Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

HMA 101/4 PENGANTAR BAHASA MELAYU

SIDANG AKADEMIK 2021/2022

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

TAJUK :

KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DI


MEDIA TERUTAMANYA OLEH PENUTUR NATIF
BAHASA MELAYU TELAH MENUNJUKKAN BAHAWA
PENUTUR NATIF SUKAR MENGUASAI TATABAHASA
BAHASA MELAYU. DENGAN MENGGUNAKAN
SUMBER DATA BAHASA DARIPADA NOVEL OH,
MAMA TIRIKU! ANALISIS KESALAHAN-KESALAHAN
BAHASA DARI ASPEK TATABAHASA

NAMA PELAJAR NO MATRIKS


NOR AFIQAH BINTI HASHIM 157773
NUR ADRIANA IZATI BINTI MOHD SANI 157820
NUR AFIQAH BINTI AMMAR 157386
NUR FATIN SHAFIKA BINTI AHMAD 155536
ZAINI

TARIKH PENGHANTARAN :

4 JULAI 2022
2
3

PENGENALAN

Daripada petikan Kamus Dewan Edisi Keempat makna perkataan tatabahasa


merupakan pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan perkataan dan proses
pembinaan ayat yang berkaitan dengan tatabahasa. Manakala menurut Dato’ Dr. Firdaus Haji
Abdullah ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga
tatabahasa merupakan sistem sesuatu bahasa iaitu cara sesuatu bahasa itu digunakan sama ada
dalam bentuk tulisan ataupun lisan. Tatabahasa mempunyai dua bahagian dalam bidang
tatabahasa; morfologi iaitu yang pertama adalah bahagian pembentukan kata dan sintaksis
yang kedua adalah bahagian pembentukan frasa dan ayat. Perkataan dan frasa disusun
menjadi ayat-ayat yang merupakan sebahagian daripada penghasilan bahasa dan tatabahasa
juga bidang ketiga dalam pembinaan bahasa. Sejak Za’ba menulis ‘Pelita Bahasa Melayu I, II
dan III pada tahun 1947, tiada lagi usaha lain yang mempunyai pengaruh dan kepercayaan
ramai.

Sebuah tatabahasa yang lengkap untuk bahasa Malaysia diperlukan supaya dapat
diperkembangkan sebagai asas bahasa standard dan dapat menimbulkan satu rupa bahasa
yang digunakan dengan seragam. Kesalahan yang terdapat dalam bidang imbuhan bahasa
Malaysia bertambah kusut dengan adanya perbezaan dalam struktur ayat dari satu dialek ke
satu dialek yang lain. Ini amat penting, lebih-lebih lagi kerana kebanyakan penutur bahasa
Malaysia menuturkannya sebagai bahasa kedua. Mereka terpaksa mempelajari dan
memperolehi kemahiran bahasa itu melalui latihan. Pengajaran dan pembelajaran bahasa
Malaysia pada masa kini amat berat bergantung kepada tatabahasa yang dikarang oleh Za’ba
pada tahun 40-an dulu. 

Maka dengan ini, kumpulan kami telah bersetuju dan memilih untuk menganalisis
kesalahan-kesalahan tatabahasa dalam buku novel yang bertajuk ‘Oh, Mama Tiriku!’ Novel
yang bertemakan romantis ini dikarang oleh Herna Diana.Buku ini dicetak pada tahun 2013
oleh Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd.Novel ‘Oh, Mama Tiriku!’ ini sebenarnya sambungan
daripada buku novel bertajuk ‘Cinta 3 suku’ dan mengisahkan Dr. Razif masih sukar untuk
melupakan arwah Suhaila walaupun sudah empat tahun isterinya pergi dan masih belum ada
penggantinya. Oleh itu, Iman melancarkan misi mencari jodoh untuk Dr. Razif laluh
memperkenalkannya dengan Zulaikha. Pada pandangan Iman, Zulaikha seorang yang berbudi
pekerti dan cantik paras rupa untuk abangnya. Namun begitu, Dr. Razif merasakan Zulaikha
4

bukan gadis pilihannya. Dalam mengharungi kehidupan yang tidak seia dan tidak sekata,
tanpa sedar ada rasa yang memikat hati Dr. Razif. 

