Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

TAJUK : Sejarah Dan Perkembangan Anyaman Buluh Yang Diusahakan Oleh Puan

Norzihan Di Kg. Tengah Chembong Rembau Dari Tahun 2010 Hingga 2020.

PENGENALAN

Seni anyaman adalah suatu bentuk kraf yang tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat
Melayu di Malaysia dan rumpun Nusantara. Memandangkan seni seni anyaman merupakan
tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu maka sewajarnya seni anyaman ini
dipelihara agar tidak luput ditelan zaman. Pengetahuan dan kemahiran menyaman
pelbagai objek perlu disebarkan dalam kalangan masyarakat. Anyaman bermaksud proses
menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang
kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar,
buluh, pandan, mengkuang, nipah dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan
lembut. Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan
masyarakat Melayu. Menganyam bermaksud proses menjaringkan atau menyilangkan bahan-
bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh
digunakan. Terdapat jenis-jenis anyaman iaitu anyaman ribu-ribu, pandan,buluh, rotan, lidi
dan mengkuang.

Kajian yang telah dilakukan oleh Encik Azmi Bin Haji Awang bahawa anyaman merupakan
seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan sejarah anyaman adalah
sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman pada masa neolitik
kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan. Bahan daripada akar
dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman.menurut Siti
Zainun dalam buku reka bentuk kraftangan melayu tradisi menyatakan pada zaman
pemerintahan long yunus (1756-94) di negeri kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh
raja. Anyaman tersebut dipanggil “Tikar Raja” yang diperbuat daripada pohon bemban.
Sehingga kini, beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat
kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggeh, Kampung Kijing,
Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat
aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang,
Melaka, Sarawak dan Sabah.

Seni anyaman ialah milik masyarakat Melayu yang masih dikagumi dan digemari sehingga
hari ini. Kegiatan seni anyaman ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Hal Ini, boleh
dilihat pada rumah-rumah masyarakat zaman dahulu di mana dinding rumah mereka dianyam
dengan buluh dan kehalusan seni anyaman itu masih bertahan sehingga ke hari ini. Rumah
yang berdinding dan beratapkan nipah tidak panas kerana lapisan daun nipah yang tebal
menebat pengaliran haba. Penggunaan tali, akar dan rotan merupakan asas pertama dalam
penciptaan kraftangan anyaman yang telah menjadi usaha tradisi sejak berabad-abad lalu.
Bahan-bahan asas tumbuhan ini tumbuh meliar di hutan-hutan, paya-paya, kampung-kampung
dan kawasan di sekitar pasir pantai.

Pelbagai rupa bentuk kraftangan dapat dihasilkan melalui proses dan teknik anyaman dari
jenis tumbuhan pandanus (pandan dan mengkuang). Bentuk-bentuk anyaman dibuat
didasarkan kepada fungsinya. Misalnya, bagi masyarakat petani atau nelayan, kerja-kerja
anyaman dibentuk menjadi bakul, topi, tudung saji, tikar dan aneka rupa bentuk yang
digunakan sehari-harian. Selain daripada tumbuhan jenis pandanus, bahan asas lain yang
sering digunakan ialah daripada tumbuhan bertam, jenis palma engeissona tritis dan nipah.
Berdasarkan bahan dan rupa bentuk anyaman yang dihasilkan, seni anyaman ini merupakan
daya cipta dari kelompok masyarakat luar istana yang lebih mengutamakan nilai
gunaannya.Rupa bentuk anyaman tradisi yang masih kekal penciptaan dan fungsinya hingga
kini ialah tikar. Selain tikar yang datar dengan sifat dua dimensi, terdapat rupa bentuk
anyaman tiga dimensi. Bentuk-bentuk anyaman begini biasanya digunakan oleh masyarakat
pada masa dahulu untuk mengisi atau menyimpan bahan-bahan keperluan hidup dan
kegunaan seharian.

Seni kerja tangan anyaman adalah sesuatu yang unik lagi rumit buatannya. Namun begitu,
usaha untuk mempertahankan keunikan seni ini haruslah diteruskan agar tidak ditelan
peredaran zaman. Budaya negara bukan sahaja dicerminkan melalui bahasa pertuturan dan
adat resam bangsanya tetapi juga dicerminkan melalui kehalusan kerja tangan bermutu tinggi.
Seni warisan yang unik ini wajar diberi perhatian, sokongan dan bantuan supaya dapat terus
dipelihara dan dimanfaatkan bersama. kajian penyelidik ini berkaitan dengan anayaman yang
diusahakan oleh Puan Norzihan Di Kg. Tengah Chembong Rembau. Beliau seorang ahli
kraftangan anyaman.

