pada waktu itu juga
gerakan liberalisme yang diketuai oleh Martin Luther berlaku, seiring dengan perkembangan
budaya hedonisme di Barat.

You might also like