METODOLOGI

Kajian ini telah dilaksanakan menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif iaitu iaitu
mengenal pasti dan menganalisis kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam novel “Oh, Mama
Tiriku!”. Kajian ini hanya memfokuskan kepada kesalahan tatabahasa yang ada pada bab 43
novel.

HASIL KAJIAN

Kesalahan Kata Preposisi

Menurut Ahmad Khair Mohd Nor (2019) dalam bukunya iaitu ‘Teks Lengkap
Tatabahasa Bahasa Melayu’ menyatakan kata sendi nama ialah perkataan yang berfungsi
sebagai kata depan bagi kata nama atau frasa nama. Pada peringkat tinggi kata sendi nama
dikenali sebagai kata preposisi.

Kesalahan Kata Preposisi “pada”

Penggunaan kata preposisi “pada” sepatutnya digunakan di hadapan kata nama atau
frasa nama yang menunjukkan keterangan waktu dan tempat. Kata preposisi “pada” tidak
boleh digunakan di hadapan kata nama yang membawa maksud sasaran. Namun begitu,
dalam novel ini, penggunaannya digunakan untuk menunjukkan keterangan kata nama yang
membawa maksud sasaran. Perkara ini jelas dapat dilihat pada mukasurat 277 perenggang
keempat. Petikannya berbunyi :

“Apa yang harus dinyatakan pada datuk dan nenek nanti ?”

Penggunaan perkataan “pada” yang betul mengikut (Raminah Hj Sabran et al., 2019)t 
adalah seperti berikut:

a. “Saya ke Amerika Syarikat pada bulan lalu.”

 Perkara ini adalah salah dari aspek tatabahasa. Perkataan preposisi yang sesuai adalah
kata preposisi “kepada”. Perkataan “kepada” digunakan untuk menyambungkan kata nama
atau frasa nama dengan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan
5

pecahan dan perubahan keadaan (Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa,
2008). Oleh itu sebagai pembetulannya:

 “Apa yang harus dinyatakan kepada datuk dan nenek nanti ?”

Kesalahan Kata Preposisi “di”

Kata sendi nama di penggunaanya khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang
menunjukkan lokasi. Kata preposisi “di”  mestilah ditulis terpisah daripada kata nama atau
frasa nama yang mengikutinya. Namun begitu, penggunaan kata preposisi di dalam novel ini
telah ditulis bersambung dengan kata nama. Misalnya:

“Ain duduk bersila diatas rumput sambil menopang dagu…”

Malah, penggunaan perkataan “di” yang betul dan sesuai mengikut (Raminah Hj
Sabran et al., 2019) adalah seperti berikut:

a. “Kemalangan itu berlaku pada petang semalam di depan kedai itu.”

 Perkara ini adalah salah daripada aspek tatabahasa. Perkataan di hanya boleh ditulis
rapat dengan perkataan selepasnya sekiranya berfungsi sebagai imbuhan awalan. Sebagai
contohnya, “dimakan, “dibeli” dan “dibaca”. Pengguna bahasa Melayu masih keliru untuk
membezakan penggunaan perkataan “di” sebagai kata preposisi dan “di” sebagai imbuhan
awalan seperti yang dinyatakan oleh Adnan Jamil (2017). Perkara ini menyebabkan pengguna
bahasa Melayu masih lagi tertukar akan cara penulisan sebenarnya. Tuntasnya, sebagai
pembetulan kesalahan kata preposisi “di” dalam ayat ini adalah :

 “Ain duduk bersila di atas rumput sambil menopang dagu…”

Kesalahan Kata Preposisi “dari”

