Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 19

Modul Pengaturcaraan Visual Basic Pemalar Dan Pembolehubah

BAB

Pemalar dan
4 Pembolehubah
Pemalar dan Pembolehubah
Dalam bab ini anda akan belajar bagaimana menggunakan pemalar dan pembolehubah dalam
aturcara. Anda juga akan mempelajari bagaimana membina menu-menu yang mudah dalam form.

Objektif

Selepas mengikuti bab ini, anda dapat

1) mengisytihar dan menggunakan pembolehubah dalam aturcara .

2) menggunakan operator-operator asas pengiraan matematik dalam


aturcara.

3) menggunakan fungsi Input Box dan Message Box.

4) membina menu mudah menggunakan Menu Editor

Pemalar dan Pembolehubah

Pemalar

Suatu pemalar diisytiharkan dengan menggunakan katakunci Const


(singkatan bagi Constant).

Contoh:

Const Pi = 3.14159265

Untuk mencipta pemalar yang boleh dicapai oleh semua prosedur dalam satu
aturcara, selitkan katakunci Public sebelum pernyataan pemalar.

Public Const Pi = 3.14159265

4-1
Modul Pengaturcaraan Visual Basic Pemalar Dan Pembolehubah

Mengisytiharkan Pembolehubah

Pembolehubah diisytiharkan dengan menggunakan Dim (singkatan bagi


Dimension).

Contohnya:

Dim Nama
Dim Pembolehubah1 as Integer
Dim Pembolehubah2 as Single, Pembolehubah 3 as Single
Dim Pembolehubah4, Pembolehubah5, Pembolehubah6 as Double
‘Pengisihan dalam baris 4 akan menyebabkan Pembolehubah4
‘dan Pembolehubah5 menjadi Variant

Untuk menyimpan maklumat dalam satu pembolehubah, kenyataan umpukan


digunakan.

Contohnya:

Nama = “Bahagian Pendidikan Guru”

Nama-nama pembolehubah mestilah mematuhi peraturan-peraturan berikut :

 Bermula dengan satu huruf (bukan nombor atau aksara lain).


 Hanya terdiri daripada huruf, nombor dan underscore (_).
 Mestilah unik.
 Tidak boleh melebihi 255 aksara.
 Bukan katakunci VB.

Skop Pembolehubah

Apabila anda mengisytiharkan pembolehubah di dalam fungsi atau subrutin,


hanya aturcara yang berada dalam prosedur tersebut mengenali
pembolehubah. Ia dikenali sebagai local scope.

Berikut adalah contoh aturcara bagi pembolehubah local scope.

Sub Rutin1()
Dim Pembolehubah1 As Integer
Dim Pembolehubah2 As String
Pembolehubah1 = 6
Pembolehubah2 = “ Ini adalah contoh aturcara “
End Sub

4 -2
Modul Pengaturcaraan Visual Basic Pemalar Dan Pembolehubah

Sub Rutin2()
Dim Pembolehubah1 As String
Dim Pembolehubah2 As Integer
Pembolehubah1 = “ Ini adalah contoh aturcara “
Pembolehubah2 = 85
End Sub

Pembolehubah dalam module scope diisytiharkan menggunakan pernyataan


Private. Pembolehubah yang diisytiharkan sebagai Private boleh dilihat
dalam sebarang rutin dalam modul atau form di mana ia diisytiharkan.
Berikut adalah contoh aturcara menggunakan pembolehubah module scope.

Private Pembolehubah1 As Integer


Private Pembolehubah2 As String
Sub Rutin1()
Pembolehubah1 = 6
Pembolehubah2 = “ Ini adalah contoh aturcara “
End Sub
Sub Rutin2()
Pembolehubah1 = “ Ini adalah contoh aturcara “
Pembolehubah2 = 85
End Sub

Satu lagi jenis pembolehubah adalah global scope, yang diisytiharkan


menggunakan pernyataan Public. Pembolehubah yang ditakrifkan sebagai
Public boleh digunakan dalam sebarang rutin dalam aturcara.

Rajah 4-1 Menunjukkan pengisytiharan pembolehubah dalam global scope.

