Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

KARANGAN BAHAGIAN B

Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah


perkataan.

Pengabaian warga emas dalam kalangan keluarga dan masyarakat


merupakan cabaran sosial yang sedang melanda sistem kekeluargaan
pada masa kini. Bincangkan.

Pengabaian warga emas dalam kalangan keluarga dan masyarakat


merupakan cabaran sosial yang sedang melanda sistem kekeluargaan
pada masa kini. Warga emas yang berada di sekeliling kita patutlah
dihormati dan dijaga dengan baik. Warga emas yang paling dekat dalam
hidup kita ialah ibu bapa kita sendiri. Dalam institusi kekeluargaan,
siapakah warga emas pada diri kita ? Inilah persoalan yang patut
dibangkitkan oleh segenap masyarakat yang masih mementingkan
golongan warga emas.

Negara Malaysia sepatutnya menjadi contoh dan ikutan di seluruh


dunia dalam mengatasi masalah pengabaian warga emas, namun
terdapat pelbagai faktor yang menghalang negara kita untuk mengatasi
masalah ini. Faktor yang menghalang negara kita untuk mengatasi
masalah ini ialah sikap golongan muda yang tidak mementingkan warga
emas. Warga emas yang paling dekat dalam keluarga kita ialah ibu bapa
dan nenek serta datuk kita sendiri. Anak - anak mahupun cucu yang
telah berhijrah ke bandar untuk mencari sesuap nasi lazimnya tidak
pulang ke kampung untuk menziarahi warga emas. Jika sikap sebegini
diketahui oleh negara - negara luar, sudah tentu negara kita akan
dipandang hina di mata dunia. Kita sebagai anak dan cucu perlu
sentiasa menjenguk dan menziarahi warga emas di kampung agar
mereka tidak merasakan diri mereka tersisih.

Selain itu, anak - anak dan cucu yang tinggal di bandar kebiasaannya
sibuk bekerja sehingga mereka tidak mempunyai kesempatan untuk
pulang ke kampung. Sekiranya mereka tidak mempunyai kesempatan
masa untuk pulang ke kampung halaman, mereka boleh mengirim wang
untuk dijadikan sebagai perbelanjaan di kampung. Namun, sikap
golongan muda kini bukan sahaja tidak dapat menjenguk warga emas di
kampung halaman, malahan tidak mengirim duit ke kampung. Sikap
sebegini boleh diibaratkan dengan peribahasa " bagai kacang
melupakan kulit ".

Di samping itu, anak - anak juga tidak mempedulikan kebajikan warga


emas di kampung halaman. Mereka tidak mengendahkan nasib warga
emas terutamanya warga emas yang mempunyai penyakit. Sekiranya
warga emas di kampung menelefon anak - anak, belum tentu anak - anak
akan pulang ke kampung bagi menziarahi warga emas yang sakit tenat.
Bagi golongan muda, mereka beranggapan bahawa warga emas hanya
menyusahkan hidup mereka kerana tidak mampu menjaga diri di
kampung.

Sebenarnya, pelbagai langkah yang boleh diambil untuk mengatasi


masalah pengabaian warga emas ini. Salah satu langkah ialah menguar -
uarkan kepentingan warga emas dalam kehidupan kita. Langkah ini akan
membantu sedikit sebanyak untuk memberi kesedaran kepada golongan
muda yang bertindak mengabaikan warga emas. Selain itu, kempen
besar - besaran juga boleh diadakan untuk memastikan golongan muda
akan lebih mengingati jasa dan pengorbanan warga emas.

Seterusnya, negara kita juga digalakkan untuk mengadakan dan


menyambut " Hari Warga Emas " dan " Hari Keluarga " bersama - sama
ahli keluarga dan warga emas. Anak - anak boleh membawa ahli
keluarga ke program sebegini untuk mengeratkan lagi hubungan
kekeluargaan. Di samping itu, anak - anak juga boleh memberi hadiah
kepada warga emas sekiranya pada hari - hari istimewa seperti hari jadi,
Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Warga Emas dan sebagainya. Hal ini boleh
memberi kebahagiaan kepada warga emas dan mereka berasa dihargai
walaupun usia mereka sudah lanjut.

Konklusinya, kita harus menghargai dan mentaati golongan warga


emas selagi mereka masih ada di dunia ini. Kita sebagai golongan muda
harus memberikan perhatian sepenuhnya kepada mereka agar kita tidak
menyesal di kemudian hari setelah mereka meninggal dunia, bak kata
peribahasa " sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna ".

You might also like