Seorang tokoh yang mengusahakan anyaman buluh ini bernama Norzihan binti Manaf yang
berumur 56 tahun dan tinggal di Kg. Tengah Chembong Rembau. Beliau telah menceburi
dalam bidang kraftangan anyaman buluh lebih kurang 10 tahun. Banyak anyaman buluh dan
rotan yang telah dihasilkan oleh beliau dan dijual kepada pengemar anyaman kraftangan.
PERKEMBANAGAN

Pada zaman dahulu, aktiviti anyaman banyak dilakukan dan dikerjakan oleh wanita untuk
mengisi masa senggang dan bukan sebagai mata pencarian utama. Hasil kraftangan boleh
dijadikan sebagai hadiah untuk anak saudara atau sahabat handai sebagai tanda kasih. Seorang
wanita yang tidak mahir dalam seni anyaman pada zaman dahulu akan dianggap sebagai
seorang yang tidak mempunyai sifat kewanitaan yang lengkap. Pada waktu wanita sedang
menganyam, lelaki hanya menolong menetap daun dan memprosesnya. Aktiviti anyaman
selalu dilakukan secara individu atau secara kecil-kecilan yang merupakan satu usaha
ekonomi bagi orang-orang di kampung. Hasil anyaman bermutu tinggi bagi memenuhi
keperluan pelanggan. Hasilan anyaman tidak terkongkong dalam bentuk tradisional sahaja
tetapi ciptaan dimensi baru dari segi rupa dan bentuk, warna dan corak, teknik dan bahan
sering diubah-ubahkan mengikut peredaran zaman dan cita rasa pelanggan.

Anyaman Buluh mengunakan buluh tua untuk diproses menjadi anyaman. Buluh yang
kadang-kadang disebut bambu atau aur, tumbuh dan membiak dengan mudah di kebanyakan
kawasan tropika dan subtropika. Di negara kita terdapat berbagai-bagai jenis buluh.
Antaranya buluh akar, buluh batu tumpat, buluh betung, buluh cina, buluh duri, buluh gading,
buluh kasap, buluh minyak padang, buluh peleting, buluh perindu dan buluh sembilang. Bagi
masyarakat peribumi di Nusantara, buluh mempunyai seribu satu kegunaan iaitu sebagai baur
kail atau joran, baur panah, bekas membakar lemang, bilah kipas, bilah serkap, galah, pagar,
ranting dan batang payung, rakit, sangkak, seligi, sigai, sudip, tabung, tuar, tukil dan
sebagainya. Hasil anyaman buluh pula termasuk bakul, dulang, nyiru dan tudung saji. Jenis
buluh yang biasa ialah buluh akar, buluh betung, buluh minyak dan buluh gading.

Hanya buluh yang sudah cukup tua digunakan dalam kerja kraftangan. Buluh yang dipilih
dipotong mengikut ukuran yang dikehendaki. Berikut langkah memproses buluh yang
pertama ialah merendam mengikut cara tradisional, buluh yang siap dipotong itu kemudian
direndam di dalam air asam dan air selut selama seminggu. Hal ini dikatakan demikaian cara
lain yang lebih mudah digunakan ialah buluh itu direbus bersama campuran soda. Proses ini
bertujuan mengeluarkan kandungan gula yang terdapat di dalam buluh, supaya tidak dimakan
bubuk dan tahan lebih lama. Dari segi rupa pula, buluh yang telah direndam sedemikian
dianggap lebih cantik dan menarik walaupun berbau masam.
Proses yang kedua ialah menyalai selepas direndam dan direbus, buluh disalai atau diperasap
hingga kering. Kemudian buluh dibelah, disepat memisahkan kulit daripada isi batang pokok
dan diraut. Kedua-dua kulit dan isi batang yang diraut menjadi bilah boleh digunakan dalam
anyaman. Bilah bahagian kulit buluh lebih keras dan sukar dilenturkan jika dibandingkan
dengan bilah isi. Oleh itu, bilah bahagian kulit lebih sesuai dijadikan rangka atau tulang hasil
kraftangan. Dalam pembuatan nyiru, bilah kulit dijadikan bingkai untuk anyaman bilah isi.
Kemudian, buluh diwarnakan dengan merebus di dalam air larutan pewarna agar kelihatan
lebih cantik dan menarik apabila dianyam. Setelah selesai, buluh dikeluarkan dan dibersihkan.
Proses menganyaman buluh adalah sama juga dengan menganyam mengkuang dan pandan.