4 -3
Modul Pengaturcaraan Visual Basic Pemalar Dan Pembolehubah

Rajah 4 - 1
Setelah mengisytiharkan pembolehubah, ia boleh digunakan dalam sebarang
rutin.

Sub Rutin1()
Pembolehubah1 = 6
Pembolehubah2 = “ Ini adalah contoh aturcara “
End Sub
Sub Rutin2()
Pembolehubah1 = “ Ini adalah contoh aturcara “
Pembolehubah2 = 85
End Sub

VB tidak akan memberikan sebarang ralat jika pembolehubah yang digunakan


tidak diisytiharkan. Pembolehubah tersebut boleh menerima pelbagai jenis data
seperti integer, float, string dan aksara. Pembolehubah tersebut
adalah jenis Variant yang mengandungi pelbagai jenis maklumat, bergantung
kepada operasi yang dilakukan terhadap data tersebut. Contohnya, Variant
akan membawa data numerik apabila ia melaksanakan operasi aritmetik bagi
data numerik. Variant akan membawa data string apabila ia melaksanakan
operasi string.

VB6 menyediakan arahan Option Explicit pada bahagian atas aturcara


bagi memastikan semua pembolehubah yang hendak digunakan telah
diisytiharkan terlebih dahulu.

4 -4
Modul Pengaturcaraan Visual Basic Pemalar Dan Pembolehubah

Jenis Data

Jenis jenis data Visual Basic yang asas adalah seperti dalam jadual berikut.

Jenis Penerangan Contoh


Byte Integer dalam julat 0 hingga 255 Dim Kecil as Byte
Kecil = 234
Integer Integer dalam julat –32,768 Dim Umur As Integer
hingga 32,767 Umur = 30
Atau
Dim Umur%
Umur% = 30
Long Integer dalam julat – Dim Jumlah&
2,147,483,648 hingga Jumlah& = 350,000,000
2,147,483,647
Single Nombor titik perpuluhan dalam Dim Harga!
julat –3.042823E38 hingga Harga! = 29,000.75
3.402823E38
Double Nombor titik perpuluhan dalam Dim Pai#
julat -1.79769313486232E308 Pai# = 3.1415926535
hingga 1.79769313486232E308
Currenc -922337203685477.5808 hingga Dim Bayar@
y 922337203685477.5808 Bayar@ = 2229.50
String Jujukan aksara antara 0 hingga Dim Aksara$
65,535 Aksara$ = “Selamat”
Date Tarikh dari I januari 100 hingga Dim Lahir as Date
31 Disember 9999 Lahir = #9-30-65#
Variant Jemua julat jenis data Dim Semua
Semua = 475.23
Jadual 4.1

Aktiviti 1 : Mengisytihar dan Menggunakan Pembolehubah

1. Mulakan projek baru dengan paparan Form seperti berikut:

Rajah 4.2

4 -5
Modul Pengaturcaraan Visual Basic Pemalar Dan Pembolehubah

Berikut adalah spesifikasi bagi projek tersebut:

Object Properties
Form Name frmPembolehUbah
Caption Pemboleh Ubah
CommandButton Name cmdPapar
Caption &Papar
Name cmdKeluar
Caption &Keluar
TextBox Name txtText1
Text Text1
Name txtText2
Text Text2
Jadual 4.2

2. Masukkan kod aturcara seperti berikut ke dalam butang Papar..

Private Sub cmdPapar_Click()


Dim Nama As String
Nama = "Bahagian Pendidikan Guru"
txtText1.Text = Nama
Nama = "Kementerian Pendidikan Malaysia"
txtText2.Text = Nama
End Sub

3. Masukkan kod aturcara berikut ke dalam butang Keluar.

Private Sub cmdKeluar_Click()


End
End Sub

4. Simpan fail form dengan nama latihan4a.frm dan fail projek dengan nama
latihan4.vbp

5. Laksanakan aturcara ini.

6. Klik butang Papar. Anda akan memperolehi output seperti berikut.

4 -6
Modul Pengaturcaraan Visual Basic Pemalar Dan Pembolehubah

Rajah 4.3

Penerangan :

Arahan yang digunakan Penerangan

Private Sub cmdPapar_Click() Aturcara akan melaksanakan arahan


End Sub yang terdapat di dalam prosedur ini
apabila butang Papar (bernama
cmdPapar) diklik.

