Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN MINGGU ANTIDADAH SKSC 2022

BIL AGENDA TEKS


Bismillahirrahmanirrahim..
1. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,
dan Selamat sejahtera

 Yang Berusaha Encik Noraini bin Samad, Guru Besar Sekolah


Kebangsaan Seri Cempaka
 Yang Dihormati, Encik Kamarulnizam bin Marzuki, Guru Penolong
Kanan Pentadbiran
 Yang Dihormati, Puan Hajah Dhafilzah binti Mohd Daud, Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
 Yang Dihormati , Encik Mohamad Amin bin Man, Guru Penolong
Kanan Kokurikulum,
 Seterusnya ustaz-ustaz, ustazah-ustazah, ketua-ketua Panitia,
guru-guru, kakitangan sekolah serta murid-murid yang dikasihi.

2. Kata Alu- Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat


aluan Ilahi kerana dengan izinNya, dapat kita berhimpun dan berkumpul pada
pagi yang indah ini bagi menjayakan Majlis Pelancaran Minggu
Antidadah Peringkat Sekolah Kebangsaan Seri Cempaka tahun 2022.

Para guru dan murid sekalian…


Minggu Antidadah ini akan berlangsung selama seminggu bermula
pada harini 7 November sehingga 11 November 2022. Minggu
Antidadah ini diadakan untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan
keinsafan kepada warga sekolah tentang bahaya dadah dan
merealisasikan “Murid Sifar Dadah dan Sekolah Bebas Dadah” yang
dihasratkan oleh KPM.

“Lebih Baik Cegah” itulah TEMA sambutan Hari Antidadah


Peringkat Kebangsaan pada tahun ini. Saya percaya tema ini akan
memberikan kesan mendalam dalam diri kita dan melahirkan semangat
bermasyarakat dan kecintaan terhadap negara dalam hati kita semua
sebagai seorang warganegara Malaysia yang bertanggungjawab
terhadap masyarakat dan tanah air.
Pelbagai aktiviti dan pertandingan diperingkat sekolah telahpun
disediakan untuk dilaksanakan untuk meningkatkan pengetahuan dan
kefahaman tentang Pendidikan Pencegahan Dadah dalam kalangan
murid, guru dan kakitangan sekolah.

Aktiviti pada Hari Isnin 7 November 2022 :


(Baca aktiviti sampai Hari Jumaat)
Hadirin yang dihormati,
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Puan Hajah Dhafilzah binti
Mohd Daud, untuk membacakan Perutusan daripada Ketua Pengarah
Agensi Antidadah Kebangsaan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

**************bacaan Perutusan*********

Terima kasih diucapkan kepada Puan Hajah Dhafilzah binti Mohd


Daud atas kesudian membacakan perutusan itu tadi. Diharapkan apa
yang telah disampaikan itu tadi dapat memberi panduan kepada kita
semua dalam menjalani hidup yang penuh pancaroba ini lebih-lebih
lagi pada zaman ini yang semuanya hanya di hujung jari.

Seterusnya, kita akan mendengar pula ucapan perasmian


Pelancaran Minggu Antidadah Peringkat Sekolah yang akan
disampaikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Noraini bin Samad. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.
*************ucapan perasmian ***********
Seterusnya ialah gimik pelancaran, diminta Tuan guru besar untuk
terus kekal di atas pentas.
*************upacara gimik ***********

Terima kasih diucapkan.


Hadirin yang dikasihi,

Majlis kita pada pagi ini akan diteruskan lagi dengan bacaan Ikrar
Antidadah daripada warga sekolah. Untuk itu majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan __________________ untuk mengetuai
bacaan Ikrar.

********** Bacaan Ikrar *************

Hadirin yang dikasihi,


Majlis kita pada pagi ini akan diteruskan lagi dengan nyanyian lagu
‘Dadah Durjana’ sebagai tanda kebencian kita terhadap najis dadah.
Untuk itu, majlis mempersilakan murid-murid daripada kelas 5
Sayyidina Uthman untuk naik ke pentas.

**********lagu Dadah Durjana*************

Demikian tadi nyanyian lagu dadah Durjana.Diharapkan lagu itu


tadi bukan sekadar dibibir tapi sematkan dalam hati sifat kebencian
terhadap dadah.

Kini, kita telahpun berada di hujung acara.


Dengan berakhirnya nyanyian itu tadi maka bermulalah minggu
Antidadah peringkat sekolah bagi Tahun 2022. Pelbagai aktiviti telah
dirancang dan diharapkan semuanya dapat berjalan lancar.

Terima kasih diucapkan.

You might also like