Tugasan 1 Edup2122

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

TUGASAN 1 EDUP2122 (En.

Lee Kai Wang)

NURKHAIRUNNISA BINTI YAACOB


NUR FARAHIN BINTI ADNAN
NURSYAIRAH BINTI ABDUL MALEK
SITI NADDIAH BINTI SHEIKH AHMAD
SITI NUR AIN AMIRA BINTI CHE JAUHARI

Kelas: DS1-2

Berdasarkan Buku Panduan PBS, nyatakan 3 kaedah pentaksiran dan berikan contoh untuk
setiap kaedah pentaksiran.

3 kaedah pentaksiran dalam ciri-ciri PBD ialah:

1) Kaedah Pemerhatian-(tengok)

Terdapat beberapa kaedah pentaksiran pemerhatian yang dapat dilaksanakan, Antara


instrumen atau metod yang digunapakai ialah melalui senarai semak,rekod berterusan
(running record), gambar aktiviti, skala kadar, anekdot, kuiz dan tugasan rumah
(homework). Pemerhatian boleh mentafsir aspek-aspek seperti sikap, perlakuan, amali,
kemahiran manipulatif, kemahiran bersosial, kemahiran belajar, kemahiran literasi
komputer, kemahiran mereka cipta dan kemahiran kinestetik.

Maklumat yang diperolehi melalui pemerhatian akan membantu guru melengkapkan


gambaran mengenai keputusan pentaksiran yang diperoleh melalui penulisan dan lisan.
Pentaksiran formatif dapat dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan
pembelajaran.

Contoh: Pemantauan kerja individu atau berkumpulan oleh guru sepanjang aktiviti
samada dalam kelas (pdp) atau kokurikulum.

- Murid diberikan tugasan seperti project-based learning ataupun tugasan


portfolio.Mereka diberikan masa untuk menyiapkan tugasan secara berperingkat.
Dan setiap proses penambahbaikan yang dilakukan merupakan antara yang
perlu diperhatikan dan direkod bagi tujuan pentaksiran.
- Kaedah rekod anekdot merupakan satu instrumen atau metod catatan ringkas
mengenai suatu peristiwa atau tingkah laku yang dianggap penting, unik dan
signifikan secara positif atau negatif dan ia adalah sesuatu yang tidak dirancang.
- Rekod Berterusan (running record) adalah satu catatan dalam bentuk cerita
yang dibuat ke atas murid secara individu atau berkumpulan semasa berlaku
sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan pertuturan oleh murid direkod selama 5
hingga 10 minit secara tidak dirancang.

-Kuiz merupakan satu kaedah dalam proses pembelajaran yang dapat menarik
minat dan perhatian pelajar dan menjadikan pengajaran lebih menarik dan tidak
membosankan. Pelajar akan berusaha untuk menunjukkan kefahaman dan
kemahiran mereka dalam subjek yang dipelajari daripada guru yang
mengadakan kuiz tersebut. Selain dari itu, kaedah pembelajaran di zaman
teknologi kini selain kuiz di dalam kelas / bersemuka terdapat juga kaedah baru
iaitu kuiz melalui aplikasi. Penggunaan aplikasi juga berbeza iaitu memerlukan
pelajar menjawab soalan kuiz dipaparkan dalam telefon pintar mereka.
Contoh kuiz di dalam bilik darjah:

Contoh kuiz di dalam talian:


2) Kaedah Lisan-(jawab)

Terdapat 3 kaedah pentaksiran secara lisan, iaitu antara murid dengan guru, murid
dengan murid, dan juga murid dengan bahan pembelajaran. Ia berlaku secara
spontan semasa proses pdp atau terancang. Kaedah ini lebih cepat dan mudah bagi
mengesan perkembangan atau penguasaan murid.
Pentaksiran lisan ini juga sesuai untuk mengesan kemajuan dan pencapaian murid
dalam kemahiran komunikasi, kebolehan dan kemahiran membaca serta menghafaz,
mengesan kelancaran sebutan, mendapat maklumat serta merta tentang pengetahuan
dan kefahaman murid serta mengesan sikap dan amalan murid.

Contoh: berlaku dengan adanya pengucapan dan interaksi verbal murid.

- Soal jawab antara guru dan murid dan murid dengan murid .Sebagai contoh,
semasa sesi pdp, guru menyediakan beberapa soalan kuiz kepada pelajar.
Mereka diberikan masa untuk berbincang secara berkumpulan bagi setiap
jawapan yang diperlukan dan wakil akan mula menjawab setelah masa tamat.
Pelajar yang menjawab soalan dengan tepat akan diberikan markah berdasarkan
pemahaman mereka.
3) Kaedah Bertulis-(tulis)
Pentaksiran bertulis melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan
hasil penulisan murid seperti karangan, laporan projek, folio, latihan bertulis, ujian
bertulis atau huraian dan tafsiran statistik ,peta, jadual, graf atau carta. Instrumen dalam
pentaksiran ini digunakan untuk mengesan perkembangan intelek kemahiran murid dari
aspek menulis, menyusun idea, mengaplikasi, menilai, mentafsir dan mencipta.

Terdapat 2 jenis kaedah bertulis yang boleh dipraktikkan, iaitu melalui lembaran kerja
(soalan latihan) ataupun lembaran kerja (bentuk jadual)
Contoh: Latihan dan tugasan seperti peperiksaan, ujian bulanan, lembaran kerja atau
latihan.
- Kaedah pentaksiran secara penulisan dilaksanakan untuk mengesan kebolehan
murid dalam menguasai kemahiran dan perkembangan murid yang melibatkan
aktiviti menyemak dan memeriksa hasil tugasan murid dan juga pentaksiran
kendiri.
Sebagai contoh guru menyediakan lembaran latihan dan dijawab dalam bentuk
penulisan mengikut kefahaman dan jalan kerja mengikut tertib sepertimana
kehendak objektif pembelajaran. Dengan ini guru dapat mentaksir pencapaian
murid melalui pemahaman latihan yang dibuat oleh pelajar itu sendiri dan
tindakan susulan dapat dilakukan terhadap murid yang lemah.

Contoh Pentaksiran Bertulis

You might also like