Dim Nama Pengisytiharan pembolehubah Nama


(jenis Variant)

Nama = "Bahagian Pendidikan Nilai “Bahagian Pendidikan Guru


Guru" diumpukkan kepada pembolehubah
Nama.
txtText1.Text = Nama Objek txtText1 mengandungi nilai teks
dari pembolehubah Nama

End Aturcara ditamatkan.

Jadual 4.3

4 -7
Modul Pengaturcaraan Visual Basic Pemalar Dan Pembolehubah

Aktiviti 2 : Menggunakan Operator-operator Asas

1. Buka fail projek latihan4.vbp dan tambahkan form baru dengan paparan
seperti Rajah 4.4.
Ikut langkah berikut::
 Klik menu Project
 Pilih Add Form

Rajah 4.4

2. Berikut adalah spesifikasi bagi form di atas.

Jadual 4.4
Object Properties
Form Name frmAritmetik
Caption Aritmetik
Label Name lblNombor1
Caption Nombor Pertama
Name LblNombor2
Caption Nombor Kedua
TextBox Name txtNombor1
Text (Kosongkan)
Name txtNombor2
Text (Kosongkan)
Name txtHasilTambah
Text (Kosongkan)
Enable False (agar pengguna
tidak boleh memasukkan
teks kedalam teks box)
Name txtHasilDarab
Text (Kosongkan)
Enable False

4 -8
Modul Pengaturcaraan Visual Basic Pemalar Dan Pembolehubah

Object Properties
Name txtHasilTolak
Text (Kosongkan)
Enable False
Name txtHasilBahagi
Text (Kosongkan)
Enable False

Object Properties
CommandButton Name cmdTambah
Caption &Tambah
Name cmdDarab
Caption &Darab
Name cmdTolak
Caption Tola&k
Name cmdBahagi
Caption &Bahagi

3. Berikut adalah kod-kod aturcara yang perlu ditulis bagi setiap butang
Tambah, Darab, Tolak dan Bahagi.

Private Sub cmdTambah_Click()


Dim Nombor1 as Integer, Nombor2 As Integer
Nombor1 = txtNombor1.Text
Nombor2 = txtNombor2.Text
txtHasilTambah = Nombor1 + Nombor2
End Sub

Private Sub cmdDarab_Click()


Dim Nombor1 as Integer ,Nombor2 As Integer
Nombor1 = txtNombor1.Text
Nombor2 = txtNombor2.Text
txtHasilDarab = Nombor1 * Nombor2
End Sub

Private Sub cmdTolak_Click()


Dim Nombor1 as Integer, Nombor2 As Integer
Nombor1 = txtNombor1.Text
Nombor2 = txtNombor2.Text
txtHasilTolak = Nombor1 - Nombor2
End Sub

4 -9
Modul Pengaturcaraan Visual Basic Pemalar Dan Pembolehubah

Private Sub cmdBahagi_Click()


Dim Nombor1 as Integer, Nombor2 As Integer
Nombor1 = txtNombor1.Text
Nombor2 = txtNombor2.Text
txtHasilBahagi = Nombor1 / Nombor2
End Sub

Private Sub frmKeluar_Click()


End
End Sub

4. Simpan fail form dengan nama latihan4b.frm dan fail projek dengan nama
latihan4.vbp

5. Fail projek latihan4.vbp sekarang mengandungi dua form iaitu latihan4a.frm


dan latihan4b.frm.
Sebelum anda laksanakan aturcara, tentukan fail yang dipilih untuk menjadi
startup form. Ikut langkah berikut:
 Klik menu Project
 Pilih Project1 Properties diikuti dengan frmAritmetik pada Startup
Object
 Akhirnya klik OK.