Penggunaan kata preposisi “dari” dan “daripada” sering mengelirukan pengguna


bahasa. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa (2008) mentakrifkan kata
preposisi “dari” hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan
arah, tempat atau waktu. Manakala penggunaan “daripada” merupakan kata preposisi yang
menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda dan unsur mujarad, asal kejadian atau
6

sumber dan perbandingan mahupun perbezaan. Selain itu, kata preposisi ini memerlukan
frasa nama untuk membentuk frasa preposisi supaya dapat bertugas sebagai predikat ayat.
Penggunaan kesalahan kata preposisi dalam novel ini dapat dibuktikan apabila pengarang
menggunakan kata preposisi “dari” dalam konteks ayat tersebut. Sebagai contoh, kesalahan
penggunaan kata preposisi pada muka surat 287 perenggan ketujuh adalah:

“Dari apa yang saya periksa tadi… “

Penggunaan perkataan “dari” yang betul mengikut (Raminah Hj Sabran et al., 2019)
adalah seperti berikut:

a. “Mereka bergerak dari utara ke selatan.”

Dengan berdasarkan contoh ayat di atas, jelaslah bahawa penggunaan kata preposisi
“dari” digunakan sebelum kata nama yang mendukung peringkat atau tahap. Kata preposisi
“dari” bagi maksud di atas ini sudah lama digunakan waima tidak termaktub dalam
Tatabahasa Dewan. Hal ini dianggap sebagai satu bentuk perkembangan bahasa mengikut
peredaran zaman. Oleh yang demikian, penggunaan yang sesuai dalam konteks ayat ialah
kata sendi nama “daripada” Penggunaan ini jelas menunjukkan satu kesalahan dari aspek
penggunaan tatabahasa. Tuntasnya, sebagai pembetulan konteks ayat tersebut adalah seperti
berikut:

“Daripada apa yang saya periksa tadi” 

Penggunaan ayat yang betul bagi perkataan “dari” adalah seperti berikut:

Kesalahan Kata Preposisi “akan”

Kata preposisi akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk
manusia. “Akan” ditulis selepas kata adjektif yang menyatakan perasaan atau sikap manusia.
Namun begitu, penggunaan kata preposisi “akan” dalam novel ini tidak digunakan sewaktu
menyatakan perasaan. Contohnya, pada muka surat 296 perenggan keempat baris kedua :

“ ... Ain berterus terang tanpa rasa malu” 

Penggunaan kata “akan” yang betul dalam ayat mengikut (Raminah Hj Sabran et al.,
2019) adalah seperti berikut:
7

a. “Kami amat sayang akan anaknya itu.”

Berdasarkan aspek tatabahasa, terdapat kesalahan aspek tatabahasa dalam ayat


tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana kata adjektif yang bersifat emotif perlu didahului
oleh kata preposisi “akan” Sebagai pembetulannya :

“ ... Ain berterus terang tanpa rasa akan malu”

Kesalahan Kata Seru

(Raminah Haji Sabran et al., 2020) kata seru merupakan bentuk kata yang berperanan
untuk menzahirkan berbagai-bagai perasaan dan diaplikasikan dalam ayat seruan. Contohnya
perasaan sedih, marah terkejut, benci kagum, dan sayang. Contoh kata seru yang sering
digunakan pula adalah seperti aduh, cis, wah, eh, amboi dan syabas. 

Kesilapan penggunaan kata seru dalam novel ini dapat dilihat apabila pengarang
menggunakan tanda seru di kedudukan yang salah. Sebagai contohnya, kesalahan ini dapat
dilihat pada muka surat 296 perenggan keenam baris kedua:

 “Alahai, kasihannya anak tak beribu.”

Penggunaan tanda baca atau kata seru yang betul dalam ayat mengikut (Raminah Hj
Sabran et al., 2019) adalah seperti berikut:

a.  “Alahai, terlebih garam pula gulai ini!”

Selepas kata seru digunakan, perkataan-perkataan ini perlu diikuti dengan tanda
koma. Pada akhir ayatnya pula mesti ditamatkan dengan tanda seru. Namun demikian,
pengarang novel tidak meletakkan tanda seru di akhir ayat seru ini. Perkara ini jelas menjadi
satu kesalahan aspek tatabahasa. Oleh itu, sebagai pembetulannya:

 “Alahai, kasihannya anak tak beribu!”

