KK PP 1.0

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

1.

0 PENGENALAN

Syarikat Nestle Malaysia Berhad ialah sebuah syarikat yang beroperasi secara
komersial di Malaysia sejak tahun 1912. Organisasi ini terlibat dalam aktiviti pengeluaran
produk di pasaran dunia. Pengerusi Syarikat Nestle Malaysia Berhad ialah Y.A.M Tan
Sri Dato’ Seri Syed Anwar Jamalulail. Ibu pejabatnya terletak di Mutiara Damansara,
Selangor. Syarikat Nestle Malaysia Berhad memiliki 7 buah kilang yang halal, dengan
jenama isi rumah terkenal seperti Milo, Nescafe, dan Maggi. Syarikat ini mencatat
perolehan sebanyak RM 4.8 bilion pada tahun 2018. Syarikat juga di senaraikan di Bursa
Malaysia sejak tahun 1989. Pengkaji memilih Syarikat Nestle kerana ia merupakan
syarikat tempatan yang terkenal dalam mengeluarkan produk berasaskan makanan dan
minuman yang berkhasiat.

Berdasarkan kajian ini, pengkaji akan mengkaji strategi kemasukan organisasi ke


perniagaan antarabangsa. Strategi kemasukan organisasi ke perniagaan antarabangsa bagi
Syarikat Nestle Malaysia Berhad ialah melalui subsidiari. Organisasi ini terlibat dalam
aktiviti pengeluaran produk di pasaran dunia. Kilang-kilang Nestle beroperasi di negara-
negara yang berbeza iaitu Asia, Amerika, Afrika, Eropah dan Oceania. Aktiviti Syarikat
Nestle Malaysia Berhad ke pasaran antarabangsa bertujuan untuk menambahkan
keuntungan dan jenama Nestle terkenal di seluruh dunia.

Selain itu, pengkaji juga ingin mengkaji tentang cabaran-cabaran yang dihadapi oleh
Syarikat Nestle Malaysia Berhad. Syarikat Nestle menghadapi cabaran dari pelbagai
aspek termasuklah struktur organisasi, kawalan pengurusan, politik dan perundangan,
ekonomi dan sosiobudaya. Berikutan masalah ekonomi negara yang semakin tidak stabil,
Syarikat Nestle berusaha untuk menyelesaikan setiap cabaran yang dihadapi agar tidak
mengalami kerugian yang besar dan kekal sebagai syarikat terkemuka bagi Makanan dan
Nutrisi di dunia.
Di samping itu, pengkaji menjalankan kajian ini adalah untuk mengkaji mengenai lini
produk organisasi yang dijalankan oleh Syarikat Nestle. Lini produk organisasi ini
merangkumi kedalaman dan kelebaran bagi produk yang dipilih. Pengkaji mengkaji
berkaitan lini produk kerana ingin mengetahui jumlah produk yang ditawarkan. Setiap
produk yang dihasilkan mempunyai kedalaman dan kelebaran tersendiri. Kedalaman
produk kepelbagaian produk yang terhad kepada satu kategori. Kelebaran produk pula
ialah bilangan lini atau barisan produk yang berlainan yang ditawarkan oleh organisasi.
Kedalaman produk bagi Syarikat Nestle ialah Milo, Nescafe, Dutch Lady dan Yogurt.
Kelebaran produk pula ialah minuman, mi segera, sos, bijirin dan produk tenusu bayi.

Akhirnya, pengkaji akan mengenal pasti kitaran hayat bagi produk aiskrim Nestle
yang dihasilkan oleh Syarikat Nestle Malaysia Berhad. Kitaran hayat produk adalah
kitaran teori pemasaran atau penggantian strategi yang dialami oleh setiap produk yang
bermula dengan peringkat pengenalan, peringkat pertumbuhan, peringkat kematangan,
dan peringkat kemerosotan.

You might also like