Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

KURSUS PEMBUATAN SABUN KECANTIKKAN DAN SABUN


BASUH PINGGAN MENGGUNAKAN MINYAK TERPAKAI
TUJUAN
Kertas kerja ini disediakan adalah untuk mencadangkan Kursus Pembuatan Sabun
Kecantikkan dan Sabun Basuh Pinggan kepada ahli-ahli Persatuan dengan
persetujuan Persatuan.
PENDAHULUAN
Kursus Pembuatan Sabun ini diselia oleh syarikat Aminshukri Resources. Tenaga
pengajar mempunyai pengalaman dalam bidang pemprosesan produk kosmetik dan
toiletri selama 6 tahun. Di dalam bengkel/kelas ini, peserta berpeluang untuk
mempelajari teknik pembuatan produk sabun kecantikkan dan sabun basuh pinggan.
Pembelajaran tidak hanya tertumpu secara teori sahaja, pihak syarikat juga akan
mengajar pembuatan sabun secara praktikal yang mana segala kelengkapan
pembelajaran akan disediakan oleh pihak syarikat. Setiap peserta akan
diperuntukkan bahan asas sabun. Produk yang dibuat semasa bengkel ini boleh
dibawa pulang.

LATAR BELAKANG

Ahli-ahli persatuan perlu untuk bergerak aktif bagi menjana ekonomi diri dan
persatuan. Untuk memastikan kelangsungan aktiviti-aktiviti persatuan, dana
persatuan perlu dijana bukan saja melalui permohonan kepada agensi-agensi
kerajaan tetapi persatuan sendiri perlu mempunyai inisiatif untuk menjana
pendapatan sendiri. Di sini syarikat kami memberi peluang kepada para ahli
persatuan untuk mengikuti kursus yang berkaitan kosmetik bagi menjana
pendapatan sendiri.

OBJEKTIF PROGRAM
 Memberi peluang perniagaan global kepada ahli-ahli persatuan bagi
meningkatkan taraf ekonomi.
 Kerjasama sentiasa akan berterusan diantara syarikat dengan ahli-ahli
persatuan sekiranya ada lagi peluang-peluang perniagaan yang boleh
dikongsikan.
 Bagi mengeratkan lagi silaturahim antara ahli-ahli persatuan yang terlibat.

KUMPULAN SASARAN
Individu yang berminat untuk memulakan perniagaan dalam industri kosmetik dan
toiletri.

PERANCANGAN MASA HADAPAN


Jika mendapat respon yang mengalakkan daripada peserta kursus, program seperti
ini akan diteruskan di masa akan datang bagi menggalakan lebih ramai lagi peserta
yang turut serta dalam program untuk menambah pengetahuan dan membuka
peluang perniagaan kepada mereka.
TEMPAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Tamparuli, Tamparuli, Sabah.

PERLAKSANAAN PROGRAM
Tarikh: 06/10/2022
Hari: 1 Hari
Peserta: 60 orang

KEWANGAN DAN PERBELANJAAN


Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Harga (RM) Jumlah Jumlah (RM)


Peserta
1 Yuran Peserta 10 60 orang 600
*Modul kursus
*Bahan-bahan kursus
JUMLAH KESELURUHAN (RM) 600

TENTATIF PROGRAM

Sidang Pagi

MASA AKITIVI
9.30 Pagi Kursus dijangka bermula
(teori)
10.00 Pagi Demo pembuatan sabun
12.00 Kursus dijangka selesai
tengah
hari

Sidang Petang

MASA AKITIVI
2.30 Kursus dijangka bermula
Petang (teori)
3.00 Demo pembuatan sabun
petang
4.30 Kursus dijangka selesai
petang
PENUTUP
Diharapkan semoga segala apa yang telah dirancang dapat berjalan dengan lancar
dan mudah. Oleh itu, segala kerjasama yang baik daripada pihak Tuan / Puan amat
kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,

sarinahjamil
________________
Sarinah Jamil

Aminshukri Resources

LAMPIRAN – PESERTA

BIL NAMA NO KAD PENGENALAN NO TELEFON

You might also like