Kesalahan Penggunaan Kata Tanya

Penggunaan kata tanya “bila” sepatutnya digunakan dalam ayat tanya. Namun begitu,
dalam novel ini, penggunaannya digunakan untuk menghubungkan klausa yang menjadi
8

keterangan pada klausa utama yang sepatutnya menggunakan komplimentizer. Penggunaan


ini  dapat dilihat pada halaman 288 perenggan kedua. Contoh ayatnya:

“Yanti terus tersipu malu bila disergah begitu.”

Menurut Raminah Hj Sabran et al., (2019), penggunaan perkataan “bila” yang betul
dalam ayat adalah mengikut contoh seperti berikut:

a. “Dia datang bila?”

Penggunaan ini jelas menunjukkan kesalahan dari aspek tatabahasa iaitu


menggunakan kata tanyaa “bila” sebagi kata hubung. Penggunaan yang sesuai digunakan
dalam konteks ayat ini adalah kata hubung “apabila”. Kata hubung ini dapat dapat
dikategorikan sebagai kata hubung pancangan keterangan. Dalam “Teks Lengkap Tatabahasa
Bahasa Melayu” (Ahmad Khair Mohd Nor, 2019) komplimentizer pancangan keterangan
berfungsi untuk menghubungkan klausa tak bebas yang menjadi keterangan dengan klausa
bebasnya. Komplimentizer ini terdapat sembilan jenis dan komplimentizer “apabila” dapat
dikategorikan sebagai komplimentizer keterangan waktu. Oleh itu, pembetulan bagi ayat ini
adalah seperti berikut:

“Yanti terus tersipu malu apabila disergah begitu.”

“Yanti terus tersipu malu (klausa bebas) apabila disergah begitu (klausa tak bebas).”

Kesalahan Kata Nafi

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa (2004) mentakrifkan kata nafi
ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat, iaitu frasa nama, frasa kerja,
frasa adjektif dan frasa preposisi. Dalam erti pemahaman yang lain, kata nafi ialah perkataan
yang digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu. Kata nafi terdiri daripada bukan
dan tidak. 

Kesilapan penggunaan kata nafi dalam novel ini dapat dilihat apabila pengarang
menggunakan kata nafi “bukan” dalam konteks ayat. Sebagai contohnya, kesalahan
penggunaan ini dapat dilihat pada muka surat 290 perenggan keenam. Contoh ayatnya adalah
seperti berikut:

“Bukan ada faedah pun.”


9

Penggunaan kata nafi “bukan” dalam ayat dengan betul mengikut (Raminah Hj
Sabran et al., 2019) adalah seperti berikut:

a. “Hadiah itu bukan untuk pelajar cemerlang.”

Kata nafi “bukan” sepatutnya digunakan di hadapan predikat yang terdiri daripada
kata nama atau frasa nama, dan frasa sendi nama. Oleh itu, penggunaan yang sesuai dalam
konteks ayat ini ialah kata nafi “tidak”. Hal ini dikatakan demikian kerana kata nafi “tidak”
digunakan di hadapan predikat yang terdiri daripada kata kerja atau frasa kerja, dan kata
adjektif atau frasa adjektif. Penggunaan ini jelas menunjukkan satu kesalahan dari aspek
tatabahasa. Oleh itu, ayat yang sepatutnya adalah seperti berikut:

“Tidak ada faedah pun.”

Tidak ada faedah pun (frasa kerja).

