Maklumat Penuh Pertandingan Menulis

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

PROFIL KEPENGAKAPAN NEGARA

MAKLUMAT PENUH
PERTANDINGAN MENULIS
SEMPENA SAMBUTAN HARI PENGAKAP MALAYSIA 2021

Tarikh : 03 HINGGA 30 SEPTEMBER 2021


Tajuk : PENGALAMAN BERPENGAKAP SAYA

Anjuran:
UNIT PROFILE PENERBITAN
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
1. PENDAHULUAN

Esei merupakan karangan pendek berbentuk formal dan tidak formal yang menggariskan
perspektif atau cerita daripada sudut pandangan penulis. Pertandingan ini memberi ruang dan
peluang kepada ahli- ahli pengakap yang terdiri daripada Pengakap Kanak-kanak, Pengakap
Muda, Pengakap Remaja serta Pengakap Kelana dan Pemimpin Pengakap untuk berkongsi
pendapat, cerita, perasaan dan pengalaman mereka berpengakap secara kreatif dan berkualiti
agar pengalaman ini dapat dikongsi dan di baca oleh seluruh ahli pengakap seterusnya
memupuk minat dikalangan ahli untuk menulis cerita-cerita tentang pengalaman berpengakap
untuk dibukukan.

2. OBJEKTIF

2.1 Menggalakkan penulisan esei atau artikel tentang kepengakapan oleh semua ahli
pengakap.

2.2 Menyediakan wadah kepada ahli pengakap untuk menonjolkan bakat menulis dengan
menggunakan bahasa yang tepat, teratur dan gramatis secara kreatif.

2.3 Mewujudkan koleksi cerita-cerita kepengakapan yang boleh dijadikan panduan dan
bahan rujuk oleh semua ahli pengakap pada masa hadapan.

3. SASARAN

Kategori 1 : Pengakap Kanak-kanak


Kategori 2 : Pengakap Muda/Remaja
Kategori 3 : Pengakap Kelana/ Pemimpin Pengakap

4. TARIKH PERTANDINGAN

Tarikh dibuka : 03 September 2021


Tarikh tutup : 30 September 2021

5. TAJUK

PENGALAMAN SAYA BERPENGAKAP


6. KRITERIA PEMARKAHAN

Kriteria pemarkahan yang akan digunakan dalam penilaian esei tersebut adalah seperti yang
berikut:

BIL KRITERIA PEMARKAHAN MARKAH


i Isi dan olahan 30
ii Gaya bahasa 40
iii Ketepatan ejaan dan penggunaan tatabahasa 30
JUMLAH 100

7. HADIAH

KATEGORI KEDUDUKAN HADIAH


PERTAMA RM300
KEDUA RM200
PENGAKAP KANAK-KANAK
KETIGA RM100
SAGUHATI RM50 X 10
PERTAMA RM300
KEDUA RM200
PENGAKAP MUDA/REMAJA
KETIGA RM100
SAGUHATI RM50 X 10
PERTAMA RM400
PENGAKAP KELANA / KEDUA RM300
PEMIMPIN PENGAKAP KETIGA RM200
SAGUHATI RM100 X 3
8. SYARAT PERTANDINGAN

i. Penyertaan pertandingan ini hanyalah dari peserta yang mendapat JOHAN bagi setiap kategori di
peringkat negeri untuk dipertandingkan di peringkat kebangsaan.

ii. Semua peserta yang menyertai pertandingan ini mestilah berdaftar secara sah dengan Persekutuan
Pengakap Malaysia bagi tahun 2021.

iii. Pendaftaran penyertaan pertandingan boleh dibuat pada pautan berikut :

https://forms.gle/NBoSG541QtcEHG3Y8

iv. Esei hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu.

v. Karya asli, belum pernah disiarkan oleh mana-mana penerbitan. Karya ciplak, plagiat atau
terjemahan tidak akan diterima.

vi. Esei hendaklah ditaipkan di atas kertas A4 dalam jarak langkau 1.5, menggunakan font Arial bersaiz
12.

vii. Panjang Esei yang ditulis mengikut kategori

Pengakap Kanak-Kanak : 300 – 500 patah perkataan


Pengakap Muda/Remaja : 500 – 700 patah perkataan
Pengakap Kelana/ Pemimpin : 700 – 1200 patah perkataan

viii. Setiap penyertaan yang dihantar perlu disertakan dengan lampiran Maklumat Peribadi yang
mengandungi maklumat berikut :

Nama Penuh :
No. Kad Pengenalan :
No. Kad Keahlian :
Kategori Pertandingan : PKK, PM/PR atau PK/ Pemimpin
Nama Sekolah :
Nama Daerah :
Nama Negeri :
No. Telefon sendiri/ Waris :
Email ( Aktif ) :
Nama & No. Telefon Pemimpin/ Pentadbir sekolah :

ix. Esei dalam bentuk PDF fail perlu dihantar kepada pihak urus setia ke alamat email yang berikut :

profil.penerbitanhq@gmail.com

x. Semua penyertaan mesti diterima oleh pihak urus setia selewat-lewatnya pada 30 September 2021
(sebelum pukul 5.30 petang). Penyertaan yang diterima selepas waktu tersebut tidak akan diambil
kira
xi. Pihak PPM tidak akan bertanggungjawab ke atas penyertaan yang hilang, lambat, dicuri atau rosak.

xii. Esei yang dikemukakan akan disemak oleh Jawatankuasa Penilaian Pertandingan Penulisan Esei
sempena Sambutan Hari Pengakap Malaysia 2021.

xiii. Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) hadiah sahaja

xiv. Setiap esei yang telah dihantar tidak akan dikembalikan kepada penulis dan PPM berhak untuk
mencetak atau menerbitkan esei tersebut dan tidak boleh diterbitkan tanpa kebenaran dari PPM

xv. Pemenang akan dimaklumkan melalui pengumuman yang akan dibuat oleh PPM. Peserta dianggap
tidak memenangi sebarang hadiah sekiranya tidak menerima sebarang pemakluman.

xvi. Keputusan panel hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan/surat-menyurat mengenainya tidak
akan dilayan.

Sebarang pertanyaan boleh dihubungi secara panggilan telefon/ Whatsapp di talian :

● 017-423 0334 ( Dr Ahmad bin Din )


● 010-522 4199 ( Rizal Hj Osman )

You might also like