Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Pendahuluan

Selain itu, kurikulum tyler, Model tyler ini dianggap model yang klasik dan merupakan
kurikulum yang terawal dan banyak digunakan dalam perkembangan kurikulum Malaysia.
Menurut Tyler, kurikulum ialah segala pembelajaran yang diarah, dirancang, dikelola dan
dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk mencapai matlamat Pendidikan yang ditentukan.
Model Tyler juga terdapat empat dasar utama iaitu, objektif, kandungan, kaedah, dan juga
penilaian. Dan empat persoalan asas seperti, apakah tujuan atau matlamat Pendidikan yang
hendak dicapai oleh sekolah, bagaimana pengalaman pembelajaran yang boleh diberikan
yang mungkin dapat mencapai objektif itu, bagaimana pengajaran ini disusun secara
berkesan dan bagaimana keberkesanan pengalaman pembelajaran dapat dinilai.

Objektif

Seterusnya, model Tyler menegaskan penggunaan objektif dalam perkembangan kurikulum


dan Pendidikan yang dianggap alat untuk mencapai suatu tujuan, menurut Tyler, tujuan atau
objektif umum diperoleh daripada tiga sumber; pelajar, masyarakat dan subject matter atau
mata pelajaran. Dan kemudian, objektif umum ini ditapis melalui dua sumber iaitu falsafah
sekolah dan priskologi pembelajaran. Seseorang pendidik harus memastikan bahawa objektif
pelajaran yang dipilih mestilah selaras dengan keperluan pelajar di samping isi kandungan
yang sesuai dengan keperluan masyarakat. Satu ciri objektif yang jelas baik pula haruslah
realistik dan sejajar dengan aras kebolehan serta minat pelajar.

kandungan

Selain itu, bagi kandungan kurikulum. Ia merupakan aras kedua dalam pembentukan
kurikulum model Tyler. Kandungan kursus yang mantap mestilah berdasarkan pemilihan dan
perancangan pembelajaran oleh pendidik dalam memilih kandungan, menuntut kreativiti yang
mendalam pada seseorang pendidik. Untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan,
penyusunan bahan kurikulum harus disusun mengikut unit-unit pembelajaran dari aras mudah
ke aras yang lebih kompleks. Oleh sebab itu, ia akan menghasilkan penerimaan pengajaran
yang seoptimanya daripada seseorang pendidik.
kaedah

Lain daripada itu, bagi dasar Kaedah pula, ia berfokuskan kepada pemilihan set-set kaedah
dan Teknik dan pengajaran yang dipilih oleh seseorang pendidik atau guru. Pemilihan kaedah
pembelajaran yang sesuai dan tepat dengan isi kandungan yang disampaikan dapat memberi
impak yang positif kepada keberkesanan pembelajaran pelajar. Terdapat pertambahan dua
lagi prinsip iaitu, prinsip litupan kandungan dan prinsip imbangan kandungan. Prinsip litupan
kandungan merujuk kepada keluasan serta kedalaman yang harus diisi di dalam kurikulum
dan sesebuah pengajaran. Manakala prinsip imbangan kandungan, berkaitan dengan kadar
agihan, kepadatan kandungan serta kesesuaian kandungan dengan masa pengajaran yang
diperuntukkan kepada pelajar supaya menguasainya.

penilaian

Dasar keempat adalah penilaian. Untuk melihat kesan ketercapaian objektif dan matlamat
kurikulum sama ada Berjaya atau sebaliknya. Pelbagai kaedah dan peringkat boleh
digunakan dalam penilaian ini bagi mendapatkan bukti keberkesanan pembelajaran dan
pencapaian objektif yang telah ditetapkan, sebagai cotoh, kaedah mengumpul rekod, dan
menganalisis. Terdapat dua jenis penilaian yang biasanya, dilakukan iaitu, penilaian formatif
dan juga sumatif. Penilaian formatif merupakan penilaian yang dilakukan secara berterusan
di akhir sesuatu pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan untuk menguji keberkesanan
dan kefahaman pelajar dalam proses pengajaran,seperti quiz, manakala penilaian sumatif
pula, ialah penilaian yang dilakukan di peringkat akhir dengan tujuan untuk memperoleh data
tentang pencapaian akhir seseorang pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
seperti peperiksaan akhir tahun.

I lop u kerana Allah sofea agogo, ⬅️ (sila hilangkan highlight jika mahu tengok isinya)

You might also like