Kesalahan Komplimentizer

         Asmah (1993) menyatakan bahawa komplimentizer ini sebagai kata yang
menghubung dua kata, frasa atau klausa. Hal ini menunjukkan bahawa komplimentizer ini
dapat menghubungkan dua klausa menjadi satu ayat yang lengkap dan gramatis. (Raminah Hj
Sabran et al., (2019) pula menyatakan bahawa terdapat lima bentuk komplimentizer iaitu
bentuk komplimentizer bentuk tunggal, bentuk terbitan, bentuk majmuk, bentuk ganda, dan
berpasangan. Setiap bentuk kata ini terdiri daripada kata yang mempunyai fungsi apabila
diletakkan dalam sesuatu ayat. Oleh itu, bentuk komplimentizer ini mempunyai cara
penggunaan yang betul sama ada dalam penulisan atau lisan agar ia tidak menjadi satu
kesalahan tatabahasa.

Kesalahan Komplimentizer “dan”

         Berdasarkan rujukan dalam novel “Oh, Mama Tiriku”, terdapat beberapa kesalahan
tatabahasa iaitu kesalahan penggunaan komplimentizer di hadapan ayat. Kesalahan
tatabahasa komplimentizer “dan” tidak boleh berada di hadapan ayat kerana ia
memperlihatkan kata tersebut sebagai subjek dalam ayat. Penggunaan kata ini di hadapan
ayat merupakan kesalahan tatabahasa kerana komplimetizer berfungsi untuk menghubungkan
dua ayat atau klausa untuk menjadi satu ayat lengkap atau dikenali sebagai ayat majmuk.
Kesalahan ini dapat dilihat pada muka surat 282, perenggan pertama iaitu :
10

 “Dan dia tidak gemar dengan situasi itu.”

Perkara ini disokong oleh Za’ba (2002) yang menyatakan “dan” iaitu pemerian yang
berfungsi sebagai kata sendi penambah yang menyambungkan ayat-ayat tambahan kepada
bahagian dahulunya dengan tidak menjadikan sambungan ayat tadi sebagai penerang. Hal ini
membuktikan bahawa kata “dan” tidak boleh berada di hadapan ayat atau berfungsi sebagai
subjek kerana ia merupakan komplimetizer yang berfungsi sebagai penyambung ayat-ayat
tambahan. Menurut Yusniza et al. (2021) telah menunjukkan contoh penggunaan kata “dan”
yang betul dalam teks-teks ucapan adalah seperti berikut:

a. “Katanya, ketua ialah seorang hamba yang mempersembahkan diri supaya menjadi
pesuruh kepada sekalian rakyat jelata dan pekerjaannya ialah mengorbankan diri untuk
berkhidmat kepada rakyat jelata.”

         Oleh itu, penggunaan yang sesuai dalam ayat novel tersebut adalah dengan
membuang perkataan “dan” dalam ayat itu. Ayat tersebut telah lengkap jika membuang
perkataan tersebut. Sebagai contohnya :

 “Dia tidak gemar dengan situasi itu.”

Kesalahan Komplimentizer “namun”

         Selain itu, kesalahan komplimentizer yang berada di hadapan ayat iaitu perkataan
“namun”. Perkataan “namun” ini berada di bawah komplimentizer pancangan keterangan
yang dapat dispesifikkan dalam komplimentizer keterangan pertentangan. Kesalahan ini
dapat dilihat pada muka surat 282, perenggan ketiga iaitu:

“Namun, Rayyan dan Ain tidak berputus asa.”

Kesalahan penggunaan perkataan “namun” di hadapan ayat adalah salah kerana


komplimentizer hanya berfungsi untuk menghubungkan dua ayat dan bukannya menjadi
subjek atau penanda wacana dalam sesuatu ayat. Perkara ini disokong oleh Dewan Bahasa
dan Pustaka (2017) menyatakan perkataan “namun” ini merupakan komplimentizer
keterangan pertentangan yang perlu berada di tengah ayat dan meletakkan tanda koma setelah
penggunaannya. Terdapat beberapa contoh ayat yang menunjukkan penggunaan perkataan
“namun” dengan betul. Sebagai contoh, menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2017)
penggunaan komplimentizer “namun” yang betul adalah seperti berikut:
11

a. “Walaupun kemudahan ini memberikan pelbagai kebaikan, namun terdapat juga


keburukannya.”