Corak anyaman umumnya disebut kelarai. Khususnya untuk tikar mengkuang, kelarainya
dirujuk sebagai ragi. Kelarai dibuat dalam pelbagai motif dan peranannya sama seperti corak
bunga dalam tenunan iaitu sebagai suatu ciri perhiasan. Anyaman kelarai disusun secara
tunggal dan lepas menyeluruh atau disusun di dalam ruang tertentu. Susunan menegak disebut
kelarai berdiri dan susunan sendeng, kelarai serong. Untuk hiasan pinggir atau birai pula
terdapat satu kelarai khusus iaitu kelarai pucuk rebung.

Semua jenis kelarai berunsurkan alam semula jadi. Di kalangan masyarakat Melayu, motif
tumbuhan menjadi pilihan utama. Daripada bentuk bunga, terdapat kelarai bunga atur,
berembang, cengkih dan cengkih beranak, bunga cina, bunga durian, bunga kundur, bunga
pecah lapan, bunga tanjung, bunga telur, dan bunga rumput. Unsur-unsur tumbuhan yang lain
termasuk akar, pucuk (rebung) dan tampuk (jantung pisang, manggis, pinang). Unsur fauna
pula, terdapat motif haiwan dan serangga, seperti siput, kepala gajah, mata berkait, tapak
anjing, tapak harimau, anak ikan, belalang cucuk, jari kedidi, mata ketitir, pusat belanak, siku
keluang, sisik kelah dan tulang ikan.

Terdapat bentuk bebas, seperti kelarai belah ketupat, kelarai kisar mengiri, kelarai beras patah
dan kelarai madu manis. Dalam membuat kelarai, perkara utama yang diperhatikan ialah
jumlah mata atau langkah daripada bilah daun yang digunakan. Jumlah mata menentukan saiz
satu-satu corak. Untuk menyerlahkan kelarai, bilah-bilah digunakan warna yang berlainan
atau kontras. Misalnya, kuning dan hijau, merah dan ungu, atau putih dan perang. Kadangkala
warna ketiga digunakan sebagai tanah atau latar corak. Bilah-bilah berwarna yang dianyam
tindih-menindih dan berselang-seli ini akan menyerikan hasil anyaman tersebut.
Seorang tokoh yang mengusahakan anyaman buluh ini bernama Norzihan binti Manaf yang
berumur 56 tahun dan tinggal di Kg. Tengah Chembong Rembau. Beliau telah menceburi
dalam bidang kraftangan anyaman buluh lebih kurang 10 tahun. Beliau juga menceburi dalam
bidang ini kerana minat dan hobi sejak remaja lagi dan sehingga sekarang menjadi minat
beliau ini sebagai satu perniagaan. Beliau telah masuk dalam keratan akhbar dan program
televisyen kerana anyamannya yang unik dan menarik perhatian ramai pengemar anyaman
kraftangan. Banyak anyaman buluh dan rotan yang telah dihasilkan oleh beliau dan dijual
kepada pengemar anyaman kraftangan.
CABARAN

Cabaran yang dihadapi oleh pengusaha anyaman kraftangan Puan Norzihan binti Manaf dari
mula menceburi bidang ini sehingga sekarang ialah cabaran untuk menjual kerana beliau tiada
latihan yang khusus menjadi penjual dan tidak mengetahui cara serta kehendak pasaran
sekarang. Beliau berkata anyaman kraftangan ini mempunyai peminat-peminat sendiri.
Apabila ada nama pengemar anyaman kraftanagn akan mencari untuk membeli dengan beliau
kerana kualiti produk yang dihasilkan dapat memuaskan hati dan menepati citarasa pengemar
kraftangan. Produk kraftangan ini mengikut musim tertentu. Hanya di hari perayaan dan
perkahwinan sahaja waktu-waktu yang dapat dijual kerana dijadikan sebagai hiasan dan
cenderamata kepada tetamu atau saudara-mara yang hadir pada majlis tersebut.

