Syarahan Perpaduan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Yang mulia Tuan Pengerusi majlis, barisan panel hakim yang adil lagi bijaksana , guru-

guru dan murid-murid yang dihormati sekalian.Salam sejahtera saya ucapkan.Pada hari
yang indah ini.izinkan saya menyampaikan sebuah syarahan bertajuk Perpaduan
Tonggak Kegemilangan Negara.

Bersatu Kita Teguh

Bercerai kita Roboh

Begitulah indahnya pepatah melayu dahulu yang sentiasa mengutamakan perpaduan


sesama sendiri demi kejayaan Negara.Perpaduan……ya perpaduan adalah satu-
satunya perkataan yang sentiasa bergema dimana-mana jua.Negara kita Malaysia
terdiri daripada pelbagai kaum yang sentiasa mengutamakan keharmonian
hidup.Mengikut kefahaman saya, perpaduan merupakan satu proses berterusan yang
menyatupadukan anggota masyarakat keseluruhannya demi membentuk satu identiti,
nilai kerohanian dan semangat cinta akan negara di kalangan mereka.Kegemilangan
sesebuah negara bergantung sepenuhnya kepada kesejahteraan dan keamanan
ekonomi, politik dan sosial Negara itu.Dalam 5 minit syarahan ini, saya menjemput
kalian sekalian mendalami kepentingan perpaduan yang menjadi tonggak
kegemilangan negara kita.

Hadirin yang dihormati,

Mengapakah perpaduan itu penting? Ia merupakan satu persoalan yang sentiasa timbul
dalam fikiran kita.Perpaduan amat penting untuk membentuk sesebuah negara yang
termasyur di persada dunia.Tanpa persefahaman dan perpaduan antara kaum negara
akan diibarat sebagai nakhoda tanpa hala tuju.Oleh itu, perpaduan negara merupakan
dominan utama yang amat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh
kerajaan.Kalau kita berjaya menyatupadukan masyarakat menjadi satu rakyat dengan
satu prinsip,kita akan jadikan negara lebih kuat dan berjaya.Semangat nasionalisme
yang mendalam tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit dapat memupuk
perpaduan kaum.Sebagai contoh lagu kebangsaan dinyanyikan dan rukun Negara
dihayati sebagai ikrar untuk mendisiplinkan diri.Oleh itu, kita hendaklah bersama-sama
berganding bahu dan berganding tenaga dalam membajai dan menyemai semangat
perpaduan dalam kalangan masyarakat terutamanya anak-anak yang masih
bersekolah.

Saudara-saudari yang dihormati,

Bersyukur kepada tuhan kerana kita dilahirkan di Malaysia.Namun begitu ”Lautan mana
tidak bergelora,Bumi mana tidak ditimpa hujan” Walaupun ada segelintir pihak cuba
mewujudkan suasana tidak harmoni dengan menimbulkan isu-isu sentisif.Namun
semuanya di selesaikan dengan semangat “ 1 Malaysia”.Oleh itu, genggamlah tangan
erat-erat,kita padukan semangat, semoga keamanan .negara terus dimartabat.

Sebelum mengakhiri syarahan saya ingin saya sampaikan serangkap pantun untuk
renungan kita bersama

Cincin suasa cincin pusaka,

Disimpan rapi dalam peti;

Cintai Negara sayangi bangsa,

Kekalkan perpaduan tanpa sangsi.

Sekian terima kasih.

You might also like