Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 17

ALIH BENTUK

KOMUNIKASI
PENGAJIAN AM SEMESTER 3

ANALISIS
PENGETAHUAN
FORMAT ASING
STPM 2016
SOALAN 17
Berdasarkan maklumat dalam
jadual di bawah, buat analisis
terhadap pola perubahan import
bahan makanan mengikut jenis
bahan makanan dari bulan April
hingga bulan Julai 2013 di
Malaysia. Huraikan bagaimana
negara dapat mengurangkan
pergantungan pada bahan
makanan yang diimport.
ISU - Mengurangkan Pergantungan Pada
Bahan Makanan Yang Diimport

FOKUS ISU – Langkah

AP 1 : Menggalakkan penglibatan petani muda dalam sektor pertanian


AP 2: Mengadakan latihan dan kemahiran kepada petani
AYAT IDEA: (1 markah)
Langkah bagi mengurangkan kebergantungan pada bahan
makanan yang diimport ialah menggalakkan penglibatan petani
muda dalam sektor pertanian.

HURAIAN 1: (1 markah)
Kemudahan bantuan modal dan skim latihan ditawarkan kepada
golongan ini bagi menarik minat lebih ramai golongan muda dalam
bidang pertanian.

HURAIAN 2: (1 markah)
Pada tahun 2021, pihak kementerian telah memperuntukkan
sebanyak RM15 juta menerusi Geran Agropreneur Muda (GAM)
bagi melahirkan kira-kira 750 usahawan muda dalam bidang
pertanian.
AYAT IDEA: (1 markah)
Langkah kedua ialah mengadakan latihan dan kemahiran kepada
petani.

HURAIAN: (1 markah)
Latihan dan kemahiran yang lengkap dapat memberi pendedahan
kepada para petani untuk menghasilkan produk yang berkualiti.

CONTOH: (1 markah)
Contohnya, latihan penggunaan peralatan pertanian moden seperti
kaedah fertigasi dapat meningkatkan penghasilan dan kualiti
produk asas tani bagi memenuhi keperluan rakyat bahkan mampu
memenuhi permintaan pasaran dunia.
STPM 2017
SOALAN 17
Berdasarkan maklumat dalam
jadual di bawah, huraikan
perubahan keadaan ekonomi
mengikut negara dari tahun
2013 hingga tahun 2015.
Jelaskan cabaran ekonomi
yang dihadapi oleh Malaysia
pada peringkat antarabangsa.
ISU – Cabaran Ekonomi Yang Dihadapi Oleh
Malaysia Pada Peringkat Antarabangsa

FOKUS ISU – Cabaran

AP 1 : Nilai mata wang


AP 2: Persaingan dengan negara lain
AYAT IDEA: (1 markah)
Cabaran ekonomi yang dihadapi oleh Malaysia pada peringkat
antarabangsa ialah nilai mata wang.

HURAIAN: (1 markah)
Kadar pertukaran mata wang memberi impak yang signifikan
terhadap Indeks Harga Pengguna (IHP) yang akan mengukur kadar
inflasi diikuti harga minyak mentah dan nisbah hutang luar.

CONTOH: (1 markah)
Sebagai contoh, nisbah hutang luar adalah indikator ringkas yang
menunjukkan kemampuan sesebuah ekonomi untuk membayar
hutang luarnya.
AYAT IDEA: (1 markah)
Cabaran ekonomi yang kedua ialah persaingan dengan negara lain.

HURAIAN 1: (1 markah)
Apabila keluaran negara ini sama dengan keluaran dari negara lain,
maka ianya akan memberikan persaingan kepada negara Malaysia.

HURAIAN 2: (1 markah)
Sesungguhnya, melalui persaingan, pengeluar tempatan harus
berusaha untuk meningkatkan kualiti keluaran mereka agar dapat
bersaing di pasaran antarabangsa.
STPM 2019
SOALAN 16
Berdasarkan maklumat dalam
jadual di bawah, jelaskan
keadaan kedatangan peserta
Program Malaysia Rumah
Keduaku mengikut negara dari
tahun 2011 hingga tahun 2013.
Jelaskan faktor fizikal yang
mempengaruhi penyertaan
peserta program tersebut.
ISU - Penyertaan Peserta
Program Malaysia Rumah Keduaku

FOKUS ISU – Faktor Fizikal

AP 1 : Sistem infrastruktur yang lengkap


AP 2: Keadaan iklim yang kondusif
AYAT IDEA: (1 markah)
Faktor fizikal yang mempengaruhi penyertaan peserta Program
Malaysia Rumah Keduaku ialah sistem infrastruktur yang lengkap.

HURAIAN 1: (1 markah)
Pelbagai kemudahan infrastruktur awam seperti pusat perubatan,
sistem pengangkutan awam darat dan pusat membeli belah atau
kedai serbaneka mudah diakses kerana ianya disediakan di
kawasan bandar mahupun di luar bandar.

HURAIAN 2: (1 markah)
Malah, kemudahan infrastruktur awam yang disediakan juga adalah
bertaraf antarabangsa dan berkualiti.
AYAT IDEA: (1 markah)
Seterusnya, keadaan iklim yang kondusif.

HURAIAN 1: (1 markah)
Iklim khatulistiwa di Malaysia sangat disukai oleh warga Eropah
dan bangsa dunia yang lain. Cuaca panas dan lembab menjadi
kegemaran mereka kerana di negara asal, mereka kurang terdedah
dengan iklim seperti ini.

HURAIAN 2: (1 markah)
Tambahan pula, iklim seperti ini sangat memudahkan urusan
mereka seperti melakukan pelbagai aktiviti riadah di pusat
pelancongan.
THANKS!
FOLLOW US AND SUBSCRIBE

anysfadzlyn
Pengajian Am Channel

You might also like