Seterusnya, cabaran yang yang dihadapi oleh puan Norzihan binti Manaf pada zaman kini
tentang anyaman kraftangan ialah cabaran masa dan generasi muda kurang menghargai hasil
buatan masyarakat melayu. Beliau berkata mereka lebih berminat pada yang murah dan
mudah. Lebih-lebih lagi pada harga yang agak mahal di setiap produk kerana produk
semuanya dibuat mengunakan tangan bukannya mesin dan mengambil masa beberapa hari
untuk menghasilkan satu produk. Menurut beliau hanya yang betul-betul minat tidak kira
muda atau tua yang sanggup membeli anyaman kraftangan tersebut. Kerjaaan sekarang masih
kurang membuat promosi yang berterusan kepada penjual anyaman kraftangan ini untuk
mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih baik. Zaman sekarang kebanyakan produk-
produk ini hanya digunakan sebagai hiasan dan cenderamata.
KESIMPULAN

Ayaman telah wujud sejak dulu lagi yang digunakan oleh masyarakat dahulu untuk kehidupan
harian mereka kerana mempunyai pelbagai kelebihan dan semakin berkembang untuk
dijadikan sebagai warisan masyarakat melayu. Proses penghasilan anyaman kraftangan
memerlukan masa dan kesabaran agar hasilnya dapat memuaskan hati semua pihak. Corak
dan warna yang pelbagai pada ayaman kraftangan ini untuk menarik perhatian pelanggan dan
pengemar. Cabaran untuk menjual produk anyaman kraftangan, cabaran masa dan generasi
muda kurang berminat terhadap anyaman kraftangan yang perlu ditempuhi oleh seorang tokoh
pengusaha anyaman buluh dan rotan bagi mengekalkan tradisi dan kreativiti masyarakat
melayu sebagai satu perniagaan kepada mereka.

PENUTUP

Kajian yang telah dijalankan oleh peyelidik dapat mengetahui sejarah dan perkembangan,
proses sebelum, semasa, selepas dan cabaran dengan bantuan daripada tokoh Puan Norzihan
binti Manaf iaitu pengusaha anyaman buluh dan rotan. Penyelidik juga mengalami sedikit
kesempitan untuk menemubual secara bersemuka kerana dikenaka bayaran sebanyak rm100
satu jam pertama. Penyelidik bersyukur kerana kajian ini berjalan dengan lancar serta banyak
memberi manfaat kepada pembaca hasil kajian dan penyelidikan yang dilakukan. Selain itu,
diharapkan melalui hasil kajian ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat
terutamanya generasi muda yang kurang berminat dengan kraftangan yang dihasilkan oleh
masyarakat melayu untuk menghargai segala pencapaian tokoh ini supaya hasil titik peluh
mereka tidak disia-siakan begitu saja. Peyelidik berharap hasil kraftangan ini tidak ditelan
zaman kerana teknologi pada hari ini berkembang dengan maju.
9. BIBLIOGRAF

Temubual – Puan Norzihan binti Manaf , 56 Tahun, Kg. Tengah Chembong Halt, 71300
Rembau, Negeri Sembilan.

Bahan Internet - https://www.academia.edu/29588773/Anyaman_Mengkuang_Pandan

https://www.scribd.com/doc/26415027/Anyaman-Mengkuang-Tikar

http://santrikreatif77.blogspot.com/2015/11/seni-.html

https://www.memori-kedah.com/page_pengenalan.php?p=1&idstopic=5&mtopic=1

http://animhosnan.blogspot.com/2014/08/tanam-buloh-satu-potensi-part-4.html

https://malay.wiki/content/Buluh%20duri/Laman_Utama.html

Perpustakaan :

i. Surat Khabar – Utusan Malaysia anyaman


ii. Jurnal seni anyaman - http://ojs.upsi.edu.my/index.php/JICTIE/article/view/2593/1653
NOTA HUJUNG
LAMPIRAN

Buluh akar atau juga dikenali sebagai buluh tali atau buluh belalai, ialah
sejenis buluh dalam genus Dendrocalamus yang malar hijau yang tumbuh di Asia.

Nama saintifiknya adalah Dendrocalamus pendulus.

Buluh betong atau juga dikenali sebagai buluh pering merupakan pokok buluh

dalam genus Dendrocalamus yang yang tumbuh di Asia. Nama saintifiknya adalah
Dendrocalamus asper.
Buluh minyak atau juga dikenali sebagi buluh gading, buluh aro, buluh temalang
dan nama sainsnya Bambusa vulgaris ialah salah satu spesies pokok

buluh berumpun-rumpun dalam genus Bambusa. 

Buluh duri atau nama sainsnya Bambusa blumeana  merupakan sejenis pokok


Buluh dalam genus Bambusa. Ia sesuai untuk digunakan bagi menghasilkan

batang pengepit makanan, pencungkil gigi, perabot, alat muzik seperti angklong,


atau galah. Rebungnya boleh diambil untuk dimakan.

You might also like