6. Laksanakan aturcara ini.

Penerangan :

Visual Basic membekalkan beberapa operator asas bagi pengiraan matematik,


perbandingan dan logik. Operator-operator yang digunakan adalah:

Operator Penerangan
+ Penambahan
- Penolakan
* Darab
/ Bahagi
\ Pembahagian Integer
Mod Baki Pembahagian
^ Eksponen
Jadual 4.5

4 - 10
Modul Pengaturcaraan Visual Basic Pemalar Dan Pembolehubah

Cuba Sendiri :

Ubahsuai form frmAritmetik dengan memasukkan operator yang lain untuk


menyelesaikan masalah bagi Pembahagian Integer, Baki Pembahagian dan
Eksponen

Aktiviti 3 : Menggunakan Menu Editor

1. Buka fail projek latihan4.vbp, tambah satu MDI Form.


Ikut langkah berikut::
 Klik menu Project
 Pilih Add MDI Form
 Namakan form tersebut sebagai frmMenu.

2. Aktifkan Menu Editor (Tools –).


Ikut langkah berikut::
 Klik menu Tools
 Pilih Menu Editor.
Anda boleh juga gunakan shortcut (Ctrl E) atau gunakan Ikon Toolbar.(Rajah
4.5).

Menu Editor
Rajah 4.5

Isikan textbox untuk Caption dan Name seperti Rajah 4.6


Caption : Pemalar dan Pembolehubah
Name : mnuPemalar

4 - 11
Modul Pengaturcaraan Visual Basic Pemalar Dan Pembolehubah

Klik dan taip


Pemalar dan
Pembolehubah

Klik dan taip


mnuPemalar

Rajah 4.6

3. Menu Editor akan membantu anda untuk membentuk satu menu. TextBox
pada Caption adalah tajuk menu yang akan dipaparkan pada MenuBar.
TextBox Name pula merujuk kepada nama tajuk menu.

4. Tekan butang diikuti dengan butang . Taipkan


Pembolehubah untuk Caption dan mnuPemalarPembolehubah untuk
Name.

5. Seterusnya tekan butang Next, taipkan Aritmetik untuk Caption dan


mnuPemalarAritmetik untuk Name.

6. Sekali lagi tekan butang Next, taipkan Keluar untuk Caption dan
mnuPemalarKeluar untuk Name.

7. Berikut adalah paparan Menu Editor anda.

4 - 12
Modul Pengaturcaraan Visual Basic Pemalar Dan Pembolehubah

Rajah 4.7

8. Simpan fail form dengan nama MenuUtama.frm.

9. Fail projek latihan4.vbp sekarang mengandungi tiga fail form iaitu


latihan4a.frm, latihan4b.frm dan MenuUtama.frm.
Tukarkan Startup Object kepada frmMenu. Ikut langkah berikut::
 Klik menu Project
 Pilih Project1 Properties
 Pilih frmMenu pada Startup Object

10. Laksanakan aturcara anda.

Aktiviti 4 : Menggunakan Menu Editor (Sambungan)

1. Buka fail projek latihan4.vbp.

2. Aktifkan form frmMenu dan masukkan kod aturcara berikut ke dalam sub-
menu Pembolehubah, Aritmetik dan Keluar (Klik pada sub-menu).

Private Sub mnuAturcaraPembolehubah_Click()


Call frmPembolehUbah.Show

4 - 13
Modul Pengaturcaraan Visual Basic Pemalar Dan Pembolehubah

End Sub

Private Sub mnuAturcaraAritmetik_Click()


Call frmAritmetik.Show
End Sub

Private Sub mnuAturcaraKeluar_Click()


End
End Sub

3. Aktifkan form frmPembolehubah dan ubahsuai kod aturcara pada butang


Keluar.

Private Sub cmdKeluar_Click()


Unload Me
End Sub

4. Aktifkan form frmAritmetik dan ubahsuai kod aturcara pada butang keluar.

Private Sub frmKeluar_Click()


Unload Me ‘tutup form
End Sub

5. Laksanakan aturcara anda.

Penerangan :

Arahan yang digunakan Penerangan

Call Arahan untuk memanggil form


frmPembolehUbah.Show frmPembolehubah

Unload Me Arahan supaya form semasa ditamatkan

Jadual 4.6

4 - 14
Modul Pengaturcaraan Visual Basic Pemalar Dan Pembolehubah

Cuba Sendiri :

Buka satu fail projek baru, tambahkan form dan bina menu seperti Rajah 4.8.