         Oleh itu, penggunaan kata yang sesuai dalam ayat tersebut adalah dengan
menggantikan perkataan “namun” yang berfungsi sebagai komplimentizer keterangan
pertentangan kepada perkataan “Namun demikian,” yang berfungsi sebagai penanda wacana
yang menerangkan pendapat yang berbeza. Contoh ayat tersebut setelah menggunakan
tatabahasa atau perkataan yang sesuai iaitu:

 “Namun demikian, Rayyan dan Ain tidak berputus asa.”

 Kata Kerja

         Kata kerja merupakan kata yang menunjukkan sesuatu perbuatan. Sebagai contoh,
makan, tidur, baca dan sebagainya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005),
mendefinisikan kata kerja adalah kata yang menyatakan sesuatu perbuatan. Dalam
penggunaan kata kerja ini, terdapat juga imbuhan seperti awalan, apitan dan akhiran. Hal ini
menunjukkan bahawa sesetengah kata kerja perlu hadir bersama dengan imbuhan bagi
menyatakan maknanya.

Kesalahan Kata Kerja 

         Kesalahan tatabahasa dalam novel ini termasuklah kesalahan penggunaan kata kerja.
Hal ini kerana terdapat kata kerja yang perlu hadir bersama dengan imbuhan. Kesalahan ini
dapat dilihat pada muka surat 283, perenggan kelima iaitu :

 “Sebaik wajah di balik pintu itu menjelma, dia jadi gugup.” 

Hal ini menunjukkan bahawa perkataan “jadi” iaitu salah satu kata kerja di dalam ayat
tersebut kurang sesuai digunakan. Malahan, ia perlu menambah imbuhan bagi menyesuaikan
kata tersebut beserta maknanya yang menunjukkan sesuatu perbuatan itu dilakukan dan
berlaku. Menurut (Raminah Hj Sabran et al., 2019), menyatakan pengimbuhan merupakan
salah satu proses yang membentuk perkataan dengan menggabungkan perkataan dengan
imbuhan tertentu agar terbentuknya satu perkataan yang membawa makna atau konsep yang
berbeza. Hal ini menunjukkan apabila sesuatu perkataan seperti kata dalam aspek kata kerja
menerima imbuhan maka konsep perkataan tersebut berbeza daripada kata asalnya. Perkataan
“jadi” ini membawa makna berlaku, namun apabila menambah imbuhan seperti “menjadi”
12

akan membawa ia sedang berlaku. Sebagai contoh ayat daripada Dewan Bahasa dan Pustaka
(2017) adalah seperti berikut:

a. “Perkara yang sukar akan menjadi mudah.”

         Oleh itu, penggunaan yang sesuai adalah dengan menambah imbuhan awalan men-
pada perkataan “jadi”. Sebagai pembetulannya:

“Sebaik wajah di balik pintu itu menjelma, dia menjadi gugup.”

KESIMPULAN

         Hasil kajian dan penelitian yang dilakukan untuk menganalisis kesalahan tatabahasa
dalam novel yang bertajuk “Oh, Mama Tiriku!” ini perlu diperluaskan lagi kerana terdapat
pelbagai kesalahan tatabahasa dalam pelbagai aspek yang kita dapat pelajari. Kebanyakan
kesalahan tatabahasa yang ditemui dalam novel ini adalah dari aspek kesalahan penggunaan
kata preposisi, komplimentizer, dan kata kerja. Hal ini disokong lagi oleh (Nik Safiah Karim,
Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, 2008) yang menyatakan antara kesalahan tatabahasa yang
dikesan adalah kesalahan dari segi aspek morfologi iaitu kesalahan kata penyambung ayat –
kata hubung dan kata sendi nama.  Selain itu, mengikut kajian kami hanya terdapat sedikit
kesalahan tanda baca dan dari segi subjek ayat. Hal ini menunjukkan bahawa pengkaji telah
memperolehi pelbagai aspek kesalahan tatabahasa melalui novel yang dikaji tersebut. Sebagai
pengkaji, kami telah mempelajari banyak perkara berkaitan tatabahasa semasa kajian analisis
kesalahan tatabahasa ini dijalankan.

