Minit Mesyuarat Panitia Sains Bil 3 2021

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KAJANG

MINIT MESYUARAT
PANITIA SAINS BIL. 3 / 2021

Tarikh : 16 Disember 2021

Masa : 2.30 petang

Tempat : Google Meet

Pengerusi : Pn Nor’asikin binti Atan

Kehadiran : 3/3 ORANG

Turut Hadir : -

Ucapan Alu-aluan

1.1. Pengerusi

Pengerusi dalam ucapan alu-aluan mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua
guru dalam Mesyuarat Panitia kali ketiga bagi tahun 2021.

Beliau menegaskan bahawa mesyuarat ini penting untuk pemantapan pengurusan


kurikulum. Beliau menyentuh perkara yang berkaitan dengan SKPMg2. Menurut
beliau, guru data kali kedua telah memasukkan skor online dalam SKPMg2 dan
disempurnakan pada akhir Jun 2021. Sehubungan dengan itu, beliau mohon semua
yang terlibat untuk menyediakan evidens yang diperlukan.

Pengerusi mengharapkan agar SKPMg2 dijadikan panduan dalam semua gerak kerja
dan mencapai tahap kualiti pada tahap 4. Pemantauan SKPMg2 standard 4 bagi
semua guru akan dilaksanakan untuk tujuan memasukkan data skor selain melihat
sejauh mana tahap tindakan dan tahap kualiti yang dicapai.

Pengerusi juga mengharapkan mesyuarat kali ketiga ini dapat memperincikan


pencapaian murid berdasarkan pentaksiran akhir tahun yang telah dilaksanakan.
Beliau menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua guru yang telah
menjayakan pentaksiran akhir tahun serta data telah dimuatkan dalam sistem
pentaksiran peringkat sekolah dan JPN.

Semua ahli mesyuarat memberi perhatian terhadap ucapan alu-aluan pengerusi dan
menyatakan bahawa akan memberi komitmen yang tinggi tentang perkara yang
dibangkitkan.
Tindakan:
Semua guru.

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Setiausaha Panitia Puan Rossuryaindah binti Maarof membentangkan minit mesyuarat


bil.2/2021 bertarikh 15 September 2021 dan mohon cadangan minit mesyuarat bil.2/2021
disahkan.

Pn Nor’asikin mencadangkan minit mesyuarat bil. 2/2021 disahkan tanpa pindaan.

1
En Mohamad Syafie Bin Samsir menyokong minit mesyuarat panitia bil.2/2021 disahkan
tanpa pindaan.

Minit mesyuarat panitia bil.2/2021 disahkan tanpa pindaan.

Tindakan:
Makluman.

PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA (JIKA ADA) / FOKUS MESYUARAT

4.1. Analisis Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBD)

En Mohamad Syafie Bin Samsir membentangkan data PBD


(rujuk lampiran powerpoint)

Pengerusi mohon agar semua guru memberikan perhatian atau fokus terhadap data
yang dibentangkan dan membuat semakan semula tahap pencapaian murid serta
menyediakan pelan intervensi untuk tindakan susulan terhadap mana-mana
pencapaian yang lemah atau yang masih belum dikuasai oleh murid. Data dan
intervensi yang disediakan akan dibentangkan dalam dialog prestasi yang akan
diadakan kelak.

Ahli mesyuarat memberi perhatian terhadap data yang dibentangkan dan akan
mengambil tindakan susulan

Tindakan:
Guru

4.2 Menilai Pelaksanaan Program Kecemerlangan/Kesan Masalah dan Tindakan Susulan

Pengerusi membentangkan rumusan pencerapan Pembelajaran dan Pemudahcaraan


standard 4 SKPMg2 kali pertama kepada semua guru.

Berdasarkan data, pengerusi memaklumkan bahawa aspek 4.4.1 dan 4.4.6 adalah
aspek yang mempunyai hubung kait. Rumusan yang ada menunjukkan beberapa
orang guru belum mencapai tahap cemerlang dalam kedua-dua aspek yang
dimaksudkan.

Pengerusi mengharapkan agar pementoran berkesan dilaksanakan oleh penilai


terhadap guru yang terlibat dengan melihat kembali TUMS yang disenaraikan dalam
kedua-dua aspek penilaian. Ketua Panitia diharapkan menyusun pementoran
berkesan terhadap perkara ini agar kecemerlangan dapat dicapai dalam pemantauan
siri dua nanti.

Ketua Panitia serta barisan Guru Penolong Kanan mengambil perhatian terhadap
perkara yang dibangkitkan oleh pengerusi.

Tindakan:
Guru Penolong Kanan dan Ketua Panitia.

2
4.3 Kaedah Pengajaran Abad Ke-21( PAK 21 )

Pengerusi mohon Panitia berusaha memperkasa amalan pendidikan abad ke-21 untuk
pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Ini ada hubung kait dengan
perkara yang dibangkitkan dalam para 4.4.

Pengerusi mengharapkan agar gesaan ini akan dipatuhi dan panitia berusaha
melaksanakan PLC ( kursus pemantapan PAK-21 )
Tindakan:
GPK1 dan Ketua Panitia.

4.4 KPM PERKASAKU (CUP2) .

Selaras dengan dasar KPM, CUP2 akan diperkasakan bagi semua murid sebagai
kesinambungan daripada PDPR. Pihak panitia terutama guru Sains harus sentiasa
cakna terhadap tahap penguasaan murid. Cadangan agar pembelajaran terbeza
dilaksanakan bagi program CUP2. Murid dibahagikan mengikut tahap begitu juga
penulisan RPH

Tindakan:
Ketua Panitia dan semua guru.

4.5 Isu-isu Semasa.

Ketua Panitia menyentuh isu penggunaan GC Delima dan mencadangkan agar dapat
dimantapkan penggunaan bagi semua guru sains dan murid terutama subjek Sains.
.

Semua ahli mesyuarat memberi perhatian dan akan memberikan komitmen terhadap
perkara yang diutarakan.
Tindakan:
Semua guru.

Hal-hal Lain

5.1 Analisa Penyeliaan Buku Latihan dan Pencerapan PdP Guru.

Pentadbir membentangkan analisis penyeliaan buku latihan oleh barisan pentadbir.


Menurut beliau, guru-guru menghantar buku latihan murid mengikut seperti mana yang
telah ditetapkan dalam takwim Buku Pengurusan Sekolah Tahun 2021.

Namun begitu, terdapat beberapa orang murid yang buku mereka masih belum
dihantar untuk seliaan atas beberapa faktor. Beliau mohon tindakan sewajarnya
diambil agar penyeliaan buku latihan mencapai skor 100% penyeliaan.

Pengerusi mengucapkan terima kasih dengan penerangan yang disampaikan oleh


pentadbir dan mohon tindakan oleh ahli mesyuarat.

Semua ahli mesyuarat mengambil maklum akan perkara ini dan akan membuat
tindakan susulan.
Tindakan:
Semua guru.

3
6 PENUTUP

6.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat. Pengerusi mengucapkan terima


kasih kepada semua ahli mesyuarat yang telah memberikan kerjasama. Pengerusi
membuat penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya adalah pada bulan Febuari
2021.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang

Dicatat oleh:

(PN ROSSURYAINDAH BINTI MAAROF )


Setiausaha,
Panitia Sains,
SK Sungai Kajang.
Tarikh : 18 Disember 2021.

You might also like