Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN KHIR JOHARI,

13600 PERAI, SEBERANG PERAI TENGAH


PULAU PINANG.
Tel / Faks : 04-3901178 E-Mel : pba0009@jpnpp.edu.my

Rujukan Kami : SKKJ.600-3/1/4 ( )


Tarikh : 2 JUN 2022

Ibu bapa penjaga Murid


Sekolah Kebangsaan Khir Johari

Tuan,

KEJOHANAN RENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH


SEKOLAH KEBANGSAAN KHIR JOHARI TAHUN 2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Khir Johari akan mengadakan


Kejohanan Rentas Desa peringkat sekolah seperti ketetapan berikut;

TARIKH : 17 JUN 2022


HARI : JUMAAT
MASA : 8.00 PAGI-11.00 PAGI
TEMPAT : PERUMAHAN PEGAWAI KANAN KASTAM

3. Sehubungan itu pohon kerjasama tuan puan agar dapat membenarkan anak /
jagaan tuan menyertai kegiatan ini. Pihak sekolah akan berusaha sedaya upaya untuk
menjaga keselamatan anak / jagaan tuan dan memastikan segala peraturan dipatuhi demi
mengelak daripada berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.

4. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Akuan Ibu Bapa / Penjaga Kebenaran


Menyertai Aktiviti untuk perhatian dan tindakan tuan puan. Sila kembalikan borang yang
telah lengkap diisi kepada Guru Kelas anak masing-masing sebelum atau pada SELASA
14 JUN 2022.

Sekian, terima kasih.

“PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”


“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(NORFAIZAH BINTI ABDULLAH)


GURU BESAR
SK KHIR JOHARI

You might also like