Zaliza Mohamad Nasir (2017) menyatakan bahawa analisis kesalahan tatabahasa


dalam pembelajaran adalah penting kerana dengan melakukan perkara ini, ia dapat
mengenalpasti kelemahan pelajar dalam penguasaan bahasa yang dipelajari itu dan dapat
berfikir cara yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Hal ini telah membuktikan
bahawa setiap kesalahan tatabahasa yang dijumpai melalui novel tersebut dapat kami pelajari
dengan lebih mendalam iaitu sebab kesalahan dan membaiki ayat tersebut dengan
penggunaan kata yang sesuai.

         Oleh itu, analisis kesalahan tatabahasa ini sedikit sebanyak telah memberi peluang
kepada kami sebagai pengkaji untuk mengenalpasti kesalahan dan memahami sebab
kesalahan tersebut. Analisis kesalahan tatabahasa ini juga telah membuktikan bahawa kami
13

sebagai pengkaji, pelajar-pelajar dan masyarakat perlu menggunakan tatabahasa yang betul
sama ada dalam penulisan atau lisan kerana ia merupakan lambang identiti negara Malaysia.
Analisis kesalahan tatabahasa ini perlu diperluaskan lagi agar pelajar dan masyarakat dapat
mengetahui penggunaan tatabahasa yang betul dan memahami sebab kesalahan itu supaya
kesalahan tatabahasa dalam penulisan atau lisan dapat dikurangkan. 

5.0 RUJUKAN

Adnan A. J. ( 2017) Penggunaan “di” Sebagai Kata Sendi Nama dan Imbuhan Awalan.
Diakses pada 10 Jun 2022 daripada http://klikweb.dbp.my/?p=8578.

Ahmad K. M. N. (2019). Teks Lengkap Tatabahasa Bahasa Melayu. Selangor: Percetakan


Salam Sdn. Bhd.

Asraf. (2007). Petunjuk Tatabahasa Melayu. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Kamus Dewan. Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur:  Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan. Edisi Kelima. (2005). Kuala Lumpur:  Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik S. K., Farid M. O., & Hashim Hj M. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Selangor:
Dawama Sdn. Bhd.

Nik S. K., Farid M. O., & Hashim Hj M. (2015). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Selangor:
My Bookpal Sdn. Bhd.

Pusat Rujukan Persatuan Melayu Versi 2. 2017. Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat.
Diakses pada 15 Jun 2022 daripada https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=namun.

Raminah Hj Sabran. et al. 2019. Pemantapan Pemahaman Tatabahasa Bahasa Melayu.


Selangor: Percetakan Salam.

Raminah Hj Sabran. et al. 2020. Pemantapan Pemahaman Tatabahasa Bahasa Melayu.


Selangor: Percetakan Salam.

Siti Khodijah Che Mee. (2020). Penguasaan Sintaksis Bahasa Melayu dalam Kalangan
Pelajar Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Melayu di Universiti Putra Malaysia. Subjek
dan Predikat, 8 (1), 59-73. Diakses daripada http://journalarticle.ukm.my/14271/1/jatma-
2020-0801-06.pdf.

Yusniza Y., Mashetoh Abd. M., & Rohizah H. (2021). Kata Hubung sebagai Peranti Kohesi
dalam teks Ucapan Tunku Abdul Rahman. Penggunaan Penghubung Tambahan Dalam Teks
14

Ucapan Tunku Abdul Rahman, 12 (1), 120-134. Diakses daripada


https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/download/4551/3004/.

Zaliza M. N. (2017). Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu dalam Penulisan Karangan


Pelajar. Analisis Kesalahan Tatabahasa Bahasa Malaysia – Bahasa Indonesia, 4 (1), 23-35.
Diakses daripada
http://eprints.utm.my/id/eprint/80391/1/ZalizaMohamadNasir2017_KesalahanTatabahasaBah
asaMelayudalamPenulisan.pdf.

6.0 LAMPIRAN

You might also like