Rajah 4.8

Pastikan anda memperoleh paparan seperti Rajah 4.9.

Rajah 4.9

4 - 15
Modul Pengaturcaraan Visual Basic Pemalar Dan Pembolehubah

Aktiviti 5 : Menggunakan Fungsi InputBox dan MsgBox

1. Buka fail projek latihan4.vbp.

2. Dwi-klik di tengah-tengah tetingkap Menu Utama (frmMenu).

Rajah 4.10

3. Masukkan kod aturcara berikut.

Private Sub MDIForm_Load()


Tanya = "Masukkan nama anda"
Nama = InputBox$(Tanya)
Papar = "Apa Khabar " & Nama
Tajuk = "Selamat Datang "
MsgBox Papar, 0, Tajuk
End Sub

4. Laksanakan aturcara.

4 - 16
Modul Pengaturcaraan Visual Basic Pemalar Dan Pembolehubah

5. Output seperti Rajah 4.11 akan dipaparkan.

Rajah 4.11

6. Taipkan perkataan “Bahagian Pendidikan Guru” dan klik OK. Anda


sepatutnya memperolehi output seperti berikut.

Rajah 4.12

Penerangan:

Arahan yang Penerangan


digunakan

Nama = InputBox$ Arahan untuk memaparkan InputBox yang


(Tanya) mengandungi teks dari pembolehubah Tanya.
Ia boleh juga dituliskan:

Nama = InputBox$(“Masukkan Nama


Anda”)

MsgBox Papar, 0 Arahan untuk memaparkan MessageBox yang


memaparkan teks dari pembolehubah Papar dan
mengandungi butang OK.

Jadual 4.7

Cuba Sendiri:

Cuba anda ubahsuai aturcara di atas dengan menukarkan 0 daripada MsgBox


Papar, 0 kepada nilai 1 hingga 5. Laksanakan program anda.

4 - 17
Modul Pengaturcaraan Visual Basic Pemalar Dan Pembolehubah

Perhatikan output yang dihasilkan dan penuhkan jadual berikut.

Jenis Butang yang dipaparkan

0 OK
1
2
3
4
5
Jadual 4.8

Penilaian Kendiri

Soalan Ulangkaji

1. Apakah dia pembolehubah ? Bagaimana ianya berbeza dengan pemalar?

2. Mengapakan kita perlu mengumpukkan jenis data kepada pembolehubah?

3. Apakah pernyataan yang digunakan untuk mengisytiharkan


pembolehubah?

4. Apakah pernyataan yang digunakan untuk mengisytiharkan pemalar ?

5. Apakah jenis data yang boleh mengandungi data numerik?

6. Nyatakan kelebihan dan kelemahan pembolehubah global?

7. Mengapakah penting bagi pengaturcara menuliskan komen pada aturcara.

Latihan

1. Tuliskan aturcara yang membenarkan pengguna memasukkan nama dan


nama bapa dalam dua text box yang berasingan. Aturcara kemudiannya
memaparkan nama, perkataan “bin”/”binti”/”anak” dan nama bapa dalam
kedudukan sebaris pada picture box.

2. Tuliskan aturcara yang mengira jumlah bayaran bulanan mengikut jumlah


pinjaman, kadar faedah dan tempoh bayaran balik.

3. Tuliskan aturcara yang dapat menentukan kadar pertukaran mata wang RM


kepada beberapa mata wang lain di dunia.

4 - 18
Modul Pengaturcaraan Visual Basic Pemalar Dan Pembolehubah

Contoh Form:

4. Tuliskan aturcara yang dapat menukarkan bacaan suhu dari Celcius kepada
Fahrenheit dan sebaliknya.
(Panduan : F = 32 + ( 9 / 5 ) C , C = ( 5 / 9) ( F – 32 ) )

Contoh Form:

5. Tuliskan satu aturcara yang mengira halaju purata kenderaan dengan


menggunakan formula di bawah.

Halaju Purata = Jarak / Masa

4